Sunday, February 21, 2010

..19hb Februari, 2010 - 10 tahun perkahwinan kami..

..tanggal 19hb Februari, 2010..genaplah usia perkahwinan kami selama 10 tahun..alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi kerana telah memberi keizinan pada kami mengecapi kebahagiaan bersama hingga ke saat ini..

..kami telah meraikan ulangtahun perkahwinan yang ke 10 kali ini..dengan menikmati alam semulajadi kurniaan ilahi berdua bersama..telah kami titipkan gambar-gambar kenangan ketika berdua meraikan ulangtahun perkahwinan kami ini..

..telah disimpan memori meraikan ulangtahun ke 10 ini di sini >>>>
http://picasaweb.google.com/inazol108/Our10thAnniversary19022010# ..

..aku juga telah menyimpan memori meraikan ulangtahun perkahwinan kami bersama ke empat-empat cahaya mata kami..kenangan meraikannya aku paparkan di sini >>>>
http://picasaweb.google.com/inazol108/AkuSayangKalian# ..

..sempena ulangtahun perkahwinan ke 10 ini..suami tersayang telah menghadiahkan sesuatu yang asalnya di dalam perancangan aku untuk digantikan baru tidak lama lagi..inilah yang dinamakan rezeki mendatang..dibawah ini hadiah yang aku dapat sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan ke 10 kami..



Thursday, February 18, 2010

..ianya adalah esok hari..

..pertama sekali aku bersyukur ke hadrat ilahi dengan segala nikmat yang dikurniakan dan dilimpahinya ke atas kami..begitu besar rezeki dan nikmat yang diberi olehNya..di kala orang lain menghadapi pelbagai kekurangan..dikala itu Allah memberikan rezeki yang berlimpahan..

..bila diukur..apakah yang dinamakan rezeki itu..kebiasaanya..orang akan melihat kepada wang ringgit..tapi sejak 5 tahun kebelakangan ini..apa yang aku lalui dalam hidup..telah aku pelajari..bahawasanya rezeki yang Allah kurniakan datangnya dengan pelbagai bentuk..mungkin ada masanya kita terlupa, Allah menurunkan rezeki pad a hambanya boleh dikatakan setiap hari ada saja rezeki yang kita perolehi..setelah subuh hari, kita bangkit menunaikan solat subuh..maka itu saja sudah menggambarkan..satu rezeki yang besar telah Allah berikan..kerana Allah telah memberi rezeki untuk kita masih bernyawa dan Dia mahu kita terus mendekatkan diri kepadaNya..

..andai difikir-fikirkan memang tidak disangka usia perkahwinan kami telah mencecah 10 tahun..aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah memberi rezeki sebesar ini..sememangnya bukanlah mudah untuk mengharungi alam perkahwinan..pelbagai dugaan dan ujian yang dilalui..tetapi itu semua kami jadikan sebagai pedoman dan panduan untuk terus mengharungi kehidupan alam rumahtangga di masa akan datang..

..andainya dibandingkan dengan ibu ayah kami..yang telah mengharungi perkahwinan selama lebih 40 tahun..dan mereka masih bersama bahagia hingga ke hari ini..kami ini hanyalah sedarang ¼ saja yang kami lalui dari mereka..maka yang perlu diketahui, masih banyak lagi onak, ranjau dan duri yang harus diharungi di masa akan datang..segalanya terpulang pada hati dan budi bicara suami & isteri..

..sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 10 ini yang jatuh pada esok hari 19hb Februari 2010..aku ingin berkongsikan bersama kegembiraan dan kesyukuran aku bersama orang-orang tersayang dan terdekat juga bersama pembaca-pembaca blog setia aku ini..doakanlah agar perkahwinan dan jodoh serta kebahagiaan kami kekal buat selama-selamanya..

..khas buat suami tersayang, tercinta..dirimu adalah yang terindah dalam kehidupanku dan juga anak-anak kita..keluhuran, ketulusan dan keikhlasan hatimu adalah amat membahagiakan hati ini..moga abang akan kekal selamanya dengan apa yang abang ada dihatimu..

..semoga insan-insan dibawah ni akan kekal perkahwinannya dan jodoh berkekalan serta kebahagiaan sentiasa milik mereka..bersama anak-anak tersayang..





Wednesday, February 17, 2010

..ianya lagi 2 hari saja lagi..

..aku menghitung hari..menghitung hari menuju ke tanggal 19hb Februari, 2010..kenapa..sebabnya adalah..ia adalah hari ulangtahun perkahwinan ke 10 kami...tidak sabar rasanya nak sampai ke tanggal tersebut..bila difikirkan, tak sangka sama sekali..perkahwinan kami telah mencecah 10 tahun..

..syukur ke hadrat ilahi..yang memberi keizinan pada perkahwinan kami hingga kekal ke hari ini..aku berdoa pada Mu, ya Allah..agar perkahwinan kami ini kekal selama-lamanya..aku juga bermohon pada Mu..ya Allah..agar kau berkatilah perkahwinan kami dan kau lindungilah perkahwinan kami dari bencana-bencana yang tidak diingin..serta kau lindungilah zuriat-zuriat kami yang kau kurniakan..

..pada saat ini, apa yang mampu ku katakana hanyalah kegembiraan yang terpancar di hati dan diwajah aku..kesyukuran yang ku panjatkan kepadaNya..atas kebahagiaan yang ku kecapi bersama suami dan anak-anak tersayang..tiada lain yang setanding kegembiraan aku ketika ini..selain..kegembiraan hidup bersama seorang lelaki bergelar suami dan mereka yang bergelar cahayamata..

..selagi lagi ku panjatkan kesyukuran pada mu ya Allah di atas kurniaaMu selama 10 tahun perkahwinan kami ini, semoga kau kekalkan kebahagiaan ini bersama aku dan keluargaku..semoga kau lindungin aku dan keluargaku..semoga kami sentiasa berada dilaluan yang benar..aminn..

..apa yang aku hadiahkan pada suami tersayang sempena ulangtahun perkahwinan ke 10 ini adalah..another set of office attire..hehehe..bagi melihat dia sentiasa segak dan tampan ke tempat kerja..hanya Allah yang tahu, detik hati aku ini menanti tanggal 19hb Februari,2010 ini dengan penuh debaran..dimana dan bagaimana kami akan ‘celebrate’ ulangtahun perkahwinan ke 10 kami ini..tungguuu..cerita episode yang akan datang ya..sabar..

..cuti 4 hari..balik kampung..hubby tak sihat..

..inilah yang dinamakan..kita sebagai hambaNya hanya merancang..tapi Dia yang Esa..yang menentukan segalanya..kami rancang sabtu,13hb tu pagi-pagi nak balik kampung..which is kampung aku la kan..yg dah 2 bulan aku tak balik tu..

..tapi dari jumaat tu, aku tengok hubby tak berapa sihat..mengenali dia..memang kalau dia sakit, dia memang tak cakap pun..dia tak mengeluh..selagi dia boleh bertahan..dia akan ta han..selagi dia b oleh bangkit..dia akan bangkit..tapi jumaat malam tu memang dia tak selera nak makan..minum air saja..

..hinggalah ke pagi sabtu..di mana jumaat malam tu pun dia tak boleh tidur menahan kesakitan..kesakitan dia tu adalah di dalam mulut..gusi dia bengkak..biasalah bila bab sakit kat dalam mulut ni..memang tak selera nak makan, tambah lagi nak bergerak2 pun tak larat jadinya..dah macam nak demam pun ya jugak hubby tu..

..pagi sabtu..kemas-kemas barang dimana seperti yang dirancang nak bergerak balik kampung..tapi kelihatan daddy anak-anakku tak bermaya nak bangun..hanya duduk tersandar saja kejap di meja makan,kejap di sofa..dia tak banyak bercakap..dia hanya mampu minum air kosong saja..

..mak di kampung dah call few times ke hp ku..bertanyakan agak-agak jam berapa kami bertolak balik..aku hanya mampu menjawab, tengok keadaan macam mana..sebab menantu dia tak berapa sihat..bunyi hampa saja suara ibuku..bila aku memberikan kata-kata tidak pasti tu..
..boleh dikatakan setiap satu jam, ibu di kampung membuat panggilan ke telefon bimbit ku..hati aku jua rasakan serba salah..ibu tertunggu-tunggu..tapi suami tersayang pula tidak sihat..aku hanya berdoa agar suamiku..cepat sembuh..tapi kita hanya merancang, yang maha Esa yang menentukan..

..memang tak ada rezeki nak pulang awal ke kampung sabtu tu..sepanjang hari suami tersayang tak sihat menahan kesakitan..kesian betul tengok dia..sayu betul rasa hati..jarang dia terlantar sakit macam tu..dah la si kecil Farriys hari tu tak nak langsung dengan aku..nak dengan daddy dia saja..bertambah kesianlah pada suami aku..

..kesudahannya, hingga ke petang..ibu membuat panggilan..ku berikan kata putus..rasanya tak dapat pulang ke kampung pada hari tersebut..memang tak larat langsung hubby nak bergerak ke mana-mana..dia akan rasa bertambah sakit bila bergerak-gerak..maka kalau naik kereta bergoyang-goyang, pastinya bertambah sakit dia rasa..

..maka, sabtu malam tu..aku sediakan dinner untuk anak-anak..setelah makan, aku tidurkan anak-anak..dan hubby hanya tersandar saja di kepala katil..dia tak dapat nak memejamkan matanya akibat dari kesakitan yang ditanggung..pastinya mata aku juga telah mengantuk..tak larat dah nak menahan mata nak temankan dia..

..sesekali ku bukakan juga mata, melihat keadaan hubby..kemudiannya aku lihat..dia dapat melelapkan mata sekejap-sekejap..dalam hati aku..ya Allah, ya tuhanku..kau sembuhkanlah sakit suami aku, sedih betul aku melihat dia menahan kesakitan tu..

..di pagi ahad..setelah bangun dari tidur..aku tengok..dia sedang melayan Farriys..soalan pertama yang aku tanya..sakit sangat lagi ke?..jawapan dia..beransur kurang dah..aduhai lega rasanya dengar jawapan dia tu..lepas tu dia tanya, nak balik kampung tak..aku kata, kalau u larat..nak balik rasanya..oklah, kemas barang, geraklah..jawab dia..dalam hati aku..yahoo..seronoknya..ibu di kampung pasti tertunggu-tunggu kepulangan kami..mak..tunggu..kami akan pulang ni..

..kami gerak dalam pukul 11 pagi..masuk saja highway..keluar dari bangi tu..terus saja jem..aduhai..dah la cuaca panas, jem pulak, hubby tak sihat, bila panas ni bertambah sakit la kesakitan dalam mulut dia tu..aduhai..aku saja ajak borak..tak nak bagi dia layan kesakitan dia tu..memang kesianla tengok keadaan dia..dia gagahkan juga nak balik ke kampung tu..dia tahu mak mertua dia dah tertunggu-tunggu..

..perjalanan yang biasanya sejam..jadi 2 jam setengah..dalam keadaan cuaca panas terik tu..akhirnya sampai juga kami di rumah ibu tersayang..mak dah tahu kami akan sampai..tiba saja dirumah mak, macam-macam telah terhidang di meja makan..aku dan anak-anak makan ikut selera masing-masing tapi kesian sekali lagi..hubby tak dapat nak makan sangat..kesakitan mulut dia tak mengizinkan untuk dia menjamu selera..

..hinggalah ke malam..dia kurang bercakap..sebab tak berapa larat nak bercakap dalam keadaan sakit dalam mulut tu..malam pun dia tidur awal..tidur ala-ala tidur ayam sebenarnya..dia kurang bercakap..mak mertua dia pun perasan..tapi takpa lah y ang penting..dia gagahkan juga bawa isteri dan anak-anak dia pulang ke kampung..thank you very much, sayang..you always understand what I feel..and what inside me..tqvm..

Friday, February 12, 2010

..aduhai inilah nasib badan kalau kekasih hati handle management..

..tiap-tiap hari..kalau tak sms atau call kekasih hati, memang tak sah..kadang-kadang tu sms berkali-kali, tak balas2..kalau sms pun tak balas, maka kalau call tu, memang tak angkat..ada masanya sms, jawapannya ringkas jer..i dalam meeting,sayang,..i ada discussion, honey..

..ada masanya nak tanya perkara-perkara yang ‘urgent’ pun agak susah..sejak setahun kebelakangan nilah rasanya, kekasih hati makin bertambah sendat jadualnya..meeting sana meeting sini, discussion sana, discussion sini..mana taknya..si dia dah banyak terlibat dengan ‘management’..dan kurang dalam job technical..

..mengenali diri kekasih hati..dia memang tak suka cakap hal-hal rumahtangga, hal-hal peribadi, selain dari hal pejabat ..di waktu pejabat..dia akan bagi jawapan ringkas dia..nanti kita discuss kat rumah ya,sweetheart..

..dulu-dulunya sukar untuk aku terima tindakbalas kekasih hati aku tu..tapi setelah…aku fikir-fikirkan, ya memang ada betulnya cara kekasih hati aku tu..hakikat sebenarnya..aku harus hormati kehendak dia dimana dia berada ditempat kerja..mencari nafkah untuk siapa..untuk kami juga..

..yang pastinya..kekasih hati aku..dah banyak perubahan..dulu-dulunya dia tak berapa pandai nak bersikap romantik dan manja..tapi setelah 10 tahun berkahwin ni..dia telah menunjukkan banyak perubahan..dan aku dapat rasakan masa ke semasa semakin disayangi disisi dia..makin kuat rasa sayang antara satu sama lain..Alhamdulillah..semua ini dengan izinNya..semoga ianya berkekalan..

..aku suka sangat lagu ni..tak tahu kenapa..

..lagu ni nyanyian kumpulan Republik, lagu ni lah yang jadi ring tone e71 aku sekarang..

..yang menarik minat aku adalah bahagian dia yang liriknya : “Aku hanya ingin kau tahu,Besarnya cintaku,tingginya khayalku bersamamu”..

..kat bawah ni..aku tepekkan lirik lagu kesukaan aku buat masa ini..siapa-siapa yang rajin bolehlah cari lagu ni dan dengar melodi dan liriknya..memang menyentuh jiwa dan perasaaan..(adakah aku jiwang..hehe, tak kisahlah..asalkan aku bahagia..)

Republik – Hanya Ingin Kau Tahu

Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu

Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu
Tuk lalui waktu yang tersisa kini

Di setiap hariku

Di sisa akhir nafas hidupku
ow wooo wo wo wo

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku

Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

Rasakan abadi

Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu

Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu
Tuk lalui waktu yang tersisa kini

Di setiap hariku

Di sisa akhir nafas hidupku
Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini

Di setiap hariku

Di sisa akhir nafas hidupku
ow wooo wo wo wo wo wo wo wo wo

Thursday, February 11, 2010

..i’m counting down..counting down to the date 19th…

..dalam pejam celik pejam celik..dah 10 tahun usia perkahwinan kami..aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah memberikan keizinan usia perkahwinan kami mencecah 10 tahun pada tanggal 19hb ni, dan aku juga b erdoa agar jodoh ini berkekalan buat selama-lamanya..

..setiap perjalanan liku-liku perkahwinan selama 10 tahun ini..banyak kenangan-kenangan yang amat berharga pada kami..begitu berharga sekali liku-liku perjalanan perkahwinan kami..kami harungi setiap onak dan duri bersama..tidak pernah kami membiarkan salah seorang hadapi onak dan duri sendirian..segalanya kami hadapi bersama..susah atau senang..tetap kami harungi bersama..

..bila disingkap semula perkahwinan kami selama 10 tahun ini..aku akui aku amat bahagia bersama seorang lelaki yang Parizol bin Amran..aku merasakan dia seorang yang amat istimewa dalam hidup aku, aku dapat merasakan aku adalah seorang yang istimewa dalam diri dia..dan dia adalah seorang yang amat istimewa pada anak-anak kami..

..bila aku ‘flash back’ 10 tahun yang lalu..siapakah diri aku pada seorang lelaki bernama Parizol Bin Amran..hanyalah seorang kawan biasa..tiada apa-apa ikatan yang istimewa..tapi dengan izin Allah s.w.t. sekarang kami adalah sepasang suami isteri dan mempunyai 4 orang cahaya mata yang menyinari perkahwinan kami..

..aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah mengurniakan seorang suami yang cukup baik dan memahami..tiada yang indah selain dari mengharungi arus kehidupan ini bersama suami yang mithali dan ayah yang mithali pada anak-anak aku..

..hanya kadang terfikir adakah selama 10 tahun ini..adakah aku seorang isteri mithali, isteri yang baik pada suamiku, ibu mithali pada anak-anakku..hanya dia,suamiku saja yang dapat menjawab persoalan itu..insyaAllah, akan aku terus berusaha untuk menjadi seorang isteri yang lebih baik untuk suamiku, seorang ibu yang lebih baik untuk anak-anak kami..dan juga seorang anak yang lebih baik untuk ibuku..

..bila diimbas kembali, saat kami dinikahkan..hati ini amat gembira sekali..dan saat doktor khabarkan aku mengandung anak pertama kami..tidak terkata betapa bahagianya rasa pada saat itu..dan tahun demi tahun..Allah mengurniakan lebih banyak rezeki..bertambahnya cahaya mata kami..memiliki rumah sendiri..macam-macam lagi rezeki yang Allah kurniakan..maka dengan itu hanya ucapan kesyukuran saja yang perlu diingat untuk dipanjatkan pada Allah s.w.t..mendekatkan lagi diri padaNya..untuk menyampaikan tanda kesyukuran padaNya..

..semoga jodoh dan perkahwinan kami ini berkekalan selama-lamanya..semoga Allah sentiasa melindungi suami dan anak-anakku walau dimana mereka berada..semoga kami sekeluarga sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t..

..ketensionan berlaku semalam..

..aduhai kenapalah semalam..baru aku cakap pasal keistimewaan kehidupan sehari-hari kelmarin..tapi semalam dah jadi merudum kehidupan ku..tapi aku kena juga berbalik pada prinsip aku..bahawasanya setiap hari tu ada keistimewaannya yang kita lalui..

..bila hadapi saat-saat begitu..aku selalu mengingatkan diri..banyak-banyakkanlah berdoa..semoga Allah permudahkan segala urusan..hanya dengan izin Allah s.w.t sajalah yang dapat membantu aku menghadapi situasi ini dengan lebih tabah..

Tuesday, February 09, 2010

..apa yang istimewanya dalam kehidupan kita sehari-hari..

..ada kalanya kita rasa begitu seronok pada satu-satu hari tu, ada kalanya pula kita rasa begitu tidak seronok pada hari-hari yang lain..maka itulah yang dinamakan keistimewaan dalam kehidupan kita sehari-hari yang dilalui itu..

..mengapa aku mengatakan ia adalah istimewa sebab, hari-hari yang dilalui itu boleh dikatakan tidak sama keadaannya jika dibandingkan hari-hari tersebut..ada masanya satu hari tu begitu memuaskan hati kita dengan apa yang kita lalui,hadapi & selesaikan..tapi ada masanya satu hari tu begitu membosankan kita atas sebab apa yang kita harus hadapi juga, apa yang telah dan patut kita lakukan..

..apabila dikatakan istimewanya kehidupan kita ia adalah kerana, setiap hari yang kita lalui tu dapat memberi banyak pengajaran,panduan untuk menempuhi kehidupan yang akan datang..ada masanya memberi kita kematangan apabila kita menghadapi sesuatu keadaan yang amat merumitkan..ada masanya kita belajar erti lebih mengenali seseorang dan membawa kepada suatu perhubungan, persahabatan yang baik..


..semua orang ada kenangan masing-masing dengan kehidupan sehari-hari..rasanya tidak salah kalau kita jadikan kenangan manis dan kenangan pahit itu adalah suatu keistimewaan dalam kehidupan kita juga..sebab selalunya kenangan manis dan pahit itulah yang diingat selalu dan segar di ingatan manusia..maka dengan itu, begitu istimewanya kenangan-kenangan yang kita lalui itu..


..kita juga boleh membuat pilihan lain, iaitu menganggap kenangan-kenangan pahit terutamanya adalah suatu beban pada fikiran kita, tetapi kita juga boleh membuat pilihan kenangan-kenangan pahit itu adalah suatu perkara yang positif dalam menempuhi kehidupan akan datang, di mana jadikan ia sebagai garis panduan bila menghadapi situasi yang sama semula..

..apabila kita mengatakan begitu istimewaanya kehidupan kita sehari-hari, maka secara tidak langsung kita akan menghargai kehidupan kita bersama keluarga, menghargai diri kita dan juga kita menghargai orang-orang disekeliling kita..dunia yang kita diami ini hanyalah pinjaman, adalah lebih baik kita letakkan dunia yang kita diami ini, apa yang kita lalui adalah amat istimewa buat diri kita dan keluarga..lebih lagi apabila kita kehilangan selama-lamanya ahli keluarga, sahabat handai, orang-orang disayangi..

..maka apabila kita telah meletakkan kehidupan yang kita lalui sehari-hari itu adalah suatu keistimewaan dalam hidup, bila kita menghadapi kehilangan mereka..maka kita akan rasa ada keistimewaannya kehidupan kita semasa hayat mereka masih dikandung badan ketika bersama kita..
..apabila kita menghadapi suatu masalah dalam kehidupan kita, ia juga dikategorikan suatu keistimewaan yang hadir dalam kehidupan kita..ada kemungkinan masalah yang kita hadapi itu membawa suatu yang lebih baik di masa akan datang, membawa suatu rahmat buat diri kita, apabila suatu perkara membawa kebaikan, rahmat pada diri kita..maka itulah dia keistmewaannya masalah yang mendatang dalam hidup kita..dengan syarat, kita melihat dari sudut yang positif..

..kenapa secara tiba-tiba aku terfikir tentang apa yang istimewa dalam kehidupan ini..segalanya adalah kerana aku terfikir apa yang istimewa sepanjang perkahwinan aku yang akan mencecah 10 tahun ini pada tanggal 19 Februari 2010..kami akan menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 10 pada 19 Februari ini, apa yang terlintas difikiran aku adalah..setiap saat-saat yang aku dan k ami lalui sepanjang 10 tahun ini adalah amat istimewa dan keistimewaan yang ada pada setiap hari itu memberi seribu satu kenangan yang amat berharga buat kami..malah setiap keistimewaan itu membawa lebih banyak kebahagiaan pada kami sekeluarga..


..aku mengajar diri aku agar tidak menganggap kehidupan yang telah dilalui dan akan dilalui adalah suatu beban..tidak sekali-kali akan dianggap beban..malah aku mengajar diri ini, setiap yang berlalu dan akan mendatang adalah suatu keistimewaan buat diri ini dan keluarga tersayang..mereka yang telah bersama-sama merasai keistimewaan selama perkahwinan kami yang mencecah 10 tahun ini adalah mereka yang dipaparkan wajah-wajahnya dibawah ini..
..aku berdoa agar kegembiraan kami berpanjangan dan sentiasa diberkati Allah s.w.t kerana semuanya tidak akan terjadi tidak akan hadir tanpa izin Allah s.w.t..segala yang baik semua adalah kurniaan dari Allah s.w.t..

Monday, February 08, 2010

..makcik ku buat umrah lagi..aku bila lagi ni..

..tadi mak call beritahu yang makcik aku dah nak bertolak dah mengerjakan umrah..buat kali ke berapanya aku pun tak tahulah..murah rezeki makcik aku tu..dah beberapa kali mengerjakan haji dan umrah..apa yang aku terfikir adalah bila pula rezeki aku akan tiba untuk aku dan suami pula mengerjakan umrah dan haji..

..tapi bercakap pasal suami aku, dia dah pun mengerjakan umrah dan haji..maka kesimpulannya..aku nilah..diri aku ni bila pula lagi la peluang datang untuk aku mengerjakan umrah dan haji..memang teringin sangat-sangat..aku nak ke sana..tapi tanggungjawab aku di sini perlu diselesaikan dulu..syaratnya apabila mampu seseorang umat Islam itu mengerjakan ibadah umrah dan haji, maka dapatla dia mengerjakan dengan sempurna..

..insyaAllah..dengan izin Allah, suatu hari nanti adalah rezeki nanti tu, Cuma tak tahu cepat atau lambat saja..memang aku sentiasa berdoa ke hadratnya aku aku dimurahkan rezeki dapat kiranya mengerjakan umrah dan haji..untuk melengkapkan rukun islam sebagai seorang umat Islam..

..pada pendapat aku, setiap yang telah Allah lorongkan pastinya..ada sebab musabab..dan setiap yang Allah tentukan pastinya ada hikmah disebaliknya..Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk hambanya..andai tiba masa kami nanti, dapatlah kami menunaikan ibadah tersebut..insyaAllah..

..kisah tilam baru dan hawa dingin baru..

..alkisah..si comel Farriys dapat tilam,comforter,cadar,sarung bantal baru..setelah beberapa kali aku perhatikan Farriys dah tak selesa tidur di playpan dia..selalu saja dia keluar melangkah dari playpan dia ke katil kami..dan aku fikirkan itu adalah amat bahaya untuk si comel Farriys tu..

..akhirnya daddy dia decided nak belikan tilam baru, dan memandangkan sekarang tengah sale untuk Chinese new y ear, aku tambahkan cadar baru 2 set, comforter baru, sarung bantal baru 3 set khas untuk si comel Farriys Afiq..


..bila si comel Farriys rasmikan semua2 yang baru utk dia tu..kegembiraan terserlah la pada wajah dia tu..macam tau2 saja kami belikan barang baru utk dia..teramatlah suka bergolek-golek atas tilam baru dia tu..kebetulan akemi pun ada sale..dapatlah si comel merasa comforter,cadar,sarung bantal akemi..rezekimu la wahai Farriys Afiq..


..alkisah..abang-abang Farriys mendapat hawa dingin baru di bilik mereka..fikir sekian lamanya la ibu dan ayah ni nak melabur pada hawa dingin baru tu..patutkah ambil yang inverter atau tidak..akhirnya daddy dia kata..nak ambil yang inverter untuk bilik boys tu..betapa seronoknya dapat hawa dingin baru hinggakan nak tidur dah pukul 6 petang..sungguh m emeranjatkan aku betul..kalau tidak selagi tak pukul 9, disuruh tidur..tak adalah diaorang tu masuk tidur..ok jugakan..ada hawa dingin baru, tak susah-susah nak bising suruh tidur..dengan sendirinya masuk tidur..alhamdulillah..lega rasa..

..ni candit si comel Farriys masa gi beli tilam,comforter,cadar,sarung bantal baru..hensem tak..
..nilah tilam baru Farriys bersama comforter,cadarnya..

..sidia memakai hadiah harijadinya ke kerja hari ni..

..seperti yang dah sedia maklum, bila hari isnin jer, jalan jem teruk sangat..dah keluar begitu awal pagi pun pasti hadapi juga jem yang teruk tu..sabar sajalah, apa boleh buat, dah usaha dah tapi kena juga hadapi jem dan membuatkan aku sampai lewat sikit ke tempat kerja..

..dalam menghadapi jem tu, mata melihat ke sini ke sana, tiba-tiba terlihat mamat yang duduk sebelah aku tu, eh kenapa mamat ni nampak segak semacam saja hari ni..bila aku perhatikan betul-betul..apa kelainannya pada dia hari ni..ooh..rupanya, hari ni dia memakai kemeja, seluar, tali leher baru yang aku hadiahkan sempena harijadi dia tahun ni..

..aku tak lah bersuara pada dia, tapi di dalam hati..uishh..handsome..nya laki aku hari ni, ada rasa risau kat hati lak..hehe..kot2 mana la tau ada yang tersangkut hati, mata pada dia..nanti aku juga yang susahkan..betul tak..betul..betul..betul..kata upin ipin..

..untuk menghilangkan bosan dalam kereta menadah jem yang amat teruk tu..apa lagi aku memulakan aktiviti kesukaan aku lah kan..apa lagi kalau tak shoot photo..shoot sana shoot sini..dan hasilnya kat bawah ni..hehe..sempat merakamkan sidia dengan kacaknya memakai kemeja,seluar,tali leher baru..(dalam erti kata lain, orang yang hadiahkan tu yang terlebih gembira lak)..abaikan lah..gambar aku yang sememeh tu ya..kebosanan di dalam kereta..buat aku jadi sememeh gitu..hehe..

..dikesempatan ni..masih tak terlambat untuk aku ucapkan “Selamat Ulangtahun yang ke 39, sayang”..I will always love you..forever and ever..

..kisah harijadi suami tercinta..

..Jumaat lepas, 5hb Februari 2010..genaplah 39 tahun umur suami aku yang tercinta..umur 30an yang terakhir..dan maka lepas ini..bermulalah arena macamorang kata apa..Man life start at 40..yela tu.takda maknanya semua tu..

..tapi kesiannya, jumaat lepas aku tak berapa sihat..jadi nak celebrate sakan-sakan pun tak dapat..aku tak larat rasanya nak bergerak jauh-jauh..so, kesimpulannya..aku cakap pada hubby, kita having lunch together sajalah..and knowing my lovely husband, dia lebih mementingkan kesihatan aku dari harijadinya..tak ada masalah pada dia semua tu..dia agree saja, dengan keputusan aku tu..

..so we had lunch together at Nando’s, selepas lunch..cuba teka apakah yang terjadi..orang lain punya harijadi..orang lain yang dapat hadiah, memang kelakar la pula jadinya..di harijadi dia, aku dihadiahkan perfume baru dan sandal baru..huhu..hati ini amat gembira..siapa tak gembirakan kalau orang tersayang hadiahkan apa pun pada kita..betul tak..

..ok, cerita pasal birthday celebration daddy dengan anak-anaknya pula..sebelah malamnya selepas maghrib, aku tanyakan anak-anak nak makan apa..sempena birthday daddy dia..anak-anak aku jawab, tak kisah ibu..makan apa pun ok saja..itulah yang satu aku paling suka anak-anak aku tu, ke mana kami bawa, tak akan membantah..lepas tu, aku decided makan sate kajang, semua orang setuju..so, kami celebrate birthday daddy di sate kajang yang mana agak lama juga la kami tak ke situ..

..tapi gambar aku shoot tak banyak disebabkan aku just guna camera hp aku saja..camera aku bateri dah spoil pula..so..nanti tataplah detik-detik kenangan di harijadi sidia yang amat aku sayang..




Thursday, February 04, 2010

..hadiah buat suami tercinta..sempena harijadinya..

..esok tanggal 5.2.2010 adalah hari ulangtahun hubby yang ke 39..semestinya tak sempat nak belikan hadiah kalau hari bekerja ni, jadi aku dah beli masa cuti hari wilayah hari tu..aku nak ambil kesempatan ni, nak ucapkan ‘Selamat Hari Ulangtahun Yang ke 39, sayang’ & semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, segala ibadat diberkati Allah s.w.t..menjadi suami mithali, ayah mithali dan anak yang soleh terhadap kedua orang tua..

..agak lama memikirkan apa yang nak dihadiahkan pada suami tercinta..dan akhirnya rasa nak hadiahkan sesuatu yang boleh dipakai hari-hari dan bila dia memakainya teringat akan isteri dia yang seorang tu..akhirnya, setelah difikirkan semasak-masaknya, memang amat berbaloi aku membuat keputusan menghadiahkan kemeja kerja 2 helai, seluar 2 helai & tali leher 2 helai..kedai yang bernama G2000 yang menjadi pilihan hati dia selama ni adalah kedai yang bertuahlah yang mendapat hasil pembelian hadiah dari aku tu..

..tak sabar rasanya nak tengok dia pakai kemeja,seluar,tali leher baru tu..memang dari dulu lagi aku suka dia pakai kemeja cutting slim fit..nampak segak..berbanding dengan kemeja yang loose fit, Nampak macam dia pakai baju pinjam pun ada gak..agak lama jugalah dia tak membeli tali leher baru, katanya masih elok lagi yang dalam simpanan dia..tapi aku inginkan satu kelainan pada dia..sebabnya tali leher yang aku hadiahkan tu ada printed design, disbandingkan yang dia ada tu hanya plain colour tie..

..nanti esok, akan aku snapkan gambar hadiah2 dia tu..dan tepekkan di sini..buat kenang-kenangan harijadi dia sebelum mencecah umur 40 tahun di tahun akan datang..semoga Allah sentiasa melindungi suami yang tersayang walau dimana jua dia berada..semoga dia sentiasa kekal dengan sikap seorang suami dan ayah yang amat penyayang dan bertanggungjawab..insyaAllah..

..again, happy 39th birthday khas buat suami tersayang, Haji Parizol Haji Amran..perkhawinan selama 10 tahun ni amat membahagiakan bersama mu..dalam apa jua keadaan yang kita hadapi dan lalui bersama anak-anak tersayang..

Tuesday, February 02, 2010

..Fatihah with her piano class..

..aku nak kongsikan bersama kegembiraan hati melihat Fatihah yang amat gembira pergi ke kelas piano dia..kebiasaannya, hujung minggu dia selalu lambat bangun..dan Ahad baru ni dia telah membuat satu kejutan yang memeranjatkan kami..

..Hari Sabtu, aku dah berpesan pada Fatihah, kena bangun awal esok tau, kakak..nak pergi kelas piano..then dia hanya menjawab, ok Ibu..biasa saja ‘respon’ dia..yang risau adalah aku sebab takut dia bangun lambat, dan lambat ke kelas piano..rugi kalau lambat masuk..


..Pagi Ahad, aku belum lagi keluar dari bilik..aku tak dengar apa-apa bunyi di luar bilik atau di bawah..kebiasaannya, kami pasti dengar suara riuh-rendah anak-anak tengok tv di pagi Ahad, lepas tu aku minta hubby jenguk anak-anak..hubby pun cakap, kenapa sunyi saja..dia pun pergilah menjenguk anak-anak kesayangan kami..
..di bilik boys, kelihatan Fayyadh & Fakhriy masih tidur..wah..satu kejutan ni, biasanya pagi-pagi Ahad dah buka tv..lepas tu, jenguk ke bawah pula, eh..satu lagi kejutan kata hubby..Fatihah dah siap mandi dan dah siap berbaju cantik..begitu bersemangat kata daddy dia nak ke kelas piano..selalunya Ahad hari yang lambat dia mandi, tapi pagi tu..dia dah siap segalanya, tinggal nak bergerak ke kelas saja lagi..

..lepas tu, daddy dia kata..very good kakak, tak perlu suruh-suruh..dah siap dah nak ke kelas..satu perubahan yang ketara..yang disebabkan oleh minat dia untuk ke kelas piano..Alhamdulillah, Allah telah beri petunjuk apa yang Fatihah minat dan membawa perubahan pada dia..satu perubahan yang positif dan kesimpulannya, daddy dan mummy kenalah bersedia dengan budget $$$ untuk membeli piano untuk Fatihah sebab pada kelas pertama, dia dah boleh ingat code pada jari-jari yang mana..dan di rumah, dia bermain-main dengan jari di atas angin..ala-ala menekan piano..insyaAllah..ada rezeki, dapatlah Fatihah miliki sebuah piano..

..hubby dengan spec barunya..

..setelah sekian lama, aku menyuarakan tentang pandangan yang kabur hubby aku tu..dan dah banyak kali jugalah aku cadangkan dia memakai cermin mata..seperti isterinya ini kan..masa ke semasa..dia tak mahu memakai cermin mata dan menolak untuk membuat cermin mata..tapi setelah aku pujuk sebab dia dah sampai ke tahap susah nak membaca..

..akhirnya, dia bersetuju untuk pergi ke kedai cermin mata, dan membuat cermin mata..kerabunan dia tak seperti aku..aku rabun jauh, tapi dia rabun dekat atau lebih dikenali rabun yang berlaku pada mereka yang sukar membaca dalam jarak dekat..bila didalam kategori dia ni..jadi kenalah buat cermin mata yang dinamakan bi-focus atau multi-focus..bermaksud cermin mata yang ada 2 fungsi untuk pandangan biasa dan untuk pandangan dekat..

..agak mahal juga cermin mata hubby aku ni..tapi mengenangkan kekaburan dia membaca itu, jadi tutup mata sebelah bayar sajalah harganya yang lebih sebelah tangan itu..bila dah siap cermin mata dia, kami pergi ambil dan bila dia pakai, wah..boleh tahan juga kacak hubby aku bila dah pakai spec tu..hehe..sapa lagi nak pujikan, sayang selain isteri sendiri..boleh la di tatap wajahnya ber’spec’ kat bawah ni..


..jalan2 dengan anak2 tersayang..

..memandangkan hari Isnin hingga Jumaat adalah waktu yang padat bagi kami..jadi hari sabtu adalah waktu paling sesuai bawa anak-anak berjalan memandangkan ahad pula, jadual mereka penuh dengan extra skill class..weekend baru ni kami bawa anak-anak ke Alamanda saja, since dah agak lama tak ke Alamanda..

..mereka diberi peluang untuk memilih sendiri menu makanan apa nak makan..berbeza-beza permintaannya..ayah kesayangan turutkan saja kehendak anak-anak kecil itu..tapi setelah dibeli mengikut menu yang diminta, tiba-tiba Fayyadh & Fakhriy minta menu lain pula..aduhai nak marah pun ada tapi mengenangkan mereka nak makan..again ayah kesayangan pun pergi la juga beli..

..lepas dah habis makan tu, ada menu tambahan pula..minta waffle+ice cream..and again daddy turutkan juga, beli waffle tu..dan pastinya bila beli makanan, anak-anak kami tak akan membazir, pastinya makanan yang dibeli habis dimakan..yang paling memeranjatkan adalah kebiasaannya mereka nak orange juice atau ice milo..aku beli orange juice 2 jumbo mug lagi..dan beli 1 gelas teh tarik untuk diri sendiri..masa aku pergi beli popiah..bila balik ke meja makan, aku tengok mereka tak minum orange juice tu tapi mereka minum dah nak hampir habis teh tarik aku..aduhai, kenapa hari tu begitu berbeza sekali citarasa anak-anak kami..bukan seorang saja yang minum teh tarik tu tapi ketiga-tiga Fatihah,Fayyadh,Fakhriy minum teh tarik ku..kesimpulannya orange juice tu tak berminum..makan aku dan daddy dia la yang menghabiskannya..

..inilah dikatakan..citarasa manusia tidak semestinya sentiasa sama saja..ada masanya inginkan kelainan atau ingin mencuba sesuatu yang baru..