Friday, August 15, 2008

..malam ni mak nak balik dah..

..rasanya baru lagi aku amik bawak dari kg bawak ke umah aku..tapi dah seminggu dah dia duduk umah kami, dan dia pun nak balik dah..asalnya kami nak anta dia balik ahad ni, tapi dia nak balik awal lak, sebab esok ada marhaban katanya, kawan2 dia suruh gak datang marhaban tu..so, dengan berat hatinya aku pun cakap kat mak, ready la barang, malam ni ina anta balik..tak tahu bila lagi mak nak datang umah aku, quite sometime gak dia tak jenguk ke umah kami, dia busy dengan kumpulan marhabannya lah, busy dengan bisnes nya lah, ni dah nak puasa ni, ramai la minta kerisik, utk simpan buat rendang raya..so berbalang2 lah, mak aku menyiapkan kerisik, kesana kesini mencari kelapa..mak aku tu tak leh duk diam, dah nak masuk 70 tahun dah umurnya..dia masih busy dengan bisnes dia..tu minat/hobi dia..biarlah asalkan dia bahagia..yang aku risau cuma kalau dia tak sihat tu..memang buat aku cukup risau..alhamdulillah, setakat ni, mak tak ada penyakit yang kritikal, bersyukur kehadrat ilahi, semoga mak dipanjangkan usia, insyallah..

..hari ni jumaat, weekend ni nak bawak Farriys & Fakhriy pergi amik jab..jab yang baru tu..apa ke namanya..pnuemococoal..something like that la..quite expensive gak jab tu..tapi tak per..demi kesihatan anak2 aku..tu tak jadi masalah, zaman skang ni banyak jer penyakit pelik2, so betterla preventkan..esok ayah diaorang kerja, utk aku bawak 2 hero aku tu sendirian, rasanya parah tu..so i need someone tu accompany me, aku tanya kakak aku, dia kata no problem, dia boleh tolong especially, jaga Fakhriy..heheh..Fakhriy cukup takut dengan kakak aku tu, tak tahu lah..apa yang dia takutkan sangat makcik dia tu..so aktiviti esok, pagi duk umah, tengahari gi klinik an-nur..harap2 anak2 aku ok lah..nak jab esok..takut kang ada yang lari lintang pukang nampak doktor bawak injection tu..

..ahad lak ada plan lain, ish ish ish..packnya weekend aku, rasa cam tak cukup masa nak buat kerja di rumah tu..banyak tul..agenda yang beratur dalam kepala ni utk dilaksanakan..tapi kena la priorities agenda2 tu kan..eh teringat lak, semalam aku gi anta kain utk buat baju raya, tahun kurang sikit buat baju raya, hehe..sebabbbbbbb..baju raya tahun lepas ada lagi yagn tak pakai, tak sempat nak pakai, sebabbbbbbbbb..aku pregnant dan tak leh nak pakai baju kurung tu..so simpan elok2 dan bawak melaram la tahun ni..so nanti kena tengok la tudung mana yang sesuai..tema raya tahun ni biru laut..ish teringat lak..baju melayu fakhriy lum gi tempah lagi..alamak sapa lak yang terima lagi ni..harap2 ada lah..silap ibu juga, sayang..ibu lupa nak settlekan cepat2..sian kat abang chik kan..tinggal baju abang raya chik je yang belum settle lagi..takper..ibu usahakan gak weekend ni..

..well, next week cuti sekolah..sure jalan tak sesak, bestnya..boleh masuk awal kerja, balik awal..and boleh main dengan anak2..and dgn baby si comel tu..terkenangkan dia dah pandai diagah..hari2 teringat dia kat ofis ni..hanya tatap gambar jerlah..skang pun teringat dia..apalah dia buat skang ni..tak sabar nak balik..nak amik kat nursery..ibu rindu sangat kat Farriys..

..cuti sekolah, plan nak bawak depa jalan2..tapi tak sure ayahnya..boleh ke tak cuti, sebab system dia nak go-live, tengok la camana..pergi malam tak leh..sebab..nak letak baby kat mana..kalau siang..boleh letak baby kat nursery..sian gak kat kakak,abang2 tu..dah lama gak tak jalan2..dalam kepala aku ni macam2 aku fikir..terfikir camana nak jadi kaya ek..camana nak ada bisnes besar2 cam orang yang berjaya2 tu..kuat tul semangat depa..boleh..aku boleh..insyallah..manusia tu takkan berubah hidupnya, selagi dia tak nak merubah kehidupannya sendiri..

..eh dah panjang rupanya..aku tulis..hati aku ni saya, mak nak balik dah..takperlah..insyallah bulan puasa nanti balik lagi berbuka puasa kat kg..bestnya nak puasa tak lama lagi..wah..nanti puasa..camana la..acara..menyimpan susu ya..harap2 la susu kekal lagi seperti biasa..dan dapat supply utk baby..opsss..aku janji ngan kawan nak tepek gambar terbaru Farriys..lupa lak..naper la aku lately ni, asyik banyak lupa..kuat makan asam ke ..tak jugak..ish..belum la tua sangat pun..

..eh masa balik dah nak tiba..nak berkemas..nak pack susu2 bekalan utk baby ku itu..oklah..buat pembaca blog tersayang..aku doakan kalian berbahagia selalu disamping insan2 yang tersayang..ada ruang kita berkongsi cerita lagi..insyallah..byee...take care..

No comments: