Wednesday, September 30, 2009

..kegembiraan 2 dalam 1...

..hari ni aku amatttt gembira sebab..aku dapat bercakap dengan kawan baik aku masa kat sekolah menengah dulu..betapa gembiranya aku..tak terkata..memang cukup2 rindulah nak jumpa..tapi masa tak mengizinkan skang ni..aku kena cari masa gak..nak jumpa kawan aku tu..semuanya kerana facebook yang membantu kami bertemu semula..sebelum raya aku tergerak ati gak..nak cari dia kat facebook tapi tak jumpa..tak sangka lepas raya..dia add aku kat facebook tu..aduh..tak tahu nak cakap gembiranya..lebih 20 tahun dah kami kenal..harap kali ni..tak terputus lagi la hubungan..

..kawan aku tu..namanya..mak datin rini..aku tau ko baca blog aku rini..hehe..aku suka suka sukaaaa sangat2 sangat2..la dapat cakap dgn ko..hari ni..sure ko marah aku kan..dah tukar no.hp..takper..ada rezeki..kita berjumpa balik kan..kan..kan..mmuuahhh utk ko..kerana sudi cari aku kat fb tu yer..

..cakap pasal kegembiraan 2 dalam 1 tu..satunya pasal jumpa kawan lama tu lah..lagi 1 kegembiraan..adalah..hubby tersayang terjumpa gambar lama..kami cukup gembira la tengok gambar2 tu..dan..menambah gembira adalah..gambar2 kami penah ilang kat dalam laptop hubby..yang kena curi....so hilang la banyak gambar2 anak2 masa kecik2..so terjumpa gambar2 lama kat bawah ni amat gembira betullll..comel, cute, anak2 kat bawah ni..

....ini adalah Upin-Ipin kami aka Aniq-Ariq...




Tuesday, September 29, 2009

..masih tak dapat nak update..pasal raya..

..aduhai..masih lagi tak dapat nak update blog kesayangan aku ni pasal raya..dan percutian kami..sebab2nya adalah..bahan2 utk mengupdate blog takada kat aku..ada pada hubby tercinta..yang aku ni lak terlupa nak ambik kat dia..rasanya hari ni kena ambik gak bahan2 tu sebb..nanti kang jadi citer basi lak nak citer pasal suasana hari raya kami yang amat indah..

..di saat2 ni aku mempunyai 2 keinginan..yang mana tak leh di jadikan kenyataan serentak..alangkah bestnya kan kalau menjadi kenyataan at one time..akulah orang palingggggggggggggggg gembiraaaaa...aku rasa ada orang yang baca post yang ni..tahu apa 2 keinginan aku tu..yang mana aku kena buat pilihan secepat mungkin..rasa cam nak nyanyi lagu..yang..mana satu..idaman kalbu..eh..rasanya dua2 idaman kalbu ni..aduhai..aku harus membuat pilihan..

..aku ni nak sangat2 menulis pasal raya tapi..alahai bahan tak cukup..insyallah..aku akan usahakan secepat mungkin utk berkongsi citer pasal aidilfitri 2009 kami..buat pengunjung picasa aku..rasanya dah boleh la menelek2..kenangan indah kami di pagi raya.. :)

Friday, September 18, 2009

..Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin..


..Selamat Hari Raya..Selamat Hari Raya..Selamat Hari Raya..


..dalam masa beberapa jam saja lagi aku akan balik ke kampung..so, aku nak amik kesempatan ni nak ucapkan Selamat hari raya kepada semua umat2 Islam yang telah menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan 1430H ni..aku mohon maaf zahir & batin di atas segala kesalahan, kesilapan, terkasar bahasa pada semua yang mengenali diri aku..

..aku doakan kita semua akan berbahagia di hari lebaran nanti, semoga semuanya selamat di dalam perjalanan pergi & balik..pandulah dengan berhati2..ingat orang2 yang tersayang...

..sekali lagi selamat hari raya buat kalian semua..hati2 di jalan raya dan di kampung halaman..

..lagi sehari raya..aku masih di ofis..

..sedihnya..aku masih di ofis..walaupun lusa dah nak raya..jalan raya pun dah lengang masa on the way ke ofis tadi..rasa2 cam boleh tidur baring jap la kat jalan tu..punya la takde kereta..yelah..orang banyak dah balik kampung, dah gerak semalam & malam tadi..cuma aku masih setia di cyberjaya ni..bersama rakan seperjuangan di ofis..

..cakap pasal packing raya, malam tadi kemas pakaian & gosok baju jer sempat, lepas tu yang banyak masa buat adalah mengemas rumah sana sini pastikan semua dah bersih utk ditinggalkan..tak nak la balik dari kampung halaman, rumah penuh dengan semut sana sini..ofis ni pun dah sunyi, tinggal kami berdua jer melayu kat ofis ni..melayu2 lain semua dah pulang ke kampung tercinta..tapi..badan aku jer kat sini, hati aku dah berada di kampung dah..dan paling menyedihkan hari ni keempat2 puteri & putera aku ke taska, dan hanya diaorang saja di taska hari ni..kanak2 lain semua dah ikut parents balik kampung..aduhai..sedih tul aku mengenangkan anak2 kami yang tersayang..

..barang tak packing abis lagi..takut pulak ada yang tertinggal, tapi list barang dah ada, so just follow list barang2 tu, husband kata tengok list barang tu, cam takut tak muat jer kereta..segala bagai..wife dia nak bawak..dia kata..hehe..biasalah aku ni kan..yang paling penting keperluan anak2 kami mesti tak boleh tinggal..mesti kena cukup..

..memang takada mood betul nak buat kerja hari ni, ingat nak raya, nak makan ketupat, nak makan lemang, nak makan rendang..dan yang paling best adalah..nak bergambar di hari raya..serta bermaaf-maafan..(sebut tu cam banyak dosa jer..hehehe..)..tapi sian pada mak aku yang amat aku rindu..raya pertama, mak sorang2 di rumah..rasanya tak sabar nak lompat ke tahun depan, beraya di sebelah aku lak..dapat bersama dengan mak..di pagi raya..tak pa mak tunggu ina di hari raya kedua pasti ina akan muncul di pintu rumah mak ya..

..teringatkan anak2 lak di taska..kat bawah ni wajah2 yang menghuni taska nur hidayah hari ni..hanya 4 adik beradik ni jer..




Thursday, September 17, 2009

..mahligaiku, istanaku & juga tempat ku berteduh..

..dalam entry yang lepas2..aku ada cakap pasal mengemas rumahkan..dan touch up sana sini sikit2..so..teringin nak share dengan kengkawan..wajah rumahku utk aidilfitri 2009 tahun ni..seperti yang telah aku janjikan buat seseorang utk melihat hasil atursusun semula..mahligaiku..dan kat bawah ni aku tepekkan..photo2nya..





Wednesday, September 16, 2009

..cerita ceriti mercun bunga api..

..kalau orang tanya apa kenangan yg tak dapt aku lupakan masa zaman kecik3 dulu..masa raya adalah..bermain bunga api & mercun..uish..aku cukup suka la main benda2 tu..dan aku cukup suka lah memasang pelita masa zaman sekolah dulu..setiap hari aku akan pastikan pelita aku menyala after aku berbuka puasa..

..sebut pasal main bunga api..dan mercun..macam2 jenis mercun kitorang ada..yang selalu main mercun dengan aku siapa lagi..the only adik yang aku adalah..tapi yang selalu nyalakan mercun..ha ni dia..pendekar mercun..tuan punya blog ni hahahaha..kenangan pasal mercun ni, teringat arwah abah aku..dia lah insan paling rajin layan kami pasal mercun..pernah abah beli mercun panjang cam mercun cina tu..pasang dari tingkat atas rumah mak aku..tu..then aku standby kat bawah utk nyalakan..ok ok bah..dah ready ke..ok ok kata abah..boleh pasang dah..bila dengan abah kata ok tu..aku pun nyalakan mercun tu..bunyi dia punyalah kuat..sampai semua orang jiran keluar nak tengok apa yang bunyi tu..aku dan adik orang yang paling seronok lah..uish..rasa hebat tul masa tu hahaha..to adik..can u still remember the moment...arwah abah pun seronok tengok kitorang gembira..tapi..yang tak tahannya mak bebel ..sebab...bunga matahari mak abis mati..terkena dik mercun tu..berhari2 mak bebel marahkan pasal mercun tu..tapi kami diam jerlah..sebab hati seronok dgn mercun tu...

..pernah gak kami ada perang mercun..kami pasang mercun..lawan dengan anak2 jiran..siapa punya mercun hebat..dan sapa punya mercun lagi kuat bunyi..dannn yang pastinya kami ni group pompuan yang menang tau...hahaha..cukup seronok masa tu..hehe..kenangan yang buat aku ketawa sendirian..dan mengingatkan pada arwah abah..aku cukup sayang abah..raya kali ni masuk la 12 tahun dah aku beraya tanpa abah aku..al fatihah buat arwah abah..aku sentiasa ingat arwah abah aku..tiap2 hari dan tiap kali aku solat..yang aku ada skang ni hanyalah ibu aku yang tersayang..mak..ina akan balik raya kedua nanti ya..insyallah kita jumpa raya ni..ina, rindu rendang mak..sedapnyaaa..mak tunggu ina balik ya..tahun ni aku tak dapat jumpa adik beradik..aku raya pertama sebab semua balik umah mertua..dan pastinya aku akan nangis pagi raya tu..teringatkan abah, mak, adik beradik aku..syukurlah aku ada suami tercinta, anak2 tersayang..di sisi aku di pagi raya tu..nanti aku kongsikan bersama kisah raya ku..dannnnn percutianku...

..aktiviti terbaru sempena raya..

..sampai setakat ni, aktiviti terbaru utk raya adalah mengumpulkan baju raya sekeluarga, tudung raya utk aku dan anak dara aku, mengambik kuih raya dari pembuat kuih raya tersebut, dan mencari kasut raya utk anak2 aku..

..bab rumah lak, tinggal nak touch up tingkat atas saja lagi..dan bilik tetamu, yang lain dah siap, yang belum tertunai lagi adalahhhhhhhh..mencuci garaj umah aku tu, tak berkesempatan lagi, sebab malam tadi kami pergi ke kedai gunting rambut utk menggunting rambut jejaka2 hensem kat umah aku tu..buat aku dan cik tiha dan pun gunting rambut utk raya weekend minggu lepas..pada mulanya..nak gunting rambut jejaka2 tu weekend hari tu, tapi atas permintaan Fayyadh Aniq, dia kata tak nak gunting rambut siang2 sebab puasa, nak gunting rambut malam2 sebab nanti dapat gula2 boleh makan..aduhai..bijak sungguh la budak sorang ni punya ideakan..so, kami pergilah malam tadi..

..ada lagi benda yang aku terlupa nak gi beli..iaitu butang baju melayu, rasanya masa dah suntuk, maka kena pergi cari malam ni gak la..nanti terlupa terus..kesian jejaka berbaju melayu tak berbutang..ilang hensem..cik tiha dah bising sebab tak sempat lagi nak padan2kan tudung dgn baju raya dia..and nak sematkan kerongsang pada tudung2 dia..insyallah akan ku laksanakan secepat mungkin..nanti banyak benda nak buat dalam satu masa..ada yang banyak tertinggal lak kan..betul tak wahai anda pembaca setia sekelian?..

..dalam memikirkan pasal raya ni, risau gak nak tinggalkan rumah musim2 perayaan ni..faham2 jerlah kan..takut2 ada tetamu yang tak diundang di waktu ketiadaan di rumah sepanjang minggu raya tu..harap2..guard yang diupah oleh ajk taman tu..dapatlah jaga rumah2 di taman kami tu..insyallah..to be continue..later..

Monday, September 14, 2009

..update status mengemas rumah..

..aduhai..weekend baru ni pun sambung kemas rumah..so, aktiviti yang berjaya dijalankan adalah seperti berikut :

1. basuh sarung sofa, body sofa
2. basuh langsir, day & night curtain
3. lap lampu
4. lap frame di dinding
5. susun semula sofa
6. ganti mentol lampu living,dining,
7. membasuh balang kuih raya
8. membeli belah barang rumah utk raya
9. dan kerja2 rumah yang lain yang rutin

..ish ..tak banyak pun kan..tapi rasa penatnya..cam penat bebenorrr lak rasanya..
ada lagi tu yang tak siap lagi tu..nak mencuci garaj kereta lak..dengan nak mengemas pakaian utk balik kampung..nanti aku ku..coretkan di sini lagi aktiviti sempena raya ku ...

Friday, September 11, 2009

..oh..tidakk..bestnya..seronok gak..

..aku duk menengok2 kat internet tu..surfing punya surfing..sekali tu tertengok..sesuatu yang amat memeranjatkan diri aku lah..orang lain aku tak tahu la..tapi kalau sapa2 yang taste dia sama dengan aku pun akan terkejut dan juga rasa seronok la..

..al kisahnya..bukan apa..sesuatu yang aku idam2kan..akan keluar yang baru..berwajah baru..diubahsuai dari keluaran 2007 punya dannnnnnn..akan keluar tahun depan..2010..tahun depan okkk...yang tak berapa lama tu..yyehhhh..tak sabarnya nak tengok..agak2 bila la dia akan kuar kat malaysia..ni pulakkan..so..kalau korang nak tau apa yang buat aku terkejut..dan seronok sangat tu..adalah benda kat bawah ni..yang aku sangat2 idam2kan...jeng..jeng..jeng..

..lagi seminggu nak raya..

..diam tak diam..dah 3 minggu umat islam berpuasa..syukur ke hadrat ilahi, yang telah memberi keizinannya utk kami sekeluarga berpuasa hingga ke hari ini..insyallah..sehingga habisnya ramadhan..dan syawal pun menjelma..sebut pasal syawal..macam2 berlegar di kepala aku ni, memikirkan kuih raya yang belum lagi di ambil, baju raya yang lagi 4 pasang tu belum lagi di ambil gak, baju2 raya yang belum lagi disusun dalam beg..aduhai boleh tahan banyak gak kerja yang tertulis dalam list ni..dengan nak mengemas rumah lagi..dengan sarung sofa belum dicuci lagi..aduhai..boleh tahan banyaknya kerja nak dibuat dalam minggu terakhir ramadhan ni..

..tetiba teringat lak balang kuih pun belum dikeluarkan lagi dari cabinet..untuk dicuci..tapi kalau dikeluarkan awal2..nanti anak2 aku akan tanya..ibu, mana kuih rayanya..dah boleh makan kuih raya ke..lagi2..ketiga2 diaorang tu puasa..kang ada lak yang tak tahan puasa kang..so lebih baik..dicuci balang kuih tu..dan di simpan dulu..balik dari kampung, baru masukkan kuih2 ke dalam balang ku yang comel2 tu..

..cerita pasal persiapan raya ni, rasanya..most of the thing dah siap dah..cuma yang lum dibeli lagi adalah..kasut..anak2 kami, weekend ni tak leh lak nak gi beli sebab..nak mengemas rumah, but takkan nak gi weekdays lak minggu depan..jumaat depan dah nak balik kampung..so nak tak nak kena gagahkan gak la weekend ni, dan abiskan kemas rumah by weekend ni gak..if not..dah tak ada masa, dah tak sempat dah..nanti akan ku update di sini..al kisahnya ya..tungguuu....

..raya tahun ni..turn sebelah hubby..then raya kedua baru balik ke rumah ibuku yang tercinta, pastinya di pagi raya aku akan merasa sedih..sebab tak bersama ibu dan adik beradik yang tersayang..lebih lagi..di pagi raya tu, mak aku sorang2 sambut pagi raya..sebab semua adik beradik beraya di sebelah mertua masing..akan ku pastikan telefon mak aku di pagi raya tu nanti..dan call semua adik beradik aku..dan akan meng'mms'kan wajah kami di pagi raya..insyallah..pastinya banyak nanti cerita nak di update kat blog tersayang ku nanti tentang raya2..cuti2 rayaaaa..

Wednesday, September 09, 2009

..09.09.09..today...

..wah..baru aku perasan date hari ni..cantik sungguhkan..09.09.09..siapa yang bersalin hari ni, pastinya tarikh lahir baby diaorang..memang cantik la..apa yang menjadi kenangan buat aku..pada tanggal 09.09.09 ni..adalah..aku telah bertekad dalam diri aku..utk membuat satu p erubahan..dengan harapan akan membawa kebaikan dan keberkatan buat aku dan family yang aku sangat2 sayang..semoga dengan penghijrahan tersebut..akan memberi 'nur'..kebahagiaan yang lebih lagi buat kami sekeluarga..insyallah..kepada rakan2 diluar sana..anda juga mampu membuat perubahan..yang akan membawa lebih kebaikan pada diri dan keluarga...

..sesuatu yang baru utk Farriys..

..lama betul aku nak update citer ni..cuti weekend baru2 ni..Farriys dapat 2 benda baru..daddy belikan..dari awal puasa ari tu rasanya nak belikan..tapi tak sempat..so..weekend yang lepas setelah balik dari kampung aku..mak aku buat majlis berbuka puasa utk anak2 tahfiz..kami pun pergi survey kat bangi jer pun..2 benda utk Farriys tu..then rasanya memenuhi citarasa dan memenuhi syarat budget..yang pertama tu ikut pilihan daddy..dan yang kedua tu..ikut pilihan aku..ibu pada Farriys hehehe..benda2 nya adalah seperti dibawah..

..daddy Farriys beli benda ni bukan apa..masa kami berbuka puasa berlima..kesian Farriys tak leh nak join sekali..so tu sebab daddy belikan..dan dapat kami berbuka puasa bersama2 satu family..dan di bawah..ni lak..bukan dia tak ada tapi..nak belikan yang lebih mantap sikit..since berat dia dah naik..since guna yang ni senang nak bawa Farriys ke mana2..especially ke shopping complex kan..beli barang2 baru ni cam rasa baru anak pertama lak..excitednya..

Thursday, September 03, 2009

..sesuatu yang menguji diri dan minda..

..aku cukup berdebar-debar hari ni..macam-macam yang aku fikirkan..ini semua adalah kerana berita yang aku dapat pagi tadi..aku tak tahu nak kata apa dah..hanya aku bermohon pada ilahi agar dia memberi cahaya kekuatan utk aku hadapi situasi ni dan aku juga bermohon padaNya agar dia membuka pintu rezeki ku petang ni, di bulan ramadhan yang amat mulia ini..aku berdoa agar ramadhan kali ni penuh makna & membawa keberkatan serta murah rezeki buat kami sekeluarga..

..buat insan yang mengetahui apa yang aku lalui, sama2lah kita berdoa agar Allah membuka pintu rezeki buat kita semua..Ya Allah, ya tuhanku, sesungguhnya amat besar ujian mu di bulan ramadhan ini..kau lebih mengetahui yang terbaik buat hambaMu..berikanla petunjuk & hidayah buat aku utk terus tabah menghadapi semua ujian dan dugaan ini..hanya pada Mu, aku berserah Ya Allah..hanya pada Mu aku bermohon agar kau kurniakanlah sesuatu yang dapat merubah nasib hambaMu ini..

..aku hanya berserah pada ilahi, kerana aku tahu hanya Dialah yang menentukan segalanya di muka bumi ini..Ya Allah, berilah aku kekuatan utk menghadapi ujian ini..dan ampunkanlah segala dosa2 ku, Ya Allah..sesungguhnya aku redha dengan ujian Mu ini, andainya ini adalah yang terbaik buat ku..

Wednesday, September 02, 2009

..anak-anak penghibur hati..

..hari ni hari ke 12 ramadhan..bermakna dah 12 hari umat Islam berpuasa..begitulah juga dengan anak-anak aku..syukur alhamdulillah..gigih mereka menunaikan ibadat puasa..aku amat bersyukur ke hadrat ilahi, kerana dengan limpah kurnianya membuka pintu hati anak-anak aku berpuasa dengan rela hati..lebih lagi 'Tiada paksaan di dalam Islam'..betul tak pembaca blog ku yang setia??...kesimpulannya..fakhriy membuatkan hati ibu & ayah...terhibur..

..yang kami paling tak sangka..ialah Fakhriy..kuat semangat dia nak berpuasa..dalam usia 5 tahun setengah tu..kuat juga dia berpuasa..alhamdulillah..segalanya dengan izin Allah s.w.t..dalam bulan ramadhan tahun ni, hati aku rasa cukup gembira melihat anak-anak kami berpuasa..dan puasa tahun ni juga, Farriys dah pandai berjalan, pandai minta makanan..sebut pasal makanan ni, malam tadi masa aku mengadap laptop..mencari infor..sambil makan popia yang kami beli kat bazar ramadhan pkns bangi..ada lagi 2 ketul..so aku makan seketul, tinggal seketul lagi..lepas tu Farriys nampak aku makan, dia pun mulalah bersuara nak, nak, nak..sambil tangan tunjuk ke arah popia tu..pastinya aku tak bagi la kan..sebab ada cili..lepas tu start la dia buat aksi menarik dia tu...siap baring dulu..adjust2..then..baru start menangis..aku buat tak tahu jer..lepas tu lagi kuat dia nangis..then daddy datang..tanya kenapa..aku kata dia nak popia..try bagi biskut, susu semua tak nak..then daddy bagi juga popia tu..yang buat terkejut tu..Farriys makan popia tu..lepas tu tangan sebelah lagi, tutup mulut...sebab kepedasan..ingatkan dah serik la makan popia tu..tak..dia makan gak popia tu sampai habis..memang dia buat kami terkejut..cukup tak sangka..lepas tu..aku nak bersihkan dia dan ganti baju..yang dah comot sangat tu..lepas tu dengar dia cakap..sedapppp...terkejut aku bila dengar dia cakap tu..lepas tu aku tersenyum sendirian..dalam hati berkata..agaknya..cikgu kat taska tu lagi banyak tahu apa yang farriys tahu cakap..inilah namanya anak-anak penghibur hati..melayan kerenah anak-anak..badan penat pun boleh ilang rasa penat..

..Fatihah & Fayyadh..masih bersemangat waja berpuasa..alhamdulillah..semoga anak-anak aku tabah menunaikan ibadat di bulan ramadhan yang mulia ni..begitu banyak rahmat yang kau limpahkan kepada kami Ya Allah..cuma masa cuti hari tu Fatihah ada tak puasa 1 hari..sebab dia semput..kena guna ventolin puff dia tu..Fayyadh pun amat mengkagumkan..tahun lepas dia tak faham lagi erti puasa..dan tak larat nak puasa..tapi tahun ni..dengan semangat yang dibagi oleh atuk dia..dia masih dapat teruskan berpuasa..alhamdulillah..

..bagi diri aku..apa yang aku harapkan dalam bulan ramadhan kali ni..akan lebih bermakna dalam hidup aku..aku telah melakukan usaha untuk membuat perubahan untuk keluarga aku..aku berdoa agar usaha tersebut..diberkati ilahi..dan mendapat sesuatu yang dapat memperbaiki kehidupan keluarga aku yang amat aku sayang..insyallah..Allah lebih mengetahui..Allah mendengar rintihan hati aku ini..