Monday, November 03, 2008

..again..hari yang suram buat aku..

..hari ni husband hantar Fatihah gi sekolah..aku lak lambat keluar, then tetiba husband call kata Fatihah tak nak gi sekolah..dia menangis2 depan building sekolah agama tu..then aku gi follow..aku marah la gak dia..tanya dia kenapa tak nak gi sekolah..dia tak jawab2..husband dah tunggu satu jam depan sekolah tu..agaknya husband aku dah tak boleh sabar kot..husband aku bawak Fatihah masuk kereta, then apa lagi..kena marah kena pukul ler Fatihah dengan daddy dia..aku dah slow talk dengan dia..tanya perlahan2 kenapa kakak tak nak pergi sekolah..dia tak jawab apa pun..aku antara serba salah..bila husband pukul dia..kalau tak pukul tak bagi ajaran..tapi bila pukul..rasa kesian..pening dah kepala aku ni fikirkan caranya supaya..Fatihah beritahu kenapa dia tak nak gi sekolah..takut2 gak ada orang buli ke..ada orang kacau ke..

..at last, kakak aku datang..amik fatihah anta ke transit dia..masa kakak aku anta pun..dia meronta2 nak balik..aku dgn husband..tengok dari jauh jer kakak aku anta dia ke transit..hati aku antara..sedih, kesian, risau, macam2 ada dalam perjalanan ke ofis..asyik terfikir kenapa la anak perempuan aku sorang tu tak nak gi sekolah..kami terkejut sebab dia bukan jenis budak cam tu..walaupun kadang demam, batuk..dia tetap gak gi sekolah, tapi kali ni kena marah, kena pukul camana sekali pun dia tetap tak nak ke sekolah..ya allah ya tuhanku..aku redha dengan ujian mu ini ya allah..sesungguhnya hanya pada Mu sajalah tempat ku mengadu..kau bukakanlah pintu hati anak aku ya allah..agar menjadi anak yang baik..

..perasaan aku punya la tak tenang..sehinggakan nak call transit tanya fatihah camana pun..aku rasa tak sanggup..asyik terbayang di mata aku..masa husband pukul dia tu..jarang sangat husband pukul anak2..tapi hari ni..mungkin dia dah tak ada pertimbangan lagi..tapi aku tahu..dia rasa bersalah tu...bila dia pukul..dia yang call transit tanya fatihah camana..dia rasa menyesal gak tu pukul fatihah, aku nak concentrate buat kerja kat ofis pun susah..asyik terfikirkan fatihah..macam2 yang aku fikirkan utk tahu apa sebab dan punca fatihah tak nak ke sekolah tu..

..adakah..aku bersalah sebagai seorang ibu, aku gagal pujuk anak aku utk ke sekolah..sesungguhnya seperti motto hidup aku..apa yang berlaku, ada hikmah disebaliknya..sesungguhnya hanya Allah s.w.t saja yang mengetahuinya..hati aku ni meronta2 tak sabar nak balik petang ni, nak jemput fatihah balik sekolah..aku nak bercakap dengan dia, perlahan2 nak tanya dia kenapa dia macam tu, apa yang buat dia berkeras tak nak ke sekolah..saat ni hanya yang mampu, aku berdoa ke hadrat ilahi agar dia lindungi anak2 aku..zaman2 skang ni banyak gangguan yang tak kita sedari..dan utk mendidik anak2 mengikut ke jalan yang benar, bukan lah suatu usaha yang mudah, dengan pelbagai pengaruh sekeliling..

..actually, hari ni aku berhajat nak share bersama pembaca2 setia blog ni, aku nak sharekan the sweet moment masa kami bawak anak2 berjalan..tapi takde mood nak tulis bila kejadian pagi ni lebih menguasai kotak fikiran aku..aku hanya mampu termanggu bila daddy dia pukul dia, aku hanya mampu bersuara kata dah lah..pukul dia pun..tak solve problem ni..aku teringat lak pepatah melayu..sayangkan anak tangan-tangankan..tapi zaman skang ni aku tak tahulah..masih boleh pakai ke pepatah tu..kalau dengan Fakhriy, tak boleh guna cara tu, bila guna cara lembut, baru dia ok..nampak gayanya..kenalah aku bermohon pada yang Esa, bak orang kata..apa2 pun..kenalah ada usaha seorang ibu tu, aku kena panjatkan doa, dirikan solat hajat, agar anak aku kembali ke keadaan biasa..aku itu sajalah yang aku mampu fikirkan buat masa ni..kalau la mak kat kg tahu hal ni..sure dia akan susah hati..

..hari ni aku decide nak balik awal la, nak talk to fatihah, tengoklah nanti camana hasilnya..tengok esok pagi keadaan dia..ya allah ya tuhanku, sesungguhnya hanya pada mu ya allah tempat aku memohon, hanya dengan izin mu ya allah, segala doa2 hamba mu dimakbulkan..aku memohon pada mu ya allah..kau terangilah hati anak2 aku..aminn...

No comments: