Friday, May 08, 2009

..Selamat Hari Ibu buat semua ibu2..

..Ahad ni adalah hari ibu..aku nak mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu2 di dunia ni..terutamanya buat mak aku di kampung dan juga mak mertua di Subang..dan juga untuk diri aku sendiri yang mana ibu kepada empat orang pejuang2 agama, bangsa dan negara..hehehe..bila bercakap pasal ibu ni..dulu aku memang tak faham apa erti pengorbanan seorang ibu..tapiiiiiiiii..setelah aku sendiri menjadi ibu..then i really know..peranan seorang ibu tu tak terbandingkan dengan apa pun..dan aku amat memahami dengan ayat ni.."Syurga di bawah telapak kaki ibu"..adakah anda semua faham dengan maksud ayat tersebut?..renung2kanlah..fikir2kanlah..

..bercakap pasal ibu aku..memang ada sesekali aku terfikir macam mana la nanti bila aku dah takada ibu..aku akan kehilangan seseorang yang amat bermakna dalam hidup aku ketika tu..macam mana aku tak rasa kehilangan..sehingga sekarang ni..aku dah 4 anak, mak masih menelefon aku seperti dulu2 kala..masa aku di asrama, masa aku di rumah sewa, masa aku belajar di KL, Perlis, Perak, Shah Alam..mak masih bertanya perihal kehidupan aku biarpun aku ni isteri orang, ibu kepada anak2 aku..mak tak pernah lupa menelefon aku boleh dikatakan setiap selang sehari..aku pasti dapat mendengar suara mak..biarpun kadang tu telefon aku off, dia pasti akan menelefon husband aku..dan tanyakan tentang aku dan family aku di Bangi..dengan apa yang mak lakukan..aku tak dapat nak membalas segala budi mak tu..malah aku rasa bersalah kerana jarang balik ke kampung menjenguk mak..

..pengorbanan mak pada aku..tak terhingga..masa aku kecil2 dulu..mak celebrate birthday aku..dan hingga sekarang birthday anak2 aku pun, mak yang bantu aku buat birthday diaorang..usia mak sekarang bukan suatu usia yang muda..usia mak dah menjangkau 70 tahun, 8 April baru ni..syukur ke hadrat ilahi..mengurniakan kesihatan yang baik buat mak aku yang tersayang..aku doakan mak dipanjangkan usia..dimurahkan rezeki..dan Allah memberkati segala amalannya..hargailah ibu kita selagi dia ada bersama kita..

..buat mak aku yang tersayang, Hjh Asiah Rashidi..Ina amat menyayangi mak..dan selalu merindui mak..kami sekeluarga sentiasa ingat pada mak..kat bawah ni...inilah gambar ibu aku , mak aku, ummi aku, mama aku, mummy aku..yang amat aku sayanggggg..



1 comment:

imanamani said...

ko buat aku sedih ar......