Monday, June 15, 2009

..kenapa mengapa..tahap kesopanan begitu rendah..

..hari ni aku nak bercerita perihal suasana yang dipanggail "customer service"..aku dan husband gi la satu tempat jual langsir ni, masa masuk tu dah tak ada orang entertain dah, tapi tak perlah, aku dan husband pusing2 dulu tengok2 kain..ada seorang budak yang jaga tu dah nampak kami, tapi tak ada pun tanya kami nak beli apa, cari apa, dari situ aku dah start rasa geram la..

..bila aku dah jumpa apa yang aku cari, budak tu datang tanya..dengan muka toya dia tu, ada ke layan customer cam tu, nak jer aku rasa ambik kasut aku sepak ke muka dia tu..then aku tanya pasal calculation, dia kata ada extra charge, aku pun musykil la..sebab kawan aku baru pergi minggu lepas tak kena extra charge lak..aku pun tanya dia, then boleh budak tu cakap cam ni..kalau dah macam tu kawan akak dapat, so baik buat dengan orang yang kawan akak deal tu la..aku rasa nak lempang jam tu gak, tapi aku sabarkan hati..aku tanya lagi, macam mana pulak, takkan lain customer lain kiraan, mesti ada satu standard kiraan tu kan, then dia jawab, kalau kawan akak tu takada extra charge, so diam2 jerlah, nanti dari tak kena charge, lepas tu kena charge pulak, boleh dia jawab macam tu..then dari situ, aku dah tak sedap hati dah nak deal dengan dia, then aku terus decide tak nak beli hari tu..then takada mood terus nak memilih yang seterusnya..aku ajak husband balik, banyak lagi masa lain boleh beli dan banyak lagi orang lain yang boleh layan dengan baik dan sopan..

..the moral of the story, aku terfikirlah kenapa ya manusia ni, tak boleh nak dahulukan sifat sopan dan berbudi bahasa tu, yang penting dah la dia tu dari department customer service, orang yang involve dalam customer service ni, kenalah banyakkan lebihkan kesopanan tu, good service, good PR ni penting dalam perniagaan..dari segi tu pun boleh memajukan diri sendiri, dan meningkatkan tahap kesopanan dan budi bahasa diri..aku memang cukup2 tak faham, bila awal2 lagi dah mula gunakan bahasa kasar, kalau rasa tak suka nak buat kerja macam tu, so silalah undur diri dan jangan menyusahkan orang lain..

..so kesimpulanannya, apa yang aku dapat adalah maklumat bahawasanya anak-anak dari kecil kita didik dengan sikap yang sopan dan berbudi bahasa serta tanamkan sifat beradab dalam kehidupan sehari-hari..Allah temukan aku dan husband dengan orang macam tu suatu rezeki juga tu, memberi kami kesedaran yang kami perlu sentiasa ingatkan anak2 bersikap sopanlah dengan sesiapa sahaja bila berkomunikasi dengan orang..

2 comments:

Anonymous said...

Tak perlah nanti pergi lagi deal dgn orang lain pulak. Abaikan budak yg bodong sombong tu. Tak ke mana pun budak tu kalau sikap dia cam tu ... silap hari bulan dia kena buang kerja ..

imanamani said...

lucky dia jumpa ko...kalau dapat kat aku... selamat la dia aku kerja kan...nasib tak baik...jam tu jugak dia kena kick....