Saturday, March 28, 2009

..sejenak ku terfikirkan keadaan semasa..

..hari ni hari sabtu, tanggal 28 Mac, 2009..hari yang ke 9 aku berpantang..badan rasa ada sengal2 sikit..but overall getting better..insya allah lagi 2 minggu..harap2 sihat la keseluruhan badan aku ni..aku masih tak pergi berurut lagi ni..tak tahu nak cari kat mana tukung urut..rasanya worst to worst..aku balik rumah mak mertua berurut dengan makcik yang urut aku masa bersalinkan Fakhriy dulu..

..actually..hari ni aku rasa sedih sikit sebab..mak aku dah balik kampung..setelah jaga aku dalam pantang 9 hari ni..mak perlu balik sebab..nak uruskan hal kendurinya minggu depan..insya allah..harap2 aku sihat la..then boleh balik kampung untuk kenduri mak tu..bila bercakap pasal kenduri ni..kali ni tak dapat la aku nak tolong banyak kenduri mak tu..sebab aku dalam pantang lagi..aku berpantang dalam 3 minggu..selalunya aku tolong apa yang patut..tapi kali ni aku tak boleh terlalu aktif bergerak..tak apalah..yang penting, kepulangan kami sekeluarga tu yang lebih penting..buat ibuku..kenduri tu adalah kenduri kesyukuran ibu yang ke 70..alhamdulillah, allah telah memanjangkan usia ibu sehingga ke saat ini..semoga allah memanjangkan umur ibuku..dan murahkan rezekinya..

..so, minggu depan aku akan berpantang sendiri kat rumah..duduk rumah seorang diri..tak dapat bayangkan boringnya duduk seorang2 kat rumah..lepas tu nanti..rasa sedih je teringat kat baby aku..aku akui yang ingatan aku tak lekang dari memikirkan dan teringat pada arwah Fashiyl..memang seperti kata2 kawan2 aku..yang telah melalui perkara yang sama..tidak mungkin dapat melupakan peristiwa tersebut..ia akan tetap diingatan..cuma apabila teringat tu..maka disedekahkan la..al fatihah..buat arwah..kadang2, aku terfikir apakah hikmah di sebalik semua ini..satu yang aku sedar ialah..kasih sayang kami, semakin kuat pada anak2 kami yang empat orang tu..aku cuba mengawal kemarahan terhadap anak2 aku..sebab bila aku rasa nak marah..aku tersedar yang kehilangan Fashiyl..dan aku tak nak kehilangan Fatihah, Fayyadh, Fakhriy, Farriys..aku dan suami akan berusaha bersungguh2 menjaga dan membesarkan mereka dengan sebaik2nya..insya allah..

..dalam memikirkan anak-anak kesayangan kami, Fatihah, Fayyadh Aniq, Fakhriy Ariq, Farriys Afiq & Fashiyl Aliq..aku terfikir sejenak tentang ibu bapa yang belum beroleh rezeki..menimang cahayamata..dan aku rasakan..kami harus bersyukur sangat2 ke hadrat ilahi..bahawasanya sekurang2nya kami telah mempunyai 4 orang anak bersama kami..dan seorang menunggu kami di sana nanti..segala ketentuan allah s.w.t..adalah yang terbaik buat hambaNya..Dia lebih mengetahui segalanya dan yang terindah dan terbaik buat hamba2nya..

..akan aku kongsikan bersama..suatu kisah yang dikongsikan oleh seorang uztazah tentang akhlak2 anak2 yang bahawasanya setiap anak itu ada keistimewaannya yang tersendiri..sebagai ibu bapa tidah seharusnyalah kita memandang pada sudut pembelajaran sahaja tetapi kita juga harus peka terhadap perkembangan akhlak anak2 kita..yang mana dari kata2 uztazah tersebut..seandainya seseorang anak itu mencapai keputusan yang cemerlang di dalam akademik..tetapi dari segi menghormati orang2 tua, akhlak terhadap ibu bapa tidak baik..maka..tiada nilailah..kecemerlangan di dalam akademik tersebut..banyak lagi yang dikongsikan bersama oleh uztazah tersebut..insya allah akan aku kongsikan bersama dgn sahabat2 pembaca blog aku..bila ada peluang...sesungguhnya tiada yang lebih baik bagi seorang ibu itu selain..sentiasa berdoa untuk anak2nya ke hadrat ilahi..dan tuturkan kata2 yang indah dan baik terhadap anak2nya..maka..insya allah..anak2 akan beroleh kesejahteraanlah di dalam hidup mereka...

1 comment:

imanamani said...

setuju sangat dengan apa kata kata ustazah tu...