Wednesday, July 15, 2009

..ada kalanya apa yang dilihat tak sama dengan dirasai..

..dah lama gak aku nak menulis tentang tajuk kat atas tu..cuma tak berkesempatan..setiap hamba Allah di muka bumi ini..pastinya tak lari dari masalah masing2..pelbagai jenis masalah yang dihadapi..dalam pelbagai keadaan..ada masanya aku rasakan masalah yang aku hadapi adalah masalah yang paling teruk sekali..tetapi aku ingat kembali pada pepatah..andainya kita susah, ada orang yang jauh lebih susah dari kita..dan dibandingkan dengan masalah yang kita hadapi, mungkin sebahagian kecil saja dari masalah orang lain..bagaimanapun..ia terpulang pada kekuatan seseorang untuk menghadapi masalah yang dihadapi..

..pernah suatu keadaan aku melihat suatu keluarga, apa yang aku dapat lihat dari kehidupannya mereka seharian..mereka cukup sempurna, kulihat mereka tiada masalah..dari pelbagai sudut aku memerhatikan kehidupan keluarga itu..tidak kelihatan sebarang masalah pun mereka hadapai..tidak seperti aku yang harus hadapi masalah..dari pelbagai sudut..dan aku suarakan pada suami tersayang..tengok kehidupan kawan u tu..rasa macam seronokkan...tak nampak pun diaorang hadapi masalah seperti kita..suamiku membalas..macam mana u boleh tahu macam tu..u tak pernah tahu kehidupan diaorang macam mana..dan u tak boleh adili sebegitu rupa..dan suamiku..menyatakan..apa yang kita lihat tak sama dengan apa yang mereka rasai dan lalui..mungkin mereka tak pernah tunjukkan masalah apa yang mereka hadapikan..

..aku akui..apa yang suamiku katakan tu..seperti jua kami, ramai melihat hidup kami tiada masalah, kehidupan gembira saja..tapi..berbalik pada pepatah apa yang dilihat tidak sama dengan yang dirasai dan lalui..cuma..kegembiraan dan kebahagiaan kami dapat mengubat hati kami untuk lebih tabah menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan sehari-hari..dan kami berpegang pada prinsip..hadapi masalah dan selesaikannya mengajar kami lebih matang dalam mengharungi ujian dariNya..tiada orang yang tiada masalah..perbezaannya samada kecil @ besar..dan situasinya yang berbeza..

..jauh di sudut hati..aku sematkan..yang aku harus ajar anak2 aku macam mana nak hadapi masalah bila mereka hadapinya..dan ingatkan mereka..supaya kongsikan masalah mereka dengan aku & suamiku..tiada siapa yang boleh lari dari masalah di dalam hidup ini..dan harus berdoa agar sentiasa tabah harungi ujian dan dugaan dari yang Esa..

1 comment:

imanamani said...

yes...betul abg joy..tepat sekali..rahsia di hati tak siapa tahu ..