Saturday, March 28, 2009

..permintaan yang mengejutkan..

..sejak seminggu yang lalu..aku banyak luangkan masa memikirkan apa yang aku ingin coretkan dalam blog aku ni.. bila datang idea tu..jari2 aku mula mengetuk keyboard notebook untuk menulis apa yang terlintas di fikiran aku ni untuk di jadikan kenangan..

..tanpa disangka, baru2 ni..anak sulung kami, Fatihah bertanyakan suatu soalan yang tak di sangka2..soalan dia macam ni..

Fatihah : ibu, buat apa tu?
Ibu : tengah tulis blog, tengok email..
Fatihah : kakak tengok ibu tulis blog macam best lah..
Ibu : ya, ibu suka tulis blog..tulis tentang anak2 kesayangan ibu..tulis tentang kakak kan..
Fatihah : ibu, kakak tanya sesuatu boleh tak?
Ibu : boleh,apa dia, tanya lah..
Fatihah : kakak nak tulis blog jugak boleh tak? nak baca email macam ibu, macam ayah tu jugak..
Ibu : ..(dengan terkejutnya aku..terus berhenti tulis blog, sambil pandang ke arah Fatihah)..betul ke kakak nak tulis blog dan nak ada email..
Fatihah : ya, betul..nanti kakak boleh hantar email pada ibu, pada ayah..tulis blog kakak..
Ibu : ..(aku fikir 2 kali tu nak bagi ke tak..then consult dengan suami aku..dia kata, boleh dengan syarat, under control la)..okla kakak, nanti malam ibu createkan email account dengan blog kakak ya..
Fatihah : ok ibu, nanti ibu kena ajar kakak ya..

..waduh, waduh, waduh..kanak2 zaman sekarang begitu high tech betul..niat kami just nak bagi dia menghargai apa yang dia ada dan simpan kenangan dia..dah lama kami perasan, Fatihah memang minat dengan komputer dan suka surf kat internet..tapi dibawah kawalan la kan..so harap2 kami mengajar dia benda yang betul..bukan apa, macam2 ada kat internet tu kan..nanti karang..terjumpa lak yang tak sepatutnya dia jumpakan..harap2 bila dia dah pandai guna nanti, boleh membantu dia dalam pembelajaran seharian dia..insya allah..dengan izin allah, semoga dia mendapat ilmu yang baik dan diberkati..amin..

..sejenak ku terfikirkan keadaan semasa..

..hari ni hari sabtu, tanggal 28 Mac, 2009..hari yang ke 9 aku berpantang..badan rasa ada sengal2 sikit..but overall getting better..insya allah lagi 2 minggu..harap2 sihat la keseluruhan badan aku ni..aku masih tak pergi berurut lagi ni..tak tahu nak cari kat mana tukung urut..rasanya worst to worst..aku balik rumah mak mertua berurut dengan makcik yang urut aku masa bersalinkan Fakhriy dulu..

..actually..hari ni aku rasa sedih sikit sebab..mak aku dah balik kampung..setelah jaga aku dalam pantang 9 hari ni..mak perlu balik sebab..nak uruskan hal kendurinya minggu depan..insya allah..harap2 aku sihat la..then boleh balik kampung untuk kenduri mak tu..bila bercakap pasal kenduri ni..kali ni tak dapat la aku nak tolong banyak kenduri mak tu..sebab aku dalam pantang lagi..aku berpantang dalam 3 minggu..selalunya aku tolong apa yang patut..tapi kali ni aku tak boleh terlalu aktif bergerak..tak apalah..yang penting, kepulangan kami sekeluarga tu yang lebih penting..buat ibuku..kenduri tu adalah kenduri kesyukuran ibu yang ke 70..alhamdulillah, allah telah memanjangkan usia ibu sehingga ke saat ini..semoga allah memanjangkan umur ibuku..dan murahkan rezekinya..

..so, minggu depan aku akan berpantang sendiri kat rumah..duduk rumah seorang diri..tak dapat bayangkan boringnya duduk seorang2 kat rumah..lepas tu nanti..rasa sedih je teringat kat baby aku..aku akui yang ingatan aku tak lekang dari memikirkan dan teringat pada arwah Fashiyl..memang seperti kata2 kawan2 aku..yang telah melalui perkara yang sama..tidak mungkin dapat melupakan peristiwa tersebut..ia akan tetap diingatan..cuma apabila teringat tu..maka disedekahkan la..al fatihah..buat arwah..kadang2, aku terfikir apakah hikmah di sebalik semua ini..satu yang aku sedar ialah..kasih sayang kami, semakin kuat pada anak2 kami yang empat orang tu..aku cuba mengawal kemarahan terhadap anak2 aku..sebab bila aku rasa nak marah..aku tersedar yang kehilangan Fashiyl..dan aku tak nak kehilangan Fatihah, Fayyadh, Fakhriy, Farriys..aku dan suami akan berusaha bersungguh2 menjaga dan membesarkan mereka dengan sebaik2nya..insya allah..

..dalam memikirkan anak-anak kesayangan kami, Fatihah, Fayyadh Aniq, Fakhriy Ariq, Farriys Afiq & Fashiyl Aliq..aku terfikir sejenak tentang ibu bapa yang belum beroleh rezeki..menimang cahayamata..dan aku rasakan..kami harus bersyukur sangat2 ke hadrat ilahi..bahawasanya sekurang2nya kami telah mempunyai 4 orang anak bersama kami..dan seorang menunggu kami di sana nanti..segala ketentuan allah s.w.t..adalah yang terbaik buat hambaNya..Dia lebih mengetahui segalanya dan yang terindah dan terbaik buat hamba2nya..

..akan aku kongsikan bersama..suatu kisah yang dikongsikan oleh seorang uztazah tentang akhlak2 anak2 yang bahawasanya setiap anak itu ada keistimewaannya yang tersendiri..sebagai ibu bapa tidah seharusnyalah kita memandang pada sudut pembelajaran sahaja tetapi kita juga harus peka terhadap perkembangan akhlak anak2 kita..yang mana dari kata2 uztazah tersebut..seandainya seseorang anak itu mencapai keputusan yang cemerlang di dalam akademik..tetapi dari segi menghormati orang2 tua, akhlak terhadap ibu bapa tidak baik..maka..tiada nilailah..kecemerlangan di dalam akademik tersebut..banyak lagi yang dikongsikan bersama oleh uztazah tersebut..insya allah akan aku kongsikan bersama dgn sahabat2 pembaca blog aku..bila ada peluang...sesungguhnya tiada yang lebih baik bagi seorang ibu itu selain..sentiasa berdoa untuk anak2nya ke hadrat ilahi..dan tuturkan kata2 yang indah dan baik terhadap anak2nya..maka..insya allah..anak2 akan beroleh kesejahteraanlah di dalam hidup mereka...

Wednesday, March 25, 2009

..Pemergian bayi dalam kandunganku..sesuatu yang tidak dijangka..

..aku tidak tahu bagaimana utk memulakan..kisah kami kehilangan bayi di dalam kandunganku..fikiran aku cukup bercelaru..perasaan pilu..sedih..masih lagi menyelubungi diriku..yang mana..aku masih berpantang..tetapi..pantang harianku tanpa bayi..semua ini adalah ujian dariNya..kami redha dengan apa yang telah ditakdirkan..

..bagaimana pun aku ingin mencoretkan kenangan sejak..aku mula hamilkan cahayamata ke 5 kami..untuk aku buat kenangan bahawasanya cahayamata ke 5 kami hadir dalam kehidupan kami buat seketika waktu..dan telah mengadap ilahi ketika kandungan ku berusia tiga bulan setengah..

..tanggal 18 Februari, 2009..aku pergi ke Klinik Pakar Wanita An Nur..doktor membuat imbasan pada kandunganku..bayi dalam kandungan menunjukkan pe
rgerakan..dan pergerakan jantungnya adalah normal..aku dan doktor dapat melihat bayiku bergerak2 tangan serta kakinya..aku tersenyum..dan doktor mengatakan..bayiku kelihatan aktif dari melihat..pergerakannya itu..dan doktor..memberi..hasil cetakan gambar bayiku..dan aku pulang ke rumah..tapi tak tahu ketika itu aku tidak mengeluarkan hasil cetakan gambar bayiku..dan aku tidak menunjukkan pada ahli keluarga ku..hanya menjadi tatapanku..rupa-rupanya..betul-betul ia menjadi tatapanku sahaja..apabila dia telah meninggalkan kami..

..tanggal 18 Mac, 2009..aku pergi ke Klinik Pakar Wanita An Nur..seperti biasa..aku hadirkan diri untuk buat pemeriksaan bulanan kandungan ku..dari kiraan ku..bayi ku sepatutnya berusia 17 minggu..setelah menjalini proses..memeriksa darah..serta air kencing..dan berat..aku hanya menunggu giliran utk berjumpa doktor..dan ditemani oleh suami tersayang..aku mengira giliran ku..lagi 2 orang patient masuk..then giliran aku pula..lepas habis 2 patient tersebut..nama ku dipanggil oleh jururawat..dan aku senyum saja melihat jururawat tersebut..dan aku masuk ke bilik doktor..

..soalan pertama doktor..mummy..sihat..baby sihat ke..then aku jawab..saya sihat doktor..then doktor tanya..ada rasa baby gerak2 tak..then aku jawab..kurang la doktor..lately ni saya tak rasa baby gerak..maybe perut saya tebal kot tak rasa..baby bergerak..then doktor tanya lagi..makan macam mana..selera tak..jawapan aku..pagi makan banyak doktor..tengahari kurang..malam lagi kurang..then doktor terkejut..eh..naper gitu..tak leh gitu..kena makan cam biasa juga..then..doktor kata..jom kita scan baby..nak tengok keadaan baby..aku pun baring di atas katil utk dibuat imbasan pada bayiku..

..doktor..buat imbasan..sekali..dua kali..tiga kali..aku tengok muka doktor lain macam..aku agak doktor mencari2 degupan jantung bayiku..aku jugak tak kelihatan degupan jantung bayiku..hatiku dah terdetik..ada apa2 berlaku ke pada bayi dalam kandunganku..kali ke empat doktor buat imbasan..dan doktor tidak menoleh ke arahku..doktor langsung menoleh ke arah suamiku..dan memberi penyataan ini.."I'm sorry to say that, baby ni dah tak ada.."..aku rasa cam berita tu adalah berita petir..yang tersambar kat aku..suami aku tanya kat doktor.."takada macam mana doktor..tu ada lagi baby kat screen tu"..then doktor explain lagi.."suppose baby ni usia dia 17 weeks..tapi bila tengok heartbeat dah tak ada..and usia baby 13.5 weeks..heartbeat dia stop pada 13.5 week tu..means dia meninggal pada usia hampir 3.5 bulan.."..semasa doktor explain tu..air mata aku dah tak berhenti berjujuran dan aku tak dapat berkata2..doktor ajar aku duduk di tepi dia..dan aku masih lagi tak berhenti menangis..aku tak dapat terima hakikat asalnya..bayi dalam kandungan tu dah tak ada..dah pergi mengadap ilahi..suami aku..masih lagi..bertanyakan pelbagai soalan pada doktor..tanya..apakah sebab2..terjadinya sebegitu..doktor..kata..dia tak dapat nak bagi kepastian..apakah punca2nya..tunggu sehingga bayiku dikeluarkan nanti..

..hasil dari perbincangan doktor, suami dan aku..kami bersetuju untuk keluarkan bayiku yang dah tiada tu..keesokkannya hari nya pada tanggal 19hb Mac, 2009..aku keluar dari klinik tu..dengan berjujuran air mata yang tidak berhenti..aku tak dapat mengawal perasaan ini..tak dapat mengawal kesedihan aku..aku cuba untuk menghubungi ahli keluarga..telefon ku dial..diangkat..tapi mereka hanya mendengar tangisan ku yang tidak henti2..dan aku cuba terangkan..apa yang terjadi..ayat yang ku mampu katakan..adalah..baby dalam perut dah takada..satu berita yang amat mengejutkan ahli keluarga..dan tiada apa lagi yang dapat aku dengar..hanya tangisan dari mereka..dan kata2 semangat..

..aku tidak dapat menahan air mata yang mengalir..aku cuba juga menahan utk tidak terus menangis..tapi..naluri aku lebih memihak pada kesedihan kehilangan cahayamata kami yang ke 5..aku pulang dengan keadaan yang amat memilukan..perlahan2 aku mengemas pakaian utk dibawa ke hospital keesokan paginya..doktor meminta kami berada di hospital seawal 7.30 pagi..hari itu adalah hari yang amat memilukan..aku kuatkan hati utk melalui saat utk mengeluarkan bayi dalam kandunganku itu..

..aku dibawa ke bilik bersalin..doktor memberi penjelasan apakah yang akan dilakukan..dari penjelasan doktor..aku akan lalui saat sama seperti aku bersalinkan anak2 yang lain..bezanya cuma kali ni aku akan melahirkan bayi yang telah tidak bernyawa lagi..aku menjalani proses induce..rasa sakit dah bermula..dan rasa sakit tu..makin lama makin sakit..dan contraction..juga makin kuat..aku terasa nak push..dan keluar darah beku..kemudian terasa nak push lagi..maka keluarkan bayiku yang mana masih berada dia dalam karungnya..kemudian doktor tanya masih ada rasa nak push tak..then aku kata tak ada..then doktor kata its ok..i will put u on sleep..i cuba nak keluarkan uri..then dari apa yang doktor jelaskan keesokannya..doktor tekan2 perut aku..dan cuba tarik uri..yang mana dah berada di pintu rahim tu..dan maka keluar la uri..tersebut..

..setelah aku sedar..segalanya telah selesai yang mana jenazah bayi ku telah pun..dibesihkan dan dimandikan..serta telah dibalut oleh jururawat kat situ..aku menangis..melihat balutan yang dipegang oleh suamiku..bahawasanya balutan itulah..jenazah bayi yang ku kandung..yagn mana telah meninggalkan kami selama-lamanya..aku dihantar ke wad..aku hanya mampu menangis..dan termenung..dikala itu kesedihan kepiluan..berlegar2 dalam diriku..suami ku pulang ke rumah membawa jenazah bayi kami untuk disemadikan..

..jenazah bayi ku..selamat disemadikan pada tanggal 20hb Mac, 2009..pada hari Jumaat..kami namakan bayi kami dengan nama yang menggambarkan pemergiannya..iaitu Fashiyl Aliq bin Parizol..dengan maknanya..Fashiyl bermakna yang mengasingkan..dia telah mengasingkan diri dia dari kami..Aliq pula bermakna yang bersangkutan..dia tetap mempunyai persangkutan darah dengan kami biarpun dia telah terasing dari kami..al fatihah buat arwah Fashiyl Aliq..semoga bayiku bersemadi dengan sejahtera..

..hari ni tanggal 25hb Mac, 2009..dah beberapa hari aku berpantang tanpa bayiku..hari demi hari aku gagahkan hati..untuk meneruskan kehidupan..tanpa cahayamata ke 5 kami..setiap hari demi hari aku cuba tabahkan hati untuk menerima hakikat ini..dan aku redha dengan pemergiannya..semoga bayiku Fashiyl Aliq pergi dengan aman dan bersemadi dengan sejahtera..ayah dan ibu akan sentiasa mengingati mu sayang..

Monday, March 16, 2009

..kesiannya aku melihat blog kesayangan aku ni..agak lama gak aku tak mencoretkan apa2..keadaan tak mengizinkan aku utk update kisah si comel permata2 hati kami..terlalu banyak peristiwa utk dikongsi bersama..tapi situasi aku lebih mendorong kepada memberikan tumpuan yang lebih kepada kesihatan diri sendiri, kesihatan anak2 aku..

..tapi rentetan dari sahabat baik yang mengajukan soalan..kenapa tak update blog..aku nak baca coretan yang baru la...aku hanya mampu tersenyum..dan tidak dapat memberikan jawapan bilakah akan dapat aku tunaikan permintaannya tu..bagaimana pun..aku tetap berusaha utk mencoretkan kenangan2 hari2 yang kami lalui bersama permata2 hati kami..aku akan tetap cuba utk mencuri masa utk berkongsi cerita & gelak tawa bersama pembaca setia blog aku ni..