..pertama sekali aku bersyukur ke hadrat ilahi dengan segala nikmat yang dikurniakan dan dilimpahinya ke atas kami..begitu besar rezeki dan nikmat yang diberi olehNya..di kala orang lain menghadapi pelbagai kekurangan..dikala itu Allah memberikan rezeki yang berlimpahan..
..bila diukur..apakah yang dinamakan rezeki itu..kebiasaanya..orang akan melihat kepada wang ringgit..tapi sejak 5 tahun kebelakangan ini..apa yang aku lalui dalam hidup..telah aku pelajari..bahawasanya rezeki yang Allah kurniakan datangnya dengan pelbagai bentuk..mungkin ada masanya kita terlupa, Allah menurunkan rezeki pad a hambanya boleh dikatakan setiap hari ada saja rezeki yang kita perolehi..setelah subuh hari, kita bangkit menunaikan solat subuh..maka itu saja sudah menggambarkan..satu rezeki yang besar telah Allah berikan..kerana Allah telah memberi rezeki untuk kita masih bernyawa dan Dia mahu kita terus mendekatkan diri kepadaNya..
..andai difikir-fikirkan memang tidak disangka usia perkahwinan kami telah mencecah 10 tahun..aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah memberi rezeki sebesar ini..sememangnya bukanlah mudah untuk mengharungi alam perkahwinan..pelbagai dugaan dan ujian yang dilalui..tetapi itu semua kami jadikan sebagai pedoman dan panduan untuk terus mengharungi kehidupan alam rumahtangga di masa akan datang..
..andainya dibandingkan dengan ibu ayah kami..yang telah mengharungi perkahwinan selama lebih 40 tahun..dan mereka masih bersama bahagia hingga ke hari ini..kami ini hanyalah sedarang ¼ saja yang kami lalui dari mereka..maka yang perlu diketahui, masih banyak lagi onak, ranjau dan duri yang harus diharungi di masa akan datang..segalanya terpulang pada hati dan budi bicara suami & isteri..
..sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 10 ini yang jatuh pada esok hari 19hb Februari 2010..aku ingin berkongsikan bersama kegembiraan dan kesyukuran aku bersama orang-orang tersayang dan terdekat juga bersama pembaca-pembaca blog setia aku ini..doakanlah agar perkahwinan dan jodoh serta kebahagiaan kami kekal buat selama-selamanya..
..khas buat suami tersayang, tercinta..dirimu adalah yang terindah dalam kehidupanku dan juga anak-anak kita..keluhuran, ketulusan dan keikhlasan hatimu adalah amat membahagiakan hati ini..moga abang akan kekal selamanya dengan apa yang abang ada dihatimu..
..semoga insan-insan dibawah ni akan kekal perkahwinannya dan jodoh berkekalan serta kebahagiaan sentiasa milik mereka..bersama anak-anak tersayang..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sempat posse...makan apa tu...
Post a Comment