..hari ni adalah hari ke 16 berpuasa..tak sangka masa berlalu begitu pantas sekali..aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi bahawasanya sehingga semalam anak sulung aku @ anak tunggal pompuan aku masih penuh puasanya..alhamdulillah..moga Allah memberkati usahamu, anakkku..insyallah..ramadhan kali ni akan membawa kenangan, suami aku dihempap buai, dan tembus berdarah..serta berjahit la dekat kening tu..cam tahun lepas kenangan bulan ramadhan, kami sefamily kena sakit mata..semua ini dugaan dari Nya, maka kami redha dengan kehendak mu ya Allah..
..tahun ni ramadhan kami bertambah bersinar kerana bertambahnya ahli keluarga, dengan kehadiran Farriys Afiq yang tak banyak kerenah tu, ramadhan kali ni amat menggembirakan sebab masa kami berbuka puasa..Farriys Afiq tak meragam, selalunya dia akan tidur masa kami berbuka.,.setakat ni aku baru sekali ke pasar ramadhan, rasanya takada lah apa sangat yang menarik kat sana..aku lebih suka makan simple2 macam biasa..ada lagi satu yang aku nak share kan..tanggal 6/9 lalu, mak aku buat majlis berbuka puasa utk anak2 yatim, kami semua adik beradik balik..seronok yang tak terhingganya aku sebab..bukan senang nak berjumpa sekali ramai2 at one time, especially nak jumpa abang sulung aku..punya la payah, sebab dia asyik fly sana fly sini jer..yang paling gembira mak aku sebab dia kata..tahun depan tak tahulah..hidup lagi atau tak, nak jamu anak2 yatim tu berbuka puasa..pengajaran yang aku dapat dari majlis berbuka puasa tu..adalah..aku, suami aku, anak2 aku seharusnya bersyukur kerana masing2 ada lagi mak, ayah..tapi bila aku melihat anak2 yatim tu..terasa tersentuh di hati..melihat mereka..yang takada ibu bapa lagi..diaorang tu, anak2 yatim yang belajar di sekolah tahfiz..semoga Allah mencucuri rahmat keatas keluarga kalian yang telah pulang ke rahmatullah..
..apa yang aku lihat towards anak2 yatim tu, betapa mereka menghargai makanan, kenapa aku kata macam ni sebab..masa aku mengemas meja makan yang bawah khemah tu, aku kelilingi semua meja2 tu, tak aku kelihatan pun sisa2 makanan, semua makanan yang dihidangkan mereka habiskan, tak macam sesetengah kenduri tu kadang kita lihat banyak sisa2 makanan diatas meja tu kan..then bila kemas, sisa makanan tu dibuang macam tu saja..terdetik di hati aku...subhanallah, ya allah, kau limpahi la keberkatan kepada anak2 yatim ini, tidak mereka bazirkan rezeki yang kau berikan..amiinnn...mudah sekali kami mengemas meja2 makan tu..sebab yang tinggal hanya mangkuk kosong dan pinggan kosong..bila waktu solat tarawih berjemaah, beratur anak2 yatim tu memenuhkan saf..mereka la juga yang menyusun sejadah2 tu utk orang ramai solat berjemaah..dalam hati aku terdetik lagi sekali..sejuknya perut ibu yang mengandungkan kalian..
..habis solat tarawih..mereka di jamu morey..sekali lagi aku lihat..mereka tidak berada di dalam golongan orang yang membazir..dan habis moray..mak aku sedekahkan setiap seorang kain pelikat..hasil dari kutipan amal mak aku dari kawan2 dia..dari sini, aku sedari ramai juga orang yang berhati mulia utk bersedekah pada anak yatim..alhamdulillah..setelah selesai pengagihan..kain pelikat tu..anak2 yatim tu pun balik dihantar oleh suami aku, abang aku, abang ipar aku..begitu sopan sekali anak2 yatim tu..aku melihat dari jauh kepulangan mereka..jauh di sudut hati aku berkata..anak2, insyallah semoga tahun depan kita bertemu lagi di ramadhan 1430..insyallah..adalah rezeki utk kalian..nanti..aku terfikir yang why not aku join mak aku kan..utk majlis tu..sekurang2nya..dapat anak2 yatim tu merasa berbuka puasa bersama satu keluarga..insyallah..panjang umur, murah rezeki..ada la nanti..korang nak join ke? hehe..kalau berminat..sila hubungi aku ya..
..bila korang baca apa yang aku tulis ni, korang terfikir tak..masa raya nanti..anak2 yatim tu beraya sesama diaorang saja kan..sedangkan kita beraya bersama ahli keluarga kita..mungkin mereka tak menyuarakan apa2, tapi kalau kita di tempat mereka..sedikit sebanyak pasti terasakan..maka kesimpulannya..disebalik kegembiraan kita, ada orang yang merasa kesedihan..maka setiap kali kita merasai kegembiraan, beringat2 la pada orang yang mengharungi kesedihan..maka panjatkan la kesyukuran..
..aku tak tau kenapa hari ni aku tergerak hati utk menulis tentang cerita anak2 yatim tu, masih segar di ingatan aku..melihat gelagat mereka, yang paling tak dapat aku lupakan..ketika mereka menyusun sejadah, minta izin utk lalu dihadapan aku..dengan nada suara yang rendah, betul2 menyentuh perasaan aku, bagaimanakah mereka membesarkan anak2 yatim tu dengan tertanamnya sifat sopan dan menghormati..aku terfikirkan anak2 aku, bagaimana kah kalian nanti bila membesar, ya Allah ya tuhanku, kau suluhi lah anak2 aku dengan cahaya kebaikan, kau jauhi la anak2 aku dari segala kemungkaran..
..oklah..aku rasa..nanti aku sambung bercerita lagi, if ada benda2 yang menarik utk di kongsi bersama, cuma kata2 hikmah dari aku..setiap kegembiraan yang kita lalui, ada diantara mereka yang melalui kesedihan...maka hargai la segala kegembiraan yang Allah kurniakan..insyallah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hargailah apa yang kita ada...selagi ada di depan mata...
Post a Comment