..both hubby dengan aku memang dah plan nak cuti..but apa yang dirancang tak seperti apa yang terjadi on my birthday..patutnya aku celebrate bersama dengan hubby dan anak2..tapi setelah memikirkan tak nak amik risiko H1N1, jadi kami keluar berdua saja..
..mulanya aku tak tahu hubby nak bawa ke mana, aku kata it is your boat..i'm only your passenger..then hubby dah decide mana nak pergi, aku just follow..hubby dah wish sejak malam tadi lagi..dan hadiah pun dah dapat malam tadi..aku cukup2 terpegun dengan hadiah yang aku dapat dari hubby..aku fikirkan kalau la aku nak tempah mungkin makan ratus-ratusan harganya..dan lebih touching lagi ia adalah hasil dari tangan hubby aku sendiri dan bukan hubby aku upah orang lain buat..sekian lama gak aku tunggu2 hadiah yang dia bagi sempena birthday ke 34 ni..dekat 10 tahun kami kawin..then akhirnya..aku dapat juga..kat bawah tu aku tepekkan..hadiah dari hubby..itulah hasil lukisan tangan dari hubby buat isterinya..
..tempat yang hubby bawa aku utk celebrate birthday adalah tempat yang kami kunjung masa kami berkawan rapat dulu sebelum kawin..berkawan rapat ya hubby kata bukan masa bercinta..hehe..dah lebih kurang 10 tahun kami tak pergi tempat tu..so akhirnya sampai ke situ, mengimbas kenangan lalu..masa kami berkawan dulu..banyak betul kenangan kat situ..macam2 memori..bila diingatkan balik..and on that day,aku rasa cukup2 seronok dan bahagia..only you know how i feel, dear..Mr.P..sempat watch movie..kat situ..hubby kata..teringat lak dulu..suruh beli tiket movie titanic..aku beli dapat tempat duduk depan sekali..hehehe..memang kelakar sungguh waktu tu..dah la lama titanic tu..duk la depan..hahaha..kenangan silam..
..then bila petang, kami make move ke bangi..sebab nak fetch putera puteri kami..dan seperti yang dijanjikan..malam tu lepas maghrib..hubby keluarkan kek dan hubby ajak anak2 duduk sebelah aku..hubby suruh putera puterinya nyanyi dulu..then ibu potong kek lepas tu boleh makan kek yang dinanti2kan..memang sedap betul kek birthday tahun ni..hubby beli kat kedai pendakwah Islam kat bangi tu..so acara..memotong kek, memakan kek berjalan dengan lancar, satu kelainan tahun ni, anak2 aku..cukup pandai..nyanyi lagu dalam 2 bahasa..english and malay..tahun2 sudah..diaorang nyanyi satu lagu..dan nak makan kek cecepat..tapi tahun ni cukup bersopan boleh sabar habis nyanyi tunggu aku potong kek siap2 dulu..then only makan..semakin tahun aku semakin tua..anak2 semakin membesar dan semakin matang..
..malam tu lepas makan kek aku teringat nak tanya Fayyadh pasal Siti..then aku tanya abang ngah, hari ni jumpa siti ke..dia jawab..jumpa..dia ada sekolah..abang ngah kawan dengan siti ke hari2..ya..hari2 abang ngah kawan dengan dia..abang ngah rehat dengan siapa...rehat dengan siti lah..makan sama2..wah..lagi terkejut aku dengar..suatu yang amat memeranjatkan..kecik2 lagi anak bujang aku sorang ni dah kawan dengan awek ni..aku tanya siti tu suka ke kawan dengan abang ngah..dia jawab, ya..siti suka kawan dengan abang ngah..wahhhhh..jawapan yang sungguh straight forward dan jujur..abang ngah kawan dengan siti jer ke..atau kawan ramai2..semua orang kawan ramai2 lah..kawan sama2..makan sama2 lah..aduh..lega hati aku dengar jawapan dia cam tu..susah hati wooo..kalau anak2 kecik dah terdedah pada pergaulan terlalu bebas ni..ibu nak pesan pada abang ngah aku kata..berkawan tu ibu tak marah..tak kisah..tapi tak boleh bersentuhan tau..uztaz/uztazah cakap haramkan betul tak..ya, ibu jawab dia..ada masanya bercakap dengan Fayyadh..kadang tak tahu..dia betul2 faham atau..dia tak faham..he is very cool..like father like son...but his daddy said..masa daddy kecik2 dulu..takut nak dekat dengan perempuan..thats what daddy said la kan..hakikatnya..memang ada bukti dia macam tu..hanya aku yang tahu hehehe..
..eh tu citer Fayyadh & sitinya..tentang birthday aku tahun ni..memang dari posting yang lepas2 aku dah mentioned yang aku ada rasa kelainan pada birthday tahun ni..maybe dengan bertambahnya usia..maka lain dah caranya dan perasaannya bila hari2 istimewa menjelangkan..bagaimanapun..on my 34th birthday this year, apa yang aku dapat rasakan, perkahwinan kami sentiasa rasa warm saja..sentiasa rasa diri amat disayangi dan hakikatnya kasih sayang kami makin bertambah dari hari ke hari..dan dengan kehadiran zuriat kami amat menggembirakan dan membahagiakan..aminn..
..inilah hadiah yang paling istimewa dari suami tersayang..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment