Wednesday, October 29, 2008

..kenapa..dia kena pergi gak..sikit photo Farriys, Fakhriy,Fayyadh..

..latest news hari ni aku dengar, hubby kena gi Kuching next week, ish..berita paling benci yang aku tak suka dengar bila hubby kena gi outstation la..rasa hati ni memberontak bagai nak gila..bila hubby inform kena outstation, yang aku lebih tak rela tu sebab baby tak berapa sihat lately ni, so I need him most of the time, to take turn between us to take care the baby..ish..naper la..takada orang lain ke yang boleh ganti hubby aku tu..lagi2 dia lagi2 dia kena outstation..suka sangat la diaorang anta dia tu..bukan masalah aku tak boleh handle sendiri apa2 hal dan anak2..masalahnya..saat ni aku memang tak rela kami berjauhan..ni tak tahula kalau tiba masa dia kena tugas kat Mekah..3 bulan tu..ish..tak dapat bayangkan, mahu aku menangis hari2..(teringat lak 5 tahun lalu, dia pergi, hari2 aku menangis, terseksanya rasa dia takada)..

..aku cuba pujuk hubby, cakap cari lah orang ganti..then hubby bagi jawapan..sesekali berjauhan..ok gak kan sayang..bertambah rindu..emm..baikkk punya jawapan..ntahlah..memamg mulut aku kata ok..pergilah..tapi hati aku melompat2 kata tidakkkkkkkkk..tidakkkkkkkkk..tapi apakan daya..hubby aku tu pergi sebab tugas, bukan suka2 nak pergikan..kalau ikut hati..aku nak bawak semua anak2 aku ikut sekali..tapi tak leh la..Farriys..tak baper sihat..nak bagi dia betul2 sihat..baru boleh berjalan ke mana2..

..so hubby decide nak call mak, minta mak temankan isteri dan anak2 dia kat umah..tapi not sure..whether mak free or not..selalunya weekend mak ada majlis marhaban..benda yang kami nanti2kan pun belum kunjung tiba lagi..katanya minggu ni tapi esok dah khamis pun lum ada berita lagi, takperlah tak kemana pun kalau nak dikejar..tunggu jelah ketibaannya nanti..

..well, esok Fayyadh, Fakhriy final exam, start dari last week dah buat dah latihan..hopefully, anak2 ibu boleh buat exam tu nanti..cuti sekolah tak lama lagi, kami belum plan lagi nak bawak anak2 bercuti ke mana..kesian lak cuti lama2 tak ke mana..pergi balik rumah nursery jer, bosan betul diaorang nanti..ada gak hubby mention pasal nak naik keretapi nak gi utara..ok gak idea tu..aku kena check ler jadual keretapi lak..(yang hakikatnya aku ni pun seumur hidup tak pernah naik keretapi, kapal terbang je pernah)..

..ish..fikirkan bosan jer bila hubby kena outstation tu..seminggu lak tu..ish..teruk sungguh la depa tu..bagi la orang lain pergi..kesian la kat aku dgn anak2 aku..sure hari2 anak2 aku akan tanya daddy dia gi mana..dan aku pun jenuh la menjawab hari2..daddy gi kerja..daddy gi kerja..kalau ada atuk dia, ok sikit..dia kurang sikit tanya..tapi takut atuk lak tak free nak ajak datang umah..anyway..tengok la camana nanti..akan aku update kan disini..apa kesimpulannya..

.. kat bawah ni ..Farriys dengan new car seat nya..and Farriys with his first book..Farriys with his big brother..Fayyadh, Fakhriy sibuk main kat umah my sister..

















Thursday, October 23, 2008

..anak-anak yg ku sayang..tak sihat..

..malam tadi kami bawak Farriys gi Pakar An nur, ambik jab for 5 months plus 2d jab pneumococoal..at first aku cuak gak nak bagi dia jab sebab..dia ada batuk plus flu..then doc kata ok..can proceed..timbang Farriys pun.berat ok..cun la..doc kata..jab yang 5 months tu ok..relax jer tak nangis pun..but bila doc masukkan jab pneumucocoal masa masuk jarum steady lagi..tapi bila doc picit ubat tu nak masukkan..ha..masa tu..tetiba muka Farriys yang ceria jadi kelat dan terus bersuara..menangis lerr apa lagi..sian baby aku..tapi ibu buat tu semua utk kebaikan mu jua nak..ibu sanggup bayar utk amik jab tu..pneumococoal is one of the jab yang really advice by paediatrician..after discuss with hubby, then we all decided nak ambik jab tu, means for our baby, he needs to take 4 times jab pneumococoal tu which it costs rm1280..demi anak..hubby kata..its ok..just proceed..

..orang tak la ramai sangat semalam kat klinik an nur tu tapi yang meriuhkan keadaan adalah anak2 aku sendiri..yang kakak dgn abang2 tu..main dan cukup la they all 3 orang tu..dah bising dah kat klinik tu..aku nak bagi diaorang duduk diam2 aku ajak..borak la..aku ajak amik gambar..wah wah..kalau bab amik gambar..spotting jer anak2 aku tu..parents yang ada kat klinik tu ketawa jer tengok they all 3 orang tu..mana tak nya..dah la umur dekat2kan..bila cakap nak amik gambar tu..cepat2 posing tu..tu yang tak tahan tu..kang aku bagi korang tengok posing budak 3 orang tu..and gambar Farriys dengan daddy dia..kat klinik..daddy dia ajar main..toys kat klinik tu nak bagi dia diam..dia nak duduk dia nak berjalan2..dah pandai dah skang ni...bila naik keta pun kalau keta parking..nangis..kalau keta bergerak jer..ha..diam terus..

..actually bukan saja Farriys tak baper sihat..batuk and flu..tapi Fatihah pun tak sihat..pagi ni bangun nampak dia tak berapa segar..batuk pun dah kuat..dah la tengah final exam, sedih tul tengok anak2 ibu tak sihat kan..before aku gerak pagi tadi..aku bagi dia makan ubat dulu..ibu doakan kakak cepat sembuh..boleh jawab exam dengan baik..insyallah..aku memang cukup susah hati bila Fatihah batuk sebab..dia boleh kena attack dengan semput dia tu..bila dia dah terlalu lama batuk..alhamdulillah la mata dia ok..sib baik bukan sakit mata..kalau tak..memang kesian sangat la kat dia..


..tengoklah tu betapa cerianya mereka..diaorang buat klinik an nur tu cam klinik sendiri..


Wednesday, October 22, 2008

..candit saat yang menggelikan hati..

..kakak masa gi majlis hari raya ofis husband..sekali tengok..dah besar dah kakak..tapi tengok kat luar...kurus jer..dah nak naik darjah 3 tahun depan..tapi kecik comel jerr..tu yang ada orang ejek dia 'Fatihah pendek' tu..sian anak aku..adalah orang ejek2 dia..then aku cakap kat anak aku..takper kakak..biar orang buat kita..tapi ingat kita jangan buat orang..

then lagi dua gambar tu..Fayyadh and Fakhriy tertidur dalam kereta lepas habis makan fries and burger mcdonald..kami tak sedar pun they all tertidur, mana tak nya..aku dgn husband kat row depan sekali, they all kat row last sekali kat keta tu..sampai umah..baru sedar yang they all dah tertidur dengan keadaan sorang pegang fries dan sorang lagi pegang beefburger..daddy dia punyalah ketawa tengok anak2 kesayangannya tu..then daddy dia suruh amik gambar tu..so aku pun sharekan la dengan korang..


..keadaan semasa aku yang muram..

..hari ni aku rasa..sedih lak pepagi..anak pompuan aku cam nak kena sakit mata..yang sian sangat tu..dia nak final exam lak tu seminggu ni..aku berdoa pada allah s.w.t...agar allah sembuhkan..anak aku tu..so dia boleh concentrate pada exam..apa2 pun..ibu tetap disisimu sayang..seperti title blog aku ni kan, setiap yang berlaku tu adalah hikmahnya...so aku redha dengan keadaan ni..hanya jauh disudut hati aku..sedih bila anak aku sakit..

..baby aku baru nak baik dari flu & cough, then kakaknya lak..kenapa kenapa kenapa semua ni harus terjadi pada anak2 aku..sesungguhnya allah ada sebab tersendiri dengan apa yang diberinya.. next week 2 hero aku lak nak final exam, berbagai rasa hati aku ni..anak2 nak exam, ibunya yang berdebar2..sebab pada aku..result exam anak2 aku tu memberi seribu satu makna pada aku..macam2 penilaian boleh dibuat bila dapat result tu nanti, especially yang Fayyadh Aniq tu, next year nak masuk standard one, so aku nak dia be prepared to go to the new world for him, sure dia akan shock bila tengok environment sekolah darjah satu compare dengan tadika dia..its ok son, mummy will give u full support..

..2 hari lepas, mak ngah belah mak aku kembali ke rahmatullah..aku bergegas dari ofis balik ke rumah, tunggu husband and bergerak ke rumah mak ngah..aku sampai2 alahai..jenazah dah pun dikebumikan..takperlah tak de rezeki nak tengok mak ngah buat kali terakhir..hanya doaku panjatkan buat arwah mak ngah..3 hari ni mak, dan makcik2 yang lain berulang alik ke rumah mak ngah buat kenduri tahlil..aku lak tak dapat pergi coz anak2 aku tak sihat..masa aku di rumah mak ngah, aku nampak di wajah sepupu aku tu kesedihan yang dirasainya..dia telah pun kehilangan kedua2 ayah ibu, aku terfikirkan..aku masih lagi ada ibu, walaupun ayah aku dah meninggal 10 tahun lalu..aku terdengar sepupu aku tu cakap kat mak aku..noor dah tak ada siapa2 lagi dah, noor hanya ada makcik2 sajalah tempat mengadu..sedihnya aku dengar..ya allah, ya tuhanku..tak dapat aku bayangkan..macam mana kalau aku berada dalam keadaan dia tu..hanya air mata yang menjadi peneman diri..dah la dia tak ramai adik beradik, dah tu dia lak dah bercerai..kat mana la tempat dia mengadu nasib..inilah yang dinamakan..takdir di tangan tuhan, kita hanya hambanya hanya mampu merancang, dan hanya allah yang menentukan..

..aku rasa cam aku tak seperti orang lain..tapi aku harus bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni..macam kakak aku pesan, kita rasa kita susah, ada orang yang jauh lebih susah dari kita..kesimpulannya..kita harus hargai setiap saat yang berlalu dalam hidup kita ni..setiap yang kita lalui tu akan mematangkan lagi diri kita..dan berusaha memperbaiki apa2 kekurangan..insyallah..kat bawah ni saja nak share bersama korang..

..ni Farriys main sorang2 masa perjalanan balik kg hari tu masa raya..
































..ni Farriys masa dah pandai meniarap totally, tak nangis2 dah sebab tangan dah tak tersangkut..another photo tu Farriys dengan daddy dia, daddy baru balik kerja..rindu kat Farriys..

Friday, October 17, 2008

..pilihan ku mengikut budget ku..


..pilihan aku..kenalah ikut budget aku kan..so..hati aku nak kan yang high spec lagi..tapi..memandangkan budget aku tak mengizinkan aku pilih la yang medium spec..
..cuba tengok kat sebelah ni, ok tak..aku menanti2 kedatangan
benda ni..tak sure bila la akan keluarkan..lepas ni boleh la aku berjimat sikit minyak dengan benda ni..aku yang akan bawak ke ofis..so..mpv aku simpan kat umah utk kegunaan hubby tersayang fetch anak2..

..minyak pun dah turun sikit..so..dapat la lagi kami berjimat monthly fuel kami..tu gambar belakang dan sisi..gambar tak real la kan..nanti..aku letak gambar dari depan..yang real aku punya..ya..nombornya pun dah ada..tapi..tengah tunggu nak keluar jer benda alah ni..anak2 aku asyik tanya jer..bila kita nak dapat ni..aku kata sabar..nanti adalah..aku pun tak faham..naperlah anak2 aku nak sangat naik benda ni..yang ada skang ni besar dari yang ni..boleh main2 kat belakang tu..tapi yang ni gak di tanyanya hari2..naper kami pilih warna tu..pun aku tak tahu la..sedap mata memandang..ordinary..takada yang luar biasa lah..em..dalam otak ni..dah plan nak gi beli apa kat 'brothers' bila dah kuar benda ni..nanti aku sharekan apa yang aku beli utk si 'dia' ni ya..

..eh..aku ni teringin nak update pasal anak2 aku la..nanti aku buat slot baru la utk kongsi dengan korang pasal anak2 aku ya..latest news..Farriys Afiq dah boleh meniarap totally..tak sangkut2 tangan lagi..i'll share the photo with u guys later on..

Thursday, October 16, 2008

..ada yang nak kena pelempang ni kang..

..hari ni awal2 lagi dah ada orang buat aku naik angin..kat ofis ni..
..aku rasa nak pelempang sekali kanan sekali kiri jer..sedap2 dia jer nak komen team aku ek..
..dia ingat dia siapa..cukup bagus la penampar aku tak hinggap kat muka dia..
..aku beristigfhar..jer banyak2..nak bagi diri sendiri cool down..tapi kalau dah bangsa tu..
..memang la..dah kafir..kafir gak la..ko tak kenal siapa aku sebenarnya lagi kan..
..ko tunggu masa dan ketika..aku bagi ko takkan dapat duduk senang punya lah..
..ishh ish..dah la hari ni korang nak tau..aku pakai baju kurung warna merah..menyala..
..dah tu sama la hati aku ni marah..merah terbakar ni..cam baju aku gak..
..memula aku cakap perlahan2 jer..tapi hati aku..dah tersusuk dah tu..tinggi la volume aku..
..ha satu ofis dengar suara aku ni marah kat dia..setakat ko kerja buat document tu..
..ish..aku ni dah kes mandang rendah la plak kan kat orang..tak baik tak baik..jangannnn..
..aku kena amik wudhuk ni...bagi hati aku sejukk sikit..nanti kang payah lak..
..dah lah kan ..hari2 datang ofis sure nampak punya muka beruk tu..kang aku lak yang..
..senang dapat darah tinggi kang...dia sihat walafiat jer..boleh blah la beruk tu..

..biasalah..kehidupan kita seharian..ada turun naiknya..semua yang kita lalui, adalah sebahagian dari ujian dari Allah s.w.t..maka ada masa nya..kita kena berfikir sejenak..apa tindakan yang sewajarnya harus kita ambil..utk tidak..merasa gusar berpanjangan..
..ada masanya..apa yang kita lalui tu akan lebih mematangkan kita..hanya terpulang pada diri kita dengan penerimaan kita..bagi aku..aku nak umur panjang..nak selalu sihat..aku ambil jalan "let go"..kalau dulu aku tak pandai nak let go ni..aku selalu memikirkan sesuatu tu amat mendalam..at last..aku tak tahu apa jalan penyelesaiannya..tapi..now a days..i'm use to it..aku dah boleh let go certain2 hal yang tak perlu difikirkan berpanjangan..and i'm more strong day by day..thank to God for helping me have strong heart and face the hard time..

..actually, lately ni aku face not so big problem..but i'm afraid that it will happen again..apa masalahnya??..em..aku memang nak kongsi kan bersama sahabat2 yang seangkatan dengan aku..supaya aku boleh sharekan my experience..but..at this moment, aku tak sempat nak mencoretkannya disini..hanya aku sempat utk berikan hintnya..iaitu..mendidik, membesarkan anak2 kesayangan bukan la suatu perkara mudah dan tak boleh amik mudah..kena sentiasa alert dan take action..utk menjadikan mereka orang2 yang berguna, berilmu di masa akan datang demi masa depan mereka..yang mana ketika tu..maybe kita pun dah kembali ke rahmatullah..ok..nanti aku amik masa..utk kongsikan...apa masalah yang aku faced lately ni...insyallah..andai di izinkan Allah..dalam masa terdekat ni..akan ku coretkan buat tatapan pembaca setia blog aku ni..





Wednesday, October 15, 2008

..info utk disharekan buat pembaca setia..

..kalau nak tengok banyak lagi photo2 sila la lihat di siniiiii


www.flickr.com








faz's joy's bulatnya..farriys photosetfaz's joy's bulatnya..farriys photoset



Monday, October 13, 2008

..ku sharekan..photo2 yang disemadikan masa raya..

..nilah..diantara gambar2 masa raya pertama hari tu..aku tak sempat nak berceloteh panjang lagi skang ni..aku tepek kan dulu..gambar2 yg disemadikan..tema kami tahun ni biru laut..beraya bersama insan baru dalam keluarga kami..





































..lagi dan lagi gambar2 semasa beraya..gambar2 kat bawah ni membawa seribu satu kenangan..hanya aku..diri ku yang mengetahui..betapa berharganya..saat2 dalam gambar kat bawah ni..boleh kelihatan..anak2 kami semakin membesar sampai ke tahap they all dah boleh main monopoly..kalau dulu2..masing2 ikut punggung mak jer..skang ni dah pandai bawak diri masing2 dengan sepupu..pandai main..sama2..and di mana mak2nya..mak2nya ada conference lain lak..hehe..kakak aku lak yang cikgu tu..busy betul..masak kat dapur..utk dihidangkan buat kami semua..dari makan tengahari..sampai ke maghrib..kami makan..ada jer makan datang dari dapur..ke meja makan..sambung menyambung kami makan..the best moment ever..anak2 kami semua..pandai minta makan dah..dulu..paksa2 makan lagi..







..ha..yang ni tok siak..kg kami..cuba tengok muka tu, cam muka siapa tu..hehe..tekalah..


Friday, October 10, 2008

..baby ku diserang sakit mulut..

..baru2 ni lepas balik dari beraya di kampung, Farriys kena sakit mulut..banyak putih2 kat dalam mulut dia..kat lelangit dia, kat bibir dia..aku ni cam la baru anak first..ni anak ke empat dah..aku tak tahu mulanya kenapa dia tak nak minum susu..asyik menangis jer bila bagi susu..at last aku decide bawak gi jumpa doktor..then doktor confirm kan yang dia kena sakit dalam mulut..term doktor tu sebut 'ulat susu'..first time dalam hidup aku selama ada anak..dengar term tu..so far anak aku yang 3 orang tu tak pernah kena..so aku ni tak tahu la bend tu..sedih tul aku tengok baby aku..dia kuat menyusu..tapi disebabkan sakit mulut tu dia tak boleh nak minum susu..doktor ada bagi ubat sapu dan ubat makan..adik consume ubat tu utk 3 hari..then..lega hati ibu..adik dah boleh menyusu balik..aku tak kerja 2 hari..jaga dia kat umah..takkan nak anta taska lak kan..kang dia merengek2 kang tak terjaga la cikgu kat taska tu..yang paling menyedihkan..baby aku dah susut badan..akibat dari tak sihat tu..aku ada amik gambar masa dia tak sihat hari tu..dia dah tak tembam cam dulu..lagi 2 minggu aku nak bawak jumpa pakar..aku nak tanya..camana berat dia..ikut graf ke atau bawah graf.. ..sejak baby aku sakit..aku cam takada mood nak update blog..aku belum lagi transfer gambar raya..gambar raya tahun ni cun2..nantilah aku share dengan korang..ya..cuma aku nak selitkan..gambar baby aku masa dia sakit..baby aku yang dah susut tu..kat bawah ni gambar sebelum dan selepas dia kena sakit mulut tu..sedih tul aku tengok dia dah susut..