Wednesday, September 19, 2007

..rumah kami dirundung sakit..aku serabut serabai

..setelah anak aku yang no.2 tu kena sakit mata dan dh bawak gi jumpa pakar..husband tercinta aku lak kena sakit mata..pagi semalam nampak ok lagi tapi bila dah tengahari nampak mata dia dah start merah..and till ke time berbuka mata dia dah merah gila..so aku decide bawak jumpa doktor..cam biasa la doc sure bagi ubat sama dengan ubat anak aku yang mula2 dulu..so hubby mc 2 hari, sian dia kat umah sorang2..

..aku lak start dari malam tadi..sakit tekak, sakit yang teramat sangat hingga nak minum air kosong nak telan tu punya la sakit..ya allah ya tuhanku, aku redha dengan dugaan dari mu ya allah..lebih lagi dibulan ramadhan yang mulia..ini..allah akan hapuskan dosa2 bagi orang yang sakit..aku mmg risau kalau adik, Fakhriy yang kena..nauzubillah..aku berdoa agar..adik dan kakak tak kena..em..sakit tekak aku ni dah buat suara aku jadi lain dah..dah boleh nyanyi..lagu rock, takperlah..jangan mengeluh, semua dugaan dari allah ada hikmah disebaliknya..
hubby aku sakit mata, weekend ni plan nak balik kg, mak buat kenduri nak gi mekah, harap2 mata hubby aku dah redha, sian kat dia..sure sakit mata..kalau tunduk2 masa kenduri nanti..

..ish macam2 aku fikir dlm otak aku ni..salah satu nya aku nak citer pasal sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya..aku nak cakap pasal diri aku ni, aku bersakan membeli utk raya ni, tapi at last rasa tak perlu pn membeli itu ini..itulah..nasi dah jadi bubur..kena la selesai kan gak..kalau menyesal dahulu..pendapat..ni menyesal kemudian apa pun tak dapat..dapat serabut jer..

..hari ni takada yang menarik hanya terfikir nak berbuka puasa apa hari ni..teringat fatihah dia puasa gak..masa hari bersekolah ni..tapi masa weekend hari tu, tengok orang lain makan, adik2 dia la tu makan depan dia..dia teringin..and tak puasa la jawabnya..tak perlah..during weekdays..dia puasa..alhamdulillah..kuat gak semangat anak aku tu..nak berpuasa..kalau ingat2 balik masa aku kecik dulu..ntah puasa ntah tak...tak ingat dah..cuma aku ingat darjah 2 aku masih makan lagi ketika orang berpuasa hahaha..teruknya aku masa tu kan...

..oklah..setakat ni dulu aku berceloteh..nanti aku update lagi citer2 apa yang menarik, atau yang menolak atau yang melekat ke...keh keh keh...

Monday, September 17, 2007

..keadaan yang amat sukar aku hadapi..

..dah 6 hari umat islam berpuasa..maka dah 6 hari la jugak..anak aku..fayyadh kena sakit mata..dgn berat ati aku terpaksa anta dia tinggal dia umah mak mertua aku..sebab dia tak leh gi sekolah tak leh gi nursery..aaarrggghhh..tidakkkk..naperla...aku terpaksa..berpisah dgn anak aku..weekend baru2 ni aku berbuka di rumah MIL, so aku take care anak aku, mata dia still merah..sedih tul tengok keadaan dia..jauh di sudut hati..biarlah aku kena..sakit mata tu dari dia yang kena..

..sabtu malam tu..lepas husband gi tarawih..aku dah solat isyak, aku letak ubat eye drop kat mata fayyadh..sekali tu..air mata dia keluar..and yang terperanjatnya air mata keluar bercampur darah..aku..punya la tak tenang..menanti hari esok nak bawak ke hospital..ahad tu aku gi la SMC kat shah alam, doktor tu kata..sakit mata takada kena mengena dengan keluar darah dari mata..aku cam..tak leh terima apa doktor tu kata..then doktor tu kata bawa jumpa pakar..so, aku plan esok aku nak bawak dia jumpa pakar mata..aku berdoa agar allah menjauhkan benda2 yang tak baik dari anak aku..

..pagi ni aku call adik ipar..tanya fayyadh..pagi tadi mata dia still keluar air mata bercampur darah..hari ni aku kat ofis ni duduk dalam keadaan tak tenang langsung..selagi aku tak dengar apa kata pakar mata..selagi tu aku tak tenang..ya allah ya tuhanku kau jauhkan la segala bencana dari anak aku..

..hati aku ni bercampur2 tak keruan..sebab..teringat lak mak nak gi umrah minggu depan..weekend ni..aku nak balik pd, nak berbuka dgn mak..kesedihan yang ada dalam hati aku ni..tak tergambar kan..di wajah aku..sesungguhnya semua ini..adalah dugaan dariNya, maka aku harus tabah..to face it..come on beb..you can face it..

..ya la kan..kadang2..kehidupan kita ni kejap di atas kejap di bawah..bila kita di bawah tu..hadapi pelbagai masalah..dan kesedihan..masa tu rasa cam down sangat..tapi kita kena ingat lah..kita kena berserah..pada yang lebih esa..bila kita di atas lak kadang2 kita ni manusia yang cepat lupa..lupa akan masa kita berada di bawah tu..and as conclusion..ayat yang best adalah..always..appreciate what you have infront of your eyes..betul tak class? betulllllll, cikgu..hehehe..

Thursday, September 13, 2007

..selamat menjalani ibadah puasa..

..tanpa disedari ramadhan yang mulia kembali lagi..satu keistimewaan bagi ramadhan kali ini ialah..anak aku yang sulung, my daughter start belajar berpuasa hari ni first in her life..aku and hubby berdoa agar dia kuat semangat utk harungi utk perjalanan puasa dia hingga ke waktu berbuka..insyallah..amin..ibu doakan kakak tabah harungi ujian berpuasa..bagi aku and hubby yang penting adalah anak kami ada niat dan usaha utk mencuba berpuasa, itu yang paling penting..bukan kami paksa dan dia harus tahu apa erti berpuasa yang sebenarnya..

..semalam masa husband aku..gi tarawih..aku duduk dirumah jaga anak2..and aku mengemas pakaian utk dibawa naik ke atas..then aku nak citer..insiden yang membuatkan aku begitu terharu dan agak terperanjat..masa aku tengah melipat2 baju..aku dengar kakak tanya pada adik gini, "adik..adik nak puasa tak esok..akak nak puasa tau..eh adik tau ke puasa tu apa dik.."..okla..akak ajar..adik ya, puasa tu kan tak boleh makan tak boleh minum tau..lagi tak boleh apa dik.."..then tiba2 adik pandang kat aku and rasa cam dia nak cakap sesuatu..aku pun..give attention kat dia la..and aku kata..naper adik nak cakap apa kat ibu, then tiba2 dia cakap kat aku cam ni.."ibu, teacher said, puasa cannot eat, cannot drink, anddddd...."..kakak lak menyampuk kata..ha...cannot apa lagi dik..hehe..adik tak ingat ya.."..then adik jawab.."alahh..cannot korek hidung la..you know"..aku begitu terkejut bila dengar adik jawab cam tu..subhanallah..tanpa aku sedari anak aku yang berusia 4 tahun tu dah tau rupanya at least dia tahu la as a start bagi kanak2 puasa tu tak boleh makan tak boleh minum dan dia jugak tahu tidak boleh memasukkan jari ke rongga2..means cam anak aku jawab la tak leh korek hidung..then kakak sambung cakap "wahhh..ibu, adik tau la puasa tu apa..adik belajar kat school ni kot, dia boleh ingat la ibu"..aku begitu terharu betul..and aku terus peluk kakak and adik..

..kadang kala, aku rasa aku terlepas pandang pada anak2 aku..kadang aku tak tahu..apa yang mereka tahu..aku lebih risau kan apa yang mereka tak tahu..tapi bila aku dengar mereka bercakap apa yang mereka tahu..aku rasa seperti..teramat rugi sekali, aku telah banyak kerugian masa bersama mereka hingga tak tahu apa yang mereka dah pelajari di sekolah..sedangkan kepala aku hanya ingat, mereka kena ke sekolah..mereka kena rajin ke sekolah..tapi now aku rasa ku perlu..tahu..apa yang mereka tahu..so at least..aku rasa..anak2 aku tidak mensiakan..usaha ibu ayahnya menghantar mereka ke sekolah..alhamdulillah..sesungguhnya..Allah sentiasa mengabulkan doa2 hambaNya..andainya hamba2Nya ingat kepadaNya dan menunaikan suruhanNya..

..aku pernah bersuara pada husband aku..yang ada kalanya rasa sedih betul tak dapat gi tarawih bersama2 dia..and husband kata..usaha dan tenaga menjaga anak2 dirumah tu pun Allah ambil kira sebagai ibadat juga..then aku pun rasa inilah masa..aku meluangkan masa lebih kepada anak2 since husband gi tarawih..dan anak2 semua bersama2 aku..sedangkan selalunya abang, adik tu asyik ikut kemana ayah dia berada..

..tu jelah aku nak share dgn korang..tentang permulaan puasa bagi tahun ni 1428 Hijarh..aku nak amik kesempatan ni..utk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan semoga allah memberkati segala amalan kita..amin...

Friday, September 07, 2007

..ingin berbicara tentang adakah kita "merendah diri" atau kita melakukan "suatu pembohongan"

..semalam aku memulakan perbualan dengan suami setelah pulang dari bekerja dengan soalan.."apa yang u dapat fikirkan bila i tanya u, apakah seseorang itu melakukan suatu pembohongan atau dia cuba merendah diri bila ditanya tentang sesetangah hal"..suami aku bertanya semula, why not you give me an example to describe apa yang you cuba perbincangkan at least i dapat gambaran yang lebih jelas sebelum i bagi jawapan..

..then, aku pun menjelaskan sebegini rupa sebagai contoh, si Aminah(hehe bukan nama sebenar) sedang berbual dengan seorang kawan sama study dulu yang quite sometime dia tak berjumpa..then dia bertanya..tentang kerja, keluarga and anak2 lah..then..dia bertanya lagi tentang dimana Aminah tinggal sekarang..and Aminah answer duduk kajang.(hehe takde tempat lain ke)..then..tiba2..kawan ni bertanya, eh kau nak buat investment tak? aku buat marketing ni, kau beli rumah lagi satu lah, kau buat investment, takkan kau tak nak beli rumah lagi satu kot..untung tau..kau beli rumah satu jer..beli lagi la..as usual orang marketing ni kan pandai berkata2..nak buat sale kena la pandai cakap kan..then, Aminah terdiam seketika, tiba2 terfikir apakah jawapan yang sesuai utk diberi..Aminah menceritakan hal sebenar rasa cam emm..membangga diri..dan Aminah nak merendah diri..Aminah bagi jawapan kat kawan dia tadi camni..cukupla satu rumah tu, tak mampu nak beli lebih..then..kawan tu kata..oklah..kalau kau berminat nak beli, contact aku ya..then mereka berpisah..kemudian..dlm perjalanan balik tu, Aminah terfikir lak..eh aku tadi..sebenarnya..dah menipu kawan aku ke aarr..ish rasa cam menipu dan dah buat suatu pembohongan..ish..menambah dosa lak.. kemudian, tersedar dari lamunan tu, Aminah rasa dia harus mencari jawapan yang sesuai utk merendah diri dan tidak melakukan pembohongan..since semua orang tahu membohong tu berdosa, dosa yang ada tak tertanggung, dalam kehidupan seharian lagi nak menambah dosa..

..anda sebagai pembaca blog saya ni..rasa2nya apa kah jawapan yang sesuai yang boleh Aminah bagi kat kawan dia tu..supaya..Aminah tidak "menipu" dan dalam masa yang sama Aminah ingin mempunyai sikap merendah diri..dimana sikap ini adalah satu sikap yang baik..tidak membangga diri..dan tidak bongkak..fikirkan la sejenak didalam kehidupan kita ni..banyak perihal..yang kita tidak sedari bahawasanya kita menipu, sedangkan dalam masa yang sama kita berusaha utk menjadi insan yang lebih baik..

..so, my husband already give his answer antara merendah diri atau suatu pembohongan..and saya rasa saya ingin berkongsi dengan anda jawapan saya setelah saya fikirkan kembali keadaan tersebut..dan saya rasa..sepatutnya Aminah memberikan jawapan begini.".oohh..betul tu, boleh buat investment beli rumah, pelaburan utk masa akan datang, and sebenarnya bukan tak nak beli dari kau, setakat ni alhamdulillah..allah yang memberi rezeki, ada lah beli rumah lain tu..terima kasih banyak2 la atas pelawaan ko tu..insyallah ada rezeki lebih, aku beli dari ko ya.."

..so, itu jawapan dari aku, dimana aku rasa lah..jawapan aku tu..Aminah tak menipu, Aminah cakap yang benar, Aminah juga ada unsur merendah diri dan tidak membangga diri serta menjauhkan sifat bongkak..pastinya pembaca blog ni terfikir kenapa aku terfikir utk menulis tentang tajuk ni kan..bukan apa..kadang kala tanpa disedari perkara yang kecil2 kita tak perasan yang kita dah melakukan kesilapan dan tidak sedar telah melakukan penipuan atau pembohongan..sedangkan kita sebagai umat Islam yang disayangi Allah s.w.t sebagai hambaNya, tidak mengambil berat dalam perihal yang tertulis dalam Al-Quran, "penipuan itu adalah suatu dosa"..mungkin manusia lebih melihat kepada penipuan2 yang besar tetapi lupa akan penipuan2 kecil yang dilakukan dimana setiap penipuan itu tertulis didalam buku masing2..dan akan dihisab di hari akhirat nanti..

..tulisan hari ni hanya ingin berkongsi dengan pembaca2 blog saya ni, semoga kita sama2 mencuba berusaha utk menghindari sifat2 yang menambah dosa kita dan melakukan sifat2 yang lebih mulia disisi Islam..lebih lagi minggu depan kita akan menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak, lebih mulia rasanya kita meningkat kan lagi amal ibadat dan mengubah cara2 kita berkomunikasi supaya dapat menjauhkan diri dari azab api Neraka....

Tuesday, September 04, 2007

..adakah hidup ini mampu diteruskan..adakah aku dah terlambat..

..tiba2 aku terfikir..bagaimanakah keadaan aku dan husband ketika berusia 50 atau 55 tahun..
..masa tu fatihah fayyadh fakhriy dah berumur 20 an..pun..ish ish ish..memikirkan masa tu..aku berdoa agar..anak2 aku dilingdungi oleh Allah s.w.t..dengan apa yang aku ada sekarang ni..aku rasa cam tak bersedia lagi nak meneruskan kehidupan..hari demi hari..menjelang usia yang sebegitu..adakah aku telah terlambat utk membuat perubahan?..adakah aku terlambat..adakah aku tak lagi punya masa utk membetulkan..

..tidak, sesungguhnya segalanya terletak pada kehendak Allah s.w.t, aku sebagai hambaNya harus tidak putus asa utk terus berusaha..tidak ada tidak wujud keadaan terlambat dalam kamus kehidupan aku..selagi ada hayat di kandung badan..selagi ada kederat..dan izin dari Nya..apa pun yang aku hadapi..pasti ada hikmahnya..seperti..motto hidup aku sebagai..pembuka blog aku ni..setiap yang mendatang tu, ada hikmah disebaliknya..cuma..terpulang pada diri sendiri utk menilai..yang lebih positif atau..masih lagi memikirkan yang negatif..

..aku memikirkan pepatah bersyukur la dengan apa yang ada, berusaha bekerja seperti kita akan hidup selama2nya, beramal beribadat lah seolah..menghadapi kematian pada esok hari..begitu mendalam dan bermaknanya pepatah2 tu..dimana..membuatkan aku rasa masih bersemangat utk meneruskan hidup..dan aku harus tetapkan pendirian yang aku memang mampu utk menghadapi hari yang mendatang..dan aku yakin dengan usaha maka Allah akan menilai dan mengadili hamba2nya seperti apa yang dilakukan oleh hamba2nya..

..memang kadang2 manusia tak dapat lari dari perasaan kecewa dan putus asa tapi seandainya kita rasa kita berada di tahap yang teruk..tapi masih ada lagi manusia lain yang lebih teruk kehidupannya tapi masih lagi..kuat utk meneruskan kehidupan..tetapi seandainya kita rasa kita manusia yang berada di tahap yang bagus..tapi masih ada lagi manusia lain yang mempunya tahap kehidupan yang jauh lebih bagus dari kita..maka..tak salah kalau kita mencontohi mereka dengan lebih optimis dan lebih ke arah lebih positif..

..buat rakan2 yang rajin mengunjung ke blog aku yang tak seberapa ni..aku jua rasa kalian..juga akan lebih bersemangat utk menghadapi hari2 yang mendatang..dan lebih usaha utk memajukan diri dari pelbagai sudut..insyallah..

Monday, September 03, 2007

..citer menarik tentang anak2 aku yang tersayang..

..aku nak share citer menarik dgn korang tentang anak2 aku..first time aku bawak they all pergi tengok movie..citer yang menarik gak setelah menontonnya..aku dgn hubby bawak diaorang gi TGV kat Jusco Balakong semalam..itulah..first time anak2 aku gi tengok movie kat cinema..dulu kami ada plan nak bawak diaorang tengok citer Spiderman tapi masa tu Fayyadh cam tak berapa excited so..kami tangguhkan dulu..but last saturday, hubby kata..eh teringin la nak bawak diaorang tengok citer "Ratatouille"..kat cinema..so..aku pun..ya kan jer..suruh dia tengok bila available..citer tu..

..then..yesterday..dengan hati yang berdebar2..hubby and aku bawak la 3 orang anak2 merdeka kami tu ke TGV..kami sampai..asalnya nak tengok yang kul 4 tapi seat penuh..hanya ada barisan depan..hubby nak go jer..tapi aku tak nak..aku kata ni first time they all nak masuk cinema..first impression tu..kena hati2..kang ada yang next time..tak nak masuk langsung..so we decided to buy ticket yang kul 6 punya..masa tu baru kul 3.15 rasanya..ish ..lama lagi nak nunggu..tu..takperlah..demi anak2..ok jelah..bawak gi makan KFC dulu..sebab..saja tak nak bagi diaorang rasa lama nunggu..

..yang tak tahannya..si abang berulang2 kali tanya..kata nak tengok citer Rat, kul 4 tengah makan lagi KFC tanya lagi..lagi 2 jam tu weyy...nak nunggu..tak tahan nak jawab soalan dia berkali2..then kakak tu macam faham kena tunggu..coz we explained that..our ticket is at 6 o'clock..so dia pun kata..kita kena tunggu la yer..yes..aku explained..we have to wait until they open the cinema for us only we can go inside dear..dia kata..tak sabar la kakak..ibu..nak tengok citer Rat tu..ni first time kakak nak tengok kat cinema ni..

..yang adik lak..ya allah..jenuhnya nak menjaga sorang tu..nak jaga lagi 2 jam tu..then lepas abis makan, bawak gi masuk Jusco..aku ajak beli botol susu baru..suruh pilih..then kat Jusco..sorang pilih botol yang 1 set 3 botol tu..camana tu..adik pegang satu set, abang pegang satu set..walhal aku nak beli 1 set jer utk 3 orang tu..nak gantikan botol yang kat nursery they all tu..lagi sekali jenuh nak nego dengan adik..suruh letak balik botol tu and..ajak lak dia gi bayar..yang dah dia pilih tu..abang lak..tak nak letak..gak yang dia pegang..then aku terpaksa la..guna cara ugut..ler..aku cakap kat abang adik..if you don't want to put back the bottles, ok fine, we go home now and we will not watch the Rat movie..at a sudden both of them put back the bottles...aarrgghh..berkesan gak cara tu..lega sekejap..

..then..round2 la kat jusco tu..sementara nunggu nak ke cinema..sempat lagi tengok dance show..lega sikit..they all tak lari ke sana sini..tiba2..aku tengok Fayyadh hilang..tengok kiri kanan takada..sekali tu tengok ke depan sikit rupanya..dia pergi ke depan lagi..nak tengok orang menari tu dekat2..aarrghh..sabar jelah..anak aku sorang tu..then..tiba masanya nak menuju ke TGV, tunggu lak cinema 2 open tu..Fayyadh tanya lagi..naper ni..lambat sangat dia nak buka cinema 2 tu..abang nak masuk tengok Rat ni..aku explain la lagi..aku cakap..cinema tu tak akan bukak kalau abang tak duduk diam2..then..dia duduk diam2..kakak lak tak sabar nak pakai jacket..dia kata nanti masuk sejuk tau ibu..

..nak pendek kan citer..kami bawak jer masuk 3 orang tu ke cinema 2..tiba2..fayyadh kata gelap la..bising la..alamak aku dah cuak masa tu..ticket dah beli..ni..then hubby pujuk dia..kata..sini jer gelap..nanti terang la..lepas..tu screen dah start iklan..dah duduk kan they all elok2..dah pakai kan jacket then..surprise..fayyadh ok..dia suka..lak tengok screen besar tu..and kakak ok jer..steady jer..tapi yang lemah tu adik lak..tak leh duk diam la plak..movie dah start..fatihah fayyadh very behave..tiba2 adik nak gi toilet lak..hehe..sib baik hubby aku..banyak sabar..bawak lak dia..then bila dah 1 hour..movie..tu adik nak balik ..dia ajak kami balik rumah..dia dah ngantuk..dah letih sebenarnya..then hubby pujuk dia..kata..gelap ni..pintu tak bukak camana nak balik..adik tidur kat ayah jerlah..then betul2 dia tidur..sampai abis citer..sementara nak abis kan citer tu..fayyadh..lak..kejap bangun kejap duduk..sebab excited sangat tengok orang ramai..ramai2 watch the same movie..then dia kata..ibu, next time u bring me again here ok, then aku pun kata..can i can bring you but..you have to do well in ur exam..then dia kata..oklah...

..citer pun abis..kesimpulannya best..la citer tu..our kids like it very much..tak rugi tak sia2 usaha kami bawak they all gi watch Ratatouille tu..bukan apa..sesekali nak kena spend masa dengan diaorang setelah..5 hari seminggu..bekerja..so..next time boleh lagi bawak they all..watch movie..yang seumpamanya la..tapi yang letih nya adik tu lah..jenis tak leh duk diam..sib baik hubby..orang yang sabar..so at conclusion..I am so happy yesterday..spent time with our luvly kids..nanti aku tepek kan gambar they all..while waiting to go in to the cinema..