Friday, July 31, 2009

..apalah malang nasib hari ni..

..aduhai..apalah nasib aku hari ni..dah la baru nak baik dari batuk, selesema, sakit tekak..dah tu pagi2 keluar dari toilet nak masuk ke ofis..jari telunjuk dengan jari tengah tangan kanan aku tersepit kat pintu ofis tu..pintu tu kalau dilepaskan tertutup sendiri belempung bunyinya jadi kena tahan lagi tutup perlahan2..dah tu tersilap tahan..tertahan dengan jari..dan pintu tu tertutup kuat..tersepit la jari-jemari aku ni..rasa nak menjerit pun ada..

..sampai kat tempat duduk..tengok2..jari telunjuk aku berdarah-darah..dan jari tengah pijau..dah tu dia punya denyut tuhan jer lah yang tahu sakitnya..rasa nak jerit..nak nangis pun ada..tapi bertahan jerlah..kang orang ingat serius sangat lak..kan..nangis2 kat ofis ni..aku boleh menaip dengan sebelah tangan jer..tangan kiri..tangan kanan dah kaku jadinya..aku ngadu dengan kakak & adik aku..kakak aku kata..rendam dalam air sejuk..aku pun gi pantry amik air sejuk dari water dispenser..

..jari aku yang pijau tu..sejuk..cam takada darah..darah tak jalan..berdenyut-denyut..sampai rasa sengal satu tangan..uish buatkan tak berselera nak lunch..aku menahan sakit sampai la ke tengahari ni..dan masih berdenyut-denyut lagi..rasa cam nak potong2 pintu tu..tapi kang satu hal lak kan..kena amik tindakan lak dengan HR kang..sib baik hari ni balik awal..balik umah nak baring tidur..sebab rasa badan lemah..dek tersepit tu punya pasal la..apalah nasib hari ni..dah nak jadikan..adalah tu..aku buat salah tang mana2 tu..bersabar bertahan sajalah..sib baik esok dah weekend kan..harap2 la jari baik sebelum Ahad..sebab nak ke bowling centre Ahad tu..itulah..citer tentang jari ku yang malang..ish ish ish..denyutannya..masih terasa...

Wednesday, July 29, 2009

..hari ini dalam sejarah..Farriys dengan gayungnya..

..hari ni aku masuk ofis lambat..ini adalah di sebabkan aku yang tak sihat & Farriys yang buat hal telah mengeluarkan output di dalam diapernya..ketika nak meletakkan dia di car seat..kenalah aku bawa masuk dia balik ke rumah, mandikan dan basuh po-ponya..yang tolong mandikan Farriys adalah daddy yang tersayang..masa daddy mandikan dia..dia main air..then dia capai gayung yang dalam baldi tu ketuk2 ke dinding..dah selesai mandikan..daddy dia..nak ambik gayung tu dari tangan Farriys..tapi Farriys pegang kuat..tak nak lepaskan gayung tu..

..lepas tu, daddy dia lapkan badan sambil Farriys masih pegang gayung tu..cubaan kedua nak ambik gayung tu tak berjaya juga..then daddy nak pakaikan diaper dan baju..minta dia lepaskan gayung tu..dia tak bagi lagi..daddy suruh ibu, cuba ambik gayung dari Farriys..ibu pun tak berjaya mengambik gayung tu..kalau kita ambik gayung tu..dia akan menangis..dan tundukkan muka sambil mencebikkan muka..then, kenalah bagi balik gayung tu pada dia..

..then..seterusnya nak bergerak dah ke taska..masukkan Farriys kat car seat..sambil Farriys memegang gayungnya itu..okkkkk...dalam perjalanan ke taska..abg chik cuba pujuk Farriys, gantikan gayung dengan toy lain..tapi tak berjaya, dia still nak kan gayungnya itu..kalau gayung tu kecik, comel tak per la kan..tak kisah punya..ni gayung yang besar tu..hinggalah sampai ke taska..dukung Farriys dengan gayungnya..bagi Farriys pada cikgu taska..dan cubaan terakhir nak ambik gayung tu..pun tidakkkkkkkkk berjaya..cikgu taska terkejut tengok Farriys bawak gayung ke taska...cikgu kata..Farriys...selalu orang bawak toy gi taska..bawak bantal gi taska..tapi Farriys cikgu ni..bawak gayung ke taska..cikgu taska ketawa bagai nak rak...tu tengok gayung Farriys..then ibu cakap kat cikgu..dah bnyak kali cuba..amik gayung tu dari dia..dia tak bagi..dia menangis kuat nanti..

..then, akhirnya ibu tinggalkan Farriys di taska bersama-sama dengan gayung hijau besar itu..dan tak habis2 cikgu taska ketawa..dalam perjalanan ke klinik..ibu tersenyum sendirian..mengenangkan anak ibu membawa gayung ke taska..then ibu pun pergi jumpa doktor di Hospital Pakar Annur..sebabbbb ibu tak sihat..batuk, selesema, sakit tekak yang tak ingat punya..sakit tu..tunggu doktor lama..tunggu nak ambik ubat pun lama..itulah penyebabnya ibu lambat ke ofis hari ni..inilah yang dinamakan hari ini dalam sejarah..Farriys bersama gayung ke taska..

..kat bawah ni saja selit2kan collage terbaru kami, hasil titik peluh dari kawan baik kat ofis ni..cik jurina..




Wednesday, July 22, 2009

..rasa buntu, bosan, bengang..3B..

..hari yang cukup membosankan hari ni..3B yang aku rasa tu membuatkan otak rasa jem tak leh berfikir..hati rasa tak tenang..segalanya rasa tak kena..tak tahu nak adjust camana dah, tetap rasa 3B tu..dengan muka aku yang tak senyum2 ni..pastinya orang pun tak nak dekat dengan aku hari ni kan..lantakla kan..masing2 ada hari2 muram masing2..turn aku terkena hari ni pulak kan..

..dari malam tadi dah aku rasa 3B ni..tapi..aku cuba hindarkan..tapi pagi ni dia datang balik bertandang di pintu jiwa aku..jiwa aku cuba lari..lagi terus berlari lagi..tapi..dikerja juga oleh si 3B ni..aduhai..sesungguhnya, aku harus banyak lagi mendekatkan diri pada penciptaku..supaya aku boleh hindari 3B tersebut..itu semua yang menghantui jiwa nurani ku..aku cuba usahakn untuk menjadi sebuah taman yang indah tapi sekarang ni taman itu sedah bercelaru dan berselerak ..kerana still under construction..korang yang baca entry aku yang ni mesti ketawakan..takper2 ketawa..supaya korang jangan lak menjangkit 3B aku tu jadilah kan..

..walaupun banyak nak dicoretkan dalam blog kesayangan aku ni..tapi disebabkan kewujudan 3B tu..membuatkan aku rasa..begitu gusar, gundah gulana..malah rasa pudar..pudar??..eh tu Rossa tu punyalah..bukan aku punya..hehehe..supaya di entry akan datang 3B tu dah pergi jauh berhijrah ke tempat lain..kan kan kan..tapi kadang tu..3B tu memberi kesedaran..memberi lebih kematangan.sebab dia suruh berfikir..banyakkan berfikir apa yang telah diri lakukan hingga boleh terjadi 3B tu..so dalam erti kata lain..kena muhasabah diri balik..apakah yang telah tuan punya blog ni lakukan..sehingga terjadinya 3B..apa kata korang yang membaca ni pun..tolong tuan punya blog ni..lebihkan muhasabah diri..insya Allah..

Tuesday, July 21, 2009

..July birthday celebration..

..selain Fayyadh, ada gak anak sedara aku yang lain celebrate birthday within month of July ni..kat bawah ni antara gambar anak2 sedara aku yang celebrate their birthday lately ni..sorang celebrate kat rumah..sorang lagi celebrate kat sekolah..yang sama sekolah dengan Fakhriy kat Smart Reader tu ler..mana lagi..



..Alya Amani 2 years old on 19th July, 2009..





..Shafiqi 5 years old on 21st July, 2009..


Monday, July 20, 2009

..dulu lain sekarang lain..

..dulu punya entry Ogos 2007 yang iniiiiiiiii yang tajuknya..inilah..idaman ku...bila agaknya leh dapat ya.. aku suka yang lain..tapi Ogos 2009 aku dah suka dan jatuh hati pada yang kat bawah ni pulak..impian tetap impian..insyallah ada rezeki..dapat la satu hari nanti kan...


..kena pasang impian tinggi la kan..kalau pasang impian rendah..tu bukan impian namanya..

Thursday, July 16, 2009

..tiada kehangatan nak celebrate birthday..

..walla...walla..naper aku jadi cam ni..lately ni aku cukup2 bosan..tak dapat nak digambarkan macam mana punya bosan..puas dah cari apa puncanya..tapi tak ada jawapan..mungkin ini semua ujian buat aku..adalah salah aku buat kat mana2 tu..yang aku tak sedar dan Allah memberi peluang pada aku supaya menyedari kesilapan yang telah aku lakukan..

..well..bila melihat kalendar..ku kira2..lagi 3 minggu will be my birthday..semakin hari semakin bertambah umur..tapi camana la dengan amalan sebagai bekalan..selalunya aku begitu seronok nak celebrate birthday aku..yelah..setahun sekali sajakan nak celebrate hari istimewa untuk diri sendiri..tapi..this time, tak tahu la kenapa..tak ada rasa seronok lak nak celebrate birthday..cam selalu aku akan beli something untuk diri sendiri for my birthday..but this time tak ada la rasanya..

..only I know that, hubby kata nak celebrate kat Melaka..which it will costly..infact nak dekat raya ni..kena budget2 la kan..banyak nak guna $$ untuk raya ni..however, I need to give the chance to hubby to do whatever he wants..we see what will going to happen on 10th August, 2009..


..orang kat atas ni tengah bosan, serabut & tak tahu la apa lagi..

Wednesday, July 15, 2009

..ada kalanya apa yang dilihat tak sama dengan dirasai..

..dah lama gak aku nak menulis tentang tajuk kat atas tu..cuma tak berkesempatan..setiap hamba Allah di muka bumi ini..pastinya tak lari dari masalah masing2..pelbagai jenis masalah yang dihadapi..dalam pelbagai keadaan..ada masanya aku rasakan masalah yang aku hadapi adalah masalah yang paling teruk sekali..tetapi aku ingat kembali pada pepatah..andainya kita susah, ada orang yang jauh lebih susah dari kita..dan dibandingkan dengan masalah yang kita hadapi, mungkin sebahagian kecil saja dari masalah orang lain..bagaimanapun..ia terpulang pada kekuatan seseorang untuk menghadapi masalah yang dihadapi..

..pernah suatu keadaan aku melihat suatu keluarga, apa yang aku dapat lihat dari kehidupannya mereka seharian..mereka cukup sempurna, kulihat mereka tiada masalah..dari pelbagai sudut aku memerhatikan kehidupan keluarga itu..tidak kelihatan sebarang masalah pun mereka hadapai..tidak seperti aku yang harus hadapi masalah..dari pelbagai sudut..dan aku suarakan pada suami tersayang..tengok kehidupan kawan u tu..rasa macam seronokkan...tak nampak pun diaorang hadapi masalah seperti kita..suamiku membalas..macam mana u boleh tahu macam tu..u tak pernah tahu kehidupan diaorang macam mana..dan u tak boleh adili sebegitu rupa..dan suamiku..menyatakan..apa yang kita lihat tak sama dengan apa yang mereka rasai dan lalui..mungkin mereka tak pernah tunjukkan masalah apa yang mereka hadapikan..

..aku akui..apa yang suamiku katakan tu..seperti jua kami, ramai melihat hidup kami tiada masalah, kehidupan gembira saja..tapi..berbalik pada pepatah apa yang dilihat tidak sama dengan yang dirasai dan lalui..cuma..kegembiraan dan kebahagiaan kami dapat mengubat hati kami untuk lebih tabah menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan sehari-hari..dan kami berpegang pada prinsip..hadapi masalah dan selesaikannya mengajar kami lebih matang dalam mengharungi ujian dariNya..tiada orang yang tiada masalah..perbezaannya samada kecil @ besar..dan situasinya yang berbeza..

..jauh di sudut hati..aku sematkan..yang aku harus ajar anak2 aku macam mana nak hadapi masalah bila mereka hadapinya..dan ingatkan mereka..supaya kongsikan masalah mereka dengan aku & suamiku..tiada siapa yang boleh lari dari masalah di dalam hidup ini..dan harus berdoa agar sentiasa tabah harungi ujian dan dugaan dari yang Esa..

Monday, July 13, 2009

..makku masuk tv3 rancangan Al Kuliyyah..

..pernah dengar rancangan Al Kuliyyah tak kat tv3 tu..ha..mesti pernah dengarkan, episod minggu lepas yang tajuknya Sunat Rejab, mak aku ada involve as audience, and mak aku boleh dilihat di seluruh Malaysia..so sesiapa yang nak tengok boleh gi tengok kat website tv3, kat bahagian catch up, rancangan al kuliyyah, tengok yang tarikh 10 Julai 2009..bahagian Part 2, minit ke 5:40..dapat la melihat wajah ibuku yang ku sayangi itu..aku ada snap kat bawah ni..

..11 July - Fayyadh's birthday celebration ..

..walla..alhamdulillah..akhirnya tercapai gak nak celebrate birthday Fayyadh..yang mana asalnya nak celebrate on 10th July, night time, tapi tak disangka2 daddy Fayyadh have to attend meeting until 10.30 pm okey..mummy Fayyadh dah siapkan anak2..ready nak tunggu daddy balik jer then terus nak keluar bila daddy sampai..tapi apakan daya, Allah tak mengizinkan pada hari tersebut..daddy sampai rumah arond 11.30 pm..masa daddy kat ofis, dia pun sedih gak tak dapat balik awal..but daddy dah suruh say sorry to Fayyadh, daddy said..daddy will replace tomorrow..means Saturday..

..selepas dapat call dari husband tu, aku slowtalk with Fayyadh, explain kat dia..cam ni..Abang Ngah, ibu nak cakap sikit la, ibu & ayah nak minta maaf la, tonight tak boleh nak keluar nak celebrate brithday abang ngah, then pastinya dia tanya kenapa kan..aku explain lagi, ayah tak dapat balik awal, ayah meeting, tak boleh keluar awal, bos ayah tak bagi keluar awal..ayah kerjakan, cari rezekikan, untuk kita semua jugakan..then seperti yang aku explain tentang diri Fayyadh, dia cukup memahami..dan jawapan dari Fayyadh very simple, membuatkan aku rasa bersyukur sangat2 sebab dia boleh terima..dia jawab, ok ibu, tak apa, kita celebrate esok..potong kek esok lah..

..sebenarnya masa menunggu hubby tu, aku isikan masa dengan snap photo kat rumah, tak nak bagi boring menunggukan..setelah dapat berita dari hubby tak dpat balik awal, dan setelah explain pada Fayyadh tak dapat nak celebrate malam tu..then aku ajak semua naik atas..tengok tv..tak lama lepas tu semua tertidur dgn baju jalan masing2..so, aku amik pyjama utk 4 orang tu gantikan ke empat2nya..then aku pun tertidur sekali till hubby sampai umah, dan jam menunjukkan kul 11.30 malam..itulah alkisahnya anak2 aku tertidur mentara menunggu daddy balik nak celebrate birthday Fayyadh..

..so keesokan harinya, kami keluar awal pagi, bawa 4F tu breakfast dan make move to Alamanda..seperti yang dijanjikan..pastinya akan ada acara potong kek tu kan..so hubby kata nak celebrate kat Secret Recipe..dan pilih tempat..then ajak Fayyadh pilh kek..and minta waiter tu anta ke meja kami..then dah susun meja, letak Farriys dalam baby chair..kami pun tunggu waiter datang ambil order..dah order minta waiter tu anta kek..sekali tu..aku cam dengar orang nyanyi lagu happy birthday ramai2..aku tertengok2..la..siapa punya birthday ni sama dengan Fayyadh lak nak celebrate..sekali tu waiter tu ramai2..bawak kek dengan lilin menyala..sambil nyanyi datang ke meja kami..la..they all nyanyi utk Fayyadh..apa lagi tuan punya diri seronok la..and tersipu2 malu..then they all wish Fayyadh happy birhtday, Fayyadh Aniq..then we all one family nyanyi lagi sekali..then for the 1st time la anak aku dapat tiup lilin, tu pun sebab waiter secret recipe tu yang buat cam tu..yang aku sendiri pun tak tahu..memang hubby tak suka lilin2 ni..then..kami pun menjamu selera la..yang pastinya 4F tu makan kek bukan main banyak lagi..separuh kek tu..makan kat situ..and selebihnya bawa balik..kat rumah sambung lagi makan..

..selepas..dah selesai kat secret recipe..kami bawa beli hadiah Fayyadh..sebenarnya lain yang rancang nak beli..lain yang dibeli..aku nak beli sesuatu yang Fayyadh boleh guna hari2..then aku terfikirkan Fayyadh need to have backup glasses..so, aku decided belikan spec baru untuk Fayyadh..so, gi focus point..suruh dia pilih..then..spec tu akan siap dalam minggu ni..Fayyadh tak sabar nak pakai, minta dia bersabar..Fayyadh memang suka menyemart..mat smart, kata daddy dia..so..evening time..balik rehat kat rumah, but malam dah janji nak bawa main kat playground mcd..situ lagi..then..spent time kat situlah menunggu 3F tu main..seronok betul..till kena pujuk baru nak balik..

..the next day, which is Sunday..siang kat rumah jer..but petang ada hal nak ambil barang, again 3F tu dapat main kat playground, but this time main kat playground Giant..seronok sangat diaorang dapat main tu..yelah..weekend jer pun dapat macam tu..weekdays..tak dapat la..kan..so its end up our last weekend..photo boleh ditatap di Fayyadh's 7th Birthday & 4F_Fun_Time_July_2009




video

Friday, July 10, 2009

..aku sangat sayang lelaki ini..

..tetiba aku terfikirkan perkataan sayang sangat..so aku fikirkan siapakah yang aku paling sayang..siapakah yang aku sayang sangat..jawapannya rasanya semua orang tahu la kan..so kat bawah ni lah orangnya yang aku sayang sangat..dan lelaki ini la orangnya..


..10 July - Fayyadh's 7th Birthday today..

..pejam celik pejam celik..hari ni hari jadi Fayyadh Aniq bin Parizol yang ke 7 tahun..pagi2 bangun, aku dah wish dia...Happy Birthday, Fayyadh..semoga jadi hamba Allah yang soleh..berjaya di dunia & akhirat..pesan aku pada Fayyadh..macam biasalah..dia hanya senyum & dengan raut wajah yang malu2 tu..

..semalam daddy & kakak dia..ada mention pada dia..we have secret Fayyadh..but couldn't tell you what is it..then bila dia sampai ke rumah..insist nak tahu dari aku..apa secret yang disebut2 daddy & kakak tu..aku pun jawab..ibu pun tak tahu la abang ngah..hakikat yang sebenarnya aku memang tak tahu..then aku tanya pada dia hubby, apa secret yang dia dan Fatihah cakap2 tu..dia kata..apa lagi..tomorrow is what day..dia tanya..oh..i see..aku kata..then aku fahamlah maksud daddy & kakak Fayyadh tu..

..Fayyadh dah berumur 7 tahun hari ni, setakat ni membesarkan Fayyadh tak adalah banyak masalah bagi kami..cukup mudah menjaga Fayyadh, cuma Fayyadh ni jenis orangnya bila kita nak tegur atau pesan apa2, tak boleh dengan cara kasar..kena lemah lembut caranya..kalau tegur dengan suara tinggi nanti..message yang nak disampaikan pada dia..tak akan sampai, malah dia akan berjauh hati..Fayyadh jenis anak yang sekali suruh, terus buat, sekali panggil terus datang..dia cukup sayang apa2 yang dia dapat..dia cukup hargai setiap kenangan yang dia ada..

..kalau diingatkan kembali, saat2 nak melahirkan Fayyadh, macam tak percaya dia dah sebesar sekarang ni..Fayyadh lahir pada usia kandungan aku 8 bulan, ramai orang kata, baby yang lahir 8 bulan ni tak boleh survive..but alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t..Fayyadh masih berada bersama kami sehingga hari ini..semoga Fayyadh sentiasa sejahtera hidupnya..kesakitan nak bersalinkan Fayyadh sekejap saja..dari 4cm nak mencapai 9cm..dalam masa setengah jam saja..then lepas tu Fayyadh pun dilahirkan..

..ramai juga bertanya, mana kami dapat nama Fayyadh Aniq tu, sebab jarang dengar nama Fayyadh dikalangan masyarakat melayu..kami hanya rujuk pada buku nama Islam saja, malah ada yang berkenan dengan nama Fayyadh Aniq, dan bercita2 nak letak nama anak dia nama Fayyadh Aniq tu..diimbas kembali..makna nama Fayyadh tu adalah pemurah hati..memang dia tak kedekut..Aniq tu bermaksud..yang kacak lagi menawan hati..sesekali tengok kacak jugak dia tu dan kuat bergaya..daddy dia panggil mat smart..hehehe..

..so for Fayyadh, happy birthday to you..semoga anak ibu & ayah ni, sentiasa taat pada suruhan Allah s.w.t..aminnnnn..



Thursday, July 09, 2009

..lambat nak update..ada sikit busy..

..lately ni, semacam ada yang tak kena, tak tahulah apa bendanya..tapi aku tetap sentiasa berdoa padaNya agar Dia sentiasa memberikan yang terbaik buat hambaNya ini..aku banyakkan muhasabah diri kebelakangan ni, rasanya banyak lagi yang perlu diperbetulkan dalam diri, memandangkan next month adalah harijadi aku..so, rasanya kena pasang azam yang lebih kukuh dan bersungguh2 melaksanakan azam tersebut..

..bila aku rasakan resah & gelisah, aku perbanyakkan muhasabah diri dan serahkan diri pada penciptaNya..kerana segala yang aku ada kini hanyalah pinjaman semata-mata..aku hanyalah sebagai pengemudinya..bagaimanapun..penciptaNya tetap yang akan menentukan segalanya..aku sering mencari2 diri sendiri, apa kupas kembali..kehidupan yang telah berlalu..ke manakah hala tuju hidupku ini..yang mana aku sendiri tak tahu bilakah penghujungnya..tetapi bak pepatah..bekerjalah seoalah kamu akan hidup selama-lamanya..tetapi beramallah..seoalah kamu akan mati esok hari..

..setiap hari memikirkan keadaan diri, situasi diri, hala tuju diri..memikirkan aku adalah seorang isteri, seorang ibu, seorang anak, seorang adik, seorang kakak..malah aku juga adalah banyak lagi "seorang" ..yang mana begitu banyak tanggungjawab harus dipikul..ada masanya..rasa begitu gembira dengan apa yang diperolehi..ada masanya..rasa begitu pilu dengan apa yang harus dihadapi..dalam apa jua keadaan sekalipun, aku tetap mengingatkan diri ini yang bahawasanya semua yang aku hadapi samada gembira atau pilu adalah dariNya, dalam kegembiraan..Dia memberi rezeki, dalam kedukaan Dia memberi ujian..yang mana dengan ujian itulah..membuat aku rasa lebih matang dalam mengharungi liku-liku kehidupan..malah..aku perlu mengajar agar diri selalu redha dengan ujian dariNya..ada hadis menyatakan..Allah akan menguji hambaNya mengikut tahap kemampuan hambaNya...

..dengan izin Allah jugalah..maka aku dan keluarga masih ada lagi dimuka bumiNya..dan dengan izinNya..esok adalah harijadi Fayyadh Aniq bin Parizol yang ke 7..semoga anak ibu & ayah..sentiasa dilindungi Allah s.w.t, dipermudahkan oleh Allah menimba ilmu dan pembelajaran..serta Allah tetapkan hati anak ibu sentiasa mengikut jalan Allah s.w.t..aku & hubby dah plan nak celebrate kat luar, but see how the condition..sebab nak pergi beli hadiah sekali..happy 7th birhtday to Fayyadh Aniq bin Parizol..jadilah anak yang soleh..dan hamba Allah yang taat...



Wednesday, July 01, 2009

..hari yang amat membosankan..

..aduhai..kenapalah hari ini aku rasa seakan2 hari yang amat membosankan..hari yang murung, hari yang tak memberangsangkan, rasa seolah2 ada something goes wrong somewhere..but I don't know what..mungkin dari kejadian yang berlaku di persekitaran kebelakangan ni..yang mana aku terbawa2 dari hari ke sehari..

..ada kemungkinan juga, semua yang dilalui adalah ujian yang datang dari yang Esa..sepengetahuan aku Allah menguji hambaNya dengan pelbagai cara dan dalam pelbagai keadaan..sesungguhnya aku redha dengan ujian dariNya..malah dari ujian2 tersebutlah mengajar aku erti lebih matang dalam mengharungi kehidupan akan datang..

..kebelakangan ni, apa yang aku fikirkan adalah..aku telah melakukan satu kesilapan yang patut aku perbetulkan dari sekarang dan masih tidak terlambat untuk diperbetulkan..dan rasanya suatu hari nanti, apa yang tersilap yang dah diperbetulkan tu, dengan sendirinya akan membawa kesejahteraan dalam diri aku..ada masanya aku terfikirkan peribahasa..terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata..padah akibatnya..tapi kalau terlajak satu kesilapan, masih adakah ruang untuk aku memperbetulkannya..wallahualam..tetapi bagaimanapun, jangan ada sikap putus asa dalam memperbaiki sesuatu keadaan, itu adalah yang terbaik..

..aku percaya dan yakin, apa yang aku lalui dan hadapi, semuanya ada hikmah disebaliknya..dan sesungguhnya hanya Allah s.w.t yang lebih mengetahui..