Monday, August 12, 2013

..Wajah yang sama..tahun yang berbeza..

..Perbezaan kami di raya 2012 dan raya 2013..harap2 adalah perbezaan penurunan berat badan sikit..hehehehe..

Raya Aidilfitri 2012...






Raya Aidilfitri 2013....


Wednesday, July 13, 2011

..sekali lagi Allah menjemput pulang anak kami..

..Buat masa ini apa yang mampu ku coretkan..hanyalah kesedihan yang aku rasakan di saat ini..sesuatu yang tidak aku jangka verulang sekali lagi seperti peristiwa 2 tahun lalu..kandungan aku pada usia nak 4 bulan telah dijemput pulang oleh Allah s.w.t. Aku pergi buat check up berseorangan pada tanggal 11 Julai..memandang suami aku bekerja di luar kawasan..setelah doktor membuat imbasan pada kandunganku..doktot sukar menemui degupan jantung bayiku..aku mula merasa ada yang tidak kena..hati mula gusar & tak menentu..doktor minta pakar lain buat imbasan..masih sama tidak kelihatan jantung bayi ku berdenyut..kedua-dua pakar menyatakan bayi ku sudah tiada..perasaan aku terus pilu, tak tentu arah perasaan aku ketika itu..

..Doktor minta aku balik dan bincang bila nak keluarkan..aku amat buntu sebab suami aku di korea..aku gagahkan juga menghubungi suami & minta izin dia nak buat proses melahirkan bayi keesokan hari..dia minta tunggu dia pulang..tapi aku katakan aku tak boleh tunggu hingga dia balik..terlalu lama untuk menunggu..

..Akhirnya pada tanggal 12 Julai, 201..aku menghadirkan diri di hospital pakar annur..untuk menjalani proses melahirkn bayi kami yang telah meninggal dalam kandugan..ianya satu tamparan yang hebat buat aku kerana kena menghadapinya buat kali kedua..dengan ketiadaan suami di sisi..

..Akan aku sambung coretan ini setelah kesedihan aku dapat dikawal..

Saturday, February 19, 2011

..happy 11th anniversary to you..my luvly hubby..

..aku tidak mahu melepaskan peluang utk mencoretkan hari bersejarah hari ini..iaitu hari genaplah 11 tahun perkahwinan kami..

..aku bersyukur ke hadrat ilahi atas segala kurniaannya pada kami sekeluarga..biarpun pelbagai ujian dan dugaan yang kami lalui..tapi Allah tetap sayangkan kami..perkahwinan kami alhamdulillah..bahagia hingga ke hari ini..

..pada suami tercinta, tersayang..isterimu ini amat menghargai pemberian Allah swt..iaitu Allah memberikan seorang suami yang cukup baik..amat menyayangi isteri dan anak-anak..seorang suami yang amat penyabar..dalam melayan kerenah isteri dan anak-anak..

..isterimu ini, sentiasa berdoa agar suami tersayangnya sentiasa dilindungi Allah swt dan beroleh keberkatan hidup dunia dan akhirat..serta sentiasa tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan..

..semoga dirimu dan diriku..berkekalan selama-lamanya..biarpun..hari ni kita tak dapat sambut seperti selalu yang kita lakukan..tetapi..ulangtahun ini tetap akan jadi kenangan kerana diriku amat merasa bahagia disamping dirimu..

Wednesday, December 08, 2010

..akhirnya aku tinggalkan jua..dia dia dia..mereka mereka..

..setelah sekian lama aku tinggalkan blog ini..akhirnya dapat juga aku singgahkan diri aku di sini..aku just nak jadikan kenangan..akhirnya aku tinggalkan jua..dia dia dia..mereka mereka..dengan rasa yang amat tenang dari keizinan Allah swt..

..saat ini apa yang paling menggembirakan adalah..suatu hikmah yang besar dari Allah swt..atas apa yang saja dugaan ujian yang aku tempuhi selama ini..Ya Allah, ya tuhanku..sesungguhnya amat besar kuasa Mu, ya Allah..aku berterima kasih pada Mu ya Allah..atas segalanya ini..

..aku tetap ingat pada motto hidup aku..Sesungguhnya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya..maka redhakanlah hati mu..menerima seadanya kehendak Allah swt..Allah mengetahui yang terbaik buat hambaNya..

..pada yang mengetahui apakah disebalik kisah semua ini..aku berterima kasih pada kalian kerana sentiasa memberi kekuatan pada aku untuk terus tabah dan cekal hadapi semuanya..syukur alhamdulillah kerana Allah telah kurniakan pelbagai rezeki pada aku..pelbagai bentuk rezeki dikurniakan olehNya..alhamdulillah..

Monday, September 06, 2010

..lagi 2-3 hari nak raya..

..aduhai..tak tahu kenapa tahun ni cepat lak rasa nak beraya..selalunya lagi sehari nak raya baru hati terasa sangat-sangat nak balik kampung..tapi tahun ni, lagi seminggu nak raya..hati dah terasa nak sangat balik kampung beraya..yela, mungkin disebabkan tahun ni giliran balik ke kampung aku..rasa kegembiraan tu lebih sikit, sebab bukan senang nak berjumpa berkumpul ramai-ramai dengan adik beradik tersayang..

..setakat ni persiapan raya, semua dah ada kecuali yang belum sempat lagi di cari stoking anak-anak..semalam tengok kat mothercare, tapi tak berkenan lak..dah pusing satu alamanda tu, tak jumpa gak yang berkenan..kalau la ada kedai ‘sox world ‘ tu best nak pilih stoking anak-anak..

..semalam Berjaya juga aku dan suami tersayang menggantung ‘string curtain’ kami..terima kasih pada tailor aku yang sudi jahitkan 2 keping 10x10 kaki string curtain kami tu..dan suami tersayang berusaha ke kedai ‘hardware’ untuk mencari spring curtain untuk gantung string curtain tu..di manakah kami letak string curtain tu, kalau nak tahu kenalah datang beraya ke rumah kami ya..

..tentang berkemas rumah untuk raya ni, ada sikit lagi nak kemas bahagian dapur & juga family area di tingkat atas..dah beli mat pengelap kaki yang baru sabtu lepas, beli 3 lai tapi terlupa lak untuk tingkat atas..jadi tak sedondon la pula kalau beli lain..nak beli yang sama jauh benar nak pergi sampai ke shah alam nun..takpelah..nanti usha-usha la di area bangi saja..
..sebut pula tentang beg balik kampung..setakat ni 3 beg dah diisi dengan baju anak-anak..tapi baju malam anak-anak belum lagi dimasukkan..baju ibu ayah belum lagi dimasukkan dalam beg..mungkin 6 beg agaknya baru cukup nak masukkan semua baju-baju..

..sekarang ni nak cakap pasal ‘feeling’, macam-macam rasa ada..seronok, gembira, sedih, hiba semua ada..tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan sekarang ni..yang pastinya..hati sekarang hanya rasa nak dengar lagu-lagu raya saja..terima kasih pada hani, yang telah ‘sponsor’ lagu-lagu raya untuk akak dia yang sorang ni..

..rasa macam nak tulis macam-macam lagi..tapi masa tak mengizinkan..selamat jalan pada yang telah memulakan perjalanan pulang ke kampung..hati-hati di jalan raya..semoga selamat sampai ke destinasi..semoga bergembira disamping keluarga tersayang di hari raya..

Sunday, August 29, 2010

..28.08.2010..aku menghadirkan diri di pejabat..

..ofis aku ada migration untuk hsbb, nak masuk release 2.1..hari tu 2 bulan lepas dah buat release 2..nanti bulan december lak masuk release 3..hati memang berat nak tinggalkan anak-anak kat umah..hubby tersayang hantarkan ke ofis..anak-anak di rumah di jagakan oleh adik angkat aku..siapa lagi kalau tak zira..sib baik zira sudi jagakan diaorang..moga Allah memberi balas setimpal untuk zira..

..waktu menunjukkan 11.28 minit malam..aku menunggu masa untuk ‘deployment’ bermula..fikiran teringatkan anak-anak dirumah..maafkan ibu sayang, ini adalah tanggungjawab ibu untuk majikan ibu bekerja..ini tugas yang diamanahkan..insya Allah, semua ini ada hikmahnya..ibu lakukan semua ini dengan seikhlas hati..niat di hati ibu membantu ayah untuk membesarkan anak-anak yang amat ibu ayah sayang..
..di waktu ini juga teringat mak aku yang kat kampung tu..mak dah tidur ke mak..harap-harap mak sihat di sana..aku hanya dapat balik sekali saja berbuka di kampung..masa tidak mengizinkan..kalau tidak kami merancang nak balik ke kampung minggu ni..tapi tugasan di pejabat telah memanggil aku untuk bekhidmat..

..nak masuk hari ke 19 umat Islam berpuasa..bulan ramadhan akan berlalu meninggalkan kita..ramadhan tahun depan tak tahu lah..berkesempatan atau tidak..harap-harapnya..Allah panjangkan umur untuk menemui ramadhan akan datang..

..pada aku ramaadhan kali ni..sungguh bermakna..kenapa..sebabnya hanya aku yang mengetahuinya..ada sebab-sebab tertentu aku rasa ramadhan ini membawa seribu satu kenangan dan perubahan untuk aku..aku menganggapnya suatu perubahan yang positif..dan ada hikmah disebalik semuanya ini..

..jam menunjukkan diri dengan nombor 12.50 pagi..29.08.2010..aku masih disini..kerja deployment oleh team TA tak siap lagi..aku nak tunggu sampai siap deployment..baru senang hati nak balik..baru jap tadi call hubby..dia ada tunggu kat bawah..dalam kereta..katanya nak tidur..insyaAllah dalam pukul 2 pagi nanti aku balik la..

Thursday, August 26, 2010

..aduhai sedapnya bandung cincau kan..

..hari ni kat ofis, agak terlalu sibuk..hingga ke tandas pun tidak..
..dari pagi hingga ke petang..duduk depan laptop..tak siap2 kerja aku..
..sesekali aku mengalihkan fikiran pada suami & anak-anak..apalah yang sedang mereka lakukan..
..pastinya suami aku yang tercinta sedang menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pekerja tabung haji..dan anak-anak aku pula pastinya sedang berada di dalam kelas..dan yang paling kecil pastinya sedang bermain di taska..
..setiap hari dibulan ramadhan ni, dalam perjalanan balik kerja pastinya terfikir-fikir apalah menu untuk berbuka hari ni..
..hari ni ada rakan sepejabat tu sebut, sirap bandung..tapi aku tiba-tiba teringatkan bandung cincau..aduhai sedapnya la kan..terasa-rasa di tekak..
..itulah rasanya hari ni nak cari bandung cincau la..pastinya anak-anak aku suka waktu berbuka nanti..
..apa menu untuk hari ni..tak tahu lagi..yang pastinya fikiran terbayang-bayangkan bandung cincau tu..
..esok anak-anak cuti..aku pula bekerja..hubby tersayang suka rela ambil cuti untuk jaga anak-anak di rumah..pastinya hati aku juga memberontak untuk bersama anak-anak kecil yang tersayang..
..insyaAllah..raya nanti ibu cuti panjang ya..i will spend all my time for all my luvly children..