Wednesday, April 08, 2009

..minggu ni..rasa macam kelam-kabut pulak..setelah bercuti 2.5 minggu berpantang..start kerja semula..start hantar anak2 ke nursery..tapi yang bestnya minggu ni, aku tak payah hantar Fatihah & Fayyadh ke sekolah sebab suami tersayang willing hantarkan..so, aku sampai ofis awal..and apa lagi dapat balik awal la hari2..dan paling bestnya..dapat ambik Fakhriy & Farriys awal juga..sampai rumah awal..rasa seronok sungguh dapat bawa balik diaorang awal balik ke rumah..

..sabtu ni, Fatihah & Fayyadh sekolah..ganti untuk cuti hari raya nanti..kesian diaorang dah la sekolah petang pula tu..so, as conclusion tak ke mana-mana la kami weekend ni..nanti nak kemas rumah lagi, nak uruskan pakaian sekolah lagi, in fact dah dekat tengah-tengah bulan ni, budget nak berjalan-jalan pun berkurangan..kena la berjimat cermat sikit..

..hari ni dah masuk 22 hari, arwah Fashiyl Aliq meninggalkan kami..dan masih ada lagi kawan-kawan yang bertanyakan perihal apa yang terjadi..dan setiap kali ada yang bertanya, maka hati aku cukup tersentuh dan satu2nya yang tak dapat dikawal adalah lelehan air mataku..pasti akan berguguran tanpa dapat dikawal..ada masanya aku terfikir macam manalah agaknya wajah arwah Fashiyl Aliq..insya allah..suatu hari nanti pasti ibu dapat berjumpa dengan Fashiyl kan..semasa arwah dalam kandungan, kami ada juga merancang untuk membeli serba sedikit barang untuk dia..tapi semua tu tinggal kenangan..tiap kali aku memandang list barang yang nak dibeli untuk Fashiyl, tiap kali tulah aku rasa amat sedih..dan tertanya2 kenapa Fashiyl tinggalkan ibu, sayang..sekejap saja Fashiyl singgah diperut ibu..sesungguhnya Allah mengetahui yang terbaik untuk hambaNya...

..seminggu sebelum aku berjumpa doktor untuk pemeriksaan hari tu..aku ada check dan keluarkan pam susu elektrik dan manual, dan merancang untuk membasuh dan susun dalam container serta botol2 susu untuk menyimpan susu badan juga telah aku keluarkan..tapi sekarang ni..dah aku simpan semula pam dan botol2 tu..tapi baru2 ini..ada kawan ingin meminjam pam susu elektrik aku tu, tanpa ragu2 aku memberi pinjam pam tersebut..pada aku..di saat ini, arwah Fashiyl dah kembali ke pangkuan ilahi..dan tak salah kiranya aku meminjamkan pam tersebut pada orang yang memerlukannya..dan semoga dengan apa yang aku lakukan ini..Allah memelihara kesejahteraan arwah Fashiyl disana..

..bukan mudah untuk melupakan sesuatu yang menyedihkan apabila kita kehilangan orang yang tersayang..tubuh badan secara zahirnya dapat dilihat sihat dan bertenaga..tapi hati dan fikiran, hanya Allah yang Esa yang lebih mengetahui..hati menangis dalam diam, pastinya mengambil masa yang lama untuk menjadi tabah dengan hakiki ini..pandangan aku sayu pada setiap bayi dan anak yang berada di depan mata aku pada bila2 masa..dirasakan luhurnya hati ini, nak saja aku melindungi mana2 sahaja anak-anak kecil dari terseksa dan ingin saja aku berikan sepenuh perhatian pada setiap anak-anak kecil yang terbiar..kerana aku telah lalui suatu kehilangan yang amat menyedihkan..tiap kali aku memandang anak2 aku yang comel 4 orang tu, perasaan aku merasakan kalau boleh ingin aku sentiasa setiap saat bersama anak2 aku..tapi apakan daya, tanggungjawab untuk mencari rezeki bagi membesarkan mereka harus dilaksanakan..kerana mereka adalah amanah dari Allah, suatu amanah yang tiasa tolok banding nilainya..

..kepada sesiapa yang membaca blog aku ni, berilah perhatian pada anak-anak kecil yang sentiasa memerlukan kita disisi mereka dalam menempuhi perjalanan kehidupan yang penuh ranjau, onak dan duri ini..hargailah mereka yang berada dihadapan mata kita..selagi mereka masih bersama kita..

2 comments:

Anonymous said...

Syahdunya baca .. betul2 bak kata upin & ipin .. anak2lah harta yg paling bernilai dlm hidup kita

imanamani said...

dalam kehidupan adakalanya.. yang pahit itu akan menjadi manis..setiap kedukaan pasti ada kegembiraan...