Thursday, October 08, 2009

..suasana hari raya kami tahun ni..20092009..part II..

..sambungan utk suasana hari raya kami tahun ni..kami bertolak ke destinasi percutian tahunan kami..kenapa aku panggil percutian tahunan?..sebab..itulah adalah hadiah dari husband utk aku & anak2 utk setiap tahun, kami akan pergi ke tempat percutian ni sebab anak2 aku memang cukup sukalah tempat ni, malah budget tak banyak utk pergi ke tempat percutian ni, tu sebab hubby tersayang decided make it as yearly event for the family..so, urusetianya siapa lagi kalau tak aku la kan..yang membuat reservationnya..utk setiap tahun..

..so, kalau sesiapa yang follow blog aku ni, sure tahu tahun lepas kami pergi mana dan anak2 kami sakan mandi kat pool..dan jawapannya adalah..dekat jer destinasinya iaitu..Tiara Beach Resort, kat kampung mak aku jer Port Dickson tu ha..hehehe..betulkan?..budget tak banyakkan nak ke situ..so..kami kat Tiara 3 hari 2 malam, kami amik apartment 2 rooms, anak2 aku cukup sakan dan happy sangat2 la mandi kat pool..yelah..bayangkan 3 hari..kat situ..hari2 diaorang..gi kolam tu dari pagi ke petang..ya allah..yang tak larat menunggunya aku dan hubby la..Farriys aku tak bagi mandi lama2..aku bawak dia 2 kali jer ke pool tu..dan mandi tak sampai sejam..aku takut..Farriys kena selesema..so, aku bawak Farriys jalan2 la kat Tiara tu sebab..tiara tu luas..

..musim2 raya kan masa kami ke tiara tu, mana ada kedai makan buka..so, awal2 lagi aku & hubby dah plan nak bawa apa utk makan kat resort..kesimpulannya..aku masak la kat tiara tu, masak breakfast, masak lunch, masak dinner..seronok tul..tengok anak2 aku makan, ya lah..mana tak lapar..kalau masuk dalam air tu dari pagi ke tengahari..tengahari ke petang..lepas dinner lak, ada show kat tiara tu..show movie..macam2 cartoon movie ada..hubby aku yang rajin bawak diaorang ..2 malam tengok movie..

..hari kedua aku kat tiara..hari tu adalah harijadi adik aku..aku wish dia..semoga dia selalu dirahmati allah..sentiasa berada dibawah lindungan allah s.w.t..semoga hidup dia selalu beroleh kebahagiaan..aku tak sempat lagi belikan adik hadiah..hadiah aku adalah doa yang berpanjangan utk dia selamanya..

..setelah..hari ke 3 kat tiara..kami pun check out, dan balik semula ke rumah mak aku..that day adalah hari jumaat..aku hantar hubby gi solat jumaat..dan aku dgn anak2 lepak kat umah mak..kakak aku pun ada kat umah mak masa tu..mak buat ayam percik hari tu..sedapnya anak2 aku makan..opah diaorang memang rajin la melayan bab2 makan ni utk cucu2 dia..suka hati dia..tengok cucu2 makan banyak..

..then..jumaat malam tu kami bertolak balik ke bangi..sebab sabtu ahad banyak kerja nak buat kat umah, nak kemas semua pakaian dan back to school preparation..kat bawah ni..aku selit2kan aksi2 anak2 aku masa raya dgn kat tiara tu..(hajat dihati nak memiliki sangat2 slr..insyallah..tak lama lagi dapat la)..

..lebih banyak lagi photo2 kenangan aku sematkan di sini web album ku di picasa kat sini....






1 comment:

imanamani said...

paling cute...farriys.....