..rutin aku setiap pagi adalah pastinya membaca surat khabar..so antara tajuk yang menarik perhatian aku hari ni adalah "Bencana penyakit hasil kesilapan manusia di dunia"..aku amat setuju dengan penyataan tu..wabak H1N1 ni adalah salah satu petunjuk dari Allah s.w.t bahawasanya..manusia telahpun melanggar perintah Allah s.w.t..maka datanglah ujian sebegini rupa..setelah terjadinya keadaan sekarang, maka yang terbaik adalah kita berdoa bahawa wabak yang sedang melanda akan terhapus juga akhirnya dengan izin Allah s.w.t yang menjadikan sesuatu dengan sebab dan musababnya..
..aku ambil sedikit petikan dari surat khabar hari ni, memang petikannya mengingatkan aku bahawasanya segalanya adalah ketentuan ilahi..petikannya berbunyi "Sering kali kita merasa beruntung dan bertuah dengan rahmat yang direzekikan oleh Allah SWT kepada kita, yang kadangkala datangnya tanpa disangka. Sesekali pula ada musibah yang berlaku disebabkan oleh diri kita sendiri, lalu, jika kita berputus asa, tentulah kita merasa malu jika tidak bersangka baik dan menyerahkan segala urusan yang tidak mampu kita lakukan kepada pemilik segala kejadian ini"..dan setiap yang berlaku, ada hikmahnya..sebagai contoh..pernah aku terfikir dulu untuk bercuti keluarga negara tahun ni..tapi hajat tak kesampaian..salah satu sebabnya kami telah kehilangan arwah Fashiyl Aliq & sebab yang lain, budget tak mengizinkan untuk berbuat demikian..sesungguhnya besar petunjuk ilahi..bahawasanya adalah yang terbaik Allah tidak mengizinkan kami bercuti ke negara tahun ini..sebab amat tidak sesuai dengan musibah H1N1 yang melanda sekarang ni..Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur ke hadrat Mu, dengan apa yang telah kau tentukan buat kami, ini semua adalah yang terbaik buat hambaMu..di bawah ini adalah penyataan yang paling tepat..
"Hakikat yang perlu diyakini ialah bahawa setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT jua. Di dalam Surah Al-hadid ayat 22 Allah SWT berfirman yang mafhumnya: "Tiada suatu pun bencana yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis di dalam kitab (Loh Mahfudz) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." Justeru, umat Islam haruslah memahami bahawa kuasa Allah SWT sahajalah yang menentukan sesuatu itu berlaku walaupun apa jua usaha yang dilakukan atau tidak diusahakan kerana kekuasaan Ilahi melebihi kuasa yang lainnya.."
..Ya Allah yang tuhanku, kau lindungilah seluruh ahli keluarga dan keturunan ku dari musibah ini Ya Allah, hanya padaMu aku memohon hanya padaMu aku berserah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment