Thursday, November 26, 2009

..selamat hari raya aidiladha..

..nak mengucapkan selamat hari raya aidiladha buat semua yang mengenali aku..
..kejap lagi nak balik kampung mak..seronoknya mak dah tunggu tu..
..jap lagi hubby dan anak2 sampai tunggu kat depan ofis..then perjalanan diteruskan ke kampung..semoga perjalanan kami selamat pergi dan selamat pulang..

..tak sabar nak makan makanan yang mak dah siapkan..mak tunggu kepulangan kami ya..
..again..selamat hari raya aidiladha semua..semoga perjalanan kita selamat..dan juga selamat kembali bekerja minggu depan..

..Selamat Hari Raya AidilAdha..

Tuesday, November 24, 2009

..inilah yang ku cari selama ini..

..kejap lagi nak balik dah..tengah tunggu hubby fetch, tapi aku nak berkongsi bersama perasaan aku yang gembira ni..apa yang aku lalui sekarang ni adalah selama ni yang aku cari..di dalam kesibukan bekerja..masih ada ruang utk aku mendengar usrah dan solat berjemaah..telah 9 tahun aku bekerja..tidak pernah aku lalui saat2 sebegini..betapa bersyukurnya aku ke hadrat ilahi kerana telah menempatkan aku di sini..

..bukan saja mencari ilmu dunia..tapi ilmu akhirat juga tidak ditinggalkan..walaupun sejam sehari tapi input dari usrah tu amat berguna buat aku dan akan ku panjangkan pada anak2 kesayanganku..amat gembiranya hati bila dapat bersama rakan2 sekerja solat berjemaah..sungguh tenang dan aman rasanya hati..semoga keindahan ini berkekalan..dan ada ruang utk aku mempelajari ilmu akhirat dan memperbaiki diri sebagai seorang muslimat..yang mencari keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t..

..sekali lagi ku panjatkan kesyukuran pada Mu ya Allah..kerana limpahan rezeki ini..alhamdulillah..diriku hanya ku serahkan pada Mu ya Allah ya tuhanku..yang maha pengasih lagi maha penyayang..

Thursday, November 19, 2009

..fatihah's 9th birthday today..

..aku tak dapat nak mencoretkan panjang lebar, memandangkan aku berada di tempat baru, aku nak amik kesempatan ni nak wish the only daughter kami, Fatihah Binti Parizol, happy 9th birthday sayang, ibu dan ayah mendoakan agar kakak akan menjadi hamba Allah yang taat, anak yang solehah, dan seorang yang berjaya di dunia mahupun di akhirat..

..there will be small celebration tonight, the preparation is done by fatihah's daddy who is really understand my situation who couldn't make it today..aku dah bagi kad birthday pada Fatihah this kmorning sebelum hantar dia ke sekolah..dah besar dah anak perempuan aku..semakin besar..semakin risau nak menjaganya..

..ibu dan ayah berharap agar..kakak akan menjadi seorang yang bertanggungjawab pada diri sendiri sendiri dan juga adik2..soon cuti sekolah akan bermula..hadiah utk birthday kali ni..dah ibu beli awal lagi..semua buku exercise darjah 4 yang ibu bagi tu lah hadiah utk birthday kakak ya..yang lain..akan menyusul nanti..insyallah...

Tuesday, November 17, 2009

..akhirnya aku berhijrah..ke dunia baru..

..agak sekain lama aku tak mencoret disini..tergerak hati nak menyimpan kenangan lalu yg telah aku lalui..aku telah membawa diri ke dunia pekerjaan yg baru..hari ni adalah hari pertama aku di tempat baru..

..teringat pd tempat lama yg telah aku diami selama 5 tahun tu..pada mula amat berat hati utk meninggalkn tempat lama tapi, keadaan telah menyebabkan aku membawa diri ke tempat baru, bukanlah mudah utk membuat keputusan ini..tapi aku tetap gagahkan hati, dan sekarang aku telah pun mendiami tempat baru utk hari pertama ku..

..di tempat lama dah menjadi kebiasaan aku memandu sendiri pergi ke pejabat..susunan jadual juga diaturkan sendiri..berlainan dgn tempat baru aku, aku menumpang kakak+abg ipar pergi ke pejabat..maka aku kena ikut jadual mereka dan rasanya ada masa aku perlu pergi sendiri..bila difikirkan tentang ‘flexibility’ di tempat lama..rasa macam tak nak tinggalkan, tapi bila melihat tempat baru, lagi banyak ilmu boleh dapat dan belajar..lebih banyak ‘exposure’nya..dan dapat kawan baru..hakikatnya tak lagi berada di ‘comfort level’ seperti di tempat lama..

..seperti gak tempat lama, banyak gak ilmu aku dapat belajar..Cuma jenis ilmu, cara mendapatnya yang berbeza..apa pun jua keadaan, kena ada usaha sendiri utk lebih maju, dan tidak ketinggalan.. ada masa-masanya memang terkenangkan tempat lama..meja, kerusi, persekitaran, pantri, kawan sepejabat..tapi semua tu telah ku jadikan kenangan..macam2 kenangan ada dari tempat lama tu..gembira, sedih..hidup ini harus diteruskan jua..aku memandangkan kehadapan..dan mengingatkan tanggungjawab yang dipikul..aku berdoa pada yang maha Esa, agar segalanya berjalan dengan lancar..dan diredhai olehNya..
..teringat bos di tempat lama, dan teringat bos di tempat baru, kesimpulannya 2 orang yang berbeza..satu benda baru yang dapat aku amati..bak kata pepatah di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung..maka jawapannya buat diri aku adalah..sentiasa ingat pada yang Esa agar dia mempermudahkan perjalanan ini..aku selalu mengingatkan diri..niat kerana Allah s.w.t..insyallah, hidup akan sejahtera..aminn..


..inilah wajah aku di hari pertama di tempat baru dan dibawah tu lagi hari terakhirku di tempat lama..rakan sepejabat..buat farewell lunch termasuklah bos aku yang datang dari Dresden..tetiba terfikir nak tujukan lagu Saleem..yang tajuknya ‘Tinggal Kenangan’ tu..buat tempat lamaku..

Monday, November 02, 2009

..really my bad day...tragedi oktober..

..jumaat lepas aku balik dari kerja awal sikit, disebabkan ada perkara yang buat aku tak puas hati kat ofis..so, aku balik awal..dan ada ofismate ikut balik sekali, sampai kat Bangi, hujan lebat betul, aku ke cosway tengok-tengok barang..kat cosway, tu budak yang kat kaunter tu nak tak nak jer layan, hati aku ni geram tapi sabarkan hati, malas nak kecoh2..then aku pun bergerak keluar, dan hajat hati nak ke Ariani, nak jenguk2 tudung utk ada 2 pasang baju aku yang tak ada tudung nak match..

..sampai kat depan Ariani, nak parking susah gak banyak kereta..tunggu punya tunggu dapat gak..setelah parking, masuk ariani..disebabkan aku dah biasa masuk ariani tu..so aku tahu nak tuju ke mana nak tengok tudung plain..aku tengok2..pusing2 dalam ariani tu, dan rasanya dah dapat la apa yang dihajat di hati..tapi cam biasa aku akan datang dengan husband utk membeli..masa aku tengah membelek tudung2 plain tu..aku tanya apa beza antara 2 tudung kat situ..manager tu jawab bezanya awning penuh & awning separuh..then aku try..pada masa yang sama, ada 3 orang salesgirl tengah bergelak2 ketawa mempersendakan kawan diaorang seorang lagi salesgirl..kesian dekat salesgirl tu, dia pun rasa malu dengan kami..

..then aku tanya 3 salesgirl yagn tgh gelak2 tu, beza 2 tudung ni rm14 dengan hanya beza awning penuh dgn separuh jer..then salesgirl A jawab, murah la tu kak, murah apa aku jawab, sikit jer beza awningnya..till RM14, then salesgirl B jawab, pilihlah kak, pilih yang akak mampu beli, aku dgn kawan aku dah bengang dah then, aku panggil salesgirl B tu, aku cakap, awak ulang balik apa awak cakap tadi..dia jawab..suara saya hanya boleh cakap sekali jer..aku ulang lagi..saya kata..saya nak awak ulang balik apa awak kata tadi, dia kata..takde kak takde apa2..aku ulang, saya nak awak ulang balik apa awak cakap tadi, awak ingat saya tak dengar ke?..aku ulang banyak kali..suruh dia ulang apa dia cakap, dia dah terdiam, dengan suara aku yang lantang, satu butik ariani tu dengar suara aku..lagi 2 salesgirl tu dah pergi tempat lain..aku sambung cakap aku, aku kata..awak kat sini bekerja, tugas awak hanya layan customer, awak tau tak apa yang awak cakap tu sensitif pada customer..salesgirl tu ulang2 cakap, maaf kak, minta maaf kak..dia nak pegang tangan aku..nak salam..aku tepis tangan dia..dan cakap, u don't come near me, and don't touch me..aku kata, sebelum bercakap fikir dulu, fikir betul2, awak bercakap dengan customer, saya datang sini every friday, dan saya bukan datang2 kosong..i'm a ariani fans..u tau ke tak..and bila i beli di sini, so duit gaji u tu, customer yang bayar..then aku nak make move, and aku cakap, u better watch out your mouth, and yourself..aku nak ke pintu nak keluar..dan kawan kata..report ke manager la..

..betul gak tu, aku pun pergi ke cashier, cakap nak jumpa manager, which aku memang kenal dengan manager ariani tu, then manager sampai terus cakap, minta maaf puan, minta maaf byk2..then aku kata, what she said is very sensitif issue, and manager tu cakap kat salesgirl, kan saya dah pesan banyak kali, mulut jaga dengan customer, salesgirl tu kata, saya bergurau jer kak..hanya bergurau, aku jawab..there is no such thing bergurau dalam hal macam ni, again i said, its very sensitive issue ok..manager tu cakap kat aku, dia ni under my observation puan, dah beberapa kali dia buat macam ni..then aku sambung cakap lagi and purposely tujukan pada salesgirl tu, awak masih muda lagi, masih jauh lagi perjalanan hidup, berfikir dulu sebelum bercakap, and infact, customer yang masuk sini bawa berjuta2 ringgit ke atau ada berapa sen saja ke..itu terpulang pada diaorang, itu hak customer..and for your information, i can effort to buy all your ariani scarf here, and also can effort to pay your salary too..tau tak, but its up to me..nak pilih yang mana ikut taste i la..i boleh saman malu pada you, and i tak tahu la camana you nak bayar nak cekau mana duit kan..dengan kerja sebagai salesgirl jer kat sini..you pun tak mampu nak belikan..

..manager tu berkali2 minta maaf dengan aku, dan minta aku pilih dulu mana2 tudung yang aku nak, aku jawab..its ok wati (manager's namem who already know me, and knows that i'm a regular customer), i've already bad mood..whether i want to come again or not..but i don't want to see her face (dengan menuding jari kat salesgirl tu) anymore..you are very sacustic you know..aku kata kat salesgirl tu..i bukan nak tutup periuk nasi u tapi i kesian dekat u..masih muda..and remember this sampai bila2..berfikir sebelum berkata2..aku ajak kawan aku make move, manager and supervisor ikut aku sampai keluar dari butik ariani tu, sampai ke kereta aku dia follow, minta maaf..hati dah cukup tawar..dan cukup marah, kalau ikutkan hati tadi, mungkin dah sampai pelempang aku kat muka salesgirl tu..tapi masih boleh menahan sabar..

..pada pendapat aku..dengan siapa pun bercakap, kita harus beringat dan berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata2..dalam perihal melayan memberi servis pada customer, kita always kena bersopan dan berbudi bahasa..and also be serious when we are working..sayang sekali..aku memang suka pakai ariani, dan aim aku nak cukupkan collection aku 50 lai..ariani..tapi bila dah jadi macam ni..aku rasa..tawar hati..dan mungkin akan memilih brand lain pulak..kita tunggu dan lihat la nanti..lepas tu aku pun balik ke rumah setelah rasa cukup2 marah dan geram dengan salesgirl..aku balik rumah rasa cam malas tul nak masak..tapi aku sayangkan husband dan anak2..aku tetap gak masak..sambil masak tu masih boleh ingat lg wajah dan kata2 salesgirl tu..rasa masa tu nak pergi balik ariani dan lempang budak tu..nasib baik la aku masih waras lagi masa kat ariani tu..hai..budak salesgirl..semoga dirimu mendapat pengajaran la dari apa yang berlaku tu..

..then husband dan anak2 balik..suruh diaorang mandi..dan aku hidangkan dinner..tengah makan, aku nampak Fayyadh tak pakai glasses dia..aku tanya..where is your spectacles Fayyadh?..dia tak jawab..diam jer..so i guess something wrong and something happen..then kakak tolong jawabkan..spec dia kena pijak, ibu..aku punyalah rasa terkejut..sebab tu spec baru..baru buat 6 hari..rasanya dalam bulan 10 ni..aku dah spend 500-600 rasanya utk spec Fayyadh sebab..yang dulu punya kena pijak..dan ada yang hilang cermin dia tu..aku memang cukup marah..dan husband..cakap sabarlah ibu, tengah makan ni..kita talk later ok..kemarahan aku di ariani masih belum hilang..tambah pulak dengan kejadian glasses Fayyadh..aduhai anakku..pening kepala ibu memikirkan spec abang ngah, sebab abang ngah nak exam..so ibu kena pastikan abang ngah ada spec..then husband tanya siapa cakap glassess Fayyadh kena pijak, aku kata..kakak inform..since Fayyadh tak nak jawab..then husband kata..i knew that you're in bad mood thats why i tak nak cakap dulu..i plan nak tidur karang i inform..tapi u lebih cepat detect..you're very observant dear..then aku jawab...my family, my children, my house, my property..so i need to know what's going on..then dia kata, sabarlah..semua ni ujian allah..adalah hikmah disebaliknya seperti motto hidup aku..sesungguhya setiap yang terjadi, ada sebab musababnya ada hikmahnya..aku just diamkan diri..dan istigfhar banyak2..infact tengah depan rezeki..tak baik marah2..

..bila aku dah tidurkan anak2 semua aku tengok glassess Fayyadh, yang framenya patah dan bengkok..aku kata kat hubby, kalau ada rezeki..boleh betulkan frame ni..dan maybe ke welding la frame dia..if not we have to make the new one..for backup for him..hubby kata takperlah..kita bawa esok ke kedai..tidurlah dulu..dah malam ni..aku baringkan diri..dengan memuhasabah diri utk hari itu..ya allah, seandainya ini semua ujian dariMu utk memberi yang terbaik buat diri hambamu ini..maka aku redha ya allah..kau tingkatkanlah tiang kesabaranku, kau berikanlah aku kekuatan utk menghadapi setiap ujian dariMu..aminnn..

..itulah dia cerita my bad day on last Friday, tragedi oktober betul2..la..apa hikmah disebalik semua kejadian tersebut, aku sendiri tak tahu..tapi..aku bersyukur..sekurang2nya aku dapat juga menahan kesabaran masa di ariani tu dan menahan kesabaran masa dinner dengan family masa tu..segalanya dengan izin allah s.w.t...