Tuesday, February 02, 2010

..hubby dengan spec barunya..

..setelah sekian lama, aku menyuarakan tentang pandangan yang kabur hubby aku tu..dan dah banyak kali jugalah aku cadangkan dia memakai cermin mata..seperti isterinya ini kan..masa ke semasa..dia tak mahu memakai cermin mata dan menolak untuk membuat cermin mata..tapi setelah aku pujuk sebab dia dah sampai ke tahap susah nak membaca..

..akhirnya, dia bersetuju untuk pergi ke kedai cermin mata, dan membuat cermin mata..kerabunan dia tak seperti aku..aku rabun jauh, tapi dia rabun dekat atau lebih dikenali rabun yang berlaku pada mereka yang sukar membaca dalam jarak dekat..bila didalam kategori dia ni..jadi kenalah buat cermin mata yang dinamakan bi-focus atau multi-focus..bermaksud cermin mata yang ada 2 fungsi untuk pandangan biasa dan untuk pandangan dekat..

..agak mahal juga cermin mata hubby aku ni..tapi mengenangkan kekaburan dia membaca itu, jadi tutup mata sebelah bayar sajalah harganya yang lebih sebelah tangan itu..bila dah siap cermin mata dia, kami pergi ambil dan bila dia pakai, wah..boleh tahan juga kacak hubby aku bila dah pakai spec tu..hehe..sapa lagi nak pujikan, sayang selain isteri sendiri..boleh la di tatap wajahnya ber’spec’ kat bawah ni..


2 comments:

imanamani said...

hensem...hensem....

imanamani said...

tapi baju yang ko pakai tu teh...er menyerlah kan kemakcikan kau..dah nampak macam alang ...