..dah 4 hari berlalu cuti sekolah pertengahan tahun ni..anak-anak ada di rumah mak mertua..bila telefon mereka..suara yang kedengaran amatlah gembira sekali..pastinya layanan yang diaorang dapat layanan yang sepenuhnya dari atuk & opah..
..bila sebut tentang cuti sekolah, pastinya kami juga tidak ketinggalan untuk membawa anak-anak pergi bercuti..insya Allah, minggu depan anak-anak akan dibawa pergi bercuti, kami akan bergerak malam ni menuju ke rumah mak mertua untuk ambil anak-anak, dan pagi esok akan memulakan perjalanan..
..memang terasa sangat nak pergi bercuti, dah agak 7 bulan kami tak pergi bercuti ke mana-mana..memandangkan komitmen aku dengan tempat kerja baru..jadi kenalah bersabar untuk pergi bercuti ni..rasanya terlalu banyak cerita, kenangan, trajedi yang tersemat di dalam kotak fikiran aku ni yagn ingin dicoretkan di blog kesayangan aku ni..tapi masa amat tidak mengizinkan aku menghasilkan coretan jari jemari aku buat masa ini..aku cuba setakat mana yang terdaya untuk menyimpan kenangan-kenangan titipun kehidupan aku..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
bercuti cuti malaysia kemana tu...
Post a Comment