Tuesday, August 12, 2008

..aku kembali ke persada blog ku ini..

..assalamualaikummmmmmmmmmmmmm..pada para pembaca blog ku ini..lama dah aku tak mengupdate blog aku ni,sejak last before bersalin tu..orang pun dah bising tanya mana gambar my lovely baby, Farriys Afiq. So, aku decide hari ni nak update la blog aku ni, nak masukkan gambar si comel Farriys. Aku tak sempat nak tulis banyak, cuma aku citer sikit2 la about him..Farriys Afiq jenis baby tak banyak kerenah, mandikan pun senang, jaga pun senang, dia nak susu pun tak la menangis kuat..bunyi sikit2 jer..then aku taulah..yang dia nak susu tu..tapi kadang tengah malam..ibunya tidur pengsan tak sedar yang dia berbunyi nak susu..sebb dia tak menangis..kuat pun..then..bawak jalan pun dia tak banyak kerenah..cuma dia tak tahan sejuk bila aku pakai kan rompers bawak lak gi Tesco..apa lah ibu dia ni kan..kan ke Tesco tu cam peti sejuk..ok ok...learn from mistake..cam baru anak first lak kan..hahaha, dah anak ke 4 tu..

..Farriys skang ni kami anta ke nursery sama dengan abang Fayyadh, abang Fakhriy dia..so ada la tukang tengok...ngadu kat aku..kalau2 cikgu nursery tu lambat entertain baby aku tu kan..hehehe..Farriys setakat ni fully breastfeed, alhamdulillah setakat ni..ada rezeki Farriys, aku express susu kat office 2 kali sehari, kat umah sekali..Sejak ada Farriys ni, aku rasa semangat utk teruskan idup tu..lain sikit lah..aku banyak rasa kesedaran..dalam diri..dari pelbagai segi..aku rasa kelahiran Farriys membawa seribu satu pengertian buat diri aku..dan kehadiran dia juga..membuatkan kasih sayang antara aku dan husband..bertambah kuat lagi..


..well, lupa nak cakap..besday aku last 2 days..celebrate ala kadar jer..kali ni aku celebrate dengan kehadiran cahaya mata baru..aku telah pun berumur 33 tahun, dan bestnya besday kali ni jatuh pada hari Ahad, dimana aku dilahirkan juga hari Ahad..hubby tanya aku nak apa..aku kata tak kisah apa pun boleh..yang penting aku kata kat dia..kasih sayang dia tak berubah..dan bertambah pada aku dan cahaya mata kami yang 4 orang tu..dalam tak sangka..dah 4 anak kami..alhamdulillah..aku bersyukur sangat2..sebab..kadang ada orang yang nak dapat sorang pun..punya la susah..itulah dinamakan rezeki masing2kan..


..panjang lak aku beceloteh..aku nak selitkan gambar Farriys Afiq la kat sini, buat tatapan pembaca2 setia blog aku ni..yang sentiasa menunggu aku mengupdate blog aku..so, kat bawah ni la sicomel Farriys Afiq bin Parizol, dilahirkan pada 22.5, jam 8.25 malam, berat 2.75 kg..banyak no.5 kan..dan bestnya no.ic dia belakang 0555..so, buat tatapan kalian..ni la cahaya mata kami yang ke 4, a cute baby boy..





..itulah dia..Farriys Afiq, ada lagi gambar dia yang terbaru, tapi aku tak transfer lagi dari camera..insyallah esok aku update dari camera ya..so, takat ni dulu la..aku tulis buat kali ni..nanti aku akan update lagi..dari masa ke semasa tentang perkembangan Farriys Afiq, dan yang lain2 tu Fatihah, Fayyadh Aniq dan Fakhriy Ariq..tak lama lagi..bulan puasa..so, nanti ngantuk2 aku udpate lagi blog aku ni..insyallah..

No comments: