Wednesday, December 23, 2009

..majlis kenduri kawin sepupu aku..

..last weekend, sepupu aku kawin..so pastinya kami sekeluarga sibuk menolong dari hari penikahan hinggalah selesai majlis kenduri petang ahad tu..meriah juga majlis kenduri kawin tu..aku sempat la jadi pengapit pengantin masa sebelum nikah tu..sebab nak jagakan barang-barang hantaran yg mahal-mahal tu..

..masa kenduri kawin tu, aku rasakan seperti perjumpaan raya pusingan kedua pulak..hati aku cukup gembira dapat jumpa adik beradik, ipar duai, anak-anak sedara..dan yang paling gembira aku rasa adalah ibu aku yang tercinta..tergambar kegembiraan di wajah ibu aku..yelah masa raya hari tu tak dapat nak berkumpul semua sebab masing2 beraya di rumah mertua..aku bersyukur ke hadrat ilahi memberi peluang utk berjumpa adik beradik aku..digantikan utk raya hari tu..alhamdulillah..

..aku tak sempat nak amik gambar semua orang tapi ada gambar2 yang aku abadikan yang tak dapat di ambil masa raya hari tu..aku ni kan gila bergambar..tinggal tak dapat dslr jer lagi..cita-cita nak dapat utk anniversary 2010 ni..sempena 10 tahun kawin..hehe..insyaAllah ada rezeki nanti adalah..kalau tak..rezeki lain la kan..hehehe..aku tak dapt nak mencoret panjang ketika ni..disebabkan jadual yang terlalu padat..tapi aku cuba juga curi2 masa agar blog kesayangan aku ni..tak hambar..dan tak menghampakan pembaca2 setia..kat bawah ni aku selitkan kenangan2 aku masa kenduri kawin tu..

..nilah pengantinnya..teringat aku 10 tahun lalu masa aku nikah..hehe..

..amik kesempatan nak bergambar berdua tuuu..

..aku dengan kakak2 ku yang tercinta...

..nilah dia anak2 sedara..aku..yg kuat berposing gak..

..lagi sekali amik kesempatan nak bergambar tuuuu...


Thursday, December 17, 2009

..selamat tahun baru hijrah..

..hari ni hari terakhir tahun hijrah 1430..esok bermula tahun baru 1431 hijrah..
..kalau di fikirkan apa yang dilalui sepanjang tahun 1430 hijrah ni..rasanya..byk juga yang mengajar aku erti kekuatan hati,ketabahan hati, dan juga memberi kematangan lebih lagi..akan aku jadikan panduan segala setiap yang aku lalui di sepanjang tahun ni..

..tahun baru menjelang tiba..azam di hati aku adalah utk memperbaiki taraf kehidupan sebagai seorang muslimah dari pelbagai sudut..aku telah pun melakukan satu penghijrahan yang besar menjelang tahun 1431 hijrah ni..akan aku lakukan lagi penghijrahan demi penghijrahan dari masa ke semasa..utk mendapat lebih keberkatan lagi dari yang maha Esa..

..Doa aku semoga semua umat Islam hamba Allah di muka bumi ini..akan mendapat keredhaan dan keberkatan atas setiap kebaikan yang dilakukan..akan aku melangkah ke hadapan dan meninggalkan kenangan2 pahit dan aku jadikan panduan di utk melalui liku2 kehidupan di masa akan datang..

..di sini aku ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan "selamat tahun baru hijrah 1431" kepada semua umat islam dimana pun jua berada..semoga kehidupan di tahun akan datang akan lebih baik dari tahun ini..

Friday, December 11, 2009

..rindu rasanya nak mencoret di sini..

..assalamualaikum kepada semuaaaaaaaaaaaa pembaca2 setia blog aku ni yang amat aku hormati..apa khabar semua? semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan Allah s.w.t..hendaknya..dan memperolehi kesihatan yang baik..maaf ku pohon sebab agak lama juga aku tak menyinggah di sini utk memberikan coretan2 kehidupan ku..

..rasanya aku perlu nyatakan kat sini, kebelakangan ni aku tak banyak masa nak mencoretkan titisan-titisan kehidupan aku dan keluarga disebabkan perjalanan kehidupan aku yang agak padat memandangkan berada di tempat baru..ya..aku berada di tempat kerja baru..dah hampir sebulan aku di tempat baru..maklumlah bila di tempat baru, maka banyak perkara yang perlu diketahui dan dipelajari..dan juga dikongsi..

..apa yang boleh aku katakan adalah..di tempat baru ni, memang ada kelainannya..dan aku akan cuba meng'adapt' kan diri aku dengan keadaan semasa ni..tapi jauh di hati aku..aku memanjatkan kesyukuran kerana Allah menempatkan aku di sini..sekurang2nya aku berasa ketenangan..dan beroleh kegembiraan..Ya Allah ya tuhanku, aku bersyukur ke hadrat mu ya Allah..kerana dengan limpah kurnia mu..ketenangan dan kegembiraan ini dapat aku nikmati..

..apa yang aku perasan..agak kurang aku mencoret di sini kerana jadual seharian yang padat..ingin juga aku cuba mencuri masa sebelum tidur tapi setelah menidurkan anak2..maka aku juga rasa penat dan nak saja terus lena..dulu di tempat lama aku masih boleh lagi bangun selewat2nya jam 5.45 pagi tetapi sejak di tempat baru tidak lagi..aku harus bangun jam 5.15 pagi, kerana nak menyiapkan anak2 dan menghantar anak2 ke taska dan sekolah..

..banyak juga cerita2 liku2 kehidupan yang tak sempat aku coretkan di blog kesayangan aku ni, tapi akan aku usahakan..cerita2 sedikit2 apa yang berlalu..biar ia kekal menjadi kenangan manis aku bersama keluarga..cuma yang terbaru..aku sedang berusaha menyediakan keperluan2 sekolah anak2 aku..maklum la..kan..dah 3 orang ke sekolah..Fakhriy lak nak masuk darjah 1 ni, maka banyaklah ringgit yang diperlukan..bukan setakat ratus-ratusan tetapi ribu-ribuan..tapi itu semua tanggungjawab husband aku dan diri aku..anak2 amanah Allah s.w.t...maka adalah wajib utk membesarkan mereka dengan baik..

..apa yang aku rasa sekarang adalah..terasa amat rindu nak berjalan2 dengan suami dan anak2..agak lama tak pergi berjalan2 dengan mereka..insyallah esok lusa akan aku aturkan jadual yang disusun khas utk bersama anak2 kami..insyaAllah..segala dengan izinMu ya Allah..aku juga rasa rindu sangat nak mencoret banyak perkara di sini..akan aku cuba usahakan..bukan apa..semuanya untuk dijadikan kenangan buat anak2 aku..dan kenalan yang amat disayangi..

..aku takat ni dulu..aku mencoret..kita jumpa lagi di coretan yang akan datang..dengan pesanan..apa pun jua yang kita lakukan dan hadapi..hendaklah ada rasa jujur dan ikhlas..dan diri kita ..kita serahkan pada penciptanya..Allah s.w.t..ok..jumpa lagi di masa lain..salam..

Wednesday, December 02, 2009

..buntu ini mengajar aku banyak perkara..

..aku cukup buntu..cukup cukup buntu…
..semua ni ujian dari Allah s.w.t…aku harus redha..
..aku redha dengan apa yang harus aku hadapi..
..setiap insan di muka bumi Allah ini, pastinya menghadapi ujian dan dugaan masing2..
..setiap yang kita harus hadapi..ada hikmah disebaliknya yang mana hanya Allah s.w.t saja yang mengetahuinya..
..akan aku ingat keadaan ini..akan aku jadikan panduan hidup di masa akan datang..
..keperitan dan kesusahan yang dilalui, adalah suatu pengalaman hidup yang amat berharga buat diri aku..akan aku kongsikan semua ini dengan anak2 ku..
..berita yang aku dapat, juga adalah suatu rezeki dari Allah swt..kesan dari berita tu adalah suatu kesan yang amat mendalam dalam diri aku..mengajar aku menjadi lebih matang, lebih banyak berfikir perkara2 yang membawa kebaikan berbanding keburukan..
..tak dapat di gambarkan dengan zahirnya keperitan yang dialami..kesusahan yang harus dihadapi..
..hanya mereka yang sekapal saja yang dalam menyelami hati dan perasaan ketika ini..
..aku memohon padaMu ya allah..,kau berilah kekuatan padaku utk menghadapi ujianMu ini, sesungguhnya andai ini ujian yang terbaik buat diriku..maka aku dengan sepenuh hati redha dengannya..
..ya allah ya tuhanku..hanya Kau lah saja mengetahui isi hati ku.

Thursday, November 26, 2009

..selamat hari raya aidiladha..

..nak mengucapkan selamat hari raya aidiladha buat semua yang mengenali aku..
..kejap lagi nak balik kampung mak..seronoknya mak dah tunggu tu..
..jap lagi hubby dan anak2 sampai tunggu kat depan ofis..then perjalanan diteruskan ke kampung..semoga perjalanan kami selamat pergi dan selamat pulang..

..tak sabar nak makan makanan yang mak dah siapkan..mak tunggu kepulangan kami ya..
..again..selamat hari raya aidiladha semua..semoga perjalanan kita selamat..dan juga selamat kembali bekerja minggu depan..

..Selamat Hari Raya AidilAdha..

Tuesday, November 24, 2009

..inilah yang ku cari selama ini..

..kejap lagi nak balik dah..tengah tunggu hubby fetch, tapi aku nak berkongsi bersama perasaan aku yang gembira ni..apa yang aku lalui sekarang ni adalah selama ni yang aku cari..di dalam kesibukan bekerja..masih ada ruang utk aku mendengar usrah dan solat berjemaah..telah 9 tahun aku bekerja..tidak pernah aku lalui saat2 sebegini..betapa bersyukurnya aku ke hadrat ilahi kerana telah menempatkan aku di sini..

..bukan saja mencari ilmu dunia..tapi ilmu akhirat juga tidak ditinggalkan..walaupun sejam sehari tapi input dari usrah tu amat berguna buat aku dan akan ku panjangkan pada anak2 kesayanganku..amat gembiranya hati bila dapat bersama rakan2 sekerja solat berjemaah..sungguh tenang dan aman rasanya hati..semoga keindahan ini berkekalan..dan ada ruang utk aku mempelajari ilmu akhirat dan memperbaiki diri sebagai seorang muslimat..yang mencari keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t..

..sekali lagi ku panjatkan kesyukuran pada Mu ya Allah..kerana limpahan rezeki ini..alhamdulillah..diriku hanya ku serahkan pada Mu ya Allah ya tuhanku..yang maha pengasih lagi maha penyayang..

Thursday, November 19, 2009

..fatihah's 9th birthday today..

..aku tak dapat nak mencoretkan panjang lebar, memandangkan aku berada di tempat baru, aku nak amik kesempatan ni nak wish the only daughter kami, Fatihah Binti Parizol, happy 9th birthday sayang, ibu dan ayah mendoakan agar kakak akan menjadi hamba Allah yang taat, anak yang solehah, dan seorang yang berjaya di dunia mahupun di akhirat..

..there will be small celebration tonight, the preparation is done by fatihah's daddy who is really understand my situation who couldn't make it today..aku dah bagi kad birthday pada Fatihah this kmorning sebelum hantar dia ke sekolah..dah besar dah anak perempuan aku..semakin besar..semakin risau nak menjaganya..

..ibu dan ayah berharap agar..kakak akan menjadi seorang yang bertanggungjawab pada diri sendiri sendiri dan juga adik2..soon cuti sekolah akan bermula..hadiah utk birthday kali ni..dah ibu beli awal lagi..semua buku exercise darjah 4 yang ibu bagi tu lah hadiah utk birthday kakak ya..yang lain..akan menyusul nanti..insyallah...

Tuesday, November 17, 2009

..akhirnya aku berhijrah..ke dunia baru..

..agak sekain lama aku tak mencoret disini..tergerak hati nak menyimpan kenangan lalu yg telah aku lalui..aku telah membawa diri ke dunia pekerjaan yg baru..hari ni adalah hari pertama aku di tempat baru..

..teringat pd tempat lama yg telah aku diami selama 5 tahun tu..pada mula amat berat hati utk meninggalkn tempat lama tapi, keadaan telah menyebabkan aku membawa diri ke tempat baru, bukanlah mudah utk membuat keputusan ini..tapi aku tetap gagahkan hati, dan sekarang aku telah pun mendiami tempat baru utk hari pertama ku..

..di tempat lama dah menjadi kebiasaan aku memandu sendiri pergi ke pejabat..susunan jadual juga diaturkan sendiri..berlainan dgn tempat baru aku, aku menumpang kakak+abg ipar pergi ke pejabat..maka aku kena ikut jadual mereka dan rasanya ada masa aku perlu pergi sendiri..bila difikirkan tentang ‘flexibility’ di tempat lama..rasa macam tak nak tinggalkan, tapi bila melihat tempat baru, lagi banyak ilmu boleh dapat dan belajar..lebih banyak ‘exposure’nya..dan dapat kawan baru..hakikatnya tak lagi berada di ‘comfort level’ seperti di tempat lama..

..seperti gak tempat lama, banyak gak ilmu aku dapat belajar..Cuma jenis ilmu, cara mendapatnya yang berbeza..apa pun jua keadaan, kena ada usaha sendiri utk lebih maju, dan tidak ketinggalan.. ada masa-masanya memang terkenangkan tempat lama..meja, kerusi, persekitaran, pantri, kawan sepejabat..tapi semua tu telah ku jadikan kenangan..macam2 kenangan ada dari tempat lama tu..gembira, sedih..hidup ini harus diteruskan jua..aku memandangkan kehadapan..dan mengingatkan tanggungjawab yang dipikul..aku berdoa pada yang maha Esa, agar segalanya berjalan dengan lancar..dan diredhai olehNya..
..teringat bos di tempat lama, dan teringat bos di tempat baru, kesimpulannya 2 orang yang berbeza..satu benda baru yang dapat aku amati..bak kata pepatah di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung..maka jawapannya buat diri aku adalah..sentiasa ingat pada yang Esa agar dia mempermudahkan perjalanan ini..aku selalu mengingatkan diri..niat kerana Allah s.w.t..insyallah, hidup akan sejahtera..aminn..


..inilah wajah aku di hari pertama di tempat baru dan dibawah tu lagi hari terakhirku di tempat lama..rakan sepejabat..buat farewell lunch termasuklah bos aku yang datang dari Dresden..tetiba terfikir nak tujukan lagu Saleem..yang tajuknya ‘Tinggal Kenangan’ tu..buat tempat lamaku..

Monday, November 02, 2009

..really my bad day...tragedi oktober..

..jumaat lepas aku balik dari kerja awal sikit, disebabkan ada perkara yang buat aku tak puas hati kat ofis..so, aku balik awal..dan ada ofismate ikut balik sekali, sampai kat Bangi, hujan lebat betul, aku ke cosway tengok-tengok barang..kat cosway, tu budak yang kat kaunter tu nak tak nak jer layan, hati aku ni geram tapi sabarkan hati, malas nak kecoh2..then aku pun bergerak keluar, dan hajat hati nak ke Ariani, nak jenguk2 tudung utk ada 2 pasang baju aku yang tak ada tudung nak match..

..sampai kat depan Ariani, nak parking susah gak banyak kereta..tunggu punya tunggu dapat gak..setelah parking, masuk ariani..disebabkan aku dah biasa masuk ariani tu..so aku tahu nak tuju ke mana nak tengok tudung plain..aku tengok2..pusing2 dalam ariani tu, dan rasanya dah dapat la apa yang dihajat di hati..tapi cam biasa aku akan datang dengan husband utk membeli..masa aku tengah membelek tudung2 plain tu..aku tanya apa beza antara 2 tudung kat situ..manager tu jawab bezanya awning penuh & awning separuh..then aku try..pada masa yang sama, ada 3 orang salesgirl tengah bergelak2 ketawa mempersendakan kawan diaorang seorang lagi salesgirl..kesian dekat salesgirl tu, dia pun rasa malu dengan kami..

..then aku tanya 3 salesgirl yagn tgh gelak2 tu, beza 2 tudung ni rm14 dengan hanya beza awning penuh dgn separuh jer..then salesgirl A jawab, murah la tu kak, murah apa aku jawab, sikit jer beza awningnya..till RM14, then salesgirl B jawab, pilihlah kak, pilih yang akak mampu beli, aku dgn kawan aku dah bengang dah then, aku panggil salesgirl B tu, aku cakap, awak ulang balik apa awak cakap tadi..dia jawab..suara saya hanya boleh cakap sekali jer..aku ulang lagi..saya kata..saya nak awak ulang balik apa awak kata tadi, dia kata..takde kak takde apa2..aku ulang, saya nak awak ulang balik apa awak cakap tadi, awak ingat saya tak dengar ke?..aku ulang banyak kali..suruh dia ulang apa dia cakap, dia dah terdiam, dengan suara aku yang lantang, satu butik ariani tu dengar suara aku..lagi 2 salesgirl tu dah pergi tempat lain..aku sambung cakap aku, aku kata..awak kat sini bekerja, tugas awak hanya layan customer, awak tau tak apa yang awak cakap tu sensitif pada customer..salesgirl tu ulang2 cakap, maaf kak, minta maaf kak..dia nak pegang tangan aku..nak salam..aku tepis tangan dia..dan cakap, u don't come near me, and don't touch me..aku kata, sebelum bercakap fikir dulu, fikir betul2, awak bercakap dengan customer, saya datang sini every friday, dan saya bukan datang2 kosong..i'm a ariani fans..u tau ke tak..and bila i beli di sini, so duit gaji u tu, customer yang bayar..then aku nak make move, and aku cakap, u better watch out your mouth, and yourself..aku nak ke pintu nak keluar..dan kawan kata..report ke manager la..

..betul gak tu, aku pun pergi ke cashier, cakap nak jumpa manager, which aku memang kenal dengan manager ariani tu, then manager sampai terus cakap, minta maaf puan, minta maaf byk2..then aku kata, what she said is very sensitif issue, and manager tu cakap kat salesgirl, kan saya dah pesan banyak kali, mulut jaga dengan customer, salesgirl tu kata, saya bergurau jer kak..hanya bergurau, aku jawab..there is no such thing bergurau dalam hal macam ni, again i said, its very sensitive issue ok..manager tu cakap kat aku, dia ni under my observation puan, dah beberapa kali dia buat macam ni..then aku sambung cakap lagi and purposely tujukan pada salesgirl tu, awak masih muda lagi, masih jauh lagi perjalanan hidup, berfikir dulu sebelum bercakap, and infact, customer yang masuk sini bawa berjuta2 ringgit ke atau ada berapa sen saja ke..itu terpulang pada diaorang, itu hak customer..and for your information, i can effort to buy all your ariani scarf here, and also can effort to pay your salary too..tau tak, but its up to me..nak pilih yang mana ikut taste i la..i boleh saman malu pada you, and i tak tahu la camana you nak bayar nak cekau mana duit kan..dengan kerja sebagai salesgirl jer kat sini..you pun tak mampu nak belikan..

..manager tu berkali2 minta maaf dengan aku, dan minta aku pilih dulu mana2 tudung yang aku nak, aku jawab..its ok wati (manager's namem who already know me, and knows that i'm a regular customer), i've already bad mood..whether i want to come again or not..but i don't want to see her face (dengan menuding jari kat salesgirl tu) anymore..you are very sacustic you know..aku kata kat salesgirl tu..i bukan nak tutup periuk nasi u tapi i kesian dekat u..masih muda..and remember this sampai bila2..berfikir sebelum berkata2..aku ajak kawan aku make move, manager and supervisor ikut aku sampai keluar dari butik ariani tu, sampai ke kereta aku dia follow, minta maaf..hati dah cukup tawar..dan cukup marah, kalau ikutkan hati tadi, mungkin dah sampai pelempang aku kat muka salesgirl tu..tapi masih boleh menahan sabar..

..pada pendapat aku..dengan siapa pun bercakap, kita harus beringat dan berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata2..dalam perihal melayan memberi servis pada customer, kita always kena bersopan dan berbudi bahasa..and also be serious when we are working..sayang sekali..aku memang suka pakai ariani, dan aim aku nak cukupkan collection aku 50 lai..ariani..tapi bila dah jadi macam ni..aku rasa..tawar hati..dan mungkin akan memilih brand lain pulak..kita tunggu dan lihat la nanti..lepas tu aku pun balik ke rumah setelah rasa cukup2 marah dan geram dengan salesgirl..aku balik rumah rasa cam malas tul nak masak..tapi aku sayangkan husband dan anak2..aku tetap gak masak..sambil masak tu masih boleh ingat lg wajah dan kata2 salesgirl tu..rasa masa tu nak pergi balik ariani dan lempang budak tu..nasib baik la aku masih waras lagi masa kat ariani tu..hai..budak salesgirl..semoga dirimu mendapat pengajaran la dari apa yang berlaku tu..

..then husband dan anak2 balik..suruh diaorang mandi..dan aku hidangkan dinner..tengah makan, aku nampak Fayyadh tak pakai glasses dia..aku tanya..where is your spectacles Fayyadh?..dia tak jawab..diam jer..so i guess something wrong and something happen..then kakak tolong jawabkan..spec dia kena pijak, ibu..aku punyalah rasa terkejut..sebab tu spec baru..baru buat 6 hari..rasanya dalam bulan 10 ni..aku dah spend 500-600 rasanya utk spec Fayyadh sebab..yang dulu punya kena pijak..dan ada yang hilang cermin dia tu..aku memang cukup marah..dan husband..cakap sabarlah ibu, tengah makan ni..kita talk later ok..kemarahan aku di ariani masih belum hilang..tambah pulak dengan kejadian glasses Fayyadh..aduhai anakku..pening kepala ibu memikirkan spec abang ngah, sebab abang ngah nak exam..so ibu kena pastikan abang ngah ada spec..then husband tanya siapa cakap glassess Fayyadh kena pijak, aku kata..kakak inform..since Fayyadh tak nak jawab..then husband kata..i knew that you're in bad mood thats why i tak nak cakap dulu..i plan nak tidur karang i inform..tapi u lebih cepat detect..you're very observant dear..then aku jawab...my family, my children, my house, my property..so i need to know what's going on..then dia kata, sabarlah..semua ni ujian allah..adalah hikmah disebaliknya seperti motto hidup aku..sesungguhya setiap yang terjadi, ada sebab musababnya ada hikmahnya..aku just diamkan diri..dan istigfhar banyak2..infact tengah depan rezeki..tak baik marah2..

..bila aku dah tidurkan anak2 semua aku tengok glassess Fayyadh, yang framenya patah dan bengkok..aku kata kat hubby, kalau ada rezeki..boleh betulkan frame ni..dan maybe ke welding la frame dia..if not we have to make the new one..for backup for him..hubby kata takperlah..kita bawa esok ke kedai..tidurlah dulu..dah malam ni..aku baringkan diri..dengan memuhasabah diri utk hari itu..ya allah, seandainya ini semua ujian dariMu utk memberi yang terbaik buat diri hambamu ini..maka aku redha ya allah..kau tingkatkanlah tiang kesabaranku, kau berikanlah aku kekuatan utk menghadapi setiap ujian dariMu..aminnn..

..itulah dia cerita my bad day on last Friday, tragedi oktober betul2..la..apa hikmah disebalik semua kejadian tersebut, aku sendiri tak tahu..tapi..aku bersyukur..sekurang2nya aku dapat juga menahan kesabaran masa di ariani tu dan menahan kesabaran masa dinner dengan family masa tu..segalanya dengan izin allah s.w.t...

Friday, October 30, 2009

..mee udangku yang pertama..

..lately ni aku gila memasak..sampaikan tak tahu apa nak dimasak..yang seronoknya bila anak2 balik dari sekolah, buka pintu rumah, masuk dapur dulu..mesti keluar soalan ni dari mulut diaorang..'ibu..hari ni ibu masak apa?..hari ni masak sedap tak?'..aku hanya tersenyum..dan jawab..hari ni mesti special utk semua orang..tapi kena mandi dulu..lepas tu kita makan sama2..dengan tak berlengah lagi..anak2 aku terus mandi..dan dah siap berbaju terus tunggu di dining table..

..husband tanya..what we have for our dinner, honey?..then, aku hanya senyum jer dan jawab, something special..yang i tak pernah try lagi buat..dia pun tak sabar..buka tudung saji..then tengok..meal yang ada atas meja tu terus tanya..menu apa ni, nampak sedap betul la, tak sabar dah nak makan..then aku jawab, jeng jeng jeng mee hoon/kuehtiaw udang..instead of mee udang..i tukar jadi mee hoon/kuehtiaw..hubby kata..wahh..sedapnyaa..menu today..then, hubby suruh anak2 duduk kat dining table..lepas tu aku hidangkan utk semua..semua anak2 aku makan penuh semangkuk..dan hubby 2 mangkuk..puas hati masak, walaupun nak menyediakan mee hoon/kuehtiaw udang ni renyah caranya..tapi amat puas hati..hubby tersenyum lebar saja lepas makan..

..sebabnya aku selalunya buat goreng2 jer mee hoon goreng, kuehtiaw goreng..tapi teringin nak buat yang berkuah2 ni..alhamdulillah..berhasil gak usaha tu..nanti ibu masak lagi macam ni ya kata anak2..sedaplah ibu masak mee hari ni..hati gembira teramat sangat..anak2 dan suami puas makan..semuanya dengan izin Allah s.w.t..yang memberi keizinan utk aku menghasilkan mee hoon/kuehtiaw udang tu..so, hari ni aku nak sharekan resepi tu dgn kawan aku..harap2 dia dapat buat lak utk family dia...itulah dia cerita mee hoon/kuehtiaw udang ku yang pertama..

Thursday, October 29, 2009

..kesyukuran ku panjat ke hadratNya..

..dah agak lama aku tidak menyinggahkan diri ke blog kesayangan aku ni..disebabkan tugas harian aku yang begitu padat yang tidak dapat memberi ruang waktu utk aku meluangkan masa utk coretan2 kehidupanku..

..tapi aku ingin mengabdikan satu kenangan ini yang mana suatu keadaan yang membuatkan aku memanjatkan banyak2 kesyukuran ke hadrat ilahi yang maha esa..kerana rezeki yang dilimpahkan kepada aku..tidak terhingga tanda kesyukuran ku kepada Allah s.w.t dengan rezeki yang begitu besar..tidak aku sangka sama sekali akan menerima rezeki yang sebesar ini..aku merasa diri begitu kerdil utk mendapat anugerah dari yang maha Esa..

..rezeki dari Allah s.w.t datangnya dengan pelbagai bentuk, bukan saja dari segi wang ringgit tapi dengan pelbagai cara melimpahkan rezekinya yang begitu banyak pada hamba-hambaNya..hanya kita sebagai hambaNya hendaklah berasa amat bersyukur dengan segala yang kita ada..kebelakangan ini, aku merasakan begitu banyak rezeki yang melimpah ruah dari Allah s.w.t kepada aku dan keluarga aku..lagi sekali aku bersyukur sangat2 kepada Allah s.w.t dengan semua rezeki ini..alhamdulillah..insyallah, akan aku ingat sentiasa pada Mu ya Allah yang telah memberikan segalanya pada hambaMu di muka bumi ini..

Thursday, October 08, 2009

..suasana hari raya kami tahun ni..20092009..part II..

..sambungan utk suasana hari raya kami tahun ni..kami bertolak ke destinasi percutian tahunan kami..kenapa aku panggil percutian tahunan?..sebab..itulah adalah hadiah dari husband utk aku & anak2 utk setiap tahun, kami akan pergi ke tempat percutian ni sebab anak2 aku memang cukup sukalah tempat ni, malah budget tak banyak utk pergi ke tempat percutian ni, tu sebab hubby tersayang decided make it as yearly event for the family..so, urusetianya siapa lagi kalau tak aku la kan..yang membuat reservationnya..utk setiap tahun..

..so, kalau sesiapa yang follow blog aku ni, sure tahu tahun lepas kami pergi mana dan anak2 kami sakan mandi kat pool..dan jawapannya adalah..dekat jer destinasinya iaitu..Tiara Beach Resort, kat kampung mak aku jer Port Dickson tu ha..hehehe..betulkan?..budget tak banyakkan nak ke situ..so..kami kat Tiara 3 hari 2 malam, kami amik apartment 2 rooms, anak2 aku cukup sakan dan happy sangat2 la mandi kat pool..yelah..bayangkan 3 hari..kat situ..hari2 diaorang..gi kolam tu dari pagi ke petang..ya allah..yang tak larat menunggunya aku dan hubby la..Farriys aku tak bagi mandi lama2..aku bawak dia 2 kali jer ke pool tu..dan mandi tak sampai sejam..aku takut..Farriys kena selesema..so, aku bawak Farriys jalan2 la kat Tiara tu sebab..tiara tu luas..

..musim2 raya kan masa kami ke tiara tu, mana ada kedai makan buka..so, awal2 lagi aku & hubby dah plan nak bawa apa utk makan kat resort..kesimpulannya..aku masak la kat tiara tu, masak breakfast, masak lunch, masak dinner..seronok tul..tengok anak2 aku makan, ya lah..mana tak lapar..kalau masuk dalam air tu dari pagi ke tengahari..tengahari ke petang..lepas dinner lak, ada show kat tiara tu..show movie..macam2 cartoon movie ada..hubby aku yang rajin bawak diaorang ..2 malam tengok movie..

..hari kedua aku kat tiara..hari tu adalah harijadi adik aku..aku wish dia..semoga dia selalu dirahmati allah..sentiasa berada dibawah lindungan allah s.w.t..semoga hidup dia selalu beroleh kebahagiaan..aku tak sempat lagi belikan adik hadiah..hadiah aku adalah doa yang berpanjangan utk dia selamanya..

..setelah..hari ke 3 kat tiara..kami pun check out, dan balik semula ke rumah mak aku..that day adalah hari jumaat..aku hantar hubby gi solat jumaat..dan aku dgn anak2 lepak kat umah mak..kakak aku pun ada kat umah mak masa tu..mak buat ayam percik hari tu..sedapnya anak2 aku makan..opah diaorang memang rajin la melayan bab2 makan ni utk cucu2 dia..suka hati dia..tengok cucu2 makan banyak..

..then..jumaat malam tu kami bertolak balik ke bangi..sebab sabtu ahad banyak kerja nak buat kat umah, nak kemas semua pakaian dan back to school preparation..kat bawah ni..aku selit2kan aksi2 anak2 aku masa raya dgn kat tiara tu..(hajat dihati nak memiliki sangat2 slr..insyallah..tak lama lagi dapat la)..

..lebih banyak lagi photo2 kenangan aku sematkan di sini web album ku di picasa kat sini....






Thursday, October 01, 2009

..suasana hari raya kami tahun ni..20092009..

..harap2nya masih tak terlambat buat aku utk mencoretkan kenangan di hari raya tahun ni..iaitu pada 20092009..wah..tarikh pun cantik gak kan..sebut pasal raya..aku & hubby cuti seminggu..tapi hari jumaat 18.9 tu kami masih bekerja seperti biasa lagi..balik dari kerja, fetch anak2 dari taska..ke empat2 mereka..malam tu berbuka al kisahnya nak berbuka kat mcd, tapi punyalah padat mcd malam tu..then hubby gi beli makanan utk alas perut..pukul 9 lebih baru dapat masuk mcd..kesian..anak2 kami yang berpuasa tu..

..plan nak balik ke rumah mertua jumaat malam tu, tahun ni turn raya di rumah mertua aku..tapi di sebabkan balik dari mcd dah lambat..dan mengemas lagi barang masukkan dalam kereta..pukul 1 pagi baru selesai semuanya..hubby & aku pun dah keletihan..so, kami decide balik lepas sahur..then kul 5 bangun sahur..masuk waktu solat..lepas tu..kami terus bergerak..di kala tu..suasana masih gelap lagi..anak2 pun sambung tidur dalam kereta..aku pun rasa penat lagi tapi..tak leh tidur..temankan husband tersayang..dia drive takut2..dia mengantuk pulak..

..sampai kat umah mertua, aku mandikan anak2..dan cam biasalah diaorang pastinya main dari pagi sampai la waktu berbuka..but on that day..aku & hubby..duduk kat dapur apa lagi masak utk makanan raya la..mak mertua, bapak mertua, adik ipar & biras aku pun..sama2 kat dapur masak macam2..utk raya..malam raya tu..kami dah menyental dah rendang ketupat raya tu hehehe..tak sabar..

..keesokannya ahad tu raya pertama, awal2 pagi kami dah mandikan anak2..mandi sunat hari raya aidilfitri..then..bersiap2 la dengan baju raya..lepas tu sessi bermaafan satu keluarga..saat2 yang menyentuh perasaan waktu ni la kan..then hubby gi solat raya..sambil aku kat rumah..menjaga 4 orang anak kami tu..bagi makan..lepas tu hubby balik solat raya..sessi bergambar raya lak..so lihat la dibawah ni..acara seterusnya..makan dan makan dan makan hinggalah ke malam..






..raya kedua..pagi kami bersiap2 kemas..nak bergerak balik kampung aku pulak..mak aku dah sedia tunggu kat umah..kul 10 kami pun gerak..singgah umah kejap nak ambil barang utk di bawa ke destinasi percutian kami..then terus bergerak ke rumah mak aku..sampai kat umah mak aku..anak2 punya la seronok suka sangat..sebabbbb..malam nanti boleh main bunga api..itulah yang dinantikan oleh mereka..sebab..kat umah mak mertua aku takut..nak bagi main kat jalan raya..banyak kereta motor lalu lalang..so suruh bersabar..main kat rumah opah Pd jer nanti..

..3 hari 2 malam aku kat umah mak..2 malam tu la sakan anak aku main bunga api...then ..aku gi beraya ke rumah makcik aku..till hari raya ke 4..kami make move ke destinasi percutian..dimana?..jeng jeng jeng..bersambung di slot yang lain..hehehe..

Wednesday, September 30, 2009

..kegembiraan 2 dalam 1...

..hari ni aku amatttt gembira sebab..aku dapat bercakap dengan kawan baik aku masa kat sekolah menengah dulu..betapa gembiranya aku..tak terkata..memang cukup2 rindulah nak jumpa..tapi masa tak mengizinkan skang ni..aku kena cari masa gak..nak jumpa kawan aku tu..semuanya kerana facebook yang membantu kami bertemu semula..sebelum raya aku tergerak ati gak..nak cari dia kat facebook tapi tak jumpa..tak sangka lepas raya..dia add aku kat facebook tu..aduh..tak tahu nak cakap gembiranya..lebih 20 tahun dah kami kenal..harap kali ni..tak terputus lagi la hubungan..

..kawan aku tu..namanya..mak datin rini..aku tau ko baca blog aku rini..hehe..aku suka suka sukaaaa sangat2 sangat2..la dapat cakap dgn ko..hari ni..sure ko marah aku kan..dah tukar no.hp..takper..ada rezeki..kita berjumpa balik kan..kan..kan..mmuuahhh utk ko..kerana sudi cari aku kat fb tu yer..

..cakap pasal kegembiraan 2 dalam 1 tu..satunya pasal jumpa kawan lama tu lah..lagi 1 kegembiraan..adalah..hubby tersayang terjumpa gambar lama..kami cukup gembira la tengok gambar2 tu..dan..menambah gembira adalah..gambar2 kami penah ilang kat dalam laptop hubby..yang kena curi....so hilang la banyak gambar2 anak2 masa kecik2..so terjumpa gambar2 lama kat bawah ni amat gembira betullll..comel, cute, anak2 kat bawah ni..

....ini adalah Upin-Ipin kami aka Aniq-Ariq...




Tuesday, September 29, 2009

..masih tak dapat nak update..pasal raya..

..aduhai..masih lagi tak dapat nak update blog kesayangan aku ni pasal raya..dan percutian kami..sebab2nya adalah..bahan2 utk mengupdate blog takada kat aku..ada pada hubby tercinta..yang aku ni lak terlupa nak ambik kat dia..rasanya hari ni kena ambik gak bahan2 tu sebb..nanti kang jadi citer basi lak nak citer pasal suasana hari raya kami yang amat indah..

..di saat2 ni aku mempunyai 2 keinginan..yang mana tak leh di jadikan kenyataan serentak..alangkah bestnya kan kalau menjadi kenyataan at one time..akulah orang palingggggggggggggggg gembiraaaaa...aku rasa ada orang yang baca post yang ni..tahu apa 2 keinginan aku tu..yang mana aku kena buat pilihan secepat mungkin..rasa cam nak nyanyi lagu..yang..mana satu..idaman kalbu..eh..rasanya dua2 idaman kalbu ni..aduhai..aku harus membuat pilihan..

..aku ni nak sangat2 menulis pasal raya tapi..alahai bahan tak cukup..insyallah..aku akan usahakan secepat mungkin utk berkongsi citer pasal aidilfitri 2009 kami..buat pengunjung picasa aku..rasanya dah boleh la menelek2..kenangan indah kami di pagi raya.. :)

Friday, September 18, 2009

..Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin..


..Selamat Hari Raya..Selamat Hari Raya..Selamat Hari Raya..


..dalam masa beberapa jam saja lagi aku akan balik ke kampung..so, aku nak amik kesempatan ni nak ucapkan Selamat hari raya kepada semua umat2 Islam yang telah menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan 1430H ni..aku mohon maaf zahir & batin di atas segala kesalahan, kesilapan, terkasar bahasa pada semua yang mengenali diri aku..

..aku doakan kita semua akan berbahagia di hari lebaran nanti, semoga semuanya selamat di dalam perjalanan pergi & balik..pandulah dengan berhati2..ingat orang2 yang tersayang...

..sekali lagi selamat hari raya buat kalian semua..hati2 di jalan raya dan di kampung halaman..

..lagi sehari raya..aku masih di ofis..

..sedihnya..aku masih di ofis..walaupun lusa dah nak raya..jalan raya pun dah lengang masa on the way ke ofis tadi..rasa2 cam boleh tidur baring jap la kat jalan tu..punya la takde kereta..yelah..orang banyak dah balik kampung, dah gerak semalam & malam tadi..cuma aku masih setia di cyberjaya ni..bersama rakan seperjuangan di ofis..

..cakap pasal packing raya, malam tadi kemas pakaian & gosok baju jer sempat, lepas tu yang banyak masa buat adalah mengemas rumah sana sini pastikan semua dah bersih utk ditinggalkan..tak nak la balik dari kampung halaman, rumah penuh dengan semut sana sini..ofis ni pun dah sunyi, tinggal kami berdua jer melayu kat ofis ni..melayu2 lain semua dah pulang ke kampung tercinta..tapi..badan aku jer kat sini, hati aku dah berada di kampung dah..dan paling menyedihkan hari ni keempat2 puteri & putera aku ke taska, dan hanya diaorang saja di taska hari ni..kanak2 lain semua dah ikut parents balik kampung..aduhai..sedih tul aku mengenangkan anak2 kami yang tersayang..

..barang tak packing abis lagi..takut pulak ada yang tertinggal, tapi list barang dah ada, so just follow list barang2 tu, husband kata tengok list barang tu, cam takut tak muat jer kereta..segala bagai..wife dia nak bawak..dia kata..hehe..biasalah aku ni kan..yang paling penting keperluan anak2 kami mesti tak boleh tinggal..mesti kena cukup..

..memang takada mood betul nak buat kerja hari ni, ingat nak raya, nak makan ketupat, nak makan lemang, nak makan rendang..dan yang paling best adalah..nak bergambar di hari raya..serta bermaaf-maafan..(sebut tu cam banyak dosa jer..hehehe..)..tapi sian pada mak aku yang amat aku rindu..raya pertama, mak sorang2 di rumah..rasanya tak sabar nak lompat ke tahun depan, beraya di sebelah aku lak..dapat bersama dengan mak..di pagi raya..tak pa mak tunggu ina di hari raya kedua pasti ina akan muncul di pintu rumah mak ya..

..teringatkan anak2 lak di taska..kat bawah ni wajah2 yang menghuni taska nur hidayah hari ni..hanya 4 adik beradik ni jer..




Thursday, September 17, 2009

..mahligaiku, istanaku & juga tempat ku berteduh..

..dalam entry yang lepas2..aku ada cakap pasal mengemas rumahkan..dan touch up sana sini sikit2..so..teringin nak share dengan kengkawan..wajah rumahku utk aidilfitri 2009 tahun ni..seperti yang telah aku janjikan buat seseorang utk melihat hasil atursusun semula..mahligaiku..dan kat bawah ni aku tepekkan..photo2nya..





Wednesday, September 16, 2009

..cerita ceriti mercun bunga api..

..kalau orang tanya apa kenangan yg tak dapt aku lupakan masa zaman kecik3 dulu..masa raya adalah..bermain bunga api & mercun..uish..aku cukup suka la main benda2 tu..dan aku cukup suka lah memasang pelita masa zaman sekolah dulu..setiap hari aku akan pastikan pelita aku menyala after aku berbuka puasa..

..sebut pasal main bunga api..dan mercun..macam2 jenis mercun kitorang ada..yang selalu main mercun dengan aku siapa lagi..the only adik yang aku adalah..tapi yang selalu nyalakan mercun..ha ni dia..pendekar mercun..tuan punya blog ni hahahaha..kenangan pasal mercun ni, teringat arwah abah aku..dia lah insan paling rajin layan kami pasal mercun..pernah abah beli mercun panjang cam mercun cina tu..pasang dari tingkat atas rumah mak aku..tu..then aku standby kat bawah utk nyalakan..ok ok bah..dah ready ke..ok ok kata abah..boleh pasang dah..bila dengan abah kata ok tu..aku pun nyalakan mercun tu..bunyi dia punyalah kuat..sampai semua orang jiran keluar nak tengok apa yang bunyi tu..aku dan adik orang yang paling seronok lah..uish..rasa hebat tul masa tu hahaha..to adik..can u still remember the moment...arwah abah pun seronok tengok kitorang gembira..tapi..yang tak tahannya mak bebel ..sebab...bunga matahari mak abis mati..terkena dik mercun tu..berhari2 mak bebel marahkan pasal mercun tu..tapi kami diam jerlah..sebab hati seronok dgn mercun tu...

..pernah gak kami ada perang mercun..kami pasang mercun..lawan dengan anak2 jiran..siapa punya mercun hebat..dan sapa punya mercun lagi kuat bunyi..dannn yang pastinya kami ni group pompuan yang menang tau...hahaha..cukup seronok masa tu..hehe..kenangan yang buat aku ketawa sendirian..dan mengingatkan pada arwah abah..aku cukup sayang abah..raya kali ni masuk la 12 tahun dah aku beraya tanpa abah aku..al fatihah buat arwah abah..aku sentiasa ingat arwah abah aku..tiap2 hari dan tiap kali aku solat..yang aku ada skang ni hanyalah ibu aku yang tersayang..mak..ina akan balik raya kedua nanti ya..insyallah kita jumpa raya ni..ina, rindu rendang mak..sedapnyaaa..mak tunggu ina balik ya..tahun ni aku tak dapat jumpa adik beradik..aku raya pertama sebab semua balik umah mertua..dan pastinya aku akan nangis pagi raya tu..teringatkan abah, mak, adik beradik aku..syukurlah aku ada suami tercinta, anak2 tersayang..di sisi aku di pagi raya tu..nanti aku kongsikan bersama kisah raya ku..dannnnn percutianku...

..aktiviti terbaru sempena raya..

..sampai setakat ni, aktiviti terbaru utk raya adalah mengumpulkan baju raya sekeluarga, tudung raya utk aku dan anak dara aku, mengambik kuih raya dari pembuat kuih raya tersebut, dan mencari kasut raya utk anak2 aku..

..bab rumah lak, tinggal nak touch up tingkat atas saja lagi..dan bilik tetamu, yang lain dah siap, yang belum tertunai lagi adalahhhhhhhh..mencuci garaj umah aku tu, tak berkesempatan lagi, sebab malam tadi kami pergi ke kedai gunting rambut utk menggunting rambut jejaka2 hensem kat umah aku tu..buat aku dan cik tiha dan pun gunting rambut utk raya weekend minggu lepas..pada mulanya..nak gunting rambut jejaka2 tu weekend hari tu, tapi atas permintaan Fayyadh Aniq, dia kata tak nak gunting rambut siang2 sebab puasa, nak gunting rambut malam2 sebab nanti dapat gula2 boleh makan..aduhai..bijak sungguh la budak sorang ni punya ideakan..so, kami pergilah malam tadi..

..ada lagi benda yang aku terlupa nak gi beli..iaitu butang baju melayu, rasanya masa dah suntuk, maka kena pergi cari malam ni gak la..nanti terlupa terus..kesian jejaka berbaju melayu tak berbutang..ilang hensem..cik tiha dah bising sebab tak sempat lagi nak padan2kan tudung dgn baju raya dia..and nak sematkan kerongsang pada tudung2 dia..insyallah akan ku laksanakan secepat mungkin..nanti banyak benda nak buat dalam satu masa..ada yang banyak tertinggal lak kan..betul tak wahai anda pembaca setia sekelian?..

..dalam memikirkan pasal raya ni, risau gak nak tinggalkan rumah musim2 perayaan ni..faham2 jerlah kan..takut2 ada tetamu yang tak diundang di waktu ketiadaan di rumah sepanjang minggu raya tu..harap2..guard yang diupah oleh ajk taman tu..dapatlah jaga rumah2 di taman kami tu..insyallah..to be continue..later..