Wednesday, July 13, 2011

..sekali lagi Allah menjemput pulang anak kami..

..Buat masa ini apa yang mampu ku coretkan..hanyalah kesedihan yang aku rasakan di saat ini..sesuatu yang tidak aku jangka verulang sekali lagi seperti peristiwa 2 tahun lalu..kandungan aku pada usia nak 4 bulan telah dijemput pulang oleh Allah s.w.t. Aku pergi buat check up berseorangan pada tanggal 11 Julai..memandang suami aku bekerja di luar kawasan..setelah doktor membuat imbasan pada kandunganku..doktot sukar menemui degupan jantung bayiku..aku mula merasa ada yang tidak kena..hati mula gusar & tak menentu..doktor minta pakar lain buat imbasan..masih sama tidak kelihatan jantung bayi ku berdenyut..kedua-dua pakar menyatakan bayi ku sudah tiada..perasaan aku terus pilu, tak tentu arah perasaan aku ketika itu..

..Doktor minta aku balik dan bincang bila nak keluarkan..aku amat buntu sebab suami aku di korea..aku gagahkan juga menghubungi suami & minta izin dia nak buat proses melahirkan bayi keesokan hari..dia minta tunggu dia pulang..tapi aku katakan aku tak boleh tunggu hingga dia balik..terlalu lama untuk menunggu..

..Akhirnya pada tanggal 12 Julai, 201..aku menghadirkan diri di hospital pakar annur..untuk menjalani proses melahirkn bayi kami yang telah meninggal dalam kandugan..ianya satu tamparan yang hebat buat aku kerana kena menghadapinya buat kali kedua..dengan ketiadaan suami di sisi..

..Akan aku sambung coretan ini setelah kesedihan aku dapat dikawal..

2 comments:

H A N S said...

be strong!! pcayer ni smua takdir allah..setiap yg blaku tu ader hikmahnya..maner yg org blh tlg, org tlg..insyaAllah..

Sri said...

Bersabarlah Faz, sesungguhnya setiap yang berlaku pada hidup kita pastilah ada hikmah baik disebaliknya. Allah lebih sayangkan dia, jika kita reda Allah akan beri balasan mulia utk kita kelak. Smg Allah memberi ketabahan dan kekuatan pd Faz and keluarga.Amin.........