..tak tahu naper bulan puasa tahun ni, aku ada rasa lebih sikit kegembiraan, mungkin sebab 2-3 perkara la kot..apa perkara tersebut, aku sajalah yang tahu..tengok la nanti..kalau hati terbuka untuk kongsi bersama..akan aku update di sini ya..
..tajuk coretan kali ini, ada bersangkut paut pasal puasa, suami, anak-anak..tahun ni..hanya Farriys seorang saja yang tak berpuasa, dah tu makan dulu lak tu, kakak, abang, abang chik dia pandang sajalah..tahun ni aku adalah antara pengunjung setia bazaar ramadhan belakang PKNS tu, since kerja dah kat KL, sampai rumah dekat kul 7 dah..
..tapi bila sampai di bazar ramadhan tu, sebelum memasuki area bazaar tu, aku akan ingatkan diri sendiri supaya mengawal nafsu membeli..alhamdulillah, setakat ni Berjaya juga mengawal,memang apa yang dibeli akan habis semuanya waktu berbuka tu, menunjukkan apa yang aku bajet untuk di makan satu keluarga memang cukup..
..bulan puasa ni bukan setakat tahan lapar dahaga tapi banyak perkara yang baik boleh dipraktikkan..setakat ni ada juga la seperkara dua benda baik yang aku cuba praktikkan dan setakat ni Alhamdulillah berterusan..
..weekend minggu lepas, kami balik kampung aku berbuka puasa, weekend ni kami nak balik ke Subang pula berbuka puasa bersama keluarga mertua pula..since Fatihah ada piano class every Sunday morning, so Ahad lepas subuh, kami balik la ke Bangi..Fatihah is the kind of child yang tak boleh terima kalau dia terlepas kelas piano dia tu..if not, boleh juga kami balik ke Bangi, Ahad malam lepas tarawih..
..aktiviti karate anak-anak kami, berjalan seperti biasa, Cuma aktivitinya kurang lasak dan kurang pergerakan sikit la..dan kelas habis awal 15 minit dari biasa..2 minggu lepas, anak-anak kami buat grading test lagi untuk karate, now kakak is blue belt, abang and abang chik is purple belt, lagi 3 kali grading abang, abang chik dapat black belt, kakak lagi 4 kali grading then dapat black belt..
..rasa nak bercerita pasal persiapan hari raya, hari ni baru hari ke 9 puasa, dah sebut raya kan..tapi ya lah..masa bulan puasa la orang buat persiapan untuk raya kan..takkan esok nak raya, hari ni baru nak beli baju raya kot..
..setakat ni, yang tak cukup adalah kasut raya kakak, stoking untuk semua anak-anak..and songkok utk boys also daddy..yang lain Alhamdulillah, dah siap dah..kuih raya lak dah siap-siap tempah kat kampung mak aku..tapi aku plan nak gi beli kuih suge (bangkit arab) kat Restoran Tupai-Tupai Bangi yang dekat dengan umah aku tu..memang sedap kuih dia..mana tak nya yang keluarkan Shazz Delight..aku memang dah lama jadi p enggemar keluaran Shazz Delight ni..
..skang ni tengah tunggu kawan aku jahitkan manik kat baju kosong kain bercorak untuk baju raya aku..untuk raya yang ke 9 ke 10 ke..hehe..kelakar tak bunyinya tu..and also nak tunggu tudung-tudung yang ditempah siap semuanya..nanti aku cuba ambil gambar ya..and share bersama..
..balik pada tajuk coretan ni, suami dan anak-anak penghibur hati..memang betul itulah hakikatnya..kadang-kadang kita rasa ‘down’ dengan sesuatu keadaankan tapi suami la yang dapat menyejukkan hati..dan anak-anak pula dapat menghiburkan hati..lebih lagi masa berbuka puasa bersama-sama..amat seronok bila berbuka puasa dengan anak-anak yang seramai 4 orang itu..
..aduhai rupa-rupanya..aku terlupa nak mencoret tentang harijadi aku 10 Ogos hari tu..insya Allah aku cuba update kan..di sini nanti..this year the celebration was just simple..hubby bawa gi Equatorial Bangi tu had lunch there..pendapat aku mahal gak kat situ..tapi hubby kata setahun sekali saja..tak apalah..anyway, thank you very much, to you my luvly hubby..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ye..anda sangat banyak tidak meng update moment penting ..sepanjang beberapa bulan ini..termasuk la togather2 hari tu kat umah mak...
Post a Comment