Wednesday, April 29, 2009

..playstation gantian untuk Fayyadh..

..sekian lama Fayyadh minta playstation @ PSP..sekian lama gak la kami menangguhkannya..dan pelbagai penerangan diberi kenapa kami tak beli playstation @ PSP tu..tapi..Fayyadh anak yang baik..dia tak pernah merungut bila kami kata tak boleh beli playstation tu..dan pernah aku cakap kat dia..kalau abang nak playstation tu..abang kena dapat no.1 masa exam..dan dia angguk saja..

..tapi rezeki fayyadh dapat la gantian playstationnya..weekend lepas pergi beli susu Dugro untuk anak2 aku..angkut 4 paket..then dah angkut macam2 lagi benda kat supermarket tu..tibalah masa untuk membayar..bila husband dah settle bayar kat kaunter..aku pun ambil resit tu dan pergi kaunter free gift..aku dah tahu apa free gift yang akan dapat tapi aku saja bagi resit kat salesgirl tu untuk tengok sendiri apa yang gift yang aku dapat..bila dia dah belek2..satu persatu senarai kat resit tu..dia keluarkan 2 kotak "bricks game" warna merah..aku pun terkejut la..dia tanya aku..akak beli susu 4 paket ya?..then aku jawab..ya betul..then dia cakap..jadi game ni free gift untuk beli susu tu..beli 2 paket dapat 1 game..ya allah..terkejut dan gembiranya aku..rezeki anak aku..then aku tanya..eh dik, akak ada dapat free gift lain gak..nescafe 1 botol beli cereal Fitnesse..then dia bagi la sebotol nescafe..anak2 aku dah nampak dah game tu..dah senyum2..

..masuk dalam kereta, tak sabar nak kan game tu..Fayyadh tanya aku.."ibu, ibu beli game tu untuk siapa?"..then aku jawab..untuk ibu satu, untuk ayah satu..then aku tengok muka dia sedih jer..dan aku tahu..dia anak yang baik..dia tak cakap apa..dia diam jer then duduk..aku pandang husband aku..husband aku senyum jer..husband aku dah siap2 beli bateri 12 biji..hehehe..dah tau sampai rumah nanti..mesti nak main punya..

..sampai kat rumah..aku pasangkan bateri kat dua2 game..tu..then aku panggil Fayyadh & Fakhriy..aku cakap kalau ibu bagi game ni..boleh jadi dengan ibu tak..main waktu weekend saja, during weekdays tak boleh..then dua2 angguk kepala dan senyum2..then Fatihah cakap kat aku..ibu lepas ni Fayyadh tak boleh la dapat playstation kan..then Fayyadh jawab macam ni, tak payahlah beli playstation ke PSP ke..lagi..sebab ni dah dapat dah, ibu dah bagi..then sejak dari saat tu..Fayyadh memang jaga game dia tu..simpan elok2 bila tak main..simpan dalam kabinet tv lagi tu..betapa dia menghargai pemberian kami..walaupun..game tu sekadar free gift masa beli susu..dan game tu ada banyak pilihan dari A-Z, setiap abjad tu ada 99 game..so bayangkan berapa banyak game dalam tu..jadinya 99x26 abjad = 2574 game..rezeki budak2 tu lah..nak dapat game tu..so itulah yang dinamakan playstation gantian untuk Fayyadh..instead of membeli real playstation yang beribu harganya itu..dan Fayyadh amat hargai gamenya tu..semoga sikap Fayyadh tu berkekalan hingga bila2 ya sayang...

Monday, April 27, 2009

..dah 40 hari pemergian arwah Fashiyl

..diam tak diam dah 40 hari pemergian arwah Fashiyl Aliq ke rahmahtullah..tiap kali menyebut hal ni, aku pasti akan mengalirkan air mata..aku cuba juga menahan kesedihan ini tapi naluri aku amat memihak kepada kesedihan pemergian arwah Fashiyl..al-fatihah buat anak ibu, arwah Fashiyl Aliq bin Parizol..

..masih segar di ingatan saat2 kehilangan arwah, bukan lah mudah untuk melupakan dan rasanya tidak akan dapat melupakan..hanya mampu mengawal kekuatan hati dan semangat untuk terus menerima hakikat ini.semoga sejahtera la dirimu di sana sayang..seakan suatu mimpi dengan kehilangan arwah Fashiyl tapi inilah yang dinamakan hakikat dan takdir ilahi..sesungguhnya sebagai hamba Allah yang taat akan perintahnya..redhalah kau wahai hati dengan ketentuan ini..setiap kali memandang Farriys Afiq..aku jua teringat akan arwah Fashiyl sebab..didalam hati aku..kalau tidak Farriys akan dapat adik Ogos ini..Allah lebih menyayangi dirimu anak ibu, Fashiyl..biarpun ada masanya senyum dan ketawa..tapi jauh di sudut hati aku ..ini bukan la cerita dongeng atau kartun..tapi ini adalah hakiki yang harus aku hadapi dari tanggal 19hb Mac 2009 hinggalah bila2..sesungguhnya kau berilah aku kekuatan ya Allah..untuk menjadi hamba yang lebih tabah menghadapi takdirMu..semoga dirimu aman di sana sayang..al fatihah buat arwah Fashiyl Aliq bin Parizol..

Wednesday, April 22, 2009

..al kisah Farriys cuba baju melayu orang..

..aku nak start fikirkan persiapan untuk baju raya..so terfikir lak..tahun ni first time Farriys pakai baju melayu untuk raya..last year..dia tak pakai baju melayu..kecik sangat lagi..baru 4 bulan..so, aku pun ricky2 kat kawan2 pinjam baju melayu anak diaorang..then aku pun bawak balik..untuk try kat si kecik aku sorang tu..dan baju yang aku bawak balik tu..sizeny adalah 1-2, rasanya ok la kot untuk Farriys..tapi bila bawak balik ke rumah..test kan kat dia..sekali tu baju tu muat2 jer dengan dia..so, kesimpulannya..Farriys kena pakai baju size 2-3 tahun la untuk raya ni..tak boleh la pakai yang 1-2 tahun punya..so, kat bawah ni..ada aksi2 Farriys memakai baju melayu pinjam..hehe..thank you kat Abang Adam, tuan punya baju raya tahun lepas...

Tuesday, April 21, 2009

..makna nama anak2 kami..

..dah lama nak menulis tentang makna nama anak2 kami..sebab banyak orang tanya makna nama diaorang ni.. ejaan nama anak2 aku ni, cikgu kat taska dengan kat sekolah selalu salah tulis..macam2 ejaan yang keluar kat buku, kat kertas homework..tapi aku tak nafikan lah..ejaan nama anak2 aku memang lain dari yang lain..hehe..nak letak nama anak tu..ada syarat tau..antara syaratnya ialah..mesti bermula dengan 'Fa' , mesti ada 7 huruf untuk nama pertama (ni sebab ibu dan ayah ada 7 huruf juga), mesti ada 'y' untuk nama pertama, mesti ada hujung 'q' untuk nama kedua..

1st : Fatihah - pembukaan

2nd : Fayyadh - yang pemurah hati, Aniq, - yang kacak lagi menawan hati

3rd : Fakhriy - kemegahanku, kebanggaan,
Ariq - baik budi, mulia asalnya, bijaksana

4th : Farriys - pahlawan islam berkuda, Afiq - yang mulia, yang amat pemurah, yang berpengetahuan

5th : Fashiyl - yang mengasingkan, Aliq - yang bersangkutan

..aku ada update gambar kat picasa..boleh jenguk ke SINIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII...


Thursday, April 16, 2009

..semalam yang memenatkan..&.menggembirakan..

..semalam aku sampai rumah kira awal la juga..jemput Fakhriy & Farriys dari nursery..so, sampai kat rumah, macam biasa..minta tolong Fakhriy jagakan Farriys..and aku solat dulu..memang boleh diharaplah dia jagakan adik dia tu..dah selesai solat, dia tahu dah kena start buat homework..then dia keluarkan homework sheets dan buku dia dari beg sekolah..also pencil box dia..

..masa dia letak homework atas meja study..punyalah aku terkejut..banyak sungguh..aku tengok jam..terdetik dalam hati..sempat ke nak habiskan ni..eh..camana pun kena habiskan jugak..aku tak nak anak aku pergi sekolah..homework tak siap..kesian kat dia nanti..cikgu chop lak anak aku..murid tak buat homework lak karang..aku bertungkus lumus mengajar Fakhriy buat homework dia tu..masa berlalu detik demi detik..1.5 jam..aku spend masa dengan dia..siap about 75%...then aku kena stop dulu sebab nak mandi, nak hantar Fatihah pergi tuition lak..lepas hantar Fatihah pergi tuition bergegas balik ke rumah sebab nak sambung ajar Fakhriy buat homework, Fayyadh ada juga homework but dia boleh buat sendiri..tak perlu monitor dia..he can handle his homework by himself dan siap dengan susun jadual sekali..

..lepas tu dalam 1 jam gak lah amik masa nak habiskan another 25% tu..boleh bayangkan tak budak umur 6 tahun kena buat homework 8 muka surat A4 paper tu untuk satu malam punya..ish..kadang kesian tengok anak2 aku..kadang rasa cam terover education oriented la pulak..masa tu rasa..letihnya badan..non stop..duduk dengan Fakhriy monitor dia buat homework tu..then..dah dekat kul 10..Fatihah dah nak habis tuition, minta tolong daddy dia fetch dia..aku jaga Farriys dan tidurkan Fakhriy & Fayyadh kat rumah..rasa cam nak pengsan bila dapat meluruskan pinggang di katil masa tu..tak boleh tidur lagi sebab Fatihah belum balik tuition..memang aku akan tunggu dia..untuk tanya progress..

..tengah..baring2 tu..hp berbunyi..tu tandanya macam ada sms jer..dalam hati kata ..jap lagi la tengok..tapi eh..tak boleh.kot2 ada urgent ke..then bacalah sms tu..wah..gembiranya rasa..hubby sms cakap.."sayang, kakak dah naik level"..alhamdulillah..leganya rasa..kakak dah naik level kat tuition english dia..itulah yang aku nanti2kan..aku nak dia dapat certificate complete the course..memang aku akui bukan senang nak naik level tu..tapi aku yakin anak aku boleh buat..infact..level yang dia buat tu..budak2 yang lain yang saing dia tu..budak2 darjah 4, darjah 5, darjah 6..then anak aku darjah 3..infact ada yang quit dari kelas tu tak tahan..however..i'm proud of you kakak..ibu tahu you can do it..now..turn untuk brush up kakak punya math lak..insya allah..ibu akan bantu kakak untuk catch up mana yang lemah tu..aku yakin dengan izin allah swt..dengan usaha ibu, ayah, Fatihah..anak aku boleh achieve good result..infact now dah good..but aku nak the best la untuk dia..so, itulah dia kisah aku yang kepenatan & kegembiraan...thanks to Allah, who give cahaya yang menerang hati anak2 kami..alhamdulillah..

Monday, April 13, 2009

..baju pengakap & abang2 teringat pada arwah Fashiyl

..weekend baru ni, aku menunaikan janji pada Fatihah, janji yang telah sekian lama dijanjikan tapi belum dikotakan..dah banyak kali Fatihah minta belikan baju uniform Pengakap dia..tapi since aku tahu baju tu bukanlah urgent, dan aku explain dekat dia..tunggu ibu ada budget then kita akan pergi beli ya..aku cukup mengenali anak2 aku..bila diaorang nak beli apa2..if benda yang diminta tu bukan wajib utk ada dan bukan urgent, aku akan cakap pada anak2 aku..tunggu ya sayang, ibu belum gaji lagi & kadang aku cakap, tunggu ya sayang bila ibu ada budget lebih, pasti ibu akan belikan..anak2 aku amat memahami bila aku terangkan macam tu..dan jawapan yang aku dapat, "ok ibu, kita tunggu ibu gaji lah"..syukur ke hadrat ilahi, mengurniakan anak2 yang mempunyai gerak hati yang sebegitu..bak kata orang anak2 kecil adalah kain putih, terpulang pada pencorak tersebut untuk mencorakkannya sebagaimana rupa..

..during the weekend juga lah, Fakhriy menyebut tentang arwah Fashiyl..kami amat terkejut bila mendengar Fakhriy menyebut nama arwah adiknya tu..ceritanya, semasa sabtu lepas, Fatihah & Fayyadh ke sekolah, ganti sekolah untuk cuti hari raya..so, tinggal lah Fakhriy takada kawan nak bermain, then masa dalam kereta, Fakhriy cakap..abang ngah (Fayyadh) pergi sekolah, abang ngah kawan dengan abang chik (Fakhriy), selalu abang ngah main dengan abang chik tapi hari ni abang chik takada kawan..macam Farriys..Farriys takada kawan sebab..Fashiyl dah takada..jadi Farriys takada kawan nak main, Farriys takada Fashiyl..abang chik takda abang ngah..begitu terkejut husband aku dan aku mendengar apa yang Fakhriy cakap tu..dia memang ingat pada arwah adik dia..Fashiyl..begitu tak disangka dia akan cakap macam tu..lepas tu, husband aku pun cakap macam ni pada Fakhriy..eh..Farriys bukan ada Fashiyl saja, Farriys ada ayah, ada abang chik, ada abang ngah, kakak, ibu nak main dgn Farriys kan..mana boleh kita kawan dengan seorang saja..kita kena kawan dengan ramai orang..boleh tak macam tu abang chik?..lepas tu Fakhriy pun cakap, oo..ok, kita kawan ramai2, kita kawan semua orang, Farriys pun kawan semua orang..lepas tu husband aku cakap, kita kawan semua orang dan kita tetap takkan lupakan Fashiyl kan..kita akan selalu ingat Fashiyl..bila kita ingat Fashiyl..kita sedekahkan al-fatihah pada dia..kan..Fakhriy pun cakap..ok, ayah..

..ini menunjukkan abang-abang arwah Fashiyl memang ingat pada dia..dan tidak lupakan akan kewujudan dia buat seketika waktu itu..di waktu yang lain pula..Fayyadh ada cakap macam ni pada aku, ibu..ibu ingat tak masa ibu keluarkan Fashiyl dulu..ibu duduk hospital, ibu dapat sikat, abang nak sikat tu boleh tak?..satu lagi situasi, dimana abang Fashiyl memang tidak lupa pada arwah..dan buat diri aku..setiap kali habis solat, fikiran pasti teringat akan arwah Fashiyl..dan tiap kali teringat tu..aku doakan agar dirimu sejahteralah disana sayang..
ada masanya aku cuba mengalihkan fikiran ini..teringat akan arwah Fashiyl, tapi tanpa aku sedari, kesan dari kehilangan Fashiyl..hati aku cepat tersentuh bila mendengar berita2 sedih..atau melihat orang sakit..dengan sendirinya air mata aku akan mengalir..mungkinkah keadaan ini akan berterusan selamanya atau seketika saja..aku pun tidak tahu..aku cuba kuatkan semangat dan tabahkan hati untuk mengharungi kehidupan akan datang dengan ketiadaan Fashiyl..dengan lebih menumpukan perhatian pada 4 orang cahayamata yang berada disisi kami ketika ini..insya allah..

Wednesday, April 08, 2009

..minggu ni..rasa macam kelam-kabut pulak..setelah bercuti 2.5 minggu berpantang..start kerja semula..start hantar anak2 ke nursery..tapi yang bestnya minggu ni, aku tak payah hantar Fatihah & Fayyadh ke sekolah sebab suami tersayang willing hantarkan..so, aku sampai ofis awal..and apa lagi dapat balik awal la hari2..dan paling bestnya..dapat ambik Fakhriy & Farriys awal juga..sampai rumah awal..rasa seronok sungguh dapat bawa balik diaorang awal balik ke rumah..

..sabtu ni, Fatihah & Fayyadh sekolah..ganti untuk cuti hari raya nanti..kesian diaorang dah la sekolah petang pula tu..so, as conclusion tak ke mana-mana la kami weekend ni..nanti nak kemas rumah lagi, nak uruskan pakaian sekolah lagi, in fact dah dekat tengah-tengah bulan ni, budget nak berjalan-jalan pun berkurangan..kena la berjimat cermat sikit..

..hari ni dah masuk 22 hari, arwah Fashiyl Aliq meninggalkan kami..dan masih ada lagi kawan-kawan yang bertanyakan perihal apa yang terjadi..dan setiap kali ada yang bertanya, maka hati aku cukup tersentuh dan satu2nya yang tak dapat dikawal adalah lelehan air mataku..pasti akan berguguran tanpa dapat dikawal..ada masanya aku terfikir macam manalah agaknya wajah arwah Fashiyl Aliq..insya allah..suatu hari nanti pasti ibu dapat berjumpa dengan Fashiyl kan..semasa arwah dalam kandungan, kami ada juga merancang untuk membeli serba sedikit barang untuk dia..tapi semua tu tinggal kenangan..tiap kali aku memandang list barang yang nak dibeli untuk Fashiyl, tiap kali tulah aku rasa amat sedih..dan tertanya2 kenapa Fashiyl tinggalkan ibu, sayang..sekejap saja Fashiyl singgah diperut ibu..sesungguhnya Allah mengetahui yang terbaik untuk hambaNya...

..seminggu sebelum aku berjumpa doktor untuk pemeriksaan hari tu..aku ada check dan keluarkan pam susu elektrik dan manual, dan merancang untuk membasuh dan susun dalam container serta botol2 susu untuk menyimpan susu badan juga telah aku keluarkan..tapi sekarang ni..dah aku simpan semula pam dan botol2 tu..tapi baru2 ini..ada kawan ingin meminjam pam susu elektrik aku tu, tanpa ragu2 aku memberi pinjam pam tersebut..pada aku..di saat ini, arwah Fashiyl dah kembali ke pangkuan ilahi..dan tak salah kiranya aku meminjamkan pam tersebut pada orang yang memerlukannya..dan semoga dengan apa yang aku lakukan ini..Allah memelihara kesejahteraan arwah Fashiyl disana..

..bukan mudah untuk melupakan sesuatu yang menyedihkan apabila kita kehilangan orang yang tersayang..tubuh badan secara zahirnya dapat dilihat sihat dan bertenaga..tapi hati dan fikiran, hanya Allah yang Esa yang lebih mengetahui..hati menangis dalam diam, pastinya mengambil masa yang lama untuk menjadi tabah dengan hakiki ini..pandangan aku sayu pada setiap bayi dan anak yang berada di depan mata aku pada bila2 masa..dirasakan luhurnya hati ini, nak saja aku melindungi mana2 sahaja anak-anak kecil dari terseksa dan ingin saja aku berikan sepenuh perhatian pada setiap anak-anak kecil yang terbiar..kerana aku telah lalui suatu kehilangan yang amat menyedihkan..tiap kali aku memandang anak2 aku yang comel 4 orang tu, perasaan aku merasakan kalau boleh ingin aku sentiasa setiap saat bersama anak2 aku..tapi apakan daya, tanggungjawab untuk mencari rezeki bagi membesarkan mereka harus dilaksanakan..kerana mereka adalah amanah dari Allah, suatu amanah yang tiasa tolok banding nilainya..

..kepada sesiapa yang membaca blog aku ni, berilah perhatian pada anak-anak kecil yang sentiasa memerlukan kita disisi mereka dalam menempuhi perjalanan kehidupan yang penuh ranjau, onak dan duri ini..hargailah mereka yang berada dihadapan mata kita..selagi mereka masih bersama kita..

Thursday, April 02, 2009

..setelah membaca artikel dari akhbar, ingin aku kongsikan bersama artikel dibawah buat renungan kita bersama..lebih lagi dengan apa yang kami lalui baru2 ni..artikel di bawah ni, cukup bagus jadi bahan bacaan aku..

Kita wajib percaya pada qada' dan qadar serta pasrah terima ujian dariNya..

PASRAH atas apa yang berlaku serta menganggap setiap ketentuan Allah tersirat seribu hikmah, adalah sifat mulia dan terpuji dituntut oleh Islam. Islam mendidik umatnya sentiasa reda melakukan kebaikan dan menerima kejahatan serta ujian.

Ketetapan Ilahi adalah sesuatu yang tidak mampu ditandingi kerana sebagai hamba, kita akan sentiasa diuji untuk menambahkan keimanan dalam diri.

Daripada Suhibul Raumi berkata, sabda Rasulullah SAW, "Betapa ajaibnya orang yang beriman itu. Sesungguhnya semua perkara adalah baik bagi mereka. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika memperoleh kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya dan jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Sebagai seorang hamba, setiap umat Islam perlu pasrah menerima hukum Allah dan penghakiman lain yang sudah ditetapkan melalui wahyu disampaikan Rasulullah SAW. Kepatuhan dan ketaatan terhadap suruhan dan larangan-Nya menunjukkan keredaan kita terhadap apa digariskan agama, apatah lagi jika kita melakukannya dengan ikhlas dan bertanggungjawab.

Sering kali kita melihat umat Islam diuji bertalu-talu, bukan diseksa, tetapi itulah tanda kasih-Nya kerana kadangkala ujian sajalah yang menjadikan seseorang itu kembali kepada-Nya, sedang waktu senang ada kalanya kita tergamak mendahulukan keseronokan dunia melebihi sepatutnya.

Ketika melalui ujian tidak tertanggung, jelas dilihat pada wajah orang beriman sifat pasrah atas suratan dan mereka pasti hikmah tersirat lebih istimewa daripada kesusahan dihadapi, justeru keyakinan terhadap kekuasaan-Nya saja yang mampu mengubat hati.

Daripada Anas, sabda Rasulullah SAW bermaksud, "Apabila Allah cinta kepada suatu kaum, mereka diuji. Barang siapa reda menerima ujian itu, Allah reda pula kepadanya. Dan barang siapa yang marah (tidak reda), maka Allah pun murka kepadanya." (Hadis riwayat Imam At-Tarmizi)

Sifat pasrah dan reda hanya dimiliki orang beriman, bukan yang munafik kerana orang yang menentang ketetapan serta suratan Allah tidak tergolong dalam golongan beriman. Contoh jelas dapat dilihat dalam mengamalkan ibadah diwajibkan kepada setiap individu Muslim seperti berpuasa dan solat lima waktu.

Sebagai penganut Islam, kita wajib berpuasa di bulan Ramadan dan ia tidak boleh diingkari. Ketaatan kepada suruhan itu dan pasrah dengan rasa lapar, dahaga, menahan diri dan anggota tubuh badan daripada perkara membatalkan puasa adalah bukti reda terhadap hukum ditetapkan.

Begitu juga perintah menunaikan solat lima waktu yang tidak dipertanggungjawabkan ke atas penganut agama lain. Perintah itu sukar dilakukan orang munafik, tetapi tidak susah untuk disempurnakan oleh umat yang sentiasa bersyukur atas nikmat dan kemewahan dianugerahkan Allah.

Tiada satu pun diminta bayaran, melainkan perintah melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan-Nya, yang juga akhirnya untuk kebaikan umat Islam itu sendiri di akhirat kelak.

Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya orang munafik itu melakukan tipu daya terhadap agama Allah dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya, dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik. Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka hanya bertujuan riak memperlihatkan sembahyangnya kepada manusia supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman dan mereka pula tidak mengingati Allah dengan mengerjakan sembahyang melainkan sedikit sekali." (Surah an-Nisaa', ayat 142)

Jelas sekali percaya kepada qada' dan qadar adalah satu tuntutan dan rukun iman ke atas setiap umat Islam. Jika tidak wajib beriman dengan qada' dan qadar, sudah tentulah manusia tidak dapat menerima ketentuan Ilahi, sebaliknya menyalahkan pelbagai perkara sehingga akhirnya kesalahan itu berbalik kepada diri sendiri.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Dari Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW: Jika engkau terkena oleh sesuatu musibah, maka janganlah engkau berkata: Andai kata saya mengerjakan begini, tentu akan menjadi begini dan begitu. Tetapi berkatalah: Ini adalah takdir Allah dan apa saja yang dikehendaki oleh-Nya tentu Dia melaksanakan-Nya, sebab sesungguhnya ucapan andai kata itu membuka pintu godaan syaitan." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Cabaran dan dugaan dilalui setiap manusia adalah frasa kehidupan yang normal dan ketika itulah manusia manfaatkan untuk membuat pertimbangan sama ada terus menghadapinya dengan cekal, berikhtiar dan berusaha menyelesaikan segala kekusutan ataupun menyalahkan takdir semata-mata.

Kepayahan mendapat jodoh yang baik, kesukaran menunaikan tanggungjawab sebagai suami, isteri, ibu dan ayah kepada anak sehingga amanah Allah itu tidak terbentuk seperti dituntut agama, tiada komitmen dalam ibadah dan sebagainya perlu dianggap sebagai ujian, bukan suratan kerana ia perlu ditentang disebabkan sifatnya bertentangan hukum Allah.

Jangan pula kita pasrah jika malas bersolat, reda jika mengamalkan rasuah dan akur jika terus seronok mengumpat, menabur fitnah dan sifat keji lain. Sebaliknya sikap itu menunjukkan kita tidak pasrah terhadap perintah Allah.

Sesungguhnya jika kita pasrah terhadap apa yang ditentukan Allah, maka kita juga akan memperoleh keredaan Allah.