..esok tanggal 5.2.2010 adalah hari ulangtahun hubby yang ke 39..semestinya tak sempat nak belikan hadiah kalau hari bekerja ni, jadi aku dah beli masa cuti hari wilayah hari tu..aku nak ambil kesempatan ni, nak ucapkan ‘Selamat Hari Ulangtahun Yang ke 39, sayang’ & semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, segala ibadat diberkati Allah s.w.t..menjadi suami mithali, ayah mithali dan anak yang soleh terhadap kedua orang tua..
..agak lama memikirkan apa yang nak dihadiahkan pada suami tercinta..dan akhirnya rasa nak hadiahkan sesuatu yang boleh dipakai hari-hari dan bila dia memakainya teringat akan isteri dia yang seorang tu..akhirnya, setelah difikirkan semasak-masaknya, memang amat berbaloi aku membuat keputusan menghadiahkan kemeja kerja 2 helai, seluar 2 helai & tali leher 2 helai..kedai yang bernama G2000 yang menjadi pilihan hati dia selama ni adalah kedai yang bertuahlah yang mendapat hasil pembelian hadiah dari aku tu..
..tak sabar rasanya nak tengok dia pakai kemeja,seluar,tali leher baru tu..memang dari dulu lagi aku suka dia pakai kemeja cutting slim fit..nampak segak..berbanding dengan kemeja yang loose fit, Nampak macam dia pakai baju pinjam pun ada gak..agak lama jugalah dia tak membeli tali leher baru, katanya masih elok lagi yang dalam simpanan dia..tapi aku inginkan satu kelainan pada dia..sebabnya tali leher yang aku hadiahkan tu ada printed design, disbandingkan yang dia ada tu hanya plain colour tie..
..nanti esok, akan aku snapkan gambar hadiah2 dia tu..dan tepekkan di sini..buat kenang-kenangan harijadi dia sebelum mencecah umur 40 tahun di tahun akan datang..semoga Allah sentiasa melindungi suami yang tersayang walau dimana jua dia berada..semoga dia sentiasa kekal dengan sikap seorang suami dan ayah yang amat penyayang dan bertanggungjawab..insyaAllah..
..again, happy 39th birthday khas buat suami tersayang, Haji Parizol Haji Amran..perkhawinan selama 10 tahun ni amat membahagiakan bersama mu..dalam apa jua keadaan yang kita hadapi dan lalui bersama anak-anak tersayang..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
mauaahaa... tidak lari kah budget mu bulan ini...
Post a Comment