..hari ni aku tak tahu kenapa tiba2 aku teringatkan kisah seorang kawan kepada kakak aku..
..kisah ni disampaikan oleh kakak aku pada aku masa raya yang lalu..as lots of people know..kakak aku adalah single parent..for quite sometime dah..dia membesarkan 2 orang anak dia tu sendiri..
..storynya..masa raya yang lalu, kakak aku ziarah kawan sekolah dia masa form 5 dulu, kawan dia ni ada 3 orang anak, dia sefamily tinggal rumah mak dia..setiap tahun masa raya kakak aku pasti akan ziarah dia..aku pun musykil, apasal la dia tak kan mis utk ziarah kawan dia tu..memula aku ingat kawan dia tu pun single parents, tapi tak..husband still available..they all still stay together..
..then utk menjawab kemusykilan aku tu..aku tanya kakak aku..kenapa tak pernah mis ziarah rumah akak tu yer..kakak aku jawab..macam ni, bila ziarah akak tu, akan memberi banyak keinsafan pada dia..dan anak2 dia..and dia nak sharekan dengan adik beradik aku..still aku tak dapat jawapan pada kemusykilan aku tu..kakak aku kata..ha sure nak tau kan apa yang buat rasa keinsafan tu..kakak aku kata..dia single parents..rasa cam sedihnya rasa jadi single parents ni, segalanya sendirian..kadang sunyi..layan diri sendiri..
..tapi..kakak aku kata..bila kenangkan nasib kawan dia..dia rasa..dia amat bersyukur ke hadrat ilahi kerana Allah masih memberi dia ketenangan dan kesenangan..sebab bila dia ziarah kawan dia tu..kawan dia tu ada husband tapi macam tak ada husband..dia besarkan anak2 dia..sendiri..dan ada masanya dia kena bagi duit pada husband dia..husband dia tak nak bekerja..dan tak membantu..pun cari nafkah besarkan anak..kawan..dia selalu menangis sendirian bila kenangkan nasib dia, dan selalu bertanya pada diri sendiri..kenapa aku harus hadapai semua ini..kenapa..kenapa..and bila jumpa kakak aku..dia selalu cakap ayat ni..biarlah ko hidup takada husband pun..dah tentu kau janda..janganlah jadi cam aku ada husband tapi..serupa macam takada..
..kakak aku kata..dia nangis bila dengar kawan dia cakap macam tu..masa aku dengar kakak aku citer tu..kakak aku yang sorang lagi pun ada..kakak yang sorang lagi tu kata..kesimpulannya, the moral of the story..kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah berikan pada kita..biarkan sesuatu perkara tu mungkin dipandang rendah oleh orang lain..(ertinya: cam kakak aku yang janda tu..memang orang selalu pandang serongkan pada janda, tapi disebaliknya..dia masih hidup gembira dan ada ketenangan..kalau comparekan dgn kawan dia tu kan..bukan janda..tapi hidup dalam kesedihan)..
..kakak aku pesan..lihat lah apa yang kita ada, tapi orang lain tak ada..jangan lihat apa yang orang ada, tapi kita takada..dan ingatlah hidup kita ni sementara, dunia hanya pinjaman, jadikanlah kehidupan orang lain sebagai iktibar..letaklah diri kita di dalam keadaan sentiasa harus berubah untuk menjadi hamba Allah yang taat pada suruhanNya..
..so, bila terkenangkan kawan kakak aku tu, aku panjatkan doa kesyukuran pada ilahi kerana kurniakan lelaki sepertinya sebagai suami dan ayah pada anak2 aku..alhamdulillahh...i love you so much, abang..thank you for accepting me as ur wife..me as ur wife rasa macam banyak lagi perkara yang kena berubah untuk menjadi isteri solehan..dan ibu mithali..insya Allah dengan izin dariNya, kita berusaha berubah..dari masa ke semasa..yang penting niat di hati adalah ikhlas..betul tak pembaca blogku yang setia??...
..segala usaha datang dari kita..yang menentukannya adalah yang Esa, Allah tak akan merubah nasib seseorang melainkan, orang tersebut cuba merubah dirinya...dan untuk berubah bukanlah kena berubah overnight..pasti mengambil masa..utk melakukan suatu perubahan..betul tak kawan..upin dan ipin..tanya..hehehe..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Betullah setuju dgn paragraph yg akhir-akhir tu kita kena bersyukur dgn apa yg kita ada. Dan dlm masa yg sama kena memperbaiki diri kita sebagai hambaNYA.Sesungguhnya yg baik itu dtg dr Allah.
Post a Comment