Monday, September 06, 2010

..lagi 2-3 hari nak raya..

..aduhai..tak tahu kenapa tahun ni cepat lak rasa nak beraya..selalunya lagi sehari nak raya baru hati terasa sangat-sangat nak balik kampung..tapi tahun ni, lagi seminggu nak raya..hati dah terasa nak sangat balik kampung beraya..yela, mungkin disebabkan tahun ni giliran balik ke kampung aku..rasa kegembiraan tu lebih sikit, sebab bukan senang nak berjumpa berkumpul ramai-ramai dengan adik beradik tersayang..

..setakat ni persiapan raya, semua dah ada kecuali yang belum sempat lagi di cari stoking anak-anak..semalam tengok kat mothercare, tapi tak berkenan lak..dah pusing satu alamanda tu, tak jumpa gak yang berkenan..kalau la ada kedai ‘sox world ‘ tu best nak pilih stoking anak-anak..

..semalam Berjaya juga aku dan suami tersayang menggantung ‘string curtain’ kami..terima kasih pada tailor aku yang sudi jahitkan 2 keping 10x10 kaki string curtain kami tu..dan suami tersayang berusaha ke kedai ‘hardware’ untuk mencari spring curtain untuk gantung string curtain tu..di manakah kami letak string curtain tu, kalau nak tahu kenalah datang beraya ke rumah kami ya..

..tentang berkemas rumah untuk raya ni, ada sikit lagi nak kemas bahagian dapur & juga family area di tingkat atas..dah beli mat pengelap kaki yang baru sabtu lepas, beli 3 lai tapi terlupa lak untuk tingkat atas..jadi tak sedondon la pula kalau beli lain..nak beli yang sama jauh benar nak pergi sampai ke shah alam nun..takpelah..nanti usha-usha la di area bangi saja..
..sebut pula tentang beg balik kampung..setakat ni 3 beg dah diisi dengan baju anak-anak..tapi baju malam anak-anak belum lagi dimasukkan..baju ibu ayah belum lagi dimasukkan dalam beg..mungkin 6 beg agaknya baru cukup nak masukkan semua baju-baju..

..sekarang ni nak cakap pasal ‘feeling’, macam-macam rasa ada..seronok, gembira, sedih, hiba semua ada..tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan sekarang ni..yang pastinya..hati sekarang hanya rasa nak dengar lagu-lagu raya saja..terima kasih pada hani, yang telah ‘sponsor’ lagu-lagu raya untuk akak dia yang sorang ni..

..rasa macam nak tulis macam-macam lagi..tapi masa tak mengizinkan..selamat jalan pada yang telah memulakan perjalanan pulang ke kampung..hati-hati di jalan raya..semoga selamat sampai ke destinasi..semoga bergembira disamping keluarga tersayang di hari raya..

3 comments:

imanamani said...

YE...SELAMAT BERAYA... MAK AII...SAMPAI 6 BEG..KOMPIUS AKU TUH...

H A N S said...

manyaknyer beg?? yerla baju rayer k faz dh 1 beg.. hahaha :P xper, blh wat bantal n bantal peluk utk anak2 yg dok blakang kete tu. hehehe..

idaleeqian said...

Casinos Near Me - Casinos Near Me - MapYRO
Find Casinos Near 과천 출장마사지 Me, ranked by activity, reviews and more - see nearby Casinos 춘천 출장안마 and find 강릉 출장샵 the best place to stay closest 수원 출장안마 to 정읍 출장안마 you.