..inilah yang dinamakan..kita sebagai hambaNya hanya merancang..tapi Dia yang Esa..yang menentukan segalanya..kami rancang sabtu,13hb tu pagi-pagi nak balik kampung..which is kampung aku la kan..yg dah 2 bulan aku tak balik tu..
..tapi dari jumaat tu, aku tengok hubby tak berapa sihat..mengenali dia..memang kalau dia sakit, dia memang tak cakap pun..dia tak mengeluh..selagi dia boleh bertahan..dia akan ta han..selagi dia b oleh bangkit..dia akan bangkit..tapi jumaat malam tu memang dia tak selera nak makan..minum air saja..
..hinggalah ke pagi sabtu..di mana jumaat malam tu pun dia tak boleh tidur menahan kesakitan..kesakitan dia tu adalah di dalam mulut..gusi dia bengkak..biasalah bila bab sakit kat dalam mulut ni..memang tak selera nak makan, tambah lagi nak bergerak2 pun tak larat jadinya..dah macam nak demam pun ya jugak hubby tu..
..pagi sabtu..kemas-kemas barang dimana seperti yang dirancang nak bergerak balik kampung..tapi kelihatan daddy anak-anakku tak bermaya nak bangun..hanya duduk tersandar saja kejap di meja makan,kejap di sofa..dia tak banyak bercakap..dia hanya mampu minum air kosong saja..
..mak di kampung dah call few times ke hp ku..bertanyakan agak-agak jam berapa kami bertolak balik..aku hanya mampu menjawab, tengok keadaan macam mana..sebab menantu dia tak berapa sihat..bunyi hampa saja suara ibuku..bila aku memberikan kata-kata tidak pasti tu..
..boleh dikatakan setiap satu jam, ibu di kampung membuat panggilan ke telefon bimbit ku..hati aku jua rasakan serba salah..ibu tertunggu-tunggu..tapi suami tersayang pula tidak sihat..aku hanya berdoa agar suamiku..cepat sembuh..tapi kita hanya merancang, yang maha Esa yang menentukan..
..memang tak ada rezeki nak pulang awal ke kampung sabtu tu..sepanjang hari suami tersayang tak sihat menahan kesakitan..kesian betul tengok dia..sayu betul rasa hati..jarang dia terlantar sakit macam tu..dah la si kecil Farriys hari tu tak nak langsung dengan aku..nak dengan daddy dia saja..bertambah kesianlah pada suami aku..
..kesudahannya, hingga ke petang..ibu membuat panggilan..ku berikan kata putus..rasanya tak dapat pulang ke kampung pada hari tersebut..memang tak larat langsung hubby nak bergerak ke mana-mana..dia akan rasa bertambah sakit bila bergerak-gerak..maka kalau naik kereta bergoyang-goyang, pastinya bertambah sakit dia rasa..
..maka, sabtu malam tu..aku sediakan dinner untuk anak-anak..setelah makan, aku tidurkan anak-anak..dan hubby hanya tersandar saja di kepala katil..dia tak dapat nak memejamkan matanya akibat dari kesakitan yang ditanggung..pastinya mata aku juga telah mengantuk..tak larat dah nak menahan mata nak temankan dia..
..sesekali ku bukakan juga mata, melihat keadaan hubby..kemudiannya aku lihat..dia dapat melelapkan mata sekejap-sekejap..dalam hati aku..ya Allah, ya tuhanku..kau sembuhkanlah sakit suami aku, sedih betul aku melihat dia menahan kesakitan tu..
..di pagi ahad..setelah bangun dari tidur..aku tengok..dia sedang melayan Farriys..soalan pertama yang aku tanya..sakit sangat lagi ke?..jawapan dia..beransur kurang dah..aduhai lega rasanya dengar jawapan dia tu..lepas tu dia tanya, nak balik kampung tak..aku kata, kalau u larat..nak balik rasanya..oklah, kemas barang, geraklah..jawab dia..dalam hati aku..yahoo..seronoknya..ibu di kampung pasti tertunggu-tunggu kepulangan kami..mak..tunggu..kami akan pulang ni..
..kami gerak dalam pukul 11 pagi..masuk saja highway..keluar dari bangi tu..terus saja jem..aduhai..dah la cuaca panas, jem pulak, hubby tak sihat, bila panas ni bertambah sakit la kesakitan dalam mulut dia tu..aduhai..aku saja ajak borak..tak nak bagi dia layan kesakitan dia tu..memang kesianla tengok keadaan dia..dia gagahkan juga nak balik ke kampung tu..dia tahu mak mertua dia dah tertunggu-tunggu..
..perjalanan yang biasanya sejam..jadi 2 jam setengah..dalam keadaan cuaca panas terik tu..akhirnya sampai juga kami di rumah ibu tersayang..mak dah tahu kami akan sampai..tiba saja dirumah mak, macam-macam telah terhidang di meja makan..aku dan anak-anak makan ikut selera masing-masing tapi kesian sekali lagi..hubby tak dapat nak makan sangat..kesakitan mulut dia tak mengizinkan untuk dia menjamu selera..
..hinggalah ke malam..dia kurang bercakap..sebab tak berapa larat nak bercakap dalam keadaan sakit dalam mulut tu..malam pun dia tidur awal..tidur ala-ala tidur ayam sebenarnya..dia kurang bercakap..mak mertua dia pun perasan..tapi takpa lah y ang penting..dia gagahkan juga bawa isteri dan anak-anak dia pulang ke kampung..thank you very much, sayang..you always understand what I feel..and what inside me..tqvm..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kesian nya abg joy...
Post a Comment