Friday, June 11, 2010

..titipan kenangan harijadi Farriys..





..ada yang tahu tentang picasa aku..tapi ada juga yang tidak tahu tentang kewujudan picasa aku..buat mereka yang sudi dan teringin melihat titipan kenangan di harijadi Farriys yang ke 2..boleh lah menekan mouse anda pada url di bawah ni..

cuti sekolah..ke manakah hala dituju..

..dah 4 hari berlalu cuti sekolah pertengahan tahun ni..anak-anak ada di rumah mak mertua..bila telefon mereka..suara yang kedengaran amatlah gembira sekali..pastinya layanan yang diaorang dapat layanan yang sepenuhnya dari atuk & opah..

..bila sebut tentang cuti sekolah, pastinya kami juga tidak ketinggalan untuk membawa anak-anak pergi bercuti..insya Allah, minggu depan anak-anak akan dibawa pergi bercuti, kami akan bergerak malam ni menuju ke rumah mak mertua untuk ambil anak-anak, dan pagi esok akan memulakan perjalanan..

..memang terasa sangat nak pergi bercuti, dah agak 7 bulan kami tak pergi bercuti ke mana-mana..memandangkan komitmen aku dengan tempat kerja baru..jadi kenalah bersabar untuk pergi bercuti ni..rasanya terlalu banyak cerita, kenangan, trajedi yang tersemat di dalam kotak fikiran aku ni yagn ingin dicoretkan di blog kesayangan aku ni..tapi masa amat tidak mengizinkan aku menghasilkan coretan jari jemari aku buat masa ini..aku cuba setakat mana yang terdaya untuk menyimpan kenangan-kenangan titipun kehidupan aku..

..kebelakangan ni, aku rasa sakit tangan teramat sangat..

..minggu lepas, 3 kali aku kena, kena sakit-sakit tangan, sengal-sengal, lenguh macam tu, sampai satu tahap nak angkat pun sakit..tak boleh nak angkat tangan sendiri, tangan yang kena tu tangan kiri..memula aku biarkan jer, sapu dengan minyak panas..lepas tu sakit tu berulang-ulang datang..aku biarkan lagi..hingga ke minggu ni, aku kena sakit tu balik, dalam minggu ni dah 2 kali aku kena..

..ada kawan aku cadangkan suruh aku pergi jumpa doktor kat klinik dekat dengan pejabat aku, fikir-fikir balik, jumpa sajalah doktor GP dulu..lepas tu tengok apa kata doktor tu kan..aku pergi jumpa doktor, lepas tu doktor bagi ubat makan untuk saraf..kata doktor tu ada kemungkinan ada kena mengena dengan pengaliran darah dalam badan..dan juga urat saraf aku..

..doktor cadangkan aku jumpa pakar fisio, aku tak bagi apa-apa jawapan..hanya diam saja..macam-macam bermain di fikiran aku ni..masih jauh lagi perjalanan nak membesarkan anak-anak..anak-anak aku yang comel tu masih kecil-kecil lagi..macam-macam bermain di benak fikiran aku..aku berdoa ke hadrat ilahi..agar tiada apa yang serius menimpa aku..aku berserah pada yang maha Esa..hanya padaNya saja tempat bermohon..

..doktor GP tu telah refer aku ke pakar fisio, appointment dengan pakar fisio dah di buat, tunggulah nanti apa keputusan dari pakar fisio..agak gementar hati ni untuk jumpa dengan pakar fisio..bagaimana pun, tindakan harus di ambil untuk mengetahui apa penyebab segalanya semua ni..insya Allah,aku berdoa agar segalanya tidak membawa kepada sesuatu yang serius..