..hari ni aku seperti biasa hantar fatihah ke sekolah then ke ofis..di ofis cam biasa juga, start buat kerja..tapi dalam kul 11 pagi, aku rasa sakit di perut dan tak boleh duduk pulak tu, rasa tak selesa langsung bila duduk, so aku berdiri jer kat meja ofis..kawan2 aku pun rasa pelik, kenapa la aku tak duduk, berdiri jer..then aku pun explain la, perut aku rasa sakit, ada rasa cam nak buang air besar pun ada..so kawan2 aku kata..ntah2 nak bersalin dah kot..ikut kiraan memang nak masuk 9 bulan @ 36 weeks..tapi instinct aku mengatakan belum lagi rasanya..anak aku bagi gimic2 dulu, bagi rasa ingat balik camana rasa2 contraction tu..
..kesimpulannya..ada jugak perasaan takut nak balik drive sorang2 petang nanti..tengok la keadaan..kalau steady jer tak sakit..ok rasanya balik drive sendiri..if not..kenalah minta belas ihsan dari orang utk tolong..harap2 aku tak menyusahkan orang lain..insyallah..
..lagi satu penantian kami sekeluarga, insyallah tak lama lagi kami akan dapat mpv kami..alhamdulillah..kesabaran dan penantian selama ni..terjawab juga akhirnya..setakat ni nombor mpv kami pun dah ada..tunggulah..bila dah betul2 nak on road..akan ku share kan bersama..nombor mpv kami tu..sekarang ni anak2 aku pun, kerap tanya bila boleh dapat naik mpv tu..aku dan hubby just jawab, sabar..insyallah nanti akan keluarla jugak mpv kita tu..
..citer pasal baby ni, barang2 semua dah ready dah ada, cuma aku tak masukkan dalam beg saja lagi..kononnya nak tunggu mpv keluar then nak masukkan barang baby dalam beg then simpan kat mpv baru tu..tengok la keadaan camana weekend ni..tak susah sangat pun nak masukkan barang2 baby dalam beg dia..perkara lain lak, barang2 aku utk dalam pantang masih ada yang belum ready..hehe..lambat tul aku siapkan barang2 bersalin kali ni..mungkin masa yang padat di rumah spend dgn anak2..utk handle homework, reading depa..membuatkan aku rasa tak kesempatan nak prepare all the things..tapi tak per..insyallah dgn adanya suami yang amat memahami dan yang amat disayangi,dicintai, dia sentiasa membantu dalam banyak hal..aku bersyukur sangat2 ke hadrat ilahi dikurniakan suami yang seperti dia..i luv u so much, honey..
..talk about our coming new baby..which is confirm..yang akan dilahirkan adalah seorang baby lelaki..so going to be our 3rd son, rasa seronok tak terkata..ya lah kan ,tak tahu lepas ni, rezeki kami nak tambah anak camana..so setakat ni allah kurniakan nak masuk 4 cahaya mata yang menyinari hidup kami..kami amat2 bersyukur..dan sentiasa hati gembira dengan keletah mereka adik beradik tu..sebut pasal kakak dan abang2 baby ni, teringat pulak fatihah ada sebut dah lama kami tak pergi vacation, betul la aku setuju dengan anak dara aku sorang tu..i have to do something la..insyallah, bila baby besar sikit, aku akan merancang percutian utk anak2 tercinta..
..hari ni aku update blog aku ni, lepas ni ntah bila pulak nak update..nanti dgn baby lak..tak sure bila boleh spend masa nak mencoret di blog aku ni..banyak lagi kisah yg tak dpat di share kan kat sini..tak sempat nak update..antaranya..aku nak share kegembiraan tentang hubby aku buat wardrobe sendiri utk bilik kami..dengan hasil titik peluh dia sendiri..he really work it out..dia tunaikan apa yang dia katakan..tak perlu la kami spend till beribu $ utk pasang wardrobe..hasil dari tangan suami sendiri dah cukup menggembirakan..aku..and next plan dia..nak buat kan utk anak2 pulak..and aku akan sabar menunggunya..
..aku terfikir sesuatu..routine harian aku skarang ni, between 8 - 9 p.m..adalah aku spend masa dgn anak2 buat homework, reading and revision..aku berharap masa dalam pantang nanti, aku still dapat buat benda yang sama..tapi bila aku memikirkan dimana aku dalam pantang nanti, itu yang menjadi persoalan..samada dirumah sendiri atau di rumah kakak aku..hopefully, allah melorongkan yang terbaik utk anak2 aku..
..sekali aku mengupdate blog ni..panjang lak celoteh aku kan..nak masukkan gambar pun..aku dah lama tak pegang camera aku tu..then kurang lak amik gambar from my hp..mungkin mood masa pregnant ni berbeza..eh just nak share..baby dalam perut aku ni..bergerak2..agaknya dia pun nak gak update blog ni..rasa nya till here for now la, doakan lah semoga allah memudahkan dan selamat bersalin ya..semoga ibu dan baby, kedua2nya selamat..aminn...ayat jiwang buat pembaca setia blog ni..kenang daku dalam doa harian mu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment