Wednesday, October 22, 2008

..keadaan semasa aku yang muram..

..hari ni aku rasa..sedih lak pepagi..anak pompuan aku cam nak kena sakit mata..yang sian sangat tu..dia nak final exam lak tu seminggu ni..aku berdoa pada allah s.w.t...agar allah sembuhkan..anak aku tu..so dia boleh concentrate pada exam..apa2 pun..ibu tetap disisimu sayang..seperti title blog aku ni kan, setiap yang berlaku tu adalah hikmahnya...so aku redha dengan keadaan ni..hanya jauh disudut hati aku..sedih bila anak aku sakit..

..baby aku baru nak baik dari flu & cough, then kakaknya lak..kenapa kenapa kenapa semua ni harus terjadi pada anak2 aku..sesungguhnya allah ada sebab tersendiri dengan apa yang diberinya.. next week 2 hero aku lak nak final exam, berbagai rasa hati aku ni..anak2 nak exam, ibunya yang berdebar2..sebab pada aku..result exam anak2 aku tu memberi seribu satu makna pada aku..macam2 penilaian boleh dibuat bila dapat result tu nanti, especially yang Fayyadh Aniq tu, next year nak masuk standard one, so aku nak dia be prepared to go to the new world for him, sure dia akan shock bila tengok environment sekolah darjah satu compare dengan tadika dia..its ok son, mummy will give u full support..

..2 hari lepas, mak ngah belah mak aku kembali ke rahmatullah..aku bergegas dari ofis balik ke rumah, tunggu husband and bergerak ke rumah mak ngah..aku sampai2 alahai..jenazah dah pun dikebumikan..takperlah tak de rezeki nak tengok mak ngah buat kali terakhir..hanya doaku panjatkan buat arwah mak ngah..3 hari ni mak, dan makcik2 yang lain berulang alik ke rumah mak ngah buat kenduri tahlil..aku lak tak dapat pergi coz anak2 aku tak sihat..masa aku di rumah mak ngah, aku nampak di wajah sepupu aku tu kesedihan yang dirasainya..dia telah pun kehilangan kedua2 ayah ibu, aku terfikirkan..aku masih lagi ada ibu, walaupun ayah aku dah meninggal 10 tahun lalu..aku terdengar sepupu aku tu cakap kat mak aku..noor dah tak ada siapa2 lagi dah, noor hanya ada makcik2 sajalah tempat mengadu..sedihnya aku dengar..ya allah, ya tuhanku..tak dapat aku bayangkan..macam mana kalau aku berada dalam keadaan dia tu..hanya air mata yang menjadi peneman diri..dah la dia tak ramai adik beradik, dah tu dia lak dah bercerai..kat mana la tempat dia mengadu nasib..inilah yang dinamakan..takdir di tangan tuhan, kita hanya hambanya hanya mampu merancang, dan hanya allah yang menentukan..

..aku rasa cam aku tak seperti orang lain..tapi aku harus bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni..macam kakak aku pesan, kita rasa kita susah, ada orang yang jauh lebih susah dari kita..kesimpulannya..kita harus hargai setiap saat yang berlalu dalam hidup kita ni..setiap yang kita lalui tu akan mematangkan lagi diri kita..dan berusaha memperbaiki apa2 kekurangan..insyallah..kat bawah ni saja nak share bersama korang..

..ni Farriys main sorang2 masa perjalanan balik kg hari tu masa raya..
































..ni Farriys masa dah pandai meniarap totally, tak nangis2 dah sebab tangan dah tak tersangkut..another photo tu Farriys dengan daddy dia, daddy baru balik kerja..rindu kat Farriys..

Friday, October 17, 2008

..pilihan ku mengikut budget ku..


..pilihan aku..kenalah ikut budget aku kan..so..hati aku nak kan yang high spec lagi..tapi..memandangkan budget aku tak mengizinkan aku pilih la yang medium spec..
..cuba tengok kat sebelah ni, ok tak..aku menanti2 kedatangan
benda ni..tak sure bila la akan keluarkan..lepas ni boleh la aku berjimat sikit minyak dengan benda ni..aku yang akan bawak ke ofis..so..mpv aku simpan kat umah utk kegunaan hubby tersayang fetch anak2..

..minyak pun dah turun sikit..so..dapat la lagi kami berjimat monthly fuel kami..tu gambar belakang dan sisi..gambar tak real la kan..nanti..aku letak gambar dari depan..yang real aku punya..ya..nombornya pun dah ada..tapi..tengah tunggu nak keluar jer benda alah ni..anak2 aku asyik tanya jer..bila kita nak dapat ni..aku kata sabar..nanti adalah..aku pun tak faham..naperlah anak2 aku nak sangat naik benda ni..yang ada skang ni besar dari yang ni..boleh main2 kat belakang tu..tapi yang ni gak di tanyanya hari2..naper kami pilih warna tu..pun aku tak tahu la..sedap mata memandang..ordinary..takada yang luar biasa lah..em..dalam otak ni..dah plan nak gi beli apa kat 'brothers' bila dah kuar benda ni..nanti aku sharekan apa yang aku beli utk si 'dia' ni ya..

..eh..aku ni teringin nak update pasal anak2 aku la..nanti aku buat slot baru la utk kongsi dengan korang pasal anak2 aku ya..latest news..Farriys Afiq dah boleh meniarap totally..tak sangkut2 tangan lagi..i'll share the photo with u guys later on..

Thursday, October 16, 2008

..ada yang nak kena pelempang ni kang..

..hari ni awal2 lagi dah ada orang buat aku naik angin..kat ofis ni..
..aku rasa nak pelempang sekali kanan sekali kiri jer..sedap2 dia jer nak komen team aku ek..
..dia ingat dia siapa..cukup bagus la penampar aku tak hinggap kat muka dia..
..aku beristigfhar..jer banyak2..nak bagi diri sendiri cool down..tapi kalau dah bangsa tu..
..memang la..dah kafir..kafir gak la..ko tak kenal siapa aku sebenarnya lagi kan..
..ko tunggu masa dan ketika..aku bagi ko takkan dapat duduk senang punya lah..
..ishh ish..dah la hari ni korang nak tau..aku pakai baju kurung warna merah..menyala..
..dah tu sama la hati aku ni marah..merah terbakar ni..cam baju aku gak..
..memula aku cakap perlahan2 jer..tapi hati aku..dah tersusuk dah tu..tinggi la volume aku..
..ha satu ofis dengar suara aku ni marah kat dia..setakat ko kerja buat document tu..
..ish..aku ni dah kes mandang rendah la plak kan kat orang..tak baik tak baik..jangannnn..
..aku kena amik wudhuk ni...bagi hati aku sejukk sikit..nanti kang payah lak..
..dah lah kan ..hari2 datang ofis sure nampak punya muka beruk tu..kang aku lak yang..
..senang dapat darah tinggi kang...dia sihat walafiat jer..boleh blah la beruk tu..

..biasalah..kehidupan kita seharian..ada turun naiknya..semua yang kita lalui, adalah sebahagian dari ujian dari Allah s.w.t..maka ada masa nya..kita kena berfikir sejenak..apa tindakan yang sewajarnya harus kita ambil..utk tidak..merasa gusar berpanjangan..
..ada masanya..apa yang kita lalui tu akan lebih mematangkan kita..hanya terpulang pada diri kita dengan penerimaan kita..bagi aku..aku nak umur panjang..nak selalu sihat..aku ambil jalan "let go"..kalau dulu aku tak pandai nak let go ni..aku selalu memikirkan sesuatu tu amat mendalam..at last..aku tak tahu apa jalan penyelesaiannya..tapi..now a days..i'm use to it..aku dah boleh let go certain2 hal yang tak perlu difikirkan berpanjangan..and i'm more strong day by day..thank to God for helping me have strong heart and face the hard time..

..actually, lately ni aku face not so big problem..but i'm afraid that it will happen again..apa masalahnya??..em..aku memang nak kongsi kan bersama sahabat2 yang seangkatan dengan aku..supaya aku boleh sharekan my experience..but..at this moment, aku tak sempat nak mencoretkannya disini..hanya aku sempat utk berikan hintnya..iaitu..mendidik, membesarkan anak2 kesayangan bukan la suatu perkara mudah dan tak boleh amik mudah..kena sentiasa alert dan take action..utk menjadikan mereka orang2 yang berguna, berilmu di masa akan datang demi masa depan mereka..yang mana ketika tu..maybe kita pun dah kembali ke rahmatullah..ok..nanti aku amik masa..utk kongsikan...apa masalah yang aku faced lately ni...insyallah..andai di izinkan Allah..dalam masa terdekat ni..akan ku coretkan buat tatapan pembaca setia blog aku ni..





Wednesday, October 15, 2008

..info utk disharekan buat pembaca setia..

..kalau nak tengok banyak lagi photo2 sila la lihat di siniiiii


www.flickr.com








faz's joy's bulatnya..farriys photosetfaz's joy's bulatnya..farriys photoset



Monday, October 13, 2008

..ku sharekan..photo2 yang disemadikan masa raya..

..nilah..diantara gambar2 masa raya pertama hari tu..aku tak sempat nak berceloteh panjang lagi skang ni..aku tepek kan dulu..gambar2 yg disemadikan..tema kami tahun ni biru laut..beraya bersama insan baru dalam keluarga kami..





































..lagi dan lagi gambar2 semasa beraya..gambar2 kat bawah ni membawa seribu satu kenangan..hanya aku..diri ku yang mengetahui..betapa berharganya..saat2 dalam gambar kat bawah ni..boleh kelihatan..anak2 kami semakin membesar sampai ke tahap they all dah boleh main monopoly..kalau dulu2..masing2 ikut punggung mak jer..skang ni dah pandai bawak diri masing2 dengan sepupu..pandai main..sama2..and di mana mak2nya..mak2nya ada conference lain lak..hehe..kakak aku lak yang cikgu tu..busy betul..masak kat dapur..utk dihidangkan buat kami semua..dari makan tengahari..sampai ke maghrib..kami makan..ada jer makan datang dari dapur..ke meja makan..sambung menyambung kami makan..the best moment ever..anak2 kami semua..pandai minta makan dah..dulu..paksa2 makan lagi..







..ha..yang ni tok siak..kg kami..cuba tengok muka tu, cam muka siapa tu..hehe..tekalah..


Friday, October 10, 2008

..baby ku diserang sakit mulut..

..baru2 ni lepas balik dari beraya di kampung, Farriys kena sakit mulut..banyak putih2 kat dalam mulut dia..kat lelangit dia, kat bibir dia..aku ni cam la baru anak first..ni anak ke empat dah..aku tak tahu mulanya kenapa dia tak nak minum susu..asyik menangis jer bila bagi susu..at last aku decide bawak gi jumpa doktor..then doktor confirm kan yang dia kena sakit dalam mulut..term doktor tu sebut 'ulat susu'..first time dalam hidup aku selama ada anak..dengar term tu..so far anak aku yang 3 orang tu tak pernah kena..so aku ni tak tahu la bend tu..sedih tul aku tengok baby aku..dia kuat menyusu..tapi disebabkan sakit mulut tu dia tak boleh nak minum susu..doktor ada bagi ubat sapu dan ubat makan..adik consume ubat tu utk 3 hari..then..lega hati ibu..adik dah boleh menyusu balik..aku tak kerja 2 hari..jaga dia kat umah..takkan nak anta taska lak kan..kang dia merengek2 kang tak terjaga la cikgu kat taska tu..yang paling menyedihkan..baby aku dah susut badan..akibat dari tak sihat tu..aku ada amik gambar masa dia tak sihat hari tu..dia dah tak tembam cam dulu..lagi 2 minggu aku nak bawak jumpa pakar..aku nak tanya..camana berat dia..ikut graf ke atau bawah graf.. ..sejak baby aku sakit..aku cam takada mood nak update blog..aku belum lagi transfer gambar raya..gambar raya tahun ni cun2..nantilah aku share dengan korang..ya..cuma aku nak selitkan..gambar baby aku masa dia sakit..baby aku yang dah susut tu..kat bawah ni gambar sebelum dan selepas dia kena sakit mulut tu..sedih tul aku tengok dia dah susut..









Monday, September 29, 2008

..yeahh...dah tiba masa nya..

..anak2 aku dah berkali2 call dah..tanya bila nak balik. bila nak balik..ya allah, ikut hati aku ni skang ni gak aku nak balik..sabar nak sabar...ibu pun sabarkan diri sendiri gak ni..jap lagi kul 3 ibu ada meeting..lak...ish..ada lagi ke hati aku ni nak meeting ni..kang ada yang orang tanya soalan lain aku jawab soalan lain ni karang..dah la aku tengok defect2 yang kat email tu..mengerikan..ayat2 yang manager tulis tu..lagi mengerikan..membuatkan hati aku gundah gulana..mana fikir nak balik raya..mana fikirkan defect yang listed down by manager tu..ish..tolong...apa aku nak jawab kat dalam meeting ni karang ni..jangan aku pengsan dalam meeting tu sudah..

..tolongggg, aku nak balik...nak balik kampung..mak aku pun dah call lagi sekali dah..tanya agak2 sempat tak berbuka kat kampung..ish..takut aku nak jawab..tak berani nak commit apa2..mana taknya..kang aku masuk meeting kang..lepas kuar meeting ntah apa lak yang tak siaplagi..kena buat lak..aku plan lepas abis meeting jer aku nak cabut ni..nak pack siap2 before..masuk meeting..ish..kesian kan la aku wey..kasihani lah..aku yang tak dpat balik kampung lagi ni..tetiba teringat lagu sudirman lak..'terbayang2 wajah yang disayang..ish..ooo balik kampung...ooo balik kampuang..hati..aku meronta2 menyanyi lagu sudirman, balik kampung tu..yang budak2 kecik2 pun tahu tu..ikut kan tahun ni ok la gak..bukan esok raya..cam tahun lepas..esok raya..ari ni aku kat ofis lagi..tapi ni mungkin sebab turn balik rumah mak aku, tu yang berkobar2 bersemangat waja nk balik tu...memang best la malam esok..malam raya...sure seronoknya layan kerenah anak2 dan anak sedara..main bunga api.. teringat lak masa aku sekolah rendah dulu..aku la yang paling suka pasang pelita..memang hari2 kerja aku lepas berbuka..aku akan pasang pelita keliling umah..waduhhh..best gila la masa tu..tapi zaman skang ni..kurang dah orang pasang pelita kan..apa kata next year..aku ajar anak aku pasang pelita..biar diaorang menikmati kemeriahan raya..tu cam orang2 dulu kan...

..ish..tahap bosan gaban ni..buat kerja..boring tul..boring sangat..apa lagi..meleret la aku tulis kat blog aku ni..anyway, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat islam ..maaf zahir & batin...berhati2 di jalan raya..ni khas utk aku la ni...yang tak bergerak2 kat jalan raya lagi..orang semua dah bergerak kat jalan raya dari sabtu hari tu lagi...aku nak masuk meeting ni...then lagi sejam aku nak balikkk tolong la bagi aku balikkk....


..dua hari sebelum raya, aku masih di ofis..

..aku sendiri pun tak tahu..naper ek..setiap tahun..cam ni...lah..mesti orang lain semua dah bercuti, aku masih di ofis..tak tahu naper..gerak hati aku ni tak amik cuti..tapi semua team members aku dah pun bercuti..aku ikut gerak ati aku jer masa apply cuti..hubby kata..ikut akulah..nak cuti bila..itulah..gerak ati aku ni kuat ke tempat kerja..tup tup..sampai ofis, bukak email tengok..ha..kau ada urgent task, yang mana development team nak deliver ke customer, masa raya kedua..2nd oct, ya allah..dah la aku nak start cuti esok..depa nak deliver 2nd raya, camana tu..mana ada orang kat ofis..nak handle testing utk delivery tu..takkan aku nak datang ofis kot, tapi aku dah highlihgt 2 bulan yang lalu dah..yang masa minggu raya ni, resources aku tak ada..camana nak deliver kerja..em..nak buek camno..aku la saja resource yang available maka dengan sukarelanya..aku duk buat kerja resources aku hari ni..nak tak nak sorry la..beb..aku duk call resource yang handle portion yang ada critical task tu..kena la dia support aku dari kampung halaman dia tu..sedihnya kan..dia dah sampai kampung halaman...aku di kampung ofisan..ish..rasa cam nak balik skang jer..tapi mana boleh lari beb..aku leadnya..aku kena la tadah muka gak kat higher management..

..aku call kakak aku...tanya tengah buat apa..dia tengah nak bersiap nak balik kg dah..tidakkkkkkk..kenapa..aku masih di sini..kenapa..kenapa..badan aku jer kat ofis..hati aku dah kat kg ni..dah nampak rendang, ketupat palas...mak kata..mak ada buat sup tulang, ya allah tu kegemaran aku tu..ish..terliur betul la..mak..tunggulah kepulangan kami malam ni ya..jangan tidur awal tau..tunggu kami pulang..


..nak mengiyakan..lagi..cerita sunyi..ni..aku drive pagi tadi ke ofis pun..tak jem langsung..tak sampai setengah jam leh sampai ofis..waduhhh kalau hari2 gini best gak..tapi jalan lengang tu tandanya..orang dah balik kampunggggggggggggggggg..aku jer yang masih menadah muka ke ofis..sian anak2 aku..kan..dah banyak kali..nyanyi lagu balik kampung tu..dah banyak kali tanya..bila kita nak balik kg ni ibu..sepupu depa dah tunggu kat kg..depa jer kat bangi lagi tu..tak tahu nak cakap la camana kesiannya aku tengok anak2 aku..

..separuh barang aku dah pack tapi banyak gak lagi tak pack..aku dgn hubby busy kemas rumah..weekend lepas..nanti nak long journey takkan nak tinggalkan umah cam tongkang pecah tu kan..so update dan upgrade la sikit2 mana yang boleh tu..ada lagi barang utk kakak tak beli lagi ni..dah janji dengan dia..kena gi cari gak petang ni...ish..petang ni ada meeting lak kul 3..aku nak berangkat dari ofis kul 4..harap2 la meeting tu tak meleret2..kalau tak..aku nangis la..tak dapat balik awal..seperti yang dijanjikan pada anak2 aku..emm..aku dah semat di hati dah..aku dah tengok calendar raya tahun depan..tahun depan aku nak..amik cuti awal2, cuti before raya l ama sikit..tapiiiii..lama lagi tu..raya tahun ni pun lagi 2 hari...

..aku ni terfikir2 ni..apa la hubby buat kat umah tu dengan anak2..dia amik cuti awal jaga anak..sebab nursery dah tutup dari sabtu lepas lagi..takde orang anta anak ke nursery hari ni nya..orang semua dah balik kg..aku ni ha jer yang kat ofis lagi..pekerja berdedikasi la katakan..hahaha..ofis mate bangsa lain pun..duk berkali2 tanya..kenapa..di ofis lagi..ish..aku jawab jer..kg dekat..tak yah cuti awal la...tapi dalam hati tuhan jer tahu..kalau ikut hati aku nak balik sabtu hari tu lagi..bercabang2 hati aku ni..mana kerja ofis ni..mana terfikir barang2 tak pack abis lagi nak balik raya..ish..next year tidak mungkin lagi aku nak hadapi saat ni..aku rasa dah lebih 3 tahun dah..aku cam ni..tahun lepas lagi dahsyat..esok raya..hari ni aku kat ofis lagi..husband dgn anak2 dah ada kat umah mak mertua..tapi aku di ofis..nak buek cam no..commitment kau dengan kerja..aku ni makan gaji jer..siapa la aku kan nak bersenang-lenang cuti..

..bosannya..aku kat ofis ni..lagi 4 jam baru boleh balik..last2 aku decide nak dengar lagu raya..tapi kat pc aku tak de lak..then tetiba terfikir..hp kesayangan aku tu kan ada radio..so..apa lagi cepat2 la aku cari earphone aku dalam handbag..then cucuk kan ke hp aku tu..pasang apa lagi ERA ler..ha pasang2..dah kuar lagu raya dah..Pak Nil tengah bertugas..ish dengar lagu raya lagi la bertambah2 hati nak balik skang jer rasa..tetiba phone berbunyi..anak dara aku sorang tu call..tanya nak balik kul baper..ya allah lagi la soalan cepu mas betul lah..soalan anak2 aku..tu..dia kata tadi opah dia call..tanya nak balik kg kul baper..dia kata tunggu ibu la ni..alamak..aku gak la yang tak terjawab..persoalan kenapa kami tak balik2 lagi..

..suami aku memang suami mithali la..dia jaga anak 4 orang kat rumah tu, dia kemas rumah, kemas bilik, dia mandikan anak2..tadi anak dia call cakap, ayah tengah sidai baju.. ya allah..honey..i love so muchhhhhh..tak ada suami yang lebih baik dari diri mu..kau adalah yang terbaik..mmmuuahhh..khas buat mu suami tersayang..

Wednesday, September 24, 2008

..kejadian yang amat syahdu..

..lately ni, aku kelam kabut sikit..banyak hal yang nak diuruskan, especially sejak ada baby..banyak benda nak kena settlekan..balik dari kerja, amik anak2 dari nursery, kena uruskan beg nursery, bakul susu nursery..then semalam, elektrik kat umah takada..kami keluarla terus..tanpa settlekan apa2 kat rumah tu..sebab baby dah menangis2 kepanasan..kami terus gi amik baju raya aku sekali kat umah tailor..balik dari umah tailor, kakak aku kata elektrik dah ada..and sampai umah kul 10.50 malam..dah rasa tak larat dah..nak jadi citer..fatihah jatuh masa balik dari umah tailor tu..sian tul..sakit tulang punggung dia..sorry sayang ibu tamak nak bawak sekali semua plastik2 tu..kalau angkut 2 kali kan tak terjadi kejadian tu..balik ni aku nak urut lagi belakang dia tu..pagi tadi dia kata sakit lagi belakang tu..sian anak ibu..tulah satu2nya anak pompuan aku setakat ni..dia la kawan meragam kan baju raya sama2..

..the moral of the story aku menulis blog hari ni, ada kejadian syahdu berlaku pagi2 tadi..kul 6.45 pagi..aku ada explain kat atas tu umah aku takada elektrik, then aku balik umah dah lewat malam, tak sempat nak kemas barang2 nursery anak2 malam tadi..then apa terjadi pagi tadi aku kelam kabut kemaskan barang2 nursery anak2..sekali tu baru perasan tak keluarkan bekas tupperware bekal Fayyadh, Fakhriy dari beg Smart Reader diaorang..then Fakhriy lak nak bawak kuih tiram ke sekolah hari ni..aku pun cakap kat dia..adik tunggu jap ya, ibu basuh tupperware tu karang, ibu masukkan kuih tiram adik ya..aku pun kemas2 barang nursery diaorang..then aku nak pergi ke dapur nak basuh bekas tupperware Fakhriy utk letak kuih tiram utk dia bawak ke sekolah..sekali tu dengan terkejut dan syahdunya aku melihat sesuatu kejadian kat dapur kat sinki tu..aku amat2 syahdu sekali..what do you aspect from a small boy, yang belum masuk 5 years old lagi..lihat..gambar kat bawah ni..apa yang Fakhriy buat, since dia tahu ibu dia kelam kabut pagi tadi..dia buat sendiri..dari situ aku sedar yang bahawasanya tak sia2 selama ni, aku and husband ajar anak berdikari, susun baju sendiri, kemas beg sendiri, akhirnya..Fakhriy buat sendiri sesuatu kat dapur tu..(in order for him to bring kuih tiram to school)..ya allah, ya tuhanku, aku amat bersyukur ke hadrat mu ya allah..kau kurniakan cahaya sikap berdikari kepada anak-anak kesayangan ku..alhamdulillah..di bawah ni aku paparkan..apa yang Fakhriy buat kat dapur..yang membuat aku begitu syahdu dan teruja..














..apa Fakhriy buat tu ya?..dia buat apa..dia basuh bekas tupperware dia sendiri..ibu terharu sekali tengok adik basuh tu..supaya sikap berdikari mu itu berkekalan..Fakhriy Ariq bin Parizol..

Tuesday, September 23, 2008

..raya dah dekat..how's ur preparation..

..lagi seminggu nak raya dah..rasanya..apa pun tak buat lagi..hanya aku sort baju raya anak2 jer..sebab nak match kan baju dengan seluar depa..and nak readykan tali pinggang depa tu..yang bestnya baju raya aku pun tak amik lagi kat tailor..baju husband and daughter lak tak gosok lagi tu..tahun ni turn beraya kat kampung aku..PD mana lagi kan..tahun ni tak de mood sangat la nak beraya..rumah pun tak berkemas compare kan tahun lepas..siap gi nilai 3 beli bunga dgn pasu bunga..beli tirai..lagi..tahun ni ala kadar jerlah..guna jer apa yang ada..

..ada kat PD till raya ke dua..then kami nak bertolak ke Perak, balik kg husband aku..maybe kat sana till saturday or sunday..not sure yet..hajat hati nak bawak anak2 kami berjalan2..tu terpulang kat husband la biar dia decide..aku ni sebenarnya hari ni tak larat tul..tak sihat rasa..badan..sebab mulut dengan lidah aku penuh ulser..malam nak tidur..punya la sakit..tak lena dibuatnya..maybe..kurang minum air ni..comparekan hari2 biasa..memang kurang sangat la minum air aku ni..

..aku nak share kan lagi sikit gambar Farriys masa kami berbuka..setiap kali kami berbuka..Farriys pasti akan tidur..bagus..anak ibu..hormat orang berpuasa nak berbuka..ha..tak caya tengok la ini buktinya..dia tidur lena...

















..ni gambar Farriys dengan daddy..daddy suka layan dia lepas dia penat nak cuba meniarap tu..tu gambar2 dia nak cuba meniarap..and lagi satu tu Farriys tengah cuba pakai one of his baju raya..tshirt oshkosh dgn jeans..




Friday, September 19, 2008

..berbuka di Secret Recipe..

..salam, 2 hari lepas aku and family gi berbuka kat secret recipe, secret recipe mana lagi, yang ada kat Bangi tu lah satu2nya..kami sampai ngam2 jer waktu berbuka, semua orang dah start makan kurma, kami baru nak order food, yang bestnya kami selalu gi makan then tak tahu nak order apa..nak order food pun dah makan masa, then aku pun dgn selambanya cakap kat waiter tu, dik tolong bagi air kosong utk berbuka dulu, lambat nanti makruh lak..waiter tu kata, ya ya kak kejap saya ambil, then aku tengok dia datang dengan sepiring kurma, dan 5 gelas air sirap..oo ok gak, not bad la kan..dia bagi kurma utk berbuka..tapi..bila aku makan jer kurma tu, ya allah..kerasnya cam batu..Fatihah tak leh gigit kurma tu..then aku suruh dia berbuka dengan air sirap tu dulu..

..then waiter tu datang balik, amik order kami..aku & hubby jenuh la menengok menu nak order apa..then last2 dapat la waiter tu senarai apa nak kami makan..sementara menunggu food nak sampai..2 hero aku Fayyadh & Fakhriy tu telah membuat aksi yang amat menarik perhatian orang kat Secret Recipe tu, disebabkan ayahnya baru belikan jam Ben 10 tu, jadi diaorang pun pakai kemana2 diaorang pergi..diaorang buat aksi Ben 10 tu kat secret recipe tu, ya allah..kot la besar sangat secret recipe tu kan..so semua customer yang tengah makan tu melihat la aksi Ben 10 diaorang kat depan almari cermin kek tu..yang malu siapa...akuuuuuuuuuuu gak laa..sebab aku ibunya..jenuh aku panggil suruh duduk diam..tak maunya..duduk diam, asyik buat aksi Ben 10 tu..last2 aku biarkan jer..sampai la waktu makanan sampai..ha..tahu pun lapar..bergegas duduk nak makan..anak2 aku bab makan kan memang cepat..

..aku dengan Fatihah makan spaghetti bologniese..ayah dia makan nasi dgn ayam black pepper..yang lagi 2 hero tu makan kids burget set..then dapat ais krim free 3, apa lagi utk diaorang la 3 orang tu..cerita pasal kami berlima..tak citer pasal adik pun kan..adik apa lagi..selalunya waktu kami berbuka..dia memang tidur..so aku nak semadikan kenangan berbuka kat secret recipe tu dengan berkongsi gambar kenangan masa kat secret recipe..lihat la..aksi2 hero aku dengan jam Ben 10 tu ha..and gambar adik yang baru bangun tidur pun ada gak..korang tengok la gambar siapa yang takada heheheeh..gambar aku lerrr...selalu gitu..gi mana2 memang gambar aku yang takada..sebab aku yang suka amik gambarr...diaorang..









...tengok tu adik besar tul mata dia..siap posing tu masa amik gambar..susah gak nak amik gambar masa dia jaga..selalunya gambar dia gambar tidur je...so aku kongsi kan gambar dia waktu jaga..ha rupa siapa tu..adik tu..









..kat bawah ni gambar masa berbuka kat one of the restaurant kat bangi..


Tuesday, September 16, 2008

..setelah 15 hari ramadhan berlalu..aku teringatkan anak2 yatim tu..

..hari ni adalah hari ke 16 berpuasa..tak sangka masa berlalu begitu pantas sekali..aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi bahawasanya sehingga semalam anak sulung aku @ anak tunggal pompuan aku masih penuh puasanya..alhamdulillah..moga Allah memberkati usahamu, anakkku..insyallah..ramadhan kali ni akan membawa kenangan, suami aku dihempap buai, dan tembus berdarah..serta berjahit la dekat kening tu..cam tahun lepas kenangan bulan ramadhan, kami sefamily kena sakit mata..semua ini dugaan dari Nya, maka kami redha dengan kehendak mu ya Allah..

..tahun ni ramadhan kami bertambah bersinar kerana bertambahnya ahli keluarga, dengan kehadiran Farriys Afiq yang tak banyak kerenah tu, ramadhan kali ni amat menggembirakan sebab masa kami berbuka puasa..Farriys Afiq tak meragam, selalunya dia akan tidur masa kami berbuka.,.setakat ni aku baru sekali ke pasar ramadhan, rasanya takada lah apa sangat yang menarik kat sana..aku lebih suka makan simple2 macam biasa..ada lagi satu yang aku nak share kan..tanggal 6/9 lalu, mak aku buat majlis berbuka puasa utk anak2 yatim, kami semua adik beradik balik..seronok yang tak terhingganya aku sebab..bukan senang nak berjumpa sekali ramai2 at one time, especially nak jumpa abang sulung aku..punya la payah, sebab dia asyik fly sana fly sini jer..yang paling gembira mak aku sebab dia kata..tahun depan tak tahulah..hidup lagi atau tak, nak jamu anak2 yatim tu berbuka puasa..pengajaran yang aku dapat dari majlis berbuka puasa tu..adalah..aku, suami aku, anak2 aku seharusnya bersyukur kerana masing2 ada lagi mak, ayah..tapi bila aku melihat anak2 yatim tu..terasa tersentuh di hati..melihat mereka..yang takada ibu bapa lagi..diaorang tu, anak2 yatim yang belajar di sekolah tahfiz..semoga Allah mencucuri rahmat keatas keluarga kalian yang telah pulang ke rahmatullah..

..apa yang aku lihat towards anak2 yatim tu, betapa mereka menghargai makanan, kenapa aku kata macam ni sebab..masa aku mengemas meja makan yang bawah khemah tu, aku kelilingi semua meja2 tu, tak aku kelihatan pun sisa2 makanan, semua makanan yang dihidangkan mereka habiskan, tak macam sesetengah kenduri tu kadang kita lihat banyak sisa2 makanan diatas meja tu kan..then bila kemas, sisa makanan tu dibuang macam tu saja..terdetik di hati aku...subhanallah, ya allah, kau limpahi la keberkatan kepada anak2 yatim ini, tidak mereka bazirkan rezeki yang kau berikan..amiinnn...mudah sekali kami mengemas meja2 makan tu..sebab yang tinggal hanya mangkuk kosong dan pinggan kosong..bila waktu solat tarawih berjemaah, beratur anak2 yatim tu memenuhkan saf..mereka la juga yang menyusun sejadah2 tu utk orang ramai solat berjemaah..dalam hati aku terdetik lagi sekali..sejuknya perut ibu yang mengandungkan kalian..

..habis solat tarawih..mereka di jamu morey..sekali lagi aku lihat..mereka tidak berada di dalam golongan orang yang membazir..dan habis moray..mak aku sedekahkan setiap seorang kain pelikat..hasil dari kutipan amal mak aku dari kawan2 dia..dari sini, aku sedari ramai juga orang yang berhati mulia utk bersedekah pada anak yatim..alhamdulillah..setelah selesai pengagihan..kain pelikat tu..anak2 yatim tu pun balik dihantar oleh suami aku, abang aku, abang ipar aku..begitu sopan sekali anak2 yatim tu..aku melihat dari jauh kepulangan mereka..jauh di sudut hati aku berkata..anak2, insyallah semoga tahun depan kita bertemu lagi di ramadhan 1430..insyallah..adalah rezeki utk kalian..nanti..aku terfikir yang why not aku join mak aku kan..utk majlis tu..sekurang2nya..dapat anak2 yatim tu merasa berbuka puasa bersama satu keluarga..insyallah..panjang umur, murah rezeki..ada la nanti..korang nak join ke? hehe..kalau berminat..sila hubungi aku ya..

..bila korang baca apa yang aku tulis ni, korang terfikir tak..masa raya nanti..anak2 yatim tu beraya sesama diaorang saja kan..sedangkan kita beraya bersama ahli keluarga kita..mungkin mereka tak menyuarakan apa2, tapi kalau kita di tempat mereka..sedikit sebanyak pasti terasakan..maka kesimpulannya..disebalik kegembiraan kita, ada orang yang merasa kesedihan..maka setiap kali kita merasai kegembiraan, beringat2 la pada orang yang mengharungi kesedihan..maka panjatkan la kesyukuran..

..aku tak tau kenapa hari ni aku tergerak hati utk menulis tentang cerita anak2 yatim tu, masih segar di ingatan aku..melihat gelagat mereka, yang paling tak dapat aku lupakan..ketika mereka menyusun sejadah, minta izin utk lalu dihadapan aku..dengan nada suara yang rendah, betul2 menyentuh perasaan aku, bagaimanakah mereka membesarkan anak2 yatim tu dengan tertanamnya sifat sopan dan menghormati..aku terfikirkan anak2 aku, bagaimana kah kalian nanti bila membesar, ya Allah ya tuhanku, kau suluhi lah anak2 aku dengan cahaya kebaikan, kau jauhi la anak2 aku dari segala kemungkaran..

..oklah..aku rasa..nanti aku sambung bercerita lagi, if ada benda2 yang menarik utk di kongsi bersama, cuma kata2 hikmah dari aku..setiap kegembiraan yang kita lalui, ada diantara mereka yang melalui kesedihan...maka hargai la segala kegembiraan yang Allah kurniakan..insyallah..

Wednesday, September 03, 2008

..ku ingin tunaikan janji..

..aku tak sempat lagi nak tulis apa2..cuma aku nak update jer..gambar terbaru baby aku..yang dah 3 bulan seminggu tu..before selamat berpuasa kepada semua pembaca2 setia blog ku ini..tahun ni kami berpuasa dengan kehadiran ahli keluarga baru..aminn...

..hehe tengah syok tidur tu..




..hehe..sibotak ku sayang..


..ni aksi apa tak tahu la kan..memang suka amik gambar dia tengah tidur..

Friday, August 15, 2008

..malam ni mak nak balik dah..

..rasanya baru lagi aku amik bawak dari kg bawak ke umah aku..tapi dah seminggu dah dia duduk umah kami, dan dia pun nak balik dah..asalnya kami nak anta dia balik ahad ni, tapi dia nak balik awal lak, sebab esok ada marhaban katanya, kawan2 dia suruh gak datang marhaban tu..so, dengan berat hatinya aku pun cakap kat mak, ready la barang, malam ni ina anta balik..tak tahu bila lagi mak nak datang umah aku, quite sometime gak dia tak jenguk ke umah kami, dia busy dengan kumpulan marhabannya lah, busy dengan bisnes nya lah, ni dah nak puasa ni, ramai la minta kerisik, utk simpan buat rendang raya..so berbalang2 lah, mak aku menyiapkan kerisik, kesana kesini mencari kelapa..mak aku tu tak leh duk diam, dah nak masuk 70 tahun dah umurnya..dia masih busy dengan bisnes dia..tu minat/hobi dia..biarlah asalkan dia bahagia..yang aku risau cuma kalau dia tak sihat tu..memang buat aku cukup risau..alhamdulillah, setakat ni, mak tak ada penyakit yang kritikal, bersyukur kehadrat ilahi, semoga mak dipanjangkan usia, insyallah..

..hari ni jumaat, weekend ni nak bawak Farriys & Fakhriy pergi amik jab..jab yang baru tu..apa ke namanya..pnuemococoal..something like that la..quite expensive gak jab tu..tapi tak per..demi kesihatan anak2 aku..tu tak jadi masalah, zaman skang ni banyak jer penyakit pelik2, so betterla preventkan..esok ayah diaorang kerja, utk aku bawak 2 hero aku tu sendirian, rasanya parah tu..so i need someone tu accompany me, aku tanya kakak aku, dia kata no problem, dia boleh tolong especially, jaga Fakhriy..heheh..Fakhriy cukup takut dengan kakak aku tu, tak tahu lah..apa yang dia takutkan sangat makcik dia tu..so aktiviti esok, pagi duk umah, tengahari gi klinik an-nur..harap2 anak2 aku ok lah..nak jab esok..takut kang ada yang lari lintang pukang nampak doktor bawak injection tu..

..ahad lak ada plan lain, ish ish ish..packnya weekend aku, rasa cam tak cukup masa nak buat kerja di rumah tu..banyak tul..agenda yang beratur dalam kepala ni utk dilaksanakan..tapi kena la priorities agenda2 tu kan..eh teringat lak, semalam aku gi anta kain utk buat baju raya, tahun kurang sikit buat baju raya, hehe..sebabbbbbbb..baju raya tahun lepas ada lagi yagn tak pakai, tak sempat nak pakai, sebabbbbbbbbb..aku pregnant dan tak leh nak pakai baju kurung tu..so simpan elok2 dan bawak melaram la tahun ni..so nanti kena tengok la tudung mana yang sesuai..tema raya tahun ni biru laut..ish teringat lak..baju melayu fakhriy lum gi tempah lagi..alamak sapa lak yang terima lagi ni..harap2 ada lah..silap ibu juga, sayang..ibu lupa nak settlekan cepat2..sian kat abang chik kan..tinggal baju abang raya chik je yang belum settle lagi..takper..ibu usahakan gak weekend ni..

..well, next week cuti sekolah..sure jalan tak sesak, bestnya..boleh masuk awal kerja, balik awal..and boleh main dengan anak2..and dgn baby si comel tu..terkenangkan dia dah pandai diagah..hari2 teringat dia kat ofis ni..hanya tatap gambar jerlah..skang pun teringat dia..apalah dia buat skang ni..tak sabar nak balik..nak amik kat nursery..ibu rindu sangat kat Farriys..

..cuti sekolah, plan nak bawak depa jalan2..tapi tak sure ayahnya..boleh ke tak cuti, sebab system dia nak go-live, tengok la camana..pergi malam tak leh..sebab..nak letak baby kat mana..kalau siang..boleh letak baby kat nursery..sian gak kat kakak,abang2 tu..dah lama gak tak jalan2..dalam kepala aku ni macam2 aku fikir..terfikir camana nak jadi kaya ek..camana nak ada bisnes besar2 cam orang yang berjaya2 tu..kuat tul semangat depa..boleh..aku boleh..insyallah..manusia tu takkan berubah hidupnya, selagi dia tak nak merubah kehidupannya sendiri..

..eh dah panjang rupanya..aku tulis..hati aku ni saya, mak nak balik dah..takperlah..insyallah bulan puasa nanti balik lagi berbuka puasa kat kg..bestnya nak puasa tak lama lagi..wah..nanti puasa..camana la..acara..menyimpan susu ya..harap2 la susu kekal lagi seperti biasa..dan dapat supply utk baby..opsss..aku janji ngan kawan nak tepek gambar terbaru Farriys..lupa lak..naper la aku lately ni, asyik banyak lupa..kuat makan asam ke ..tak jugak..ish..belum la tua sangat pun..

..eh masa balik dah nak tiba..nak berkemas..nak pack susu2 bekalan utk baby ku itu..oklah..buat pembaca blog tersayang..aku doakan kalian berbahagia selalu disamping insan2 yang tersayang..ada ruang kita berkongsi cerita lagi..insyallah..byee...take care..

Tuesday, August 12, 2008

..aku kembali ke persada blog ku ini..

..assalamualaikummmmmmmmmmmmmm..pada para pembaca blog ku ini..lama dah aku tak mengupdate blog aku ni,sejak last before bersalin tu..orang pun dah bising tanya mana gambar my lovely baby, Farriys Afiq. So, aku decide hari ni nak update la blog aku ni, nak masukkan gambar si comel Farriys. Aku tak sempat nak tulis banyak, cuma aku citer sikit2 la about him..Farriys Afiq jenis baby tak banyak kerenah, mandikan pun senang, jaga pun senang, dia nak susu pun tak la menangis kuat..bunyi sikit2 jer..then aku taulah..yang dia nak susu tu..tapi kadang tengah malam..ibunya tidur pengsan tak sedar yang dia berbunyi nak susu..sebb dia tak menangis..kuat pun..then..bawak jalan pun dia tak banyak kerenah..cuma dia tak tahan sejuk bila aku pakai kan rompers bawak lak gi Tesco..apa lah ibu dia ni kan..kan ke Tesco tu cam peti sejuk..ok ok...learn from mistake..cam baru anak first lak kan..hahaha, dah anak ke 4 tu..

..Farriys skang ni kami anta ke nursery sama dengan abang Fayyadh, abang Fakhriy dia..so ada la tukang tengok...ngadu kat aku..kalau2 cikgu nursery tu lambat entertain baby aku tu kan..hehehe..Farriys setakat ni fully breastfeed, alhamdulillah setakat ni..ada rezeki Farriys, aku express susu kat office 2 kali sehari, kat umah sekali..Sejak ada Farriys ni, aku rasa semangat utk teruskan idup tu..lain sikit lah..aku banyak rasa kesedaran..dalam diri..dari pelbagai segi..aku rasa kelahiran Farriys membawa seribu satu pengertian buat diri aku..dan kehadiran dia juga..membuatkan kasih sayang antara aku dan husband..bertambah kuat lagi..


..well, lupa nak cakap..besday aku last 2 days..celebrate ala kadar jer..kali ni aku celebrate dengan kehadiran cahaya mata baru..aku telah pun berumur 33 tahun, dan bestnya besday kali ni jatuh pada hari Ahad, dimana aku dilahirkan juga hari Ahad..hubby tanya aku nak apa..aku kata tak kisah apa pun boleh..yang penting aku kata kat dia..kasih sayang dia tak berubah..dan bertambah pada aku dan cahaya mata kami yang 4 orang tu..dalam tak sangka..dah 4 anak kami..alhamdulillah..aku bersyukur sangat2..sebab..kadang ada orang yang nak dapat sorang pun..punya la susah..itulah dinamakan rezeki masing2kan..


..panjang lak aku beceloteh..aku nak selitkan gambar Farriys Afiq la kat sini, buat tatapan pembaca2 setia blog aku ni..yang sentiasa menunggu aku mengupdate blog aku..so, kat bawah ni la sicomel Farriys Afiq bin Parizol, dilahirkan pada 22.5, jam 8.25 malam, berat 2.75 kg..banyak no.5 kan..dan bestnya no.ic dia belakang 0555..so, buat tatapan kalian..ni la cahaya mata kami yang ke 4, a cute baby boy..





..itulah dia..Farriys Afiq, ada lagi gambar dia yang terbaru, tapi aku tak transfer lagi dari camera..insyallah esok aku update dari camera ya..so, takat ni dulu la..aku tulis buat kali ni..nanti aku akan update lagi..dari masa ke semasa tentang perkembangan Farriys Afiq, dan yang lain2 tu Fatihah, Fayyadh Aniq dan Fakhriy Ariq..tak lama lagi..bulan puasa..so, nanti ngantuk2 aku udpate lagi blog aku ni..insyallah..

Wednesday, May 14, 2008

..akhirnya yang dinanti2kan, telah kunjung tiba..

..syukur kehadrat ilahi yang memberi rahmat kepada hamba2nya di muka bumi yang bertuah ini..akhirnya kami telah pun memiliki mpv kami, last saturday the mpv arrived dan kami anak beranak pergi ambil mpv kami..so seperti yg aku janji kan..utk share nombor mpv kami ialah WRG 2108, nombor tu gabungan bulan besday hubby and besday aku..terpancar keriangan yang tak terhingga di wajah2 anak2 kesayangan ku..bila mpv kami dah kunjung tiba..ya la..mana tanya..selama 4 bulan kami menunggu dengan penuh kesabaran..by the way..syukur lagi sekali ku panjatkan kepada yang maha Esa, kerana dengan tiada keizinan rezeki dariNya maka tak tercapai la impian kami nak memiliki si WRG 2108 tu..tapi beside that..jauh di sudut hati aku..masih merindu WLT 8422, yang mana terpaksa aku tinggalkan di kedai tu sebagai tukar ganti dengan mpv kami..WLT tu kereta pertama dalam sejarah kehidupan aku..membeli kereta..akhirnya aku..lepaskan dia..ke tangan orang lain..utk digantikan dengan mpv..yang mana kegunaannya lebih diperlukan..kerana ahli keluarga aku bertambah tidak lama lagi..insyallah..so, now kami menanti dengan penuh kesabaran kehadiran orang baru dalam keluarga kami..

..skang ni pun, aku tak berapa larat nak drive sendiri, hubby anta jemput gi kerja, dalam hati sian plak tengok dia..lepas anta anak..anta aku..then dia ke ofis..sure penat dia hari2..journey cam tu..so, aku pun bercakap dengan baby aku ni, baby..kesian kat ayah anta jemput ibu, so..baby anak yang baik kan..keluar la..lihat dunia baru..ibu dan ayah pun..menanti dgn penuh kesabaran kehadiran mu, sayang. barang2 baby and barang2 aku utk deliver dah ready dalam kereta..kali terakhir aku gi check up, 2 hari lepas, doktor kata..hope fully next week dah boleh check pintu rahim..and kita nanti kan kelahiran orang baru..insyallah..semoga semuanya selamat..aminnn..

..aku amik kesempatan kat sini, nak meluahkan rasa..yang pelbagai rasa skang ni menanti kelahiran cahaya mata baru, tak dapt digambarkan perasaan dalam hati aku ni, macam iklan astro tu..macam-macam adaaaaaa...aku berdoa agar semuanya selamat dan dilindungi allah s.w.t..teringat pula dekat anak2 yang bersekolah..minggu ni abang, adik exam..next week, kakak pulak exam..ibu doakan kalian semoga tenang menjawab soalan exam tu..dan dapat result cemerlang..risau kan kakak tu..sebab..takut dia careless lagi..cam exam yang lepas..aku yang frust..tengok dia tak jawab 1 muka surat paper maths..dia cakap tak perasan..ya allah..aku yang kecewa..takperlah..tu pengajaran buat aku..semoga ingatkan dia..next time..selak setiap muka surat dan jawab betul2..

..mendidik anak2 bukan la suatu perkara yang mudah dan kita tak boleh ambil mudah..sesaat terlepas utk mendidik mereka..saat itu tak akan kembali lagi utk kita perbetulkan..itulah yang membuatkan aku rasa sentiasa memikirkan dan usaha utk cuba perbaiki diri supaya dapat mendidik anak2 dengan betul dan jadi insan soleh dan solehah..impian aku dan hubby..inginkan anak2 kami seimbang ilmu dunia dan akhirat..agar mereka memahami betapa pentingnya..ilmu utk di pelajari dan amalan harian utk menghadapi ilahi..anyway..sama2lah ..kita semua berdoa dan berusaha agar anak2 kita menjadi hambaNya yang soleh dan solehan..aminn...

..aku tak sure samada ni kali terakhir aku menulis blog ni ke atau kali terakhir sebelum aku bersalin ke..tapi yang penting aku minta maaf pada semua atas segala salah dan silap aku pada kalian semua..jodoh dan ajal..terletak pada yang ESA..Dia mengetahui yang terbaik utk hamba2Nya...insyallah, ada rezeki kita berjumpa lagi di slot blog akan datang...take care..and miss u all..