Friday, December 11, 2009

..rindu rasanya nak mencoret di sini..

..assalamualaikum kepada semuaaaaaaaaaaaa pembaca2 setia blog aku ni yang amat aku hormati..apa khabar semua? semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan Allah s.w.t..hendaknya..dan memperolehi kesihatan yang baik..maaf ku pohon sebab agak lama juga aku tak menyinggah di sini utk memberikan coretan2 kehidupan ku..

..rasanya aku perlu nyatakan kat sini, kebelakangan ni aku tak banyak masa nak mencoretkan titisan-titisan kehidupan aku dan keluarga disebabkan perjalanan kehidupan aku yang agak padat memandangkan berada di tempat baru..ya..aku berada di tempat kerja baru..dah hampir sebulan aku di tempat baru..maklumlah bila di tempat baru, maka banyak perkara yang perlu diketahui dan dipelajari..dan juga dikongsi..

..apa yang boleh aku katakan adalah..di tempat baru ni, memang ada kelainannya..dan aku akan cuba meng'adapt' kan diri aku dengan keadaan semasa ni..tapi jauh di hati aku..aku memanjatkan kesyukuran kerana Allah menempatkan aku di sini..sekurang2nya aku berasa ketenangan..dan beroleh kegembiraan..Ya Allah ya tuhanku, aku bersyukur ke hadrat mu ya Allah..kerana dengan limpah kurnia mu..ketenangan dan kegembiraan ini dapat aku nikmati..

..apa yang aku perasan..agak kurang aku mencoret di sini kerana jadual seharian yang padat..ingin juga aku cuba mencuri masa sebelum tidur tapi setelah menidurkan anak2..maka aku juga rasa penat dan nak saja terus lena..dulu di tempat lama aku masih boleh lagi bangun selewat2nya jam 5.45 pagi tetapi sejak di tempat baru tidak lagi..aku harus bangun jam 5.15 pagi, kerana nak menyiapkan anak2 dan menghantar anak2 ke taska dan sekolah..

..banyak juga cerita2 liku2 kehidupan yang tak sempat aku coretkan di blog kesayangan aku ni, tapi akan aku usahakan..cerita2 sedikit2 apa yang berlalu..biar ia kekal menjadi kenangan manis aku bersama keluarga..cuma yang terbaru..aku sedang berusaha menyediakan keperluan2 sekolah anak2 aku..maklum la..kan..dah 3 orang ke sekolah..Fakhriy lak nak masuk darjah 1 ni, maka banyaklah ringgit yang diperlukan..bukan setakat ratus-ratusan tetapi ribu-ribuan..tapi itu semua tanggungjawab husband aku dan diri aku..anak2 amanah Allah s.w.t...maka adalah wajib utk membesarkan mereka dengan baik..

..apa yang aku rasa sekarang adalah..terasa amat rindu nak berjalan2 dengan suami dan anak2..agak lama tak pergi berjalan2 dengan mereka..insyallah esok lusa akan aku aturkan jadual yang disusun khas utk bersama anak2 kami..insyaAllah..segala dengan izinMu ya Allah..aku juga rasa rindu sangat nak mencoret banyak perkara di sini..akan aku cuba usahakan..bukan apa..semuanya untuk dijadikan kenangan buat anak2 aku..dan kenalan yang amat disayangi..

..aku takat ni dulu..aku mencoret..kita jumpa lagi di coretan yang akan datang..dengan pesanan..apa pun jua yang kita lakukan dan hadapi..hendaklah ada rasa jujur dan ikhlas..dan diri kita ..kita serahkan pada penciptanya..Allah s.w.t..ok..jumpa lagi di masa lain..salam..

1 comment:

fazlina said...
This comment has been removed by the author.