..aku menghitung hari..menghitung hari menuju ke tanggal 19hb Februari, 2010..kenapa..sebabnya adalah..ia adalah hari ulangtahun perkahwinan ke 10 kami...tidak sabar rasanya nak sampai ke tanggal tersebut..bila difikirkan, tak sangka sama sekali..perkahwinan kami telah mencecah 10 tahun..
..syukur ke hadrat ilahi..yang memberi keizinan pada perkahwinan kami hingga kekal ke hari ini..aku berdoa pada Mu, ya Allah..agar perkahwinan kami ini kekal selama-lamanya..aku juga bermohon pada Mu..ya Allah..agar kau berkatilah perkahwinan kami dan kau lindungilah perkahwinan kami dari bencana-bencana yang tidak diingin..serta kau lindungilah zuriat-zuriat kami yang kau kurniakan..
..pada saat ini, apa yang mampu ku katakana hanyalah kegembiraan yang terpancar di hati dan diwajah aku..kesyukuran yang ku panjatkan kepadaNya..atas kebahagiaan yang ku kecapi bersama suami dan anak-anak tersayang..tiada lain yang setanding kegembiraan aku ketika ini..selain..kegembiraan hidup bersama seorang lelaki bergelar suami dan mereka yang bergelar cahayamata..
..selagi lagi ku panjatkan kesyukuran pada mu ya Allah di atas kurniaaMu selama 10 tahun perkahwinan kami ini, semoga kau kekalkan kebahagiaan ini bersama aku dan keluargaku..semoga kau lindungin aku dan keluargaku..semoga kami sentiasa berada dilaluan yang benar..aminn..
..apa yang aku hadiahkan pada suami tersayang sempena ulangtahun perkahwinan ke 10 ini adalah..another set of office attire..hehehe..bagi melihat dia sentiasa segak dan tampan ke tempat kerja..hanya Allah yang tahu, detik hati aku ini menanti tanggal 19hb Februari,2010 ini dengan penuh debaran..dimana dan bagaimana kami akan ‘celebrate’ ulangtahun perkahwinan ke 10 kami ini..tungguuu..cerita episode yang akan datang ya..sabar..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
semoga di lindungi Allah dunia dan akhirat.....
Casino Poker - 100% up to $200 Deposit Bonus - Casino
Casino Poker Review 벳 인포 Casino Poker is powered by Real Time Gaming and has a massive 텍사스 홀덤 족보 player base bet 분석 and 10 벳 its huge user base. nathanyotheblog.com It
Post a Comment