Wednesday, December 31, 2008

..awal muharram & hari terakhir 2008..

..sempena tahun baru hijrah ni..dan hari terakhir 2008, aku pun nak ambik kesempatan utk mencoretkan kenangan pada hari terakhir bagi tahun 2008..aku akhiri tahun 2008 ni dengan hati yang sedih dan juga gembira..

..aku sedih sebab dari last week, baby aku Farriys tak sihat..last week dia kena demam panas..3 hari tu demam..dengan temperature 39.1 lagi..jumpa doktor..terus kena masukkan ubat punggung tu..then baru jer baik demam, kena lak ala2 macam campak..kat seluruh badan dia..depan dan belakang..dan jugak, tangan..bawak jumpa doktor..doktor kata bukan campak, maybe virus terkena kat skin dia..actually tak tahu lah..is there anything related to kami bawak dia gi gunting rambut @ dibotakkan..ke..takut..dia tak tahan kena rambut2 halus yang digunting tu ke..kami pun tak sure..doktor bagi lotion sapu utk sapu kat badan dia tu..so disebabkan dia tak sihat dari last week..tu yang aku amik emergency leave tu..and today baru datang kerja..and lepas ni cuti balik sampai minggu depan..

..rasa gembira sebab..jumaat ni Fayyadh masuk sekolah baru..aku lak yang excited nak tengok Fayyadh masuk darjah satu, ibu berdoalah..supaya abang ngah ok masuk sekolah baru..harap2 la abang tak nangis yer..barang2 sekolah dia so far semua dah ready..aku baru jer selesai menjahit kaki seluar sekolah, hujung lengan baju melayu dan seluar sekolah agama dia, dan jugak lencana sekolah dia..jenuh gak nak abiskan menjahit tu..tapi..alhamdulillah..semua dah selesai..tinggal aku nak membalut buku teks jer lagi..fayyadh belum dapat lagi buku teks..so kakak punya lah..kena bertungkus lumus ni membalut..nak cop nama lagi kat buku2 semua tu..semuanya tertunda sebab..Farriys tak sihat..kena put attention kat dia dulu..la kan..dia dah sihat..so nak buat apa pun tak susah hati..

..so hari ni last day utk Fayyadh ke nursery..after this..dia kena ke transit yg dekat dgn sekolah dia tu lah..and akan dihantar dan jemput..oleh ibunya lah kan..siapa lagi..hehe..cepat jer masa berlalu kan..sekolah pun dah nak start balik..maka bermula la semula arena busy gaban nanti bila anak2 dah mula bersekolah semua..nak monitor dia orang lagi hari2..lebih lagi Fakhriy lak last year of kindergarten..so kena la banyak lagi tumpuan kat dia..insya Allah..ibu berdoa agar anak2 ibu semua diterangkan hati..senang timba ilmu..aminn..

..rasanya..till here for now la dulu..nanti will update for the opening of 2009..semoga apa yang aku target utk 2009 akan tercapai..setakat ni apa yang ditarget utk 2008..alhamdulillah..banyak gak yang tercapai..dan ada gak yang kena dicarry forward ke 2009..dalam perkataan yang lain..Allah tidak akan merubah nasib seseorang itu, selagi dia tidak merubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..

..Special Congratulation tu my niece Atiqah..who got 8A for her PMR..semoga Iqa akan terus berjaya dan membuat mama Iqa gembira..


No comments: