Wednesday, September 16, 2009

..aktiviti terbaru sempena raya..

..sampai setakat ni, aktiviti terbaru utk raya adalah mengumpulkan baju raya sekeluarga, tudung raya utk aku dan anak dara aku, mengambik kuih raya dari pembuat kuih raya tersebut, dan mencari kasut raya utk anak2 aku..

..bab rumah lak, tinggal nak touch up tingkat atas saja lagi..dan bilik tetamu, yang lain dah siap, yang belum tertunai lagi adalahhhhhhhh..mencuci garaj umah aku tu, tak berkesempatan lagi, sebab malam tadi kami pergi ke kedai gunting rambut utk menggunting rambut jejaka2 hensem kat umah aku tu..buat aku dan cik tiha dan pun gunting rambut utk raya weekend minggu lepas..pada mulanya..nak gunting rambut jejaka2 tu weekend hari tu, tapi atas permintaan Fayyadh Aniq, dia kata tak nak gunting rambut siang2 sebab puasa, nak gunting rambut malam2 sebab nanti dapat gula2 boleh makan..aduhai..bijak sungguh la budak sorang ni punya ideakan..so, kami pergilah malam tadi..

..ada lagi benda yang aku terlupa nak gi beli..iaitu butang baju melayu, rasanya masa dah suntuk, maka kena pergi cari malam ni gak la..nanti terlupa terus..kesian jejaka berbaju melayu tak berbutang..ilang hensem..cik tiha dah bising sebab tak sempat lagi nak padan2kan tudung dgn baju raya dia..and nak sematkan kerongsang pada tudung2 dia..insyallah akan ku laksanakan secepat mungkin..nanti banyak benda nak buat dalam satu masa..ada yang banyak tertinggal lak kan..betul tak wahai anda pembaca setia sekelian?..

..dalam memikirkan pasal raya ni, risau gak nak tinggalkan rumah musim2 perayaan ni..faham2 jerlah kan..takut2 ada tetamu yang tak diundang di waktu ketiadaan di rumah sepanjang minggu raya tu..harap2..guard yang diupah oleh ajk taman tu..dapatlah jaga rumah2 di taman kami tu..insyallah..to be continue..later..

1 comment:

imanamani said...

guard...heheh..kadang diaorang ni la jadi informer rumah mana kosong..rumah mana banyak harta tau....