..disebabkan aku kena bekerja weekend ni, jadi last week hubby decided nak bawak anak2 tengok movie this week..so..as conclusion, aku telah booked ticket HSM3 last monday..dan hari menontonnya adalah semalam..di mana di GSC Alamanda Putrajaya ler apa lagi..yang paling dekat dengan rumah kami..kami bawak Fatihah, Fayyadh, Fakhriy, dimana Farriys?? Farriys aku anta umah kakak aku..bibik kakak tolong jagakan..yang abang2 dia berkali2 la tanya, kenapa tak bawak Farriys..jenuh la ibu nak explain..tapi tak puas hati gak..adik kena tinggalkan..
..Fatihah memang peminat setia HSM, so dia paling seronok la tengok movie tu..siap cakap tak cukup 2 jam..sekejap sangat..buatlah 5 jam ke..aduh duh..kematu la punggung ayah ibu..menengoknya..tapi yang lagi 2 orang itu..ayoyooo..they all buat hal sendiri..satu ayah jaga..satu ibu jaga..Fayyadh ok gak lagi..suruh dia duduk diam..dia diam gak..tapi dia dah tak selesa..dia gi goyang2 kaki..dia..tertendang la berkali2 kerusi orang depan..dah..orang depan duk toleh2 belakang..aku pegang kaki fayyadh tak bagi bergoyang2..berkali2 ler aku stopkan kaki dia..dia start cakap..nak balik nak balik..
..Fatihah betapa kusyuknya..pana betul tengok citer tu..ala2 concentrate betul la..aku siap tanya dia tu..kakak faham ke citer tu..dia jawab..mestilah faham..ibu ni..ni kan HSM3, yang 1 and 2 kan dah tengok..aku dengar gitu..so diam jerlah..yang lagi satu hero aku tu..Fakhriy..ayah dia jenuh la layan..setengah jam yang pertama jer dia ok..diam sebab dapat makan popcorn dengan famous amos cookies..lepas tu..ya allah..dia bangun duduk bangun duduk..berjalan ke sini ke sana..lalu belakang orang..sure lah disturb orang yang menontonkan..ayah dia pujuk2..diam kejap..kejap jelah..lepas tu buat baik..tu..aku kata..dah boring tahap gaban la tu..fakhriy cakap..apa la citer ni..tak best la..madagascar best la..kebetulan dia nampak iklan madagascar 2 lak kat screen tu..ayah dia..cakap elok2..kata..jangan merayau2 gelap ni..sini banyak cocroach..dia memang takut benda tu..then start la dia cakap nak susu la..nak tidur la..
..Fatihah tak hiraukan pun kami..yang duk memujuk adik2 dia ni..seakan2 hanya dengar suara dari screen tu jelah..yelah..kita kenalah menghormati minat orang lain kan..takkan orang jer nak ikut apa yang kita minat..bila dah kul 9 hati aku pun lega sikit..sebab dah nak abis tu..masa tu, ayah dia dah riba fakhriy dah..sib baik dia mahu la gak duk diam kat ayah dia..ayah dia tergelak2 sebenarnya berkali2 masa dia dah boring..dia tonggeng2 kat kerusi pun ada..ayah dia sound aku..kata..tak sesuai la citer ni utk dia..dia tak faham pun citer tu..tu sebab dia boring..then aku pun akui la..ayah dia kata kita ganti dengan citer lain la..kita gi tengok madagascar 2 nanti..tu maknanya tugas aku la tu..utk check movie dan book ticket nya..yelah nak cuti sekolah ni..banyak la citer budak2 keluarkan..
..aku selitkan sikit gambar masak gi tengok HSM3 semalam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment