Wednesday, December 23, 2009

..majlis kenduri kawin sepupu aku..

..last weekend, sepupu aku kawin..so pastinya kami sekeluarga sibuk menolong dari hari penikahan hinggalah selesai majlis kenduri petang ahad tu..meriah juga majlis kenduri kawin tu..aku sempat la jadi pengapit pengantin masa sebelum nikah tu..sebab nak jagakan barang-barang hantaran yg mahal-mahal tu..

..masa kenduri kawin tu, aku rasakan seperti perjumpaan raya pusingan kedua pulak..hati aku cukup gembira dapat jumpa adik beradik, ipar duai, anak-anak sedara..dan yang paling gembira aku rasa adalah ibu aku yang tercinta..tergambar kegembiraan di wajah ibu aku..yelah masa raya hari tu tak dapat nak berkumpul semua sebab masing2 beraya di rumah mertua..aku bersyukur ke hadrat ilahi memberi peluang utk berjumpa adik beradik aku..digantikan utk raya hari tu..alhamdulillah..

..aku tak sempat nak amik gambar semua orang tapi ada gambar2 yang aku abadikan yang tak dapat di ambil masa raya hari tu..aku ni kan gila bergambar..tinggal tak dapat dslr jer lagi..cita-cita nak dapat utk anniversary 2010 ni..sempena 10 tahun kawin..hehe..insyaAllah ada rezeki nanti adalah..kalau tak..rezeki lain la kan..hehehe..aku tak dapt nak mencoret panjang ketika ni..disebabkan jadual yang terlalu padat..tapi aku cuba juga curi2 masa agar blog kesayangan aku ni..tak hambar..dan tak menghampakan pembaca2 setia..kat bawah ni aku selitkan kenangan2 aku masa kenduri kawin tu..

..nilah pengantinnya..teringat aku 10 tahun lalu masa aku nikah..hehe..

..amik kesempatan nak bergambar berdua tuuu..

..aku dengan kakak2 ku yang tercinta...

..nilah dia anak2 sedara..aku..yg kuat berposing gak..

..lagi sekali amik kesempatan nak bergambar tuuuu...


Thursday, December 17, 2009

..selamat tahun baru hijrah..

..hari ni hari terakhir tahun hijrah 1430..esok bermula tahun baru 1431 hijrah..
..kalau di fikirkan apa yang dilalui sepanjang tahun 1430 hijrah ni..rasanya..byk juga yang mengajar aku erti kekuatan hati,ketabahan hati, dan juga memberi kematangan lebih lagi..akan aku jadikan panduan segala setiap yang aku lalui di sepanjang tahun ni..

..tahun baru menjelang tiba..azam di hati aku adalah utk memperbaiki taraf kehidupan sebagai seorang muslimah dari pelbagai sudut..aku telah pun melakukan satu penghijrahan yang besar menjelang tahun 1431 hijrah ni..akan aku lakukan lagi penghijrahan demi penghijrahan dari masa ke semasa..utk mendapat lebih keberkatan lagi dari yang maha Esa..

..Doa aku semoga semua umat Islam hamba Allah di muka bumi ini..akan mendapat keredhaan dan keberkatan atas setiap kebaikan yang dilakukan..akan aku melangkah ke hadapan dan meninggalkan kenangan2 pahit dan aku jadikan panduan di utk melalui liku2 kehidupan di masa akan datang..

..di sini aku ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan "selamat tahun baru hijrah 1431" kepada semua umat islam dimana pun jua berada..semoga kehidupan di tahun akan datang akan lebih baik dari tahun ini..

Friday, December 11, 2009

..rindu rasanya nak mencoret di sini..

..assalamualaikum kepada semuaaaaaaaaaaaa pembaca2 setia blog aku ni yang amat aku hormati..apa khabar semua? semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan Allah s.w.t..hendaknya..dan memperolehi kesihatan yang baik..maaf ku pohon sebab agak lama juga aku tak menyinggah di sini utk memberikan coretan2 kehidupan ku..

..rasanya aku perlu nyatakan kat sini, kebelakangan ni aku tak banyak masa nak mencoretkan titisan-titisan kehidupan aku dan keluarga disebabkan perjalanan kehidupan aku yang agak padat memandangkan berada di tempat baru..ya..aku berada di tempat kerja baru..dah hampir sebulan aku di tempat baru..maklumlah bila di tempat baru, maka banyak perkara yang perlu diketahui dan dipelajari..dan juga dikongsi..

..apa yang boleh aku katakan adalah..di tempat baru ni, memang ada kelainannya..dan aku akan cuba meng'adapt' kan diri aku dengan keadaan semasa ni..tapi jauh di hati aku..aku memanjatkan kesyukuran kerana Allah menempatkan aku di sini..sekurang2nya aku berasa ketenangan..dan beroleh kegembiraan..Ya Allah ya tuhanku, aku bersyukur ke hadrat mu ya Allah..kerana dengan limpah kurnia mu..ketenangan dan kegembiraan ini dapat aku nikmati..

..apa yang aku perasan..agak kurang aku mencoret di sini kerana jadual seharian yang padat..ingin juga aku cuba mencuri masa sebelum tidur tapi setelah menidurkan anak2..maka aku juga rasa penat dan nak saja terus lena..dulu di tempat lama aku masih boleh lagi bangun selewat2nya jam 5.45 pagi tetapi sejak di tempat baru tidak lagi..aku harus bangun jam 5.15 pagi, kerana nak menyiapkan anak2 dan menghantar anak2 ke taska dan sekolah..

..banyak juga cerita2 liku2 kehidupan yang tak sempat aku coretkan di blog kesayangan aku ni, tapi akan aku usahakan..cerita2 sedikit2 apa yang berlalu..biar ia kekal menjadi kenangan manis aku bersama keluarga..cuma yang terbaru..aku sedang berusaha menyediakan keperluan2 sekolah anak2 aku..maklum la..kan..dah 3 orang ke sekolah..Fakhriy lak nak masuk darjah 1 ni, maka banyaklah ringgit yang diperlukan..bukan setakat ratus-ratusan tetapi ribu-ribuan..tapi itu semua tanggungjawab husband aku dan diri aku..anak2 amanah Allah s.w.t...maka adalah wajib utk membesarkan mereka dengan baik..

..apa yang aku rasa sekarang adalah..terasa amat rindu nak berjalan2 dengan suami dan anak2..agak lama tak pergi berjalan2 dengan mereka..insyallah esok lusa akan aku aturkan jadual yang disusun khas utk bersama anak2 kami..insyaAllah..segala dengan izinMu ya Allah..aku juga rasa rindu sangat nak mencoret banyak perkara di sini..akan aku cuba usahakan..bukan apa..semuanya untuk dijadikan kenangan buat anak2 aku..dan kenalan yang amat disayangi..

..aku takat ni dulu..aku mencoret..kita jumpa lagi di coretan yang akan datang..dengan pesanan..apa pun jua yang kita lakukan dan hadapi..hendaklah ada rasa jujur dan ikhlas..dan diri kita ..kita serahkan pada penciptanya..Allah s.w.t..ok..jumpa lagi di masa lain..salam..

Wednesday, December 02, 2009

..buntu ini mengajar aku banyak perkara..

..aku cukup buntu..cukup cukup buntu…
..semua ni ujian dari Allah s.w.t…aku harus redha..
..aku redha dengan apa yang harus aku hadapi..
..setiap insan di muka bumi Allah ini, pastinya menghadapi ujian dan dugaan masing2..
..setiap yang kita harus hadapi..ada hikmah disebaliknya yang mana hanya Allah s.w.t saja yang mengetahuinya..
..akan aku ingat keadaan ini..akan aku jadikan panduan hidup di masa akan datang..
..keperitan dan kesusahan yang dilalui, adalah suatu pengalaman hidup yang amat berharga buat diri aku..akan aku kongsikan semua ini dengan anak2 ku..
..berita yang aku dapat, juga adalah suatu rezeki dari Allah swt..kesan dari berita tu adalah suatu kesan yang amat mendalam dalam diri aku..mengajar aku menjadi lebih matang, lebih banyak berfikir perkara2 yang membawa kebaikan berbanding keburukan..
..tak dapat di gambarkan dengan zahirnya keperitan yang dialami..kesusahan yang harus dihadapi..
..hanya mereka yang sekapal saja yang dalam menyelami hati dan perasaan ketika ini..
..aku memohon padaMu ya allah..,kau berilah kekuatan padaku utk menghadapi ujianMu ini, sesungguhnya andai ini ujian yang terbaik buat diriku..maka aku dengan sepenuh hati redha dengannya..
..ya allah ya tuhanku..hanya Kau lah saja mengetahui isi hati ku.