..aku tidak tahu bagaimana utk memulakan..kisah kami kehilangan bayi di dalam kandunganku..fikiran aku cukup bercelaru..perasaan pilu..sedih..masih lagi menyelubungi diriku..yang mana..aku masih berpantang..tetapi..pantang harianku tanpa bayi..semua ini adalah ujian dariNya..kami redha dengan apa yang telah ditakdirkan..
..bagaimana pun aku ingin mencoretkan kenangan sejak..aku mula hamilkan cahayamata ke 5 kami..untuk aku buat kenangan bahawasanya cahayamata ke 5 kami hadir dalam kehidupan kami buat seketika waktu..dan telah mengadap ilahi ketika kandungan ku berusia tiga bulan setengah..
..tanggal 18 Februari, 2009..aku pergi ke Klinik Pakar Wanita An Nur..doktor membuat imbasan pada kandunganku..bayi dalam kandungan menunjukkan pergerakan..dan pergerakan jantungnya adalah normal..aku dan doktor dapat melihat bayiku bergerak2 tangan serta kakinya..aku tersenyum..dan doktor mengatakan..bayiku kelihatan aktif dari melihat..pergerakannya itu..dan doktor..memberi..hasil cetakan gambar bayiku..dan aku pulang ke rumah..tapi tak tahu ketika itu aku tidak mengeluarkan hasil cetakan gambar bayiku..dan aku tidak menunjukkan pada ahli keluarga ku..hanya menjadi tatapanku..rupa-rupanya..betul-betul ia menjadi tatapanku sahaja..apabila dia telah meninggalkan kami..
..tanggal 18 Mac, 2009..aku pergi ke Klinik Pakar Wanita An Nur..seperti biasa..aku hadirkan diri untuk buat pemeriksaan bulanan kandungan ku..dari kiraan ku..bayi ku sepatutnya berusia 17 minggu..setelah menjalini proses..memeriksa darah..serta air kencing..dan berat..aku hanya menunggu giliran utk berjumpa doktor..dan ditemani oleh suami tersayang..aku mengira giliran ku..lagi 2 orang patient masuk..then giliran aku pula..lepas habis 2 patient tersebut..nama ku dipanggil oleh jururawat..dan aku senyum saja melihat jururawat tersebut..dan aku masuk ke bilik doktor..
..soalan pertama doktor..mummy..sihat..baby sihat ke..then aku jawab..saya sihat doktor..then doktor tanya..ada rasa baby gerak2 tak..then aku jawab..kurang la doktor..lately ni saya tak rasa baby gerak..maybe perut saya tebal kot tak rasa..baby bergerak..then doktor tanya lagi..makan macam mana..selera tak..jawapan aku..pagi makan banyak doktor..tengahari kurang..malam lagi kurang..then doktor terkejut..eh..naper gitu..tak leh gitu..kena makan cam biasa juga..then..doktor kata..jom kita scan baby..nak tengok keadaan baby..aku pun baring di atas katil utk dibuat imbasan pada bayiku..
..doktor..buat imbasan..sekali..dua kali..tiga kali..aku tengok muka doktor lain macam..aku agak doktor mencari2 degupan jantung bayiku..aku jugak tak kelihatan degupan jantung bayiku..hatiku dah terdetik..ada apa2 berlaku ke pada bayi dalam kandunganku..kali ke empat doktor buat imbasan..dan doktor tidak menoleh ke arahku..doktor langsung menoleh ke arah suamiku..dan memberi penyataan ini.."I'm sorry to say that, baby ni dah tak ada.."..aku rasa cam berita tu adalah berita petir..yang tersambar kat aku..suami aku tanya kat doktor.."takada macam mana doktor..tu ada lagi baby kat screen tu"..then doktor explain lagi.."suppose baby ni usia dia 17 weeks..tapi bila tengok heartbeat dah tak ada..and usia baby 13.5 weeks..heartbeat dia stop pada 13.5 week tu..means dia meninggal pada usia hampir 3.5 bulan.."..semasa doktor explain tu..air mata aku dah tak berhenti berjujuran dan aku tak dapat berkata2..doktor ajar aku duduk di tepi dia..dan aku masih lagi tak berhenti menangis..aku tak dapat terima hakikat asalnya..bayi dalam kandungan tu dah tak ada..dah pergi mengadap ilahi..suami aku..masih lagi..bertanyakan pelbagai soalan pada doktor..tanya..apakah sebab2..terjadinya sebegitu..doktor..kata..dia tak dapat nak bagi kepastian..apakah punca2nya..tunggu sehingga bayiku dikeluarkan nanti..
..hasil dari perbincangan doktor, suami dan aku..kami bersetuju untuk keluarkan bayiku yang dah tiada tu..keesokkannya hari nya pada tanggal 19hb Mac, 2009..aku keluar dari klinik tu..dengan berjujuran air mata yang tidak berhenti..aku tak dapat mengawal perasaan ini..tak dapat mengawal kesedihan aku..aku cuba untuk menghubungi ahli keluarga..telefon ku dial..diangkat..tapi mereka hanya mendengar tangisan ku yang tidak henti2..dan aku cuba terangkan..apa yang terjadi..ayat yang ku mampu katakan..adalah..baby dalam perut dah takada..satu berita yang amat mengejutkan ahli keluarga..dan tiada apa lagi yang dapat aku dengar..hanya tangisan dari mereka..dan kata2 semangat..
..aku tidak dapat menahan air mata yang mengalir..aku cuba juga menahan utk tidak terus menangis..tapi..naluri aku lebih memihak pada kesedihan kehilangan cahayamata kami yang ke 5..aku pulang dengan keadaan yang amat memilukan..perlahan2 aku mengemas pakaian utk dibawa ke hospital keesokan paginya..doktor meminta kami berada di hospital seawal 7.30 pagi..hari itu adalah hari yang amat memilukan..aku kuatkan hati utk melalui saat utk mengeluarkan bayi dalam kandunganku itu..
..aku dibawa ke bilik bersalin..doktor memberi penjelasan apakah yang akan dilakukan..dari penjelasan doktor..aku akan lalui saat sama seperti aku bersalinkan anak2 yang lain..bezanya cuma kali ni aku akan melahirkan bayi yang telah tidak bernyawa lagi..aku menjalani proses induce..rasa sakit dah bermula..dan rasa sakit tu..makin lama makin sakit..dan contraction..juga makin kuat..aku terasa nak push..dan keluar darah beku..kemudian terasa nak push lagi..maka keluarkan bayiku yang mana masih berada dia dalam karungnya..kemudian doktor tanya masih ada rasa nak push tak..then aku kata tak ada..then doktor kata its ok..i will put u on sleep..i cuba nak keluarkan uri..then dari apa yang doktor jelaskan keesokannya..doktor tekan2 perut aku..dan cuba tarik uri..yang mana dah berada di pintu rahim tu..dan maka keluar la uri..tersebut..
..setelah aku sedar..segalanya telah selesai yang mana jenazah bayi ku telah pun..dibesihkan dan dimandikan..serta telah dibalut oleh jururawat kat situ..aku menangis..melihat balutan yang dipegang oleh suamiku..bahawasanya balutan itulah..jenazah bayi yang ku kandung..yagn mana telah meninggalkan kami selama-lamanya..aku dihantar ke wad..aku hanya mampu menangis..dan termenung..dikala itu kesedihan kepiluan..berlegar2 dalam diriku..suami ku pulang ke rumah membawa jenazah bayi kami untuk disemadikan..
..jenazah bayi ku..selamat disemadikan pada tanggal 20hb Mac, 2009..pada hari Jumaat..kami namakan bayi kami dengan nama yang menggambarkan pemergiannya..iaitu Fashiyl Aliq bin Parizol..dengan maknanya..Fashiyl bermakna yang mengasingkan..dia telah mengasingkan diri dia dari kami..Aliq pula bermakna yang bersangkutan..dia tetap mempunyai persangkutan darah dengan kami biarpun dia telah terasing dari kami..al fatihah buat arwah Fashiyl Aliq..semoga bayiku bersemadi dengan sejahtera..
..hari ni tanggal 25hb Mac, 2009..dah beberapa hari aku berpantang tanpa bayiku..hari demi hari aku gagahkan hati..untuk meneruskan kehidupan..tanpa cahayamata ke 5 kami..setiap hari demi hari aku cuba tabahkan hati untuk menerima hakikat ini..dan aku redha dengan pemergiannya..semoga bayiku Fashiyl Aliq pergi dengan aman dan bersemadi dengan sejahtera..ayah dan ibu akan sentiasa mengingati mu sayang..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
tiada lain yang terindah cahaya mata..redha la pegi nya dia ..kerana dia cahaya jiwa...al fatihah untukmu sayang.. fashyil aliq..sejahtera la nak ..di sana menanti ayahbonda tercinta...
bergenang air mata baca kisah ni..
Post a Comment