Friday, September 07, 2007

..ingin berbicara tentang adakah kita "merendah diri" atau kita melakukan "suatu pembohongan"

..semalam aku memulakan perbualan dengan suami setelah pulang dari bekerja dengan soalan.."apa yang u dapat fikirkan bila i tanya u, apakah seseorang itu melakukan suatu pembohongan atau dia cuba merendah diri bila ditanya tentang sesetangah hal"..suami aku bertanya semula, why not you give me an example to describe apa yang you cuba perbincangkan at least i dapat gambaran yang lebih jelas sebelum i bagi jawapan..

..then, aku pun menjelaskan sebegini rupa sebagai contoh, si Aminah(hehe bukan nama sebenar) sedang berbual dengan seorang kawan sama study dulu yang quite sometime dia tak berjumpa..then dia bertanya..tentang kerja, keluarga and anak2 lah..then..dia bertanya lagi tentang dimana Aminah tinggal sekarang..and Aminah answer duduk kajang.(hehe takde tempat lain ke)..then..tiba2..kawan ni bertanya, eh kau nak buat investment tak? aku buat marketing ni, kau beli rumah lagi satu lah, kau buat investment, takkan kau tak nak beli rumah lagi satu kot..untung tau..kau beli rumah satu jer..beli lagi la..as usual orang marketing ni kan pandai berkata2..nak buat sale kena la pandai cakap kan..then, Aminah terdiam seketika, tiba2 terfikir apakah jawapan yang sesuai utk diberi..Aminah menceritakan hal sebenar rasa cam emm..membangga diri..dan Aminah nak merendah diri..Aminah bagi jawapan kat kawan dia tadi camni..cukupla satu rumah tu, tak mampu nak beli lebih..then..kawan tu kata..oklah..kalau kau berminat nak beli, contact aku ya..then mereka berpisah..kemudian..dlm perjalanan balik tu, Aminah terfikir lak..eh aku tadi..sebenarnya..dah menipu kawan aku ke aarr..ish rasa cam menipu dan dah buat suatu pembohongan..ish..menambah dosa lak.. kemudian, tersedar dari lamunan tu, Aminah rasa dia harus mencari jawapan yang sesuai utk merendah diri dan tidak melakukan pembohongan..since semua orang tahu membohong tu berdosa, dosa yang ada tak tertanggung, dalam kehidupan seharian lagi nak menambah dosa..

..anda sebagai pembaca blog saya ni..rasa2nya apa kah jawapan yang sesuai yang boleh Aminah bagi kat kawan dia tu..supaya..Aminah tidak "menipu" dan dalam masa yang sama Aminah ingin mempunyai sikap merendah diri..dimana sikap ini adalah satu sikap yang baik..tidak membangga diri..dan tidak bongkak..fikirkan la sejenak didalam kehidupan kita ni..banyak perihal..yang kita tidak sedari bahawasanya kita menipu, sedangkan dalam masa yang sama kita berusaha utk menjadi insan yang lebih baik..

..so, my husband already give his answer antara merendah diri atau suatu pembohongan..and saya rasa saya ingin berkongsi dengan anda jawapan saya setelah saya fikirkan kembali keadaan tersebut..dan saya rasa..sepatutnya Aminah memberikan jawapan begini.".oohh..betul tu, boleh buat investment beli rumah, pelaburan utk masa akan datang, and sebenarnya bukan tak nak beli dari kau, setakat ni alhamdulillah..allah yang memberi rezeki, ada lah beli rumah lain tu..terima kasih banyak2 la atas pelawaan ko tu..insyallah ada rezeki lebih, aku beli dari ko ya.."

..so, itu jawapan dari aku, dimana aku rasa lah..jawapan aku tu..Aminah tak menipu, Aminah cakap yang benar, Aminah juga ada unsur merendah diri dan tidak membangga diri serta menjauhkan sifat bongkak..pastinya pembaca blog ni terfikir kenapa aku terfikir utk menulis tentang tajuk ni kan..bukan apa..kadang kala tanpa disedari perkara yang kecil2 kita tak perasan yang kita dah melakukan kesilapan dan tidak sedar telah melakukan penipuan atau pembohongan..sedangkan kita sebagai umat Islam yang disayangi Allah s.w.t sebagai hambaNya, tidak mengambil berat dalam perihal yang tertulis dalam Al-Quran, "penipuan itu adalah suatu dosa"..mungkin manusia lebih melihat kepada penipuan2 yang besar tetapi lupa akan penipuan2 kecil yang dilakukan dimana setiap penipuan itu tertulis didalam buku masing2..dan akan dihisab di hari akhirat nanti..

..tulisan hari ni hanya ingin berkongsi dengan pembaca2 blog saya ni, semoga kita sama2 mencuba berusaha utk menghindari sifat2 yang menambah dosa kita dan melakukan sifat2 yang lebih mulia disisi Islam..lebih lagi minggu depan kita akan menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak, lebih mulia rasanya kita meningkat kan lagi amal ibadat dan mengubah cara2 kita berkomunikasi supaya dapat menjauhkan diri dari azab api Neraka....

2 comments:

Anonymous said...

siapakah aminah? hehehehehehe

Anonymous said...

ape yg aminah ckp yg sebelum nye sudah cukup bagi saya. Apakah aminah tak mencukupi hanya dengan sebuah rumah? Bergantung pada aminah sebenarnya,kalo betul aminah tak berminat maka jawapan yg diberikan adalah betul.
walaubagaimanapun,sesuatu pembohongan yang tak merugikan/menganiaya sesiapa adalah lebih baik dari yg sebalik nye.
Sebenar nye, itu lebih tepat dinamakan alasan berbanding pembohongan.

Wallahualam
AO