Friday, September 11, 2009

..lagi seminggu nak raya..

..diam tak diam..dah 3 minggu umat islam berpuasa..syukur ke hadrat ilahi, yang telah memberi keizinannya utk kami sekeluarga berpuasa hingga ke hari ini..insyallah..sehingga habisnya ramadhan..dan syawal pun menjelma..sebut pasal syawal..macam2 berlegar di kepala aku ni, memikirkan kuih raya yang belum lagi di ambil, baju raya yang lagi 4 pasang tu belum lagi di ambil gak, baju2 raya yang belum lagi disusun dalam beg..aduhai boleh tahan banyak gak kerja yang tertulis dalam list ni..dengan nak mengemas rumah lagi..dengan sarung sofa belum dicuci lagi..aduhai..boleh tahan banyaknya kerja nak dibuat dalam minggu terakhir ramadhan ni..

..tetiba teringat lak balang kuih pun belum dikeluarkan lagi dari cabinet..untuk dicuci..tapi kalau dikeluarkan awal2..nanti anak2 aku akan tanya..ibu, mana kuih rayanya..dah boleh makan kuih raya ke..lagi2..ketiga2 diaorang tu puasa..kang ada lak yang tak tahan puasa kang..so lebih baik..dicuci balang kuih tu..dan di simpan dulu..balik dari kampung, baru masukkan kuih2 ke dalam balang ku yang comel2 tu..

..cerita pasal persiapan raya ni, rasanya..most of the thing dah siap dah..cuma yang lum dibeli lagi adalah..kasut..anak2 kami, weekend ni tak leh lak nak gi beli sebab..nak mengemas rumah, but takkan nak gi weekdays lak minggu depan..jumaat depan dah nak balik kampung..so nak tak nak kena gagahkan gak la weekend ni, dan abiskan kemas rumah by weekend ni gak..if not..dah tak ada masa, dah tak sempat dah..nanti akan ku update di sini..al kisahnya ya..tungguuu....

..raya tahun ni..turn sebelah hubby..then raya kedua baru balik ke rumah ibuku yang tercinta, pastinya di pagi raya aku akan merasa sedih..sebab tak bersama ibu dan adik beradik yang tersayang..lebih lagi..di pagi raya tu, mak aku sorang2 sambut pagi raya..sebab semua adik beradik beraya di sebelah mertua masing..akan ku pastikan telefon mak aku di pagi raya tu nanti..dan call semua adik beradik aku..dan akan meng'mms'kan wajah kami di pagi raya..insyallah..pastinya banyak nanti cerita nak di update kat blog tersayang ku nanti tentang raya2..cuti2 rayaaaa..

No comments: