Thursday, February 11, 2010

..i’m counting down..counting down to the date 19th…

..dalam pejam celik pejam celik..dah 10 tahun usia perkahwinan kami..aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah memberikan keizinan usia perkahwinan kami mencecah 10 tahun pada tanggal 19hb ni, dan aku juga b erdoa agar jodoh ini berkekalan buat selama-lamanya..

..setiap perjalanan liku-liku perkahwinan selama 10 tahun ini..banyak kenangan-kenangan yang amat berharga pada kami..begitu berharga sekali liku-liku perjalanan perkahwinan kami..kami harungi setiap onak dan duri bersama..tidak pernah kami membiarkan salah seorang hadapi onak dan duri sendirian..segalanya kami hadapi bersama..susah atau senang..tetap kami harungi bersama..

..bila disingkap semula perkahwinan kami selama 10 tahun ini..aku akui aku amat bahagia bersama seorang lelaki yang Parizol bin Amran..aku merasakan dia seorang yang amat istimewa dalam hidup aku, aku dapat merasakan aku adalah seorang yang istimewa dalam diri dia..dan dia adalah seorang yang amat istimewa pada anak-anak kami..

..bila aku ‘flash back’ 10 tahun yang lalu..siapakah diri aku pada seorang lelaki bernama Parizol Bin Amran..hanyalah seorang kawan biasa..tiada apa-apa ikatan yang istimewa..tapi dengan izin Allah s.w.t. sekarang kami adalah sepasang suami isteri dan mempunyai 4 orang cahaya mata yang menyinari perkahwinan kami..

..aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah mengurniakan seorang suami yang cukup baik dan memahami..tiada yang indah selain dari mengharungi arus kehidupan ini bersama suami yang mithali dan ayah yang mithali pada anak-anak aku..

..hanya kadang terfikir adakah selama 10 tahun ini..adakah aku seorang isteri mithali, isteri yang baik pada suamiku, ibu mithali pada anak-anakku..hanya dia,suamiku saja yang dapat menjawab persoalan itu..insyaAllah, akan aku terus berusaha untuk menjadi seorang isteri yang lebih baik untuk suamiku, seorang ibu yang lebih baik untuk anak-anak kami..dan juga seorang anak yang lebih baik untuk ibuku..

..bila diimbas kembali, saat kami dinikahkan..hati ini amat gembira sekali..dan saat doktor khabarkan aku mengandung anak pertama kami..tidak terkata betapa bahagianya rasa pada saat itu..dan tahun demi tahun..Allah mengurniakan lebih banyak rezeki..bertambahnya cahaya mata kami..memiliki rumah sendiri..macam-macam lagi rezeki yang Allah kurniakan..maka dengan itu hanya ucapan kesyukuran saja yang perlu diingat untuk dipanjatkan pada Allah s.w.t..mendekatkan lagi diri padaNya..untuk menyampaikan tanda kesyukuran padaNya..

..semoga jodoh dan perkahwinan kami ini berkekalan selama-lamanya..semoga Allah sentiasa melindungi suami dan anak-anakku walau dimana mereka berada..semoga kami sekeluarga sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t..

No comments: