..ada kalanya kita rasa begitu seronok pada satu-satu hari tu, ada kalanya pula kita rasa begitu tidak seronok pada hari-hari yang lain..maka itulah yang dinamakan keistimewaan dalam kehidupan kita sehari-hari yang dilalui itu..
..mengapa aku mengatakan ia adalah istimewa sebab, hari-hari yang dilalui itu boleh dikatakan tidak sama keadaannya jika dibandingkan hari-hari tersebut..ada masanya satu hari tu begitu memuaskan hati kita dengan apa yang kita lalui,hadapi & selesaikan..tapi ada masanya satu hari tu begitu membosankan kita atas sebab apa yang kita harus hadapi juga, apa yang telah dan patut kita lakukan..
..apabila dikatakan istimewanya kehidupan kita ia adalah kerana, setiap hari yang kita lalui tu dapat memberi banyak pengajaran,panduan untuk menempuhi kehidupan yang akan datang..ada masanya memberi kita kematangan apabila kita menghadapi sesuatu keadaan yang amat merumitkan..ada masanya kita belajar erti lebih mengenali seseorang dan membawa kepada suatu perhubungan, persahabatan yang baik..
..semua orang ada kenangan masing-masing dengan kehidupan sehari-hari..rasanya tidak salah kalau kita jadikan kenangan manis dan kenangan pahit itu adalah suatu keistimewaan dalam kehidupan kita juga..sebab selalunya kenangan manis dan pahit itulah yang diingat selalu dan segar di ingatan manusia..maka dengan itu, begitu istimewanya kenangan-kenangan yang kita lalui itu..
..kita juga boleh membuat pilihan lain, iaitu menganggap kenangan-kenangan pahit terutamanya adalah suatu beban pada fikiran kita, tetapi kita juga boleh membuat pilihan kenangan-kenangan pahit itu adalah suatu perkara yang positif dalam menempuhi kehidupan akan datang, di mana jadikan ia sebagai garis panduan bila menghadapi situasi yang sama semula..
..apabila kita mengatakan begitu istimewaanya kehidupan kita sehari-hari, maka secara tidak langsung kita akan menghargai kehidupan kita bersama keluarga, menghargai diri kita dan juga kita menghargai orang-orang disekeliling kita..dunia yang kita diami ini hanyalah pinjaman, adalah lebih baik kita letakkan dunia yang kita diami ini, apa yang kita lalui adalah amat istimewa buat diri kita dan keluarga..lebih lagi apabila kita kehilangan selama-lamanya ahli keluarga, sahabat handai, orang-orang disayangi..
..maka apabila kita telah meletakkan kehidupan yang kita lalui sehari-hari itu adalah suatu keistimewaan dalam hidup, bila kita menghadapi kehilangan mereka..maka kita akan rasa ada keistimewaannya kehidupan kita semasa hayat mereka masih dikandung badan ketika bersama kita.. ..apabila kita menghadapi suatu masalah dalam kehidupan kita, ia juga dikategorikan suatu keistimewaan yang hadir dalam kehidupan kita..ada kemungkinan masalah yang kita hadapi itu membawa suatu yang lebih baik di masa akan datang, membawa suatu rahmat buat diri kita, apabila suatu perkara membawa kebaikan, rahmat pada diri kita..maka itulah dia keistmewaannya masalah yang mendatang dalam hidup kita..dengan syarat, kita melihat dari sudut yang positif..
..kenapa secara tiba-tiba aku terfikir tentang apa yang istimewa dalam kehidupan ini..segalanya adalah kerana aku terfikir apa yang istimewa sepanjang perkahwinan aku yang akan mencecah 10 tahun ini pada tanggal 19 Februari 2010..kami akan menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 10 pada 19 Februari ini, apa yang terlintas difikiran aku adalah..setiap saat-saat yang aku dan k ami lalui sepanjang 10 tahun ini adalah amat istimewa dan keistimewaan yang ada pada setiap hari itu memberi seribu satu kenangan yang amat berharga buat kami..malah setiap keistimewaan itu membawa lebih banyak kebahagiaan pada kami sekeluarga..
..aku mengajar diri aku agar tidak menganggap kehidupan yang telah dilalui dan akan dilalui adalah suatu beban..tidak sekali-kali akan dianggap beban..malah aku mengajar diri ini, setiap yang berlalu dan akan mendatang adalah suatu keistimewaan buat diri ini dan keluarga tersayang..mereka yang telah bersama-sama merasai keistimewaan selama perkahwinan kami yang mencecah 10 tahun ini adalah mereka yang dipaparkan wajah-wajahnya dibawah ini.. ..aku berdoa agar kegembiraan kami berpanjangan dan sentiasa diberkati Allah s.w.t kerana semuanya tidak akan terjadi tidak akan hadir tanpa izin Allah s.w.t..segala yang baik semua adalah kurniaan dari Allah s.w.t..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
really love the 1st pic....
Post a Comment