..tiap-tiap hari..kalau tak sms atau call kekasih hati, memang tak sah..kadang-kadang tu sms berkali-kali, tak balas2..kalau sms pun tak balas, maka kalau call tu, memang tak angkat..ada masanya sms, jawapannya ringkas jer..i dalam meeting,sayang,..i ada discussion, honey..
..ada masanya nak tanya perkara-perkara yang ‘urgent’ pun agak susah..sejak setahun kebelakangan nilah rasanya, kekasih hati makin bertambah sendat jadualnya..meeting sana meeting sini, discussion sana, discussion sini..mana taknya..si dia dah banyak terlibat dengan ‘management’..dan kurang dalam job technical..
..mengenali diri kekasih hati..dia memang tak suka cakap hal-hal rumahtangga, hal-hal peribadi, selain dari hal pejabat ..di waktu pejabat..dia akan bagi jawapan ringkas dia..nanti kita discuss kat rumah ya,sweetheart..
..dulu-dulunya sukar untuk aku terima tindakbalas kekasih hati aku tu..tapi setelah…aku fikir-fikirkan, ya memang ada betulnya cara kekasih hati aku tu..hakikat sebenarnya..aku harus hormati kehendak dia dimana dia berada ditempat kerja..mencari nafkah untuk siapa..untuk kami juga..
..yang pastinya..kekasih hati aku..dah banyak perubahan..dulu-dulunya dia tak berapa pandai nak bersikap romantik dan manja..tapi setelah 10 tahun berkahwin ni..dia telah menunjukkan banyak perubahan..dan aku dapat rasakan masa ke semasa semakin disayangi disisi dia..makin kuat rasa sayang antara satu sama lain..Alhamdulillah..semua ini dengan izinNya..semoga ianya berkekalan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
semoga perkahwinan kamu akan sentiasa di rahmati Allah.....amin...
Post a Comment