Wednesday, December 31, 2008
..awal muharram & hari terakhir 2008..
..aku sedih sebab dari last week, baby aku Farriys tak sihat..last week dia kena demam panas..3 hari tu demam..dengan temperature 39.1 lagi..jumpa doktor..terus kena masukkan ubat punggung tu..then baru jer baik demam, kena lak ala2 macam campak..kat seluruh badan dia..depan dan belakang..dan jugak, tangan..bawak jumpa doktor..doktor kata bukan campak, maybe virus terkena kat skin dia..actually tak tahu lah..is there anything related to kami bawak dia gi gunting rambut @ dibotakkan..ke..takut..dia tak tahan kena rambut2 halus yang digunting tu ke..kami pun tak sure..doktor bagi lotion sapu utk sapu kat badan dia tu..so disebabkan dia tak sihat dari last week..tu yang aku amik emergency leave tu..and today baru datang kerja..and lepas ni cuti balik sampai minggu depan..
..rasa gembira sebab..jumaat ni Fayyadh masuk sekolah baru..aku lak yang excited nak tengok Fayyadh masuk darjah satu, ibu berdoalah..supaya abang ngah ok masuk sekolah baru..harap2 la abang tak nangis yer..barang2 sekolah dia so far semua dah ready..aku baru jer selesai menjahit kaki seluar sekolah, hujung lengan baju melayu dan seluar sekolah agama dia, dan jugak lencana sekolah dia..jenuh gak nak abiskan menjahit tu..tapi..alhamdulillah..semua dah selesai..tinggal aku nak membalut buku teks jer lagi..fayyadh belum dapat lagi buku teks..so kakak punya lah..kena bertungkus lumus ni membalut..nak cop nama lagi kat buku2 semua tu..semuanya tertunda sebab..Farriys tak sihat..kena put attention kat dia dulu..la kan..dia dah sihat..so nak buat apa pun tak susah hati..
..so hari ni last day utk Fayyadh ke nursery..after this..dia kena ke transit yg dekat dgn sekolah dia tu lah..and akan dihantar dan jemput..oleh ibunya lah kan..siapa lagi..hehe..cepat jer masa berlalu kan..sekolah pun dah nak start balik..maka bermula la semula arena busy gaban nanti bila anak2 dah mula bersekolah semua..nak monitor dia orang lagi hari2..lebih lagi Fakhriy lak last year of kindergarten..so kena la banyak lagi tumpuan kat dia..insya Allah..ibu berdoa agar anak2 ibu semua diterangkan hati..senang timba ilmu..aminn..
..rasanya..till here for now la dulu..nanti will update for the opening of 2009..semoga apa yang aku target utk 2009 akan tercapai..setakat ni apa yang ditarget utk 2008..alhamdulillah..banyak gak yang tercapai..dan ada gak yang kena dicarry forward ke 2009..dalam perkataan yang lain..Allah tidak akan merubah nasib seseorang itu, selagi dia tidak merubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..
..Special Congratulation tu my niece Atiqah..who got 8A for her PMR..semoga Iqa akan terus berjaya dan membuat mama Iqa gembira..
Tuesday, December 23, 2008
..kesibukan melanda - back to school time..
..talk about barang2 sekolah lak..at this moment, semua dah beli cuma tinggal baju sekolah fatihah nak ambil kat tailor weekend ni, and also this Friday nak beli buku sekolah agama lak..but..even semua dah beli..tapiiiiiiii..ibunya ada banyak benda lagi tak buat, buku belum balut..buku teks, buku aktiviti, buku tulis..nama kat buku belum bertulis..baju sekolah, baju sekolah agama belum bergosok, ishhh..serabut otak ibu ni..bila fikirkan benda2 yang belum settle ni..but..aku kena ada target la kan..segalanya need to be ready by 30th December, if not I'm going to face trouble..yerlah..mana taknya..yang sekolah 3 orang, fatihah, fayyadh, fakhriy..so aku kena settlekan fakhriy yang mana next year akan pergi smart reader sendirian tanpa abangnya..aku dah consult..awal2 lagi..explain dengan dia baik2..yang this time dia kena pergi nursery dan school sendiri..at first..dia nak gak abang dia..but kami explain elok2 kat dia..and also..remind dia yang dia ada cousin lagi 2 orang yang pergi sama2 dia nanti..so bila dia dengar nama cousin yang close dengan dia tu..rafiqi..dia terus kata ok..boleh..abang chik pergi school sendiri nanti dengan rafiqi..abang ngah nak pergi sekolah besarkan dia kata..so..aku dan daddy dia pun senyum..lega..
..saat2 masa ni..duit keluar cam paip air..yelah..mana tak nya kan..semua kena beli..utk fayyadh since dia naik darjah satu, for kakak just top up mana yang patut la, but as usual, fees utk fakhriy kalau tak 1k, tak sah lah kan awal2 tahun baru ni kan..em..aku plan weekend ni..nak organise barang2 sekolah fayyadh..so ada kelapangan nanti aku selit2kan photonya kat sini yer...orang lain cuti akhir tahun..aku dan husband cuti awal tahun seminggu coz nak settlekan fayyadh at his new school..diam tak diam..anak kami yang kedua dah nak masuk darjah satu, means umur kami pun makin bertambah..maka amal ibadah & amal jariah pun patutnya kena bertambah la jugak..insya Allah..
Thursday, December 18, 2008
..flickr - vacation - cherish moment..
..tak jauh pun pergi..kami ke sana..utk memenuhi impian dan permintaan anak2 aku utk bermain di swimming pool..so yang terdekat dan so far yang best aku pernah pergi ke Tiara Beach Resort kat mana lagi..kat my home town ler..Port Dicksonnnnnn..anak2 aku punya la happy..sampai..ajak balik bilik tak nak keluar dari pool tu..dan esoknya ajak balik pun tak nak balik gak..daddy dia plan nak extend another one day..tapi aku kata..its enough..nanti lain kali kita datang lagi..at least..daddy dia decided jadikan yearly event utk ke Tiara tu..so tu maknanya..kerja aku la kena book bilik..awal2..setiap tahun tu..yelah..aku ni kan secretary terhormat husband aku tu..hehehe..oklah gambar yang aku load kat flickr tu cukup menggambarkan betapa gembiranya anak2 aku..masa gi bercuti..tu..so u all boleh ringankan jari u all yang comel tu utk menatap cherish moment, closing of year 2008 kami..kat sini..Tiaraaaaaa...
..picasa updated - fakhriy's birthday celebration
..sorrylah..lately ni..slow sikit nak update blog..banyak benda yang aku fikirkan..hujung2 tahun ni kan..hal anak2 banyak nak diuruskan dan lain2 hal..rasanya nantilah aku sharekan dengan u all..rasanya minggu depan terungkai la segala apa yang aku fikirkan tu..ok jumpa lagi dilain slot..
Friday, December 12, 2008
..aku terjebak gak..cun ke tak cun..
Wednesday, December 03, 2008
..Smart Reader Kids Concert Day 2008
..ada snap photo..so berminat nak melihat gambar2 mereka..dan juga aku serta husband..anda silalah click ke siniiiiiiiiiii
..Fayyadh dapat award for the Most Improving Student in the school..congrat for anak ibu..tak sangka abang dapat award on that day..
Tuesday, December 02, 2008
..lagu kegemaran saat ini..
..tak tahu kenapa aku asyik dengar lagu ni jer..hari2..sing by Ungu..Andai Ku Tahu..
Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…
Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…
Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
..aku..diriku yang semakin membesar..
..aku memikirkan camana skang ni aku nak handle diri aku ni yang semakin membesar bagai johan..aku tengok diri sendiri kat cermin pun..aku sendiri tak puas hati..tu..bukan apa nanti naik2 berat ni..senang dapat penyakit..anak2 kecik lagi..memerlukan perhatian..dan aku ada tanggungjawab towards my lovely kids..apa yang patut buat skang ni azam baru adalah..kurangkan makan yagn berkhabohidrat..itulah yang diwar2kan oleh kengkawan aku ..ish..boleh ke aku ni kurang makan..aku ni dah lah jenis tak memilih..apa pun boleh makan asalkan halal...
..lately ni aku tak nak amik gambar diri sendiri..ngeri tengok gambar sendiri..bila muka makin membulat..dah macam hurut "O" dah..yelah..dah lah takada excersice..makan lak no limit..mana tak nya boleh jadi kawan pada ahli Ku2..tu..ish..kena amik tindakan yang drastic ni..takleh tangguh2..tapi perut aku ni..makan kurang sikit..start ler berbunyi and pedih lak tu..camana den nak diet ni..takper takper..insyallah boleh..boleh..malaysia boleh..jadikan azam tahun baru la cam ni...nak turunkan berat badan..heheheh..
..balik umah..lepas makan handle anak2..dah penat..tidur..ish tak sempat lagi makanan dalam perut tu nak hadam betul2..thats why jadi lemak tu..zaman skarang ni kan easily can get penyakit..so beringat lah anda..kita kena usaha..utk mencapai kejayaan..aminnn...
..saja aku nak jadikan kenangan..ketika muka ku ..bbbuuulllaaatttt....bulat..sebut betul2 anak2..bulattt...hahaha..tengok kat bawah ni..masa gi tesco..