Friday, July 10, 2009

..10 July - Fayyadh's 7th Birthday today..

..pejam celik pejam celik..hari ni hari jadi Fayyadh Aniq bin Parizol yang ke 7 tahun..pagi2 bangun, aku dah wish dia...Happy Birthday, Fayyadh..semoga jadi hamba Allah yang soleh..berjaya di dunia & akhirat..pesan aku pada Fayyadh..macam biasalah..dia hanya senyum & dengan raut wajah yang malu2 tu..

..semalam daddy & kakak dia..ada mention pada dia..we have secret Fayyadh..but couldn't tell you what is it..then bila dia sampai ke rumah..insist nak tahu dari aku..apa secret yang disebut2 daddy & kakak tu..aku pun jawab..ibu pun tak tahu la abang ngah..hakikat yang sebenarnya aku memang tak tahu..then aku tanya pada dia hubby, apa secret yang dia dan Fatihah cakap2 tu..dia kata..apa lagi..tomorrow is what day..dia tanya..oh..i see..aku kata..then aku fahamlah maksud daddy & kakak Fayyadh tu..

..Fayyadh dah berumur 7 tahun hari ni, setakat ni membesarkan Fayyadh tak adalah banyak masalah bagi kami..cukup mudah menjaga Fayyadh, cuma Fayyadh ni jenis orangnya bila kita nak tegur atau pesan apa2, tak boleh dengan cara kasar..kena lemah lembut caranya..kalau tegur dengan suara tinggi nanti..message yang nak disampaikan pada dia..tak akan sampai, malah dia akan berjauh hati..Fayyadh jenis anak yang sekali suruh, terus buat, sekali panggil terus datang..dia cukup sayang apa2 yang dia dapat..dia cukup hargai setiap kenangan yang dia ada..

..kalau diingatkan kembali, saat2 nak melahirkan Fayyadh, macam tak percaya dia dah sebesar sekarang ni..Fayyadh lahir pada usia kandungan aku 8 bulan, ramai orang kata, baby yang lahir 8 bulan ni tak boleh survive..but alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t..Fayyadh masih berada bersama kami sehingga hari ini..semoga Fayyadh sentiasa sejahtera hidupnya..kesakitan nak bersalinkan Fayyadh sekejap saja..dari 4cm nak mencapai 9cm..dalam masa setengah jam saja..then lepas tu Fayyadh pun dilahirkan..

..ramai juga bertanya, mana kami dapat nama Fayyadh Aniq tu, sebab jarang dengar nama Fayyadh dikalangan masyarakat melayu..kami hanya rujuk pada buku nama Islam saja, malah ada yang berkenan dengan nama Fayyadh Aniq, dan bercita2 nak letak nama anak dia nama Fayyadh Aniq tu..diimbas kembali..makna nama Fayyadh tu adalah pemurah hati..memang dia tak kedekut..Aniq tu bermaksud..yang kacak lagi menawan hati..sesekali tengok kacak jugak dia tu dan kuat bergaya..daddy dia panggil mat smart..hehehe..

..so for Fayyadh, happy birthday to you..semoga anak ibu & ayah ni, sentiasa taat pada suruhan Allah s.w.t..aminnnnn..



2 comments:

Normi said...

Happy Birthday Fayyadh. Dah 7tahun Fayyadh ye. Dah besar dah .. Oleh sebab dah besar kenalah jadi contoh yg baik kepada kakak & adik ye. Semoga menjadi anak yg soleh dan menjadi kebanggaan ibu dan bapa. Dengar cakap ibu dan ayah yer. Ppsst psst .. Fayyadh jangan makan aiskrim selalu yer .. tak bagus ... nanti sakit..

imanamani said...

acu already nyanyi for fayyadh... happy birthday sayang....