Wednesday, December 31, 2008

..awal muharram & hari terakhir 2008..

..sempena tahun baru hijrah ni..dan hari terakhir 2008, aku pun nak ambik kesempatan utk mencoretkan kenangan pada hari terakhir bagi tahun 2008..aku akhiri tahun 2008 ni dengan hati yang sedih dan juga gembira..

..aku sedih sebab dari last week, baby aku Farriys tak sihat..last week dia kena demam panas..3 hari tu demam..dengan temperature 39.1 lagi..jumpa doktor..terus kena masukkan ubat punggung tu..then baru jer baik demam, kena lak ala2 macam campak..kat seluruh badan dia..depan dan belakang..dan jugak, tangan..bawak jumpa doktor..doktor kata bukan campak, maybe virus terkena kat skin dia..actually tak tahu lah..is there anything related to kami bawak dia gi gunting rambut @ dibotakkan..ke..takut..dia tak tahan kena rambut2 halus yang digunting tu ke..kami pun tak sure..doktor bagi lotion sapu utk sapu kat badan dia tu..so disebabkan dia tak sihat dari last week..tu yang aku amik emergency leave tu..and today baru datang kerja..and lepas ni cuti balik sampai minggu depan..

..rasa gembira sebab..jumaat ni Fayyadh masuk sekolah baru..aku lak yang excited nak tengok Fayyadh masuk darjah satu, ibu berdoalah..supaya abang ngah ok masuk sekolah baru..harap2 la abang tak nangis yer..barang2 sekolah dia so far semua dah ready..aku baru jer selesai menjahit kaki seluar sekolah, hujung lengan baju melayu dan seluar sekolah agama dia, dan jugak lencana sekolah dia..jenuh gak nak abiskan menjahit tu..tapi..alhamdulillah..semua dah selesai..tinggal aku nak membalut buku teks jer lagi..fayyadh belum dapat lagi buku teks..so kakak punya lah..kena bertungkus lumus ni membalut..nak cop nama lagi kat buku2 semua tu..semuanya tertunda sebab..Farriys tak sihat..kena put attention kat dia dulu..la kan..dia dah sihat..so nak buat apa pun tak susah hati..

..so hari ni last day utk Fayyadh ke nursery..after this..dia kena ke transit yg dekat dgn sekolah dia tu lah..and akan dihantar dan jemput..oleh ibunya lah kan..siapa lagi..hehe..cepat jer masa berlalu kan..sekolah pun dah nak start balik..maka bermula la semula arena busy gaban nanti bila anak2 dah mula bersekolah semua..nak monitor dia orang lagi hari2..lebih lagi Fakhriy lak last year of kindergarten..so kena la banyak lagi tumpuan kat dia..insya Allah..ibu berdoa agar anak2 ibu semua diterangkan hati..senang timba ilmu..aminn..

..rasanya..till here for now la dulu..nanti will update for the opening of 2009..semoga apa yang aku target utk 2009 akan tercapai..setakat ni apa yang ditarget utk 2008..alhamdulillah..banyak gak yang tercapai..dan ada gak yang kena dicarry forward ke 2009..dalam perkataan yang lain..Allah tidak akan merubah nasib seseorang itu, selagi dia tidak merubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..

..Special Congratulation tu my niece Atiqah..who got 8A for her PMR..semoga Iqa akan terus berjaya dan membuat mama Iqa gembira..


Tuesday, December 23, 2008

..kesibukan melanda - back to school time..

..well, minggu depan on Friday which is 2nd January, 2009, Fayyadh masuk standard one, on that day actually ada orientation utk budak2 darjah satu..as seorang ibu..sure banyak benda yang aku fikirkan, boleh ke Fayyadh tu handle diri sendiri tu, boleh ke Fayyadh tu berdikari, boleh ke Fayyadh tu pergi balik ke sekolah dan transit sendiri..but..bila difikirkan balik, kakak dia Fatihah pun macam tu gak dulu..aku just follow for 3 days jer, then she needs to be independent, well, I need to do the same thing to Fayyadh, dah tiba masanya dia belajar utk berdiri di atas kaki sendiri..time by time..aku explain kat dia yang sekolah primary tak macam masa dia kat smart reader dulu..dia still assume sekolah darjah satu nanti..ada teacher yang boleh tolong dia..but..aku selalu ingatkan dia..it is different environment..everything you have to do by yourself..yang aku risau tu bab pergi kantin, beli food, aku tak sure la camana nanti nak train dia..but daddy dia memang tak risau langsung..daddy dia kata..bila dia dah masuk sekolah tu..ada kawan2..insya Allah pandai la dia nanti..so..aku fikirkan balik..betul juga, fatihah dulu tak tahu juga, tapi time by time pandai dah dia membeli..and pandai dah memilih nak makan apa..aku just hope orang kantin tu jujurlah dengan budak2 kecik yang baru masuk sekolah ni..if ada balance..harap2 orang kantin tu return la dengan secukupnya..

..talk about barang2 sekolah lak..at this moment, semua dah beli cuma tinggal baju sekolah fatihah nak ambil kat tailor weekend ni, and also this Friday nak beli buku sekolah agama lak..but..even semua dah beli..tapiiiiiiii..ibunya ada banyak benda lagi tak buat, buku belum balut..buku teks, buku aktiviti, buku tulis..nama kat buku belum bertulis..baju sekolah, baju sekolah agama belum bergosok, ishhh..serabut otak ibu ni..bila fikirkan benda2 yang belum settle ni..but..aku kena ada target la kan..segalanya need to be ready by 30th December, if not I'm going to face trouble..yerlah..mana taknya..yang sekolah 3 orang, fatihah, fayyadh, fakhriy..so aku kena settlekan fakhriy yang mana next year akan pergi smart reader sendirian tanpa abangnya..aku dah consult..awal2 lagi..explain dengan dia baik2..yang this time dia kena pergi nursery dan school sendiri..at first..dia nak gak abang dia..but kami explain elok2 kat dia..and also..remind dia yang dia ada cousin lagi 2 orang yang pergi sama2 dia nanti..so bila dia dengar nama cousin yang close dengan dia tu..rafiqi..dia terus kata ok..boleh..abang chik pergi school sendiri nanti dengan rafiqi..abang ngah nak pergi sekolah besarkan dia kata..so..aku dan daddy dia pun senyum..lega..

..saat2 masa ni..duit keluar cam paip air..yelah..mana tak nya kan..semua kena beli..utk fayyadh since dia naik darjah satu, for kakak just top up mana yang patut la, but as usual, fees utk fakhriy kalau tak 1k, tak sah lah kan awal2 tahun baru ni kan..em..aku plan weekend ni..nak organise barang2 sekolah fayyadh..so ada kelapangan nanti aku selit2kan photonya kat sini yer...orang lain cuti akhir tahun..aku dan husband cuti awal tahun seminggu coz nak settlekan fayyadh at his new school..diam tak diam..anak kami yang kedua dah nak masuk darjah satu, means umur kami pun makin bertambah..maka amal ibadah & amal jariah pun patutnya kena bertambah la jugak..insya Allah..


Thursday, December 18, 2008

..flickr - vacation - cherish moment..

..so far aku tak cerita lagi pasal vacation kita orang sempena cuti sekolah ni..
..tak jauh pun pergi..kami ke sana..utk memenuhi impian dan permintaan anak2 aku utk bermain di swimming pool..so yang terdekat dan so far yang best aku pernah pergi ke Tiara Beach Resort kat mana lagi..kat my home town ler..Port Dicksonnnnnn..anak2 aku punya la happy..sampai..ajak balik bilik tak nak keluar dari pool tu..dan esoknya ajak balik pun tak nak balik gak..daddy dia plan nak extend another one day..tapi aku kata..its enough..nanti lain kali kita datang lagi..at least..daddy dia decided jadikan yearly event utk ke Tiara tu..so tu maknanya..kerja aku la kena book bilik..awal2..setiap tahun tu..yelah..aku ni kan secretary terhormat husband aku tu..hehehe..oklah gambar yang aku load kat flickr tu cukup menggambarkan betapa gembiranya anak2 aku..masa gi bercuti..tu..so u all boleh ringankan jari u all yang comel tu utk menatap cherish moment, closing of year 2008 kami..kat sini..Tiaraaaaaa...

..picasa updated - fakhriy's birthday celebration

..2 hari lepas kami celebrate birthday fakhriy..simple jer celebratenya..kali ni tak potong kek kat rumah..saja bagi dia potong kek kat restoran..masa we all had our lunch tu..dah abis lunch..we all make move to alamanda utk beli present utk fakhriy..punya la jenuh nak memilih toy apa yang dia nak..dia pilh lain..ayah dia nak present lain..ibu nak bagi lain..at last..ibu decided ambil satu jer..beli lah..engineering development toys..iaitu helicopter..kena sambung2 la part tu..then jadi la helicopter..actually abang dia..fayyadh pun dapat gak toy..kena gak belikan satu..utk abang tu..if not kesian lak..tengok adik jer dapat..since daddy dia amat bermurah hati..so dapat la kan....punya la diaorang seronok..hehe..hakikatnya ibu pun tumpang sekaki sebab daddy belikan tudung ekin yang baru..best..tul..gembira ibu dapat tudung baru tu..anyway..aku ada selitkan gambar outing masa birthday fakhriy tu..anda dipersilakan utk menekan di siniiiiiiiiiiiiiii............

..sorrylah..lately ni..slow sikit nak update blog..banyak benda yang aku fikirkan..hujung2 tahun ni kan..hal anak2 banyak nak diuruskan dan lain2 hal..rasanya nantilah aku sharekan dengan u all..rasanya minggu depan terungkai la segala apa yang aku fikirkan tu..ok jumpa lagi dilain slot..

Friday, December 12, 2008

..aku terjebak gak..cun ke tak cun..

..baru2 ni aku tergoda la sangat dengan tudung ekin tu..lama gak..aku memikirkan nak beli ke tak nak beli ke tak...akhirnya..aku try la tudung ekin yang kakak aku hadiahkan masa bersalinkan Farriys hari tu..aku pun try ler..yang aku paling suka kat tudung ni..adalah..satu jer..sebab...ringkas dan senang sangat nak pakainya..kalau dukung Farrisy tu kalau Farriys tarik2..tak lah susah nak betul kan..cam aku pakai tudung bawal..asal2nya elok jer pakai tudung tu..bila dah sampai ke destinasi..dah senget2 dah tudung aku tu..kalau tudung ekin ni..Farriys tarik2 pun..senang jer nak betulkan pun..bukan setakat aku yang tergoda dengan tudung ekin tu..anak dara aku sorang tu pun..nak gak tudung ekin tu..aku tengah memikir ni wajar kah aku bagi kat dia..rm46 tu aku beli..nak bagi anak dara aku tu pakai kang..aku kena beli yagn lain la pulak...jenuh la nak membeli lagi kan..tapi..daddy dia kata..bagi jerlah..nanti daddy belikan ibu yang lain lak..so..aku pun adalah snap photo..masa aku try2..tudung ekin tu..ha kat bawah ni..lihat la wajah ku itu bertudung..baru..hehehe..

Wednesday, December 03, 2008

..Smart Reader Kids Concert Day 2008

..last Sunday, we all gi concert day Smart reader kids..anak2 aku..Fayyadh & Fakhriy..
..ada snap photo..so berminat nak melihat gambar2 mereka..dan juga aku serta husband..anda silalah click ke siniiiiiiiiiii

..Fayyadh dapat award for the Most Improving Student in the school..congrat for anak ibu..tak sangka abang dapat award on that day..

Tuesday, December 02, 2008

..lagu kegemaran saat ini..

..tak tahu kenapa aku asyik dengar lagu ni jer..hari2..sing by Ungu..Andai Ku Tahu..


Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

..aku..diriku yang semakin membesar..

..well, tetiba aku teringin mencoretkan perihal..diri aku yang semakin membesar ni..kalau anak2 aku semakin membesar sedap gak bunyinya kan..ni ibunya yang semakin membesar..tu pun..sebab semalam ada 3 orang kat ofis aku ni tegur..dengan soalan "hey..do u put on weight?'..soalan cepu mas..yang obvious tu..masa aku baru balik dari bercuti bersalin..aku lost weight..banyak..perut tak nampak punya..tapi skang ni..ntah lah..ni mesti akibat..makan tak ingat dunia..aku ni kan senang jer nak turun..bila kurang makan..dan senang la jugak nak naik bila terlebih makan..

..aku memikirkan camana skang ni aku nak handle diri aku ni yang semakin membesar bagai johan..aku tengok diri sendiri kat cermin pun..aku sendiri tak puas hati..tu..bukan apa nanti naik2 berat ni..senang dapat penyakit..anak2 kecik lagi..memerlukan perhatian..dan aku ada tanggungjawab towards my lovely kids..apa yang patut buat skang ni azam baru adalah..kurangkan makan yagn berkhabohidrat..itulah yang diwar2kan oleh kengkawan aku ..ish..boleh ke aku ni kurang makan..aku ni dah lah jenis tak memilih..apa pun boleh makan asalkan halal...

..lately ni aku tak nak amik gambar diri sendiri..ngeri tengok gambar sendiri..bila muka makin membulat..dah macam hurut "O" dah..yelah..dah lah takada excersice..makan lak no limit..mana tak nya boleh jadi kawan pada ahli Ku2..tu..ish..kena amik tindakan yang drastic ni..takleh tangguh2..tapi perut aku ni..makan kurang sikit..start ler berbunyi and pedih lak tu..camana den nak diet ni..takper takper..insyallah boleh..boleh..malaysia boleh..jadikan azam tahun baru la cam ni...nak turunkan berat badan..heheheh..

..balik umah..lepas makan handle anak2..dah penat..tidur..ish tak sempat lagi makanan dalam perut tu nak hadam betul2..thats why jadi lemak tu..zaman skarang ni kan easily can get penyakit..so beringat lah anda..kita kena usaha..utk mencapai kejayaan..aminnn...

..saja aku nak jadikan kenangan..ketika muka ku ..bbbuuulllaaatttt....bulat..sebut betul2 anak2..bulattt...hahaha..tengok kat bawah ni..masa gi tesco..



Tuesday, November 25, 2008

..seperti yang dijanjikan..

..kat posted yang lepas2 aku ada janji nak letak wajah depan..benda alah tukan..so hari ni aku paparkan apakah bendanya..dan terjawab la segala persoalannya..aku tepekkan..semasa dia make up pada sabtu lepas..eii..benda ni aku bawak..rasa cam kena buli jer..ish..kadang geram gak..rasa nak tekan jer minyak tu..tapi tak perlah..kenanglah orang tersayang..so the photo can tell everything..nanti den sambung lain..ada lagi hutang ni..tak tepek gambar..

Monday, November 24, 2008

..weekend yang amat memenatkan..

..weekend lepas penatnya aku..kesian gak kat anak2 aku..pack sungguh sabtu dan ahad lepas..
..kami bawak baby gi amik jab, hepatities..kat klinik pakar tu pun tunggu lama gak..
..as usual abang adik akan buat tempat main kat klinik tu cam taman permainan sendiri..
..husband aku..geram jer dengan diaorang..biasalah budak2 bila dah seronok main..lupa segala..
..hampir 2 jam gak aku kat klinik tu..sib baik baby..tak meragam..baik anak ibu..ya..sayang..
..dah settled kat klinik..kami ke puchong..ada appointment dgn kedai tinted kereta..
..appointment kul 1, tapi dari bangi kul 1.15, ok lah kot..sampai sana tak la lewat sangatkan..

..tiba kat kedai tinted..sib baik..tak banyak keta..infact kami dah buat appointment..so cepatlah..
..tapi..part nak memilih tinted tu yang parah..tu..kami ada voucher..rm150..tapi kami kena tambah lah duit sendiri..utk pasang tinted tu..pilih punya pilih..ok..settle..kena tambah rm450..
..so..aku bersama suami dan anak2 tercinta menunggu la..orang tu pasang tinted kat keta..
..baby ok..la tak meragam..tapi abang dia..fakhriy..lak yang meragam..sebab dia dah letih..
..memang waktu tidur dia kul 2 tu..so aku pun suruh dia baring kat stroller baby..
..korang bayangkan..si fakhriy baring kat stroller baby tu..cuak gak aku..takut paatahh...
..em..lama gak la aku kat kedai tinted tu..sampai anak2 aku..naik bosan dah..
..settled kat situ..aku balik ke bangi..bawak kakak gunting rambut..then..gi beli susu anak..
..waduh...penat tul rasanya..sampai kat umah dah maghrib dah pun..melepek semua orang..

..actually plan kami, nak ke umah mother in law..tapi tengok anak2 dah penat sangat..
..so, daddy dia decided balik ahad pagi jer..so, aku pun tidurkan anak2..dan aku tidur skali..
..ahad lak..seharian..di umah mother in law..baby tak sihat..ada batuk..so aku tak lah..
..spenuhnya di dapur..my baby is more important..kalau dia tak sihat..aku gak yang risaukan..
..so..aku just nak share kan gambar2 masa weekend lepas..buat cuci mata yer..


Friday, November 21, 2008

Thursday, November 20, 2008

..19 November - Fatihah's birthday celebration ..

..seperti yang dijanjikan, aku dan hubby bawak anak2 outing utk celebrate birthday Fatihah, we all fetch dia dari tuition..and masa nak masuk kereta, adik2 dia nyanyi happy birthday utk dia..surprise for her..dari adik2..tak sangka lak pandai adik2 tu nyanyi kan lagu tu..semoga hubungan kalian akrab sehingga bila2..insya Allah..

..then kami terus menuju ke alamanda..hubby plan nak bawak diaorang pergi games city depan bowling centre tu..so..daddy dia gi tukar token..ntah berapa puluh ringgit..takpelah..sekali sekali apa salahnya..kan daddy..duit utk siapa lagi kalau bukan anak2..tersayangkan..then..dah puas kat situ..we all bawa Fatihah gi pilih hadiah birthday dia..tanya dia nak apa..dia kata..suka hati la nak bagi apa..surprise la..so seperti yang dah di plan, hubby memang nak belikan dia mp3 player..then kami heading to carefour..terus gi bahagian audio..and daddy dia pilih lah..pilih punya pilih, daddy pilih yang brand sony..then daddy dia suruh pilih nak colour apa..for sure la kan dia akan pilih colour apa lagi..pink..pink..pink..then aku cakap..cuba pilih warna lain lak..sebab..aku tak minat warna pink..hehe..then daddy dia suggest beli warna merah..so..dia kata oklah..boleh jer..so daddy gi bayar..dan setelah bayar..berebut2 la jugak abang adik nak kan player tu..then daddy dia cakap, kalau abang adik nak macam kakak tu, boleh tapi with condition, kena belajar rajin2..dapat result bagus..then you will get it in your hand..then abang jawab..oklah..abang nak belajar rajin2 la nanti daddy belikan player tu..adik lak diam jer..biasalah..dia kan bab2 belajar..ni kurang rajin..tapi pandai..ajar sekali terus dapat..so kakak pun membawak la hadiah yang daddy dah belikan tu..happynya la dapat benda tu..

..selesai kat carefour..kami heading to food court sebab adik2 dah bising, lapar dah..tanya fatihah nak makan apa..dia kata..tak nak apa..nak waffle saja..ish..aku cakap kat ayah dia..mana boleh gitu..tu sebab dia dah kemaruk dengan mp3 player dia tu..tapi aku berkeras cakap kakak kena makan gak..at last..semua orang makan nasi ayam..tengah syok2 makan..tetiba daddy dia dapat call, salesman suruh amik benda alah tu..ish..nak marah jer aku..time2 nak bagi anak2 makan time tu lah dia suruh amik benda alah tu..em..hubby pun.cakap..lagi setengah jam lah kitorang gerak..aku memang angin dengan salesman tu..tapi takper..biarlah amik cepat and tak yah dah deal apa2 dengan salesman tu..

..jenuh la aku membawa anak2 aku ke presint 9 tu..jauh gak..tak lah dekat dengan alamada tu..kat situ dah 9.30..settle kan itu ini itu ini..10.30 baru gerak balik..daddy bawak 2 orang anak..aku bawak 2 orang anak..masa balik..kami sesat jalan..jenuhla nak cari jalan keluar..pusing pusing pusing akhirnya dapat gak cari jalan keluar menuju ke Kajang..then straight jelah sampai rumah..bila dah masuk umah..semua keletihan..termasuk la aku dan daddy..dia..tapi camana pun aku kena bawak diaorang cuci muka, tangan dan kaki dulu..and ganti pyjama diaorang..and also ganti diapers baby..aku tak leh tengok anak2 tidur tak pakai pyjama..pada aku tak selesa..aku pun tidur pakai pyjama gak..dah habit dari kecik sampai la skang ni..hehehe..well..aku rasa setakat ni dulu..coretan aku..serba sikit story about celebration day untuk kakak..nanti aku tepek kan benda alah yang kakak dapat as present tu..and benda alah yang aku kena amik malam2 tu..wokey..wa chow..dulu..

..wanna see the kids acting..see hereeee...

Wednesday, November 19, 2008

..19 November - happy birthday to you, sayang..

..hari ni 19 November, genap la kakak umur 8 tahun..hari ni birthday kakak yang ke 8, kenangkan kembali saat kelahiran kakak 8 tahun yang lalu, masih segar di ingatan aku melahirkan anak sulung, sehari sebelum kakak dilahirkan adalah hari konvo aku..aku naik gak pentas amik scroll aku..walaupun dah sarat perut aku.

..dah besar dah anak sulung aku..tahun 2009 naik darjah 3, maka kesimpulannya..umur aku pun makin meningkat..banyak yang perlu diubah dari pelbagai segi..insya Allah dengan izin dariNya, aku akan cuba berubah..

..di kesempatan ni, ibu ingin mengucapkan Selamat Hari Kelahiran yang ke 8 buat anak ibu, Fatihah Binti Parizol, ibu doakan semoga kakak sihat selalu, terang hati utk menuntut ilmu dunia dan akhirat, dimurahkan rezeki serta dilanjutkan usia..serta menjadi anak yang solehah, hamba Allah yang taat..aminnn..

..hari ni aku dgn daddy dia ambil half day utk celebration kakak, need to fetch adik2 dia dulu dekat nursery..then..fetch kakak dari tuition kat SmartReader..well, how's the day going on, i will update tomorrow..maybe got surprise today for the kids..

..outing together..suka betul bergambarkan..hehe..

Tuesday, November 18, 2008

..kenangan aidilfitri 2008 kat umah mak..

..kenangan masa raya tahun ni..aku sebadikan kat siniiiii...silalah..ke situ ya..tak susah..just click saja kat situuu...

ni..aku saja2 try kat photoscape..hehe..


















..dalam posted aku yang lepas2..aku ada cakap pasal..pilihanku mengikut budgetku..so benda yang dinanti2kan..akan sampai hari ni..aku ada cakap nak letak gambar dari sisi depan kan..ok..nanti balik..aku snap photo sisi depan dia ya..dan akan aku sharekan disini..berzaman gak kami menunggu benda tu nak kunjung tiba..hehehe..

..suatu keadaan yang memberi kesedaran..

..hari ni aku tak tahu kenapa tiba2 aku teringatkan kisah seorang kawan kepada kakak aku..
..kisah ni disampaikan oleh kakak aku pada aku masa raya yang lalu..as lots of people know..kakak aku adalah single parent..for quite sometime dah..dia membesarkan 2 orang anak dia tu sendiri..
..storynya..masa raya yang lalu, kakak aku ziarah kawan sekolah dia masa form 5 dulu, kawan dia ni ada 3 orang anak, dia sefamily tinggal rumah mak dia..setiap tahun masa raya kakak aku pasti akan ziarah dia..aku pun musykil, apasal la dia tak kan mis utk ziarah kawan dia tu..memula aku ingat kawan dia tu pun single parents, tapi tak..husband still available..they all still stay together..

..then utk menjawab kemusykilan aku tu..aku tanya kakak aku..kenapa tak pernah mis ziarah rumah akak tu yer..kakak aku jawab..macam ni, bila ziarah akak tu, akan memberi banyak keinsafan pada dia..dan anak2 dia..and dia nak sharekan dengan adik beradik aku..still aku tak dapat jawapan pada kemusykilan aku tu..kakak aku kata..ha sure nak tau kan apa yang buat rasa keinsafan tu..kakak aku kata..dia single parents..rasa cam sedihnya rasa jadi single parents ni, segalanya sendirian..kadang sunyi..layan diri sendiri..

..tapi..kakak aku kata..bila kenangkan nasib kawan dia..dia rasa..dia amat bersyukur ke hadrat ilahi kerana Allah masih memberi dia ketenangan dan kesenangan..sebab bila dia ziarah kawan dia tu..kawan dia tu ada husband tapi macam tak ada husband..dia besarkan anak2 dia..sendiri..dan ada masanya dia kena bagi duit pada husband dia..husband dia tak nak bekerja..dan tak membantu..pun cari nafkah besarkan anak..kawan..dia selalu menangis sendirian bila kenangkan nasib dia, dan selalu bertanya pada diri sendiri..kenapa aku harus hadapai semua ini..kenapa..kenapa..and bila jumpa kakak aku..dia selalu cakap ayat ni..biarlah ko hidup takada husband pun..dah tentu kau janda..janganlah jadi cam aku ada husband tapi..serupa macam takada..

..kakak aku kata..dia nangis bila dengar kawan dia cakap macam tu..masa aku dengar kakak aku citer tu..kakak aku yang sorang lagi pun ada..kakak yang sorang lagi tu kata..kesimpulannya, the moral of the story..kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah berikan pada kita..biarkan sesuatu perkara tu mungkin dipandang rendah oleh orang lain..(ertinya: cam kakak aku yang janda tu..memang orang selalu pandang serongkan pada janda, tapi disebaliknya..dia masih hidup gembira dan ada ketenangan..kalau comparekan dgn kawan dia tu kan..bukan janda..tapi hidup dalam kesedihan)..

..
kakak aku pesan..lihat lah apa yang kita ada, tapi orang lain tak ada..jangan lihat apa yang orang ada, tapi kita takada..dan ingatlah hidup kita ni sementara, dunia hanya pinjaman, jadikanlah kehidupan orang lain sebagai iktibar..letaklah diri kita di dalam keadaan sentiasa harus berubah untuk menjadi hamba Allah yang taat pada suruhanNya..

..so, bila terkenangkan kawan kakak aku tu, aku panjatkan doa kesyukuran pada ilahi kerana kurniakan lelaki sepertinya sebagai suami dan ayah pada anak2 aku..alhamdulillahh...i love you so much, abang..thank you for accepting me as ur wife..me as ur wife rasa macam banyak lagi perkara yang kena berubah untuk menjadi isteri solehan..dan ibu mithali..insya Allah dengan izin dariNya, kita berusaha berubah..dari masa ke semasa..yang penting niat di hati adalah ikhlas..betul tak pembaca blogku yang setia??...

..segala usaha datang dari kita..yang menentukannya adalah yang Esa, Allah tak akan merubah nasib seseorang melainkan, orang tersebut cuba merubah dirinya...dan untuk berubah bukanlah kena berubah overnight..pasti mengambil masa..utk melakukan suatu perubahan..betul tak kawan..upin dan ipin..tanya..hehehe..

Monday, November 17, 2008

..sessi membawa kanak2 riang tengok madagascar..

..sabtu lepas seperti yang dijanjikan..aku dan kakak aku bawak anak2 gi tengok madagascar II, kat mana lagi yang terdekat dgn umah kami GSC Alamanda ler..aku tak bawak la Farriys kan, dia tinggal dengan maid kakak aku..so u all dapat bayangkan tak, camana bawak 6 orang kanak2 yang berumur antara 4 ke 9 tahun..ish ish ish..walhal..kami berempat tu..jaga dia orang..yang paling aktif sekali..Fakhriy dengan lovely cousin dia yang sebaya tu, Rafiqi..my handsome nephew..comitment diaorang masa dalam cinema not bad la..ok la gak..cuma dah hujung2..Fakhriy dah ngantuk..so tidur kat atas riba daddy dia..Shafiqi, my another nephew pun tidur gak masa dah hujung2 tu..

kakak aku belanja McD, so budak2 tu dapat la toys Madagascar tu..masing2 asyik main jer toy tu sebab toy tu berbunyi..selagi tak habis bateri selagi tu lah..dibunyikan..kalau dah habis baterinya..then..tak nak main dah toy tu..letak tepi jer..tunggulah..nanti bila dikemudian hari bila dah takada toy nak main..cari balik toys lama2 tu..













Wednesday, November 12, 2008

..madagascar is coming..

..hari ni hari terakhir aku OT kat ofis..so lepas ni boleh fikirkan tentang anak2 nak bawak ke mana cuti sekolah ni, anyway..aku dan kakak aku dah decide nak bawak anak2 gi tengok madagascar, as conclusion..aku dah pun beli tiket kat e-ticketing..fuh..beli utk 10 orang tu..kami gi 2 family..so anak2 aku dah tau yang they all akan dapat gi tengok madagascar..so sekarang ni..benda tu sajalah..yang diaorang keep on cakap..terlalu excited la tu..hari tu masa bawak HSM3 tu, abang adik tak minat cerita tu..so kali ni madagascar tu lah yang dinanti2kan..sebab tu lah..cerita yang diaorang minat..

..anak2 aku menghitung hari jer..gembira sangat la..nak pergi tengok madagascar..bukan apa last time they all terlepas kungfu panda...lagi pun masa tu..aku tengah dalam pantang bersalin..so melepas la nak tengok kungfu panda..beli baju kungu panda jerlah..kemudiannya..hehe..

..kebusyan..aku bekerja..membuatkan aku tak sempat nak update blog aku ni..nanti la aku cari masa nak udpate banyak perkara..insyallah..

Monday, November 10, 2008

..weekend kerja..rindu kat anak2..tgk gambar je..

..kat flickr..ada tambah kids photo..so kalau rajin..ada masa terluang tu boleh la click kat siniiiiiiiiiiiiiiiii...then dapat la tengok..

Saturday, November 08, 2008

..aku kena kerja weekend..


..well..hari ni aku dan team aku kena kerja..kami kerja cam weekday gak, 9-5, komen aku..kerja weekend ni rasa lain macam sikit lak compare dengan weekday..maybe sebab weekend aman sikit..tak ada orang kan..hanya ada team ak jer..aku teringat kat anak2 kat rumah..daddy diaorang yang jaga..so petang ni aku balik..nak bawak they all jalan2 sat..sian pulak..duk umah jer..esok aku kerja gak..hehe..makan gaji..cam ni lahhh..gayanya..




..pekerja2 harapan negara..dan bangsa..hehehe..

Thursday, November 06, 2008

..HSM3 = High School Musical 3..alkisahnya..

..disebabkan aku kena bekerja weekend ni, jadi last week hubby decided nak bawak anak2 tengok movie this week..so..as conclusion, aku telah booked ticket HSM3 last monday..dan hari menontonnya adalah semalam..di mana di GSC Alamanda Putrajaya ler apa lagi..yang paling dekat dengan rumah kami..kami bawak Fatihah, Fayyadh, Fakhriy, dimana Farriys?? Farriys aku anta umah kakak aku..bibik kakak tolong jagakan..yang abang2 dia berkali2 la tanya, kenapa tak bawak Farriys..jenuh la ibu nak explain..tapi tak puas hati gak..adik kena tinggalkan..

..Fatihah memang peminat setia HSM, so dia paling seronok la tengok movie tu..siap cakap tak cukup 2 jam..sekejap sangat..buatlah 5 jam ke..aduh duh..kematu la punggung ayah ibu..menengoknya..tapi yang lagi 2 orang itu..ayoyooo..they all buat hal sendiri..satu ayah jaga..satu ibu jaga..Fayyadh ok gak lagi..suruh dia duduk diam..dia diam gak..tapi dia dah tak selesa..dia gi goyang2 kaki..dia..tertendang la berkali2 kerusi orang depan..dah..orang depan duk toleh2 belakang..aku pegang kaki fayyadh tak bagi bergoyang2..berkali2 ler aku stopkan kaki dia..dia start cakap..nak balik nak balik..

..Fatihah betapa kusyuknya..pana betul tengok citer tu..ala2 concentrate betul la..aku siap tanya dia tu..kakak faham ke citer tu..dia jawab..mestilah faham..ibu ni..ni kan HSM3, yang 1 and 2 kan dah tengok..aku dengar gitu..so diam jerlah..yang lagi satu hero aku tu..Fakhriy..ayah dia jenuh la layan..setengah jam yang pertama jer dia ok..diam sebab dapat makan popcorn dengan famous amos cookies..lepas tu..ya allah..dia bangun duduk bangun duduk..berjalan ke sini ke sana..lalu belakang orang..sure lah disturb orang yang menontonkan..ayah dia pujuk2..diam kejap..kejap jelah..lepas tu buat baik..tu..aku kata..dah boring tahap gaban la tu..fakhriy cakap..apa la citer ni..tak best la..madagascar best la..kebetulan dia nampak iklan madagascar 2 lak kat screen tu..ayah dia..cakap elok2..kata..jangan merayau2 gelap ni..sini banyak cocroach..dia memang takut benda tu..then start la dia cakap nak susu la..nak tidur la..

..Fatihah tak hiraukan pun kami..yang duk memujuk adik2 dia ni..seakan2 hanya dengar suara dari screen tu jelah..yelah..kita kenalah menghormati minat orang lain kan..takkan orang jer nak ikut apa yang kita minat..bila dah kul 9 hati aku pun lega sikit..sebab dah nak abis tu..masa tu, ayah dia dah riba fakhriy dah..sib baik dia mahu la gak duk diam kat ayah dia..ayah dia tergelak2 sebenarnya berkali2 masa dia dah boring..dia tonggeng2 kat kerusi pun ada..ayah dia sound aku..kata..tak sesuai la citer ni utk dia..dia tak faham pun citer tu..tu sebab dia boring..then aku pun akui la..ayah dia kata kita ganti dengan citer lain la..kita gi tengok madagascar 2 nanti..tu maknanya tugas aku la tu..utk check movie dan book ticket nya..yelah nak cuti sekolah ni..banyak la citer budak2 keluarkan..

..aku selitkan sikit gambar masak gi tengok HSM3 semalam..




















































Tuesday, November 04, 2008

..alhamdulillah..fatihah ok hari ni..

..alhamdulillah ku panjatkan doa ke hadrat ilahi..yang mengizinkan segalanya..
..pagi ni fatihah ok ke sekolah..aku yang hantar dia pagi ni..dia senyum jer masa ke sekolah..
..petang semalam masa amik dia dari sekolah keb. pun nampak ok..senyum jer..tapi jauh di sudut hati aku ni rasa..sedih sangat..bila teringatkan balik bila dia dipukul tu..rasa sedih sangat2 hati aku ni..malam tadi aku slow talk dengan fatihah..and kakak aku pun slow talk dgn dia..seems like dia dengar cakap aku..and this morning dia pergi sekolah..ceria jer..sesungguhnya ini semua adalah kehendak dan izin allah s.w.t..aku sebagai hambanya hanya mampu berdoa..dan berserah..

..esok aku nak bawak anak2 aku tngok movie..aku nak spend time dengan fatihah..so at least biar dia tahu bahawasanya..ibu dia amat menyayangi dia..dan really care of her..tu lah satu2nya anak pompuan aku..setakat ni..mana tahu ada rezeki lain..wallahualam..kan..
aku nak bawak esok anak2 aku sebab..weekend ni aku kena kerja..saturday & sunday..sian anak2 aku..ibu bekerja sayang..ibu cari makan utk anak2 ibu gak..utk masa depan kalian gak..insyallah..lepas system go-live nanti ibu amik cuti..bawak gi jalan2 lagi ya..

..aku berdoa setiap waktu solat..agar..allah..tetapkan hati fatihah..next year..fayyadh lak masuk standard one..another challenge for us..to handle anak lelaki masuk ke alam persekolahan yang sebenar..hanya doa ibu pengiring hidup kalian seharian..

..actually, aku nak sharekan news about ayah kawan Fatihah telah kembali ke rahmahtullah pagi tadi..aku kenal sangat dengan Encik Osman tu..al-fatihah buat En.Osman, aku dapat tahu yang dia hidap barah..but i'm not sure barah apa..semalam masa ambik fatihah dari sekolah..aku nampak kawan fatihah tu tak seceria biasa..muram jer..rupa2nya dia nak jadi anak yatim hari ni..sesungguhnya ini semua kehendak ilahi..ajal dan maut ditangan tuhan..kita sebagai hambanya harus sentiasa beringat..akan tiba masa masing2..sekali lagi al-fatihah buat arwah En.Osman..buat anak En.Osman..hanania kawan fatihah..aku doakan agar dia akan tabah lalui kehidupan akan datang..

Monday, November 03, 2008

..again..hari yang suram buat aku..

..hari ni husband hantar Fatihah gi sekolah..aku lak lambat keluar, then tetiba husband call kata Fatihah tak nak gi sekolah..dia menangis2 depan building sekolah agama tu..then aku gi follow..aku marah la gak dia..tanya dia kenapa tak nak gi sekolah..dia tak jawab2..husband dah tunggu satu jam depan sekolah tu..agaknya husband aku dah tak boleh sabar kot..husband aku bawak Fatihah masuk kereta, then apa lagi..kena marah kena pukul ler Fatihah dengan daddy dia..aku dah slow talk dengan dia..tanya perlahan2 kenapa kakak tak nak pergi sekolah..dia tak jawab apa pun..aku antara serba salah..bila husband pukul dia..kalau tak pukul tak bagi ajaran..tapi bila pukul..rasa kesian..pening dah kepala aku ni fikirkan caranya supaya..Fatihah beritahu kenapa dia tak nak gi sekolah..takut2 gak ada orang buli ke..ada orang kacau ke..

..at last, kakak aku datang..amik fatihah anta ke transit dia..masa kakak aku anta pun..dia meronta2 nak balik..aku dgn husband..tengok dari jauh jer kakak aku anta dia ke transit..hati aku antara..sedih, kesian, risau, macam2 ada dalam perjalanan ke ofis..asyik terfikir kenapa la anak perempuan aku sorang tu tak nak gi sekolah..kami terkejut sebab dia bukan jenis budak cam tu..walaupun kadang demam, batuk..dia tetap gak gi sekolah, tapi kali ni kena marah, kena pukul camana sekali pun dia tetap tak nak ke sekolah..ya allah ya tuhanku..aku redha dengan ujian mu ini ya allah..sesungguhnya hanya pada Mu sajalah tempat ku mengadu..kau bukakanlah pintu hati anak aku ya allah..agar menjadi anak yang baik..

..perasaan aku punya la tak tenang..sehinggakan nak call transit tanya fatihah camana pun..aku rasa tak sanggup..asyik terbayang di mata aku..masa husband pukul dia tu..jarang sangat husband pukul anak2..tapi hari ni..mungkin dia dah tak ada pertimbangan lagi..tapi aku tahu..dia rasa bersalah tu...bila dia pukul..dia yang call transit tanya fatihah camana..dia rasa menyesal gak tu pukul fatihah, aku nak concentrate buat kerja kat ofis pun susah..asyik terfikirkan fatihah..macam2 yang aku fikirkan utk tahu apa sebab dan punca fatihah tak nak ke sekolah tu..

..adakah..aku bersalah sebagai seorang ibu, aku gagal pujuk anak aku utk ke sekolah..sesungguhnya seperti motto hidup aku..apa yang berlaku, ada hikmah disebaliknya..sesungguhnya hanya Allah s.w.t saja yang mengetahuinya..hati aku ni meronta2 tak sabar nak balik petang ni, nak jemput fatihah balik sekolah..aku nak bercakap dengan dia, perlahan2 nak tanya dia kenapa dia macam tu, apa yang buat dia berkeras tak nak ke sekolah..saat ni hanya yang mampu, aku berdoa ke hadrat ilahi agar dia lindungi anak2 aku..zaman2 skang ni banyak gangguan yang tak kita sedari..dan utk mendidik anak2 mengikut ke jalan yang benar, bukan lah suatu usaha yang mudah, dengan pelbagai pengaruh sekeliling..

..actually, hari ni aku berhajat nak share bersama pembaca2 setia blog ni, aku nak sharekan the sweet moment masa kami bawak anak2 berjalan..tapi takde mood nak tulis bila kejadian pagi ni lebih menguasai kotak fikiran aku..aku hanya mampu termanggu bila daddy dia pukul dia, aku hanya mampu bersuara kata dah lah..pukul dia pun..tak solve problem ni..aku teringat lak pepatah melayu..sayangkan anak tangan-tangankan..tapi zaman skang ni aku tak tahulah..masih boleh pakai ke pepatah tu..kalau dengan Fakhriy, tak boleh guna cara tu, bila guna cara lembut, baru dia ok..nampak gayanya..kenalah aku bermohon pada yang Esa, bak orang kata..apa2 pun..kenalah ada usaha seorang ibu tu, aku kena panjatkan doa, dirikan solat hajat, agar anak aku kembali ke keadaan biasa..aku itu sajalah yang aku mampu fikirkan buat masa ni..kalau la mak kat kg tahu hal ni..sure dia akan susah hati..

..hari ni aku decide nak balik awal la, nak talk to fatihah, tengoklah nanti camana hasilnya..tengok esok pagi keadaan dia..ya allah ya tuhanku, sesungguhnya hanya pada mu ya allah tempat aku memohon, hanya dengan izin mu ya allah, segala doa2 hamba mu dimakbulkan..aku memohon pada mu ya allah..kau terangilah hati anak2 aku..aminn...

Wednesday, October 29, 2008

..kenapa..dia kena pergi gak..sikit photo Farriys, Fakhriy,Fayyadh..

..latest news hari ni aku dengar, hubby kena gi Kuching next week, ish..berita paling benci yang aku tak suka dengar bila hubby kena gi outstation la..rasa hati ni memberontak bagai nak gila..bila hubby inform kena outstation, yang aku lebih tak rela tu sebab baby tak berapa sihat lately ni, so I need him most of the time, to take turn between us to take care the baby..ish..naper la..takada orang lain ke yang boleh ganti hubby aku tu..lagi2 dia lagi2 dia kena outstation..suka sangat la diaorang anta dia tu..bukan masalah aku tak boleh handle sendiri apa2 hal dan anak2..masalahnya..saat ni aku memang tak rela kami berjauhan..ni tak tahula kalau tiba masa dia kena tugas kat Mekah..3 bulan tu..ish..tak dapat bayangkan, mahu aku menangis hari2..(teringat lak 5 tahun lalu, dia pergi, hari2 aku menangis, terseksanya rasa dia takada)..

..aku cuba pujuk hubby, cakap cari lah orang ganti..then hubby bagi jawapan..sesekali berjauhan..ok gak kan sayang..bertambah rindu..emm..baikkk punya jawapan..ntahlah..memamg mulut aku kata ok..pergilah..tapi hati aku melompat2 kata tidakkkkkkkkk..tidakkkkkkkkk..tapi apakan daya..hubby aku tu pergi sebab tugas, bukan suka2 nak pergikan..kalau ikut hati..aku nak bawak semua anak2 aku ikut sekali..tapi tak leh la..Farriys..tak baper sihat..nak bagi dia betul2 sihat..baru boleh berjalan ke mana2..

..so hubby decide nak call mak, minta mak temankan isteri dan anak2 dia kat umah..tapi not sure..whether mak free or not..selalunya weekend mak ada majlis marhaban..benda yang kami nanti2kan pun belum kunjung tiba lagi..katanya minggu ni tapi esok dah khamis pun lum ada berita lagi, takperlah tak kemana pun kalau nak dikejar..tunggu jelah ketibaannya nanti..

..well, esok Fayyadh, Fakhriy final exam, start dari last week dah buat dah latihan..hopefully, anak2 ibu boleh buat exam tu nanti..cuti sekolah tak lama lagi, kami belum plan lagi nak bawak anak2 bercuti ke mana..kesian lak cuti lama2 tak ke mana..pergi balik rumah nursery jer, bosan betul diaorang nanti..ada gak hubby mention pasal nak naik keretapi nak gi utara..ok gak idea tu..aku kena check ler jadual keretapi lak..(yang hakikatnya aku ni pun seumur hidup tak pernah naik keretapi, kapal terbang je pernah)..

..ish..fikirkan bosan jer bila hubby kena outstation tu..seminggu lak tu..ish..teruk sungguh la depa tu..bagi la orang lain pergi..kesian la kat aku dgn anak2 aku..sure hari2 anak2 aku akan tanya daddy dia gi mana..dan aku pun jenuh la menjawab hari2..daddy gi kerja..daddy gi kerja..kalau ada atuk dia, ok sikit..dia kurang sikit tanya..tapi takut atuk lak tak free nak ajak datang umah..anyway..tengok la camana nanti..akan aku update kan disini..apa kesimpulannya..

.. kat bawah ni ..Farriys dengan new car seat nya..and Farriys with his first book..Farriys with his big brother..Fayyadh, Fakhriy sibuk main kat umah my sister..

















Thursday, October 23, 2008

..anak-anak yg ku sayang..tak sihat..

..malam tadi kami bawak Farriys gi Pakar An nur, ambik jab for 5 months plus 2d jab pneumococoal..at first aku cuak gak nak bagi dia jab sebab..dia ada batuk plus flu..then doc kata ok..can proceed..timbang Farriys pun.berat ok..cun la..doc kata..jab yang 5 months tu ok..relax jer tak nangis pun..but bila doc masukkan jab pneumucocoal masa masuk jarum steady lagi..tapi bila doc picit ubat tu nak masukkan..ha..masa tu..tetiba muka Farriys yang ceria jadi kelat dan terus bersuara..menangis lerr apa lagi..sian baby aku..tapi ibu buat tu semua utk kebaikan mu jua nak..ibu sanggup bayar utk amik jab tu..pneumococoal is one of the jab yang really advice by paediatrician..after discuss with hubby, then we all decided nak ambik jab tu, means for our baby, he needs to take 4 times jab pneumococoal tu which it costs rm1280..demi anak..hubby kata..its ok..just proceed..

..orang tak la ramai sangat semalam kat klinik an nur tu tapi yang meriuhkan keadaan adalah anak2 aku sendiri..yang kakak dgn abang2 tu..main dan cukup la they all 3 orang tu..dah bising dah kat klinik tu..aku nak bagi diaorang duduk diam2 aku ajak..borak la..aku ajak amik gambar..wah wah..kalau bab amik gambar..spotting jer anak2 aku tu..parents yang ada kat klinik tu ketawa jer tengok they all 3 orang tu..mana tak nya..dah la umur dekat2kan..bila cakap nak amik gambar tu..cepat2 posing tu..tu yang tak tahan tu..kang aku bagi korang tengok posing budak 3 orang tu..and gambar Farriys dengan daddy dia..kat klinik..daddy dia ajar main..toys kat klinik tu nak bagi dia diam..dia nak duduk dia nak berjalan2..dah pandai dah skang ni...bila naik keta pun kalau keta parking..nangis..kalau keta bergerak jer..ha..diam terus..

..actually bukan saja Farriys tak baper sihat..batuk and flu..tapi Fatihah pun tak sihat..pagi ni bangun nampak dia tak berapa segar..batuk pun dah kuat..dah la tengah final exam, sedih tul tengok anak2 ibu tak sihat kan..before aku gerak pagi tadi..aku bagi dia makan ubat dulu..ibu doakan kakak cepat sembuh..boleh jawab exam dengan baik..insyallah..aku memang cukup susah hati bila Fatihah batuk sebab..dia boleh kena attack dengan semput dia tu..bila dia dah terlalu lama batuk..alhamdulillah la mata dia ok..sib baik bukan sakit mata..kalau tak..memang kesian sangat la kat dia..


..tengoklah tu betapa cerianya mereka..diaorang buat klinik an nur tu cam klinik sendiri..


Wednesday, October 22, 2008

..candit saat yang menggelikan hati..

..kakak masa gi majlis hari raya ofis husband..sekali tengok..dah besar dah kakak..tapi tengok kat luar...kurus jer..dah nak naik darjah 3 tahun depan..tapi kecik comel jerr..tu yang ada orang ejek dia 'Fatihah pendek' tu..sian anak aku..adalah orang ejek2 dia..then aku cakap kat anak aku..takper kakak..biar orang buat kita..tapi ingat kita jangan buat orang..

then lagi dua gambar tu..Fayyadh and Fakhriy tertidur dalam kereta lepas habis makan fries and burger mcdonald..kami tak sedar pun they all tertidur, mana tak nya..aku dgn husband kat row depan sekali, they all kat row last sekali kat keta tu..sampai umah..baru sedar yang they all dah tertidur dengan keadaan sorang pegang fries dan sorang lagi pegang beefburger..daddy dia punyalah ketawa tengok anak2 kesayangannya tu..then daddy dia suruh amik gambar tu..so aku pun sharekan la dengan korang..


..keadaan semasa aku yang muram..

..hari ni aku rasa..sedih lak pepagi..anak pompuan aku cam nak kena sakit mata..yang sian sangat tu..dia nak final exam lak tu seminggu ni..aku berdoa pada allah s.w.t...agar allah sembuhkan..anak aku tu..so dia boleh concentrate pada exam..apa2 pun..ibu tetap disisimu sayang..seperti title blog aku ni kan, setiap yang berlaku tu adalah hikmahnya...so aku redha dengan keadaan ni..hanya jauh disudut hati aku..sedih bila anak aku sakit..

..baby aku baru nak baik dari flu & cough, then kakaknya lak..kenapa kenapa kenapa semua ni harus terjadi pada anak2 aku..sesungguhnya allah ada sebab tersendiri dengan apa yang diberinya.. next week 2 hero aku lak nak final exam, berbagai rasa hati aku ni..anak2 nak exam, ibunya yang berdebar2..sebab pada aku..result exam anak2 aku tu memberi seribu satu makna pada aku..macam2 penilaian boleh dibuat bila dapat result tu nanti, especially yang Fayyadh Aniq tu, next year nak masuk standard one, so aku nak dia be prepared to go to the new world for him, sure dia akan shock bila tengok environment sekolah darjah satu compare dengan tadika dia..its ok son, mummy will give u full support..

..2 hari lepas, mak ngah belah mak aku kembali ke rahmatullah..aku bergegas dari ofis balik ke rumah, tunggu husband and bergerak ke rumah mak ngah..aku sampai2 alahai..jenazah dah pun dikebumikan..takperlah tak de rezeki nak tengok mak ngah buat kali terakhir..hanya doaku panjatkan buat arwah mak ngah..3 hari ni mak, dan makcik2 yang lain berulang alik ke rumah mak ngah buat kenduri tahlil..aku lak tak dapat pergi coz anak2 aku tak sihat..masa aku di rumah mak ngah, aku nampak di wajah sepupu aku tu kesedihan yang dirasainya..dia telah pun kehilangan kedua2 ayah ibu, aku terfikirkan..aku masih lagi ada ibu, walaupun ayah aku dah meninggal 10 tahun lalu..aku terdengar sepupu aku tu cakap kat mak aku..noor dah tak ada siapa2 lagi dah, noor hanya ada makcik2 sajalah tempat mengadu..sedihnya aku dengar..ya allah, ya tuhanku..tak dapat aku bayangkan..macam mana kalau aku berada dalam keadaan dia tu..hanya air mata yang menjadi peneman diri..dah la dia tak ramai adik beradik, dah tu dia lak dah bercerai..kat mana la tempat dia mengadu nasib..inilah yang dinamakan..takdir di tangan tuhan, kita hanya hambanya hanya mampu merancang, dan hanya allah yang menentukan..

..aku rasa cam aku tak seperti orang lain..tapi aku harus bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni..macam kakak aku pesan, kita rasa kita susah, ada orang yang jauh lebih susah dari kita..kesimpulannya..kita harus hargai setiap saat yang berlalu dalam hidup kita ni..setiap yang kita lalui tu akan mematangkan lagi diri kita..dan berusaha memperbaiki apa2 kekurangan..insyallah..kat bawah ni saja nak share bersama korang..

..ni Farriys main sorang2 masa perjalanan balik kg hari tu masa raya..
































..ni Farriys masa dah pandai meniarap totally, tak nangis2 dah sebab tangan dah tak tersangkut..another photo tu Farriys dengan daddy dia, daddy baru balik kerja..rindu kat Farriys..