..Jumaat lepas, 21hb Mei tu, aku cuti..dari awal memang dah dirancang nak ambil cuti sehari sebelum harijadi Farriys..bukan apa, aku perlu membuat persiapan untuk majlis harijadinya, yang mana sudah agak lama kami tidak membuat majlis sambutan harijadi anak-anak dirumah, yang selalunya kami sambut di luar..
..tergerak hati kali ini, niat di hati nak menjamu sedara-mara & rakan-rakan dirumah..maka sedang elok dengan kedatangan harijadi Farriys, aku dan hubby pun membuat keputusan untuk menjemput sedara dan rakan-rakan ke rumah untuk sama-sama meraikan harijadi Farriys yang ke 2 tahun..
..setelah membeli barang2 persiapan sejak seminggu sebelum harijadi Farriys, dan jumaat tu hanya tambah-tambah apa yang tak cukup lagi..cadangnya jumaat malam tu nak menggantung apa-apa yang patut di dinding..pada awal nak mula menggantung pukul 9 tapi kakak aku jemput datang ke rumah dia untuk makan-makan sempena birthday anak sedara aku, Rafiqi on that 21st May, 2010..
..balik dari rumah kakak aku pukul 10.30 malam dah..penat juga tapi gagahkan juga menggantung apa yang patut di dinding, salah satu darinya pastilah belon yang amat disukai oleh Farriys and siblings..gantung punya gantung tak sedari dah pukul 12 malam..patutlah rasa teramat letih..lepas tu, kami masuk tidur, keesokkannya harus bergerak awal untuk mengambil mak aku yang tercinta..
..diawal pagi 22hb Mei, 2010 tu..aku bangun dan memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana telah memberikan rezeki buat Farriys membesar dengan sihat dan cergas..aku mencium Farriys berkali-kali dan ambil kesempatan nyanyikan happy birthday song untuk dia..dia hanya tersenyum meleret bila melihat aku menyanyi untuk dia..
..kami bergerak ke PD, Fatihah & Fayyadh tinggal di rumah dengan adik angkat aku, Zira..yang banyak membantu aku dalam menyediakan persiapan majlis ni..setelah sampai di rumah mak, aku lihat makanan untuk majlis harijadi Farriys telah pun siap diletak di dalam bekas, tinggal angkat masuk kereta saja..itulah dinamakan pengorbanan seorang ibu dan nenek pada anak dan cucunya..
..kami bergerak semula ke Bangi, sampai di bangi..cadangnya nak mengambil sate dan kek Farriys..setelah ambil sate..bergerak ke Secret Recipe untuk mengambil kek..aku hanya tunggu di kereta..hubby tersayang yang pergi ambil..agak lama aku menunggu..kenapa lama sangat pula hubby ambil kek yang telah ditempah seawal seminggu yang lalu..hubby muncul di kereta..dengan wajah yang tidak puas hati dan tangan kosong..
..aku agak terkejut..bila hubby kata kek belum sampai..delivery guy belum tiba lagi..punyalah aku terkejut..waktu yang dijanjikan untuk ambil kek pukul 1..kami tiba di Secret Recipe pukul 2.45 petang, memang buat kami marah la..hubby kata, dia dah cakap dia nak kek tu by 3.30 petang..apa cara sekali pun..kami balik ke rumah dulu..untuk menghidangkan makanan untuk majlis tu..
..setelah siap makanan dihidangkan dengan bantuan mak, zira dan hubby..maka tersedia la makanan di atas meja dan aku bergerak keluar semula ke Secret Recipe..hati agak cuak dan berdebar-debar..takut-takut kek yang dinanti2kan oleh Farriys tak ada lak..macam mana lah..kata hubby kalau tak ada..kenalah pilih mana-mana kek yang ada tu..hati agak kecewa jugalah sebab dah agak lama dirancang nak tempah kek tu untuk harijadi Farriys..dalam hati berkata-kata..adalah hendaknya kek tu..bila tiba di Secret Recipe..tengok di fridge tak kelihatan pun kek Farriys..lepas tu terus, dah cuak punya pasal terus jer tanya pada budak jaga kaunter tu, kek BEN10 anak saya dah ada ke?..jawab budak tu oh kek yang kartun BEN10 tu ya..ada ada..sekejap ya saya bungkuskan..dalam hati terus berkata Alhamdulillah..ada rezeki anak aku..lepas bayar terus masuk kereta..dan balik ke rumah semula..
..Wida & Hairi dah menunggu di tepi Sg.Tangkas untuk menuju ke rumah kami..so, aku cakap follow saja kereta aku..sampai rumah..aku tengok anak-anak aku dah siap mandi dan tukar baju..zira yang bantu siapkan diaorang..tiba masa untuk aku dan hubby pula bersiap..setelah kami bersiap dan turun ke bawah, jam pun menunjukkan dekat pukul 5 petang dah..aku masih menunggu tetamu-tetamu yang dijemput..kali ni aku menjemput adik-beradik dan rakan-rakan di tempat kerja baru aku..
..tak lama lepas tu, tetamu-tetamu pun sampai..dan aku pun beritahu ayah mertua aku, dah boleh mula membaca doa..semasa doa dibaca..macam-macam berlegar dalam kepala aku..teringat semula..masa mengandungkan Farriys dan saat-saat melahirkan dia di Annur, Bangi tu..alhamdulillah Farriys membesar dengan sihat..dan sekarang ni dah berlari pun..dan dah pandai bercakap..
..setelah selesai doa dibaca..hubby ambil kek letak di ‘coffee table’..hakikatnya masa di Secret Recipe tadi,disebabkan cuak punya pasal, aku sendiri pun tak tengok lagi hasil kek yang di tempah tu..bila aku bukakan kotaknya..terdengar la perkataan ‘woooooooowwwwww…bennn 10’..yang pastinya Farriys banyak sepupu lelaki..jadi ramailah peminat-peminat Ben 10 ni kan..
..so ramai-ramai sing the happy birthday song for Farriys..agaknya bila ramai yang nyanyikan dan kuat..itu yang membuatkan Farriys tergamam dan tiba-tiba jadi static..dia tengok semua orang yang nyanyi tu..dan lepas tu tersenyum..lepas tu aku pegang tanya yang kecil comel tu..dan potonglah kek Ben 10 dia tu..kanak-kanak dah menunggu kek tu untuk dipotong..kakak aku telah membantu potongkan kek tu untuk dijamu pada tetamu..
..setelah itu..aku menjemput para tetamu untuk menjamu makanan yang telah terhidang di meja tu, menu pada harijadi Farriys tu adalah mee kari laksa, roti jala & kari ayam, ayam percik, kuih tako, muffin pisang, sate ayam & air buah-buahan campuran..adalah sweets and jelly for kids..
..kami melayan tetamu-tetamu menjamu selera..dan aku berharap agar tetamu kami semua dapat menjamu selera dengan kenyang dan puas hati..bagi pihak kami sekeluarga, kami amat berterima kasih pada semua yang sudi hadir ke majlis harijadi Farriys kali ini..kehadiran kalian amat menggembirakan kami sekeluarga..tetamu-tetamu pulang dekat pukul 7, dan pada malamnya ada kawan hubby datang, dia tak dapat datang petang..tapi yang penting, dia tetap sampai juga..terima kasih banyak-banyak..pada semua tetamu-tetamu yang telah hadir..
..setelah tetamu pulang, tiba masa untuk berkemas pula..aku,hubby, zira..dan anak2 aku..sama-sama mengemas malam tu..setelah selesai, tiba masa acara membuka hadiah..seronok betul Farriys Afiq membuka hadiah..hadiah-hadiah yang dia dapat memang hebat-hebat belaka..menguji kesabaran abang-abangnya..Farriys memang suka bola..dia dapat jersey bola sepasang , bola sepak adidal world cup 2010, dia dapat net & tiang gol bola keranjang dengan bola..masa dia buka hadiah yang dapat bola ni..dengar dia cakap….’’aaaaaaaa…bboollaaaaaaaaa’’..dengan mulut yang ternganga..dia dapat dapat Transformers, coklat, dapat set of trucks..dapat bleckberry..bleckberry ok..bukan blackberry..hehehe..kalau dapat blackberry..ibu dia la yang tolong guna..dan ada dapat angpow juga..
..apa yang Farriys dapat dari ibu & ayah..adalah..jeng jeng jeng..scooter ben10..Farriys memang suka main scooter abang dia..jadi rasanya sesuailah dihadiahkan scooter Ben10 untuk dia..tapi kakak..abang tetap juga menempek meminjam scooter dia..kira ok la tu, beli satu, ramai dapat main..
..setelah habis semua hadiah dibuka..maka tiba masa untuk tidurkan Farriys..dan akibat terlalu penat..malam tu dia terjaga dan nangis beberapa kali..pastinya dia letih sebab dia tak tidur siang on that day..keesokkan harinya..kami menghantar mak aku balik ke PD..banyak hal katanya untuk diselesaikan sebab tu dia minta dihantar balik hari Ahad tu..dan terima kasih banyak-banyak kami ucapkan pada mak aku yang telah banyak berkorban demi menyediakan hidangan untuk majlis harijadi Farriys kali ni..yang telah banyak menggunakan kederat & tenaga untuk majlis ni..terima kasih banyak-banyak sekali lagi , mak..semoga semua ini menjadi kenangan buat kami selama-lamanya..
..pada hari majlis tu, gambar telah diambil oleh kawan aku, wida & hairi..terima kasih banyak-banyak atas jasa you all..dan sekali lagi terima kasih banyak-banyak pada semua yang hadir dan yang telah memberi hadiah pada Farriys Afiq..insya Allah, akan aku tepekkan gambar-gambar kenangan di harijadi Farriys tu..nilah dia scooter yang dia dapat for his birthday...ben10 scooter..
Monday, May 24, 2010
Friday, May 21, 2010
..agak lama tidak dikunjungi..tomorrow Farriys's 2nd birthday..
..sedihnya aku melihat keadaan blog aku ni..disebabkan kesuntukan masa aku dengan tugas harian..membuatkan aku tak berkesempatan utk meninggalkan coretan2 kehidupan aku dan keluarga di sini..
..insyallah..akan aku usahakan juga untuk mencoret setelah..aku kembali ke situasi yang asal..dan dapat meluangkan masa utk berkongsi kenangan2 dalam hidup sehari-hari..aku minta maaf pada pembaca2 blog aku yang setia..menunggu coretan aku dari masa ke semasa..kalian la pembakar semangat aku untuk terus mencoret di sini..
..aku ambil juga kesempatan ni, nak mencoret sebab..esok adalah hari istimewa untuk si comel, Farriys Afiq bin Parizol..tomorrow you gonna be 2 years old, sayang..kalau diimbas kembali..saat2 melahirkan Farriys..jenuh juga aku meneran..disebabkan jarak bersalinkan dia agak jauh dengan abangnya..seakan2 seperti nak melahirkan kali pertama..
..ibu, ayah, kakak, abang & abang chik..sentiasa mendoakan agar Farriys menjadi hamba Allah yang taat, anak yang soleh, insan yang berguna..dan sentiasa peroleh kesihatan yang baik..sebenarnya agak banyak cerita untuk dicoretkan di sini..tapi aku kesuntukan masa kerana persiapan sambutan majlis harijadi Farriys perlu dibuat..
..bukan apa nak buat majlis harijadi ni, agak lama dah kami tak buat sambutan harijadi utk anak2 di rumah..saja nak berkumpul adik-beradik..bukan saja diwaktu raya untuk berkumpulkan..insya Allah, akan dicoretkan di sini nanti..perjalanan sambutan harijadi Farriys yang ke-2 ni..
..insyallah..akan aku usahakan juga untuk mencoret setelah..aku kembali ke situasi yang asal..dan dapat meluangkan masa utk berkongsi kenangan2 dalam hidup sehari-hari..aku minta maaf pada pembaca2 blog aku yang setia..menunggu coretan aku dari masa ke semasa..kalian la pembakar semangat aku untuk terus mencoret di sini..
..aku ambil juga kesempatan ni, nak mencoret sebab..esok adalah hari istimewa untuk si comel, Farriys Afiq bin Parizol..tomorrow you gonna be 2 years old, sayang..kalau diimbas kembali..saat2 melahirkan Farriys..jenuh juga aku meneran..disebabkan jarak bersalinkan dia agak jauh dengan abangnya..seakan2 seperti nak melahirkan kali pertama..
..ibu, ayah, kakak, abang & abang chik..sentiasa mendoakan agar Farriys menjadi hamba Allah yang taat, anak yang soleh, insan yang berguna..dan sentiasa peroleh kesihatan yang baik..sebenarnya agak banyak cerita untuk dicoretkan di sini..tapi aku kesuntukan masa kerana persiapan sambutan majlis harijadi Farriys perlu dibuat..
..bukan apa nak buat majlis harijadi ni, agak lama dah kami tak buat sambutan harijadi utk anak2 di rumah..saja nak berkumpul adik-beradik..bukan saja diwaktu raya untuk berkumpulkan..insya Allah, akan dicoretkan di sini nanti..perjalanan sambutan harijadi Farriys yang ke-2 ni..
Subscribe to:
Posts (Atom)